| Laman Utama | Semua Artikel | |
|
ENAM PERSOALAN HIDUP
1 - Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan
kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan
kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa
pasti akan mati.
Tiap-tiap
yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah
akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka
dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah
bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat
kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. ( Surah Ali Imran 185 )
paling jauh
dari diri kita di dunia ini?" Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan,
matahari dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka
berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun
kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh
sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan
perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
yang paling besar di dunia ini?" Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari.
Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di
dunia ini adalah "nafsu" Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia
gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah
swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka
terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .
Dan
sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang
mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan
yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah)
dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan
nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi;
mereka itulah orang-orang yang lalai. ( Surah Al A’araaf 179 ) Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai
nafsu membawa kita ke neraka .
Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir
benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah"
Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. ( Surah Al Ahzaab 72 ) Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak
mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di
dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT,
sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang
amanahnya. 5 - Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di
dunia
ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua
itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan
solat.
Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan
solat. 6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling
tajam di
dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar
kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah,
manusia dengan begitu mudah menyakiti
hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri. |