| Laman Utama | Semua Artikel | |
KENAPA SAYA MENYERTAI
PAS ?
بسم الله
الرحمن الرحيم
Muqaddimah :
Jawapan kepada
persoalan ini adalah suatu perjuangan
yang perlu diisytiharkan dengan prinsip dan keyakinan , justeru ia bukan
penyertaan politik parti dan kuasa .
Seorang yang beriman wajib berjihad mempertahankan syariat Allah dan memelihara
maruah ummah dari ancaman musuh . Parti Islam Semalaysia (PAS) merupakan platform untuk melunaskan
tanggungjawab tersebut . Kenapa …
وَلْتَكُنْ
مِنْكُمْ
أُمَّةٌ
يَدْعُونَ إِلَى
الْخَيْرِ
وَيَأْمُرُونَ
بِالْمَعْرُوفِ
وَيَنْهَوْنَ
عَنْ
الْمُنْكَرِ
وَأُوْلَئِكَ
هُمْ
الْمُفْلِحُونَ
Dan
hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada
kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik,
serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang
bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
(
Ali - Imraan - 104 )
CIRI - CIRI
PLATFORM JIHAD YANG WAJIB DISERTAI .
Jamaah yang menyakini
bahawa Islam adalah satu -
satunya kekuatan yang dapat membangunkan semula ummah , juga kembali
membebaskan golongan musthad’afin dan
menyelamatkan dunia daripada kehancuran
Jamaah yang lahir dari kesedaran sendiri , tidak dipengaruhi
oleh mana - mana pihak samaada timur mahupun barat . Lahirnya kerana tuntutan
Al - Quran dan Sunnah .
Jamaah yang meyakini kesejagatan Islam dan memperjuangkannya secara menyeluruh .
Jamaah yang memperjuangkan kebenaran secara amali ( tidak hanya teori semata - mata ) dan sanggup terjun ke medan
daawah sekalipun mengambil risiko yang tinggi
.
Jamaah yang terdapat
padanya keperibadian hizbullah .
يَاأَيُّهَا
الَّذِينَ
آمَنُوا مَنْ
يَرْتَدَّ
مِنْكُمْ
عَنْ دِينِهِ
فَسَوْفَ يَأْتِي
اللَّهُ
بِقَوْمٍ
يُحِبُّهُمْ
وَيُحِبُّونَهُ
أَذِلَّةٍ
عَلَى
الْمُؤْمِنِينَ
أَعِزَّةٍ
عَلَى
الْكَافِرِينَ
يُجَاهِدُونَ
فِي سَبِيلِ
اللَّهِ ولا
يَخَافُونَ
لَوْمَةَ
لائِمٍ ذَلِكَ
فَضْلُ
اللَّهِ
يُؤْتِيهِ
مَنْ يَشَاءُ
وَاللَّهُ
وَاسِعٌ
عَلِيمٌ إِنَّمَا
وَلِيُّكُمْ
اللَّهُ
وَرَسُولُهُ
وَالَّذِينَ
آمَنُوا
الَّذِينَ
يُقِيمُونَ
الصَّلاةَ
وَيُؤْتُونَ
الزَّكَاةَ
وَهُمْ
رَاكِعُونَ وَمَنْ
يَتَوَلَّ
اللَّهَ
وَرَسُولَهُ
وَالَّذِينَ
آمَنُوا فَإِنَّ
حِزْبَ
اللَّهِ هُمْ
الْغَالِبُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa
di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan
mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia;
mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku
tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan
bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang
yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya
kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya,
lagi Meliputi PengetahuanNya. Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan
RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan
menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan
sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu
penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang
kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.
( Al Maidah - 54 - 56 )
Cintakan Allah dan Allah cintakan
mereka
Merendah diri sesama mukmin
Bersikap tegas terhadap orang - orang
kafir
Berjihad di jalan Allah tanpa takut
pada celaan orang yang mencela
Wala’
kapada Allah , rasul dan orang -
orang yang beriman
Mendirikan solat , menunaikan zakat dan
senantiasa ruku` kepada Allah.
ثُمَّ
جَعَلْنَاكَ
عَلَى
شَرِيعَةٍ
مِنْ الأَمْرِ
فَاتَّبِعْهَا
ولا
تَتَّبِعْ
أَهْوَاءَ
الَّذِينَ لا
يَعْلَمُونَ
Kesudahannya
Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu
Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah Syariat itu,
dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui
(perkara yang benar).
(
Al Jathiyaah - 18 )
Saya menyertai
PAS kerana ………
1- PAS bersifat Rabbani dan syumul .
Rabbani
:
·
Islam
sebagai dasar perjuangan.
·
Bercita - cita
menegakkan Daulah Islamiyyah dan melaksanakan hukum -hakam Allah .
·
Mempertahankan
kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara .
Syumul
:
·
Memperjuangkan
Syariah Islamiyyah yang merangkumi
aspek politik , perundangan , hukum , sistem kemasyarakatan ,
pembangunan , ekonomi , hubungan antarabangsa , akhlak , tentera ,
pendidikan dan ehwal yang berkaitan
dengan keperluan hidup manusia .
·
Membentuk
tasawwur Islami yang jelas merangkai
kehidupan di dunia dengan akhirat .
PAS sebagai Harakah Islamiyyah dan parti politik Islam .
·
Islam
sewajibnya diperjuangkan , pembentukkan Harakah Islamiyyah adalah untuk menunaikan kewajiban tersebut .
·
Kuasa politik
adalah keperluan asas dan mutlak bagi merealisasikan perundangan Islam dan
pembentukkan perlembagaannya .
·
Mengambil
ruang dalam sistem demokrasi berparlimen yang membenarkan penubuhan
parti politik dan aktiviti
penerangannya .
·
Mengambil
pendekatan perjuangan yang selamat dan aman .
( مواجهة سلمية )
Disediakan
oleh :
Haji Nasrudin
bin Hj. Hassan At Tantawi
Pengerusi
Lajnah Tarbiyyah DPPN Pahang
28 Dec 2001