| Laman Utama | Semua Artikel | |
PERJUANGAN DAN
PENGORBANAN
Hidup ini adalah sebuah perjuangan .
Perjuangan memerlukan pengorbanan .
Dua perkataan yang terlalu sinonim
malah mesti wujud demi sebuah kejayaan dan kemenangan yang ingin dicapai . Bak
kata hukama’
“ Kejayaan semanis madu memerlukan
pengorbanan sepahit hempedu ”
Begitulah jua yang difirmankan oleh
Allah swt :
انفِرُوا
خِفَافًا
وَثِقَالا
وَجَاهِدُوا
بِأَمْوَالِكُمْ
وَأَنفُسِكُمْ
فِي سَبِيلِ
اللَّهِ
ذَلِكُمْ
خَيْرٌ
لَكُمْ إِنْ كُنتُمْ
تَعْلَمُونَ
Maksudnya
:
Berjuanglah
kamu samaada ringan atau berat dan berkorbanlah dengan harta dan jiwa kamu di
jalan Allah yang sedemikian itu adalah terlebih baik (kemenangan ) bagi
kamu jika sekiranya kamu mengerti .
Surah
At Taubah 41 .
@
Sejarah
kemenangan dan kegemilangan Islam di sepanjang zaman turut diwarnakan oleh
perjuangan dan pengorbanan yang cukup hebat dan terbilang , menyaksikan
bagaimana harta , tenaga , darah dan
nyawa menjadi yuran berkualiti tinggi yang dibayar oleh para pejuang.
Firman Allah swt :
مِنْ
الْمُؤْمِنِينَ
رِجَالٌ
صَدَقُوا مَا
عَاهَدُوا
اللَّهَ
عَلَيْهِ
فَمِنْهُمْ مَنْ
قَضَى
نَحْبَهُ
وَمِنْهُمْ
مَنْ يَنْتَظِرُ
وَمَا
بَدَّلُوا
تَبْدِيلا
Di
antara orang-orang yang beriman itu, ada yang benar - benar menunaikan apa yang
telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara
mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan
di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa
yang mereka janjikan itu) sedikitpun.
Surah
Al Ahzaab 23
@
Mereka yang
berjuang dan berkorban demi kerana Allah dan ugamanya , pasti mereka mencapai
kemenangan justeru inilah yang isytiharkan oleh Allah swt :
الَّذِينَ
آمَنُوا
وَهَاجَرُوا
وَجَاهَدُوا
فِي سَبِيلِ
اللَّهِ
بِأَمْوَالِهِمْ
وَأَنفُسِهِمْ
أَعْظَمُ
دَرَجَةً
عِنْدَ
اللَّهِ
وَأُوْلَئِكَ
هُمْ
الْفَائِزُونَ
(Sesungguhnya)
orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjuang pada jalan Allah dengan
mengrbankan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya
di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji
dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang
berjaya. ( menang )
Surah
At Taubah 20
@
Muqaddimah ini
melakarkan suatu yang jelas kepada kita bahawa kemenangan adalah suatu yang
amat bernilai dan pastinya memerlukan kesungguhan dan pembiayaan yang mahal
untuk mendapatkannya. Kesungguhan itu ialah PERJUANGAN dan pembiayaan itu ialah PENGORBANAN .
PERJUANGAN.
(وَالَّذِينَ
جَاهَدُوا
فِينَا
لَنَهْدِيَنَّهُمْ
سُبُلَنَا
وَإِنَّ
اللَّهَ لَمَعَ
الْمُحْسِنِينَ
)
Islam merupakan cara hidup yang
disyariatkan oleh Allah swt . kepada manusia . Ia adalah satu - satunya cara hidup yang menampilkan kesejahteraan , keadilan dan
ketenangan untuk manusia sejagat dalam dua kategori penghayatan .
Pertama: حبل
من الله
Kedua : حبل من
الناس
@
Menganut ,
mengamal dan mendaulatkan Islam terpaksa BERJUANG menempoh mehnah dan ibtila’ ( tribulasi ) sebagai ujian kelayakan .
Ujian - ujian ini datang dari Qadhi Rabbul Jalil dalam beberapa kedaan dan
suasana .
·
Syaithan dan Naïfs syahwat
·
Kaafirin , Musyrikin , Munaafiqin , Dholimin , Faasiqin dan
Jaahilin .
·
Kesengsaraan dan penderitaan . ( musibah /kematian )
·
Kekayaan dan kemewahan . ( harta )
·
Ketakutan dan kegopohan .
·
Anak pinak ,
pasangan ( suami atau isteri ) dan kaum
keluarga.
إِنَّ
الشَّيْطَانَ
لَكُمْ
عَدُوٌّ
فَاتَّخِذُوهُ
عَدُوًّا
إِنَّمَا
يَدْعُو حِزْبَهُ
لِيَكُونُوا
مِنْ
أَصْحَابِ
السَّعِيرِ
Sesungguhnya
Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi
tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari
penduduk neraka.
Surah
Faathir 6
وَلا
يَزَالُونَ
يُقَاتِلُونَكُمْ
حَتَّى
يَرُدُّوكُمْ
عَنْ
دِينِكُمْ
إِنْ اسْتَطَاعُوا
وَمَنْ
يَرْتَدِدْ
مِنْكُمْ
عَنْ دِينِهِ
فَيَمُتْ
وَهُوَ
كَافِرٌ فَأُوْلَئِكَ
حَبِطَتْ
أَعْمَالُهُمْ
فِي الدُّنْيَا
وَالآخِرَةِ
وَأُوْلَئِكَ
أَصْحَابُ
النَّارِ
هُمْ فِيهَا
خَالِدُونَ
Dan
mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu)
memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang
demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari
ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang
yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di
akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya
(selama-lamanya).
Surah
Al Baqaarah 217
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ
حَتَّى
نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ
مِنْكُمْ
وَالصَّابِرِينَ
وَنَبْلُوَ
أَخْبَارَكُمْ
Dan
demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku
beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang
BERJUANG dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan
perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya)
berita-berita tentang keadaan kamu.
Surah
Muhammad 31
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ
بِشَيْءٍ
مِنْ الْخَوْفِ
وَالْجُوعِ
وَنَقْصٍ
مِنْ
الأَمْوَالِ
وَالأَنفُسِ
وَالثَّمَرَاتِ
وَبَشِّرْ
الصَّابِرِينَ
Demi
sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada
musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari
harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada
orang-orang yang sabar:
Surah
Al Baqarah 155
قُلْ
إِنْ كَانَ
آبَاؤُكُمْ
وَأَبْنَاؤُكُمْ
وَإِخْوَانُكُمْ
وَأَزْوَاجُكُمْ
وَعَشِيرَتُكُمْ
وَأَمْوَالٌ
اقْتَرَفْتُمُوهَا
وَتِجَارَةٌ
تَخْشَوْنَ
كَسَادَهَا
وَمَسَاكِنُ
تَرْضَوْنَهَا
أَحَبَّ إِلَيْكُمْ
مِنْ اللَّهِ
وَرَسُولِهِ
وَجِهَادٍ
فِي
سَبِيلِهِ
فَتَرَبَّصُوا
حَتَّى يَأْتِيَ
اللَّهُ
بِأَمْرِهِ
وَاللَّهُ لا يَهْدِي
الْقَوْمَ
الْفَاسِقِينَ
Katakanlah
(wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan
saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum
keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu
bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika
semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan
RasulNya dan (daripada) berjuang untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah
mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi
petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
Surah
At Taubah 24
الم
أَحَسِبَ
النَّاسُ
أَنْ يُتْرَكُوا
أَنْ
يَقُولُوا آمَنَّا
وَهُمْ لا
يُفْتَنُونَ وَلَقَدْ
فَتَنَّا
الَّذِينَ
مِنْ
قَبْلِهِمْ
فَلَيَعْلَمَنَّ
اللَّهُ
الَّذِينَ
صَدَقُوا
وَلَيَعْلَمَنَّ
الْكَاذِبِينَ
Alif,
Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan
hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan
sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang
terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang
diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata
pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
Surah
Al Ankabuut 1- 3
أَمْ
حَسِبْتُمْ
أَنْ
تَدْخُلُوا
الْجَنَّةَ
وَلَمَّا
يَعْلَمْ
اللَّهُ
الَّذِينَ جَاهَدُوا
مِنْكُمْ
وَيَعْلَمَ
الصَّابِرِينَ
Adakah
kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada
Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang BERJUANG dengan
bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya)
orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?
Surah
Ali Imran 142
أَمْ
حَسِبْتُمْ
أَنْ
تُتْرَكُوا
وَلَمَّا
يَعْلَمْ
اللَّهُ
الَّذِينَ
جَاهَدُوا مِنْكُمْ
وَلَمْ
يَتَّخِذُوا
مِنْ دُونِ اللَّهِ
وَلا
رَسُولِهِ
وَلا
الْمُؤْمِنِينَ
وَلِيجَةً
وَاللَّهُ
خَبِيرٌ
بِمَا تَعْمَلُونَ
Adakah
kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan (dalam keadaan kamu yang ada itu),
padahal belum lagi terbukti kepada Allah (sebagaimana yang diketahuiNya)
orang-orang yang berjihad ( BERJUANG ) di antara kamu dan yang tidak mengambil
teman-teman rapat (untuk mencurahkan rahsia kepada mereka), selain daripada
Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman? Dan (ingatlah) Allah Maha
Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan.
Surah
At Taubah 16
أَمْ
حَسِبْتُمْ
أَنْ
تَدْخُلُوا
الْجَنَّةَ
وَلَمَّا
يَأْتِكُمْ
مَثَلُ
الَّذِينَ
خَلَوْا مِنْ
قَبْلِكُمْ
مَسَّتْهُمْ
الْبَأْسَاءُ
وَالضَّرَّاءُ
وَزُلْزِلُوا
حَتَّى
يَقُولَ
الرَّسُولُ
وَالَّذِينَ
آمَنُوا
مَعَهُ مَتَى
نَصْرُ
اللَّهِ أَلا
إِنَّ نَصْرَ
اللَّهِ
قَرِيبٌ
Adakah
patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada
kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang
terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda)
dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga
berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah
(datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah
itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
Surah Al Baqaarah 214
@
Bergelut dan
berhempas pulas untuk memenangi atau melepasi tahap dan paras ujian - ujian tersebut dinamakan PERJUANGAN .Berasaskan
pendedahan dan penegasan Ilahi melalui wahyunya , jelas bahawa kita tidak mempunyai
helah dan alasan untuk mengelak diri
daripada BERJUANG melepasi tribulasi
( ujian ) untuk sebuah kemenangan buat Islam dan ummatnya .
@
Berpeluk
tubuh ( tanpa perjuangan ) dengan
menyaksikan konspirasi musuh - musuh Allah
beraksi memusnahkan ummah hingga ke akar umbi ( melalui program
penghapusan etnik dan meracuni aqidah
), membiarkan ummah menjadi mangsa fatamorgana dunia dan syahwat serta akur
terhadap manipulasi golongan opurtunis untuk melemahkan ummah dari dalam , adalah merupakan jenayah yang paling
kejam dilakukan oleh seorang muslim .
Firman Allah swt .
يَاأَيُّهَا
الَّذِينَ
آمَنُوا مَا
لَكُمْ إِذَا
قِيلَ لَكُمْ
انفِرُوا فِي
سَبِيلِ اللَّهِ
اثَّاقَلْتُمْ
إِلَى
الأَرْضِ أَرَضِيتُمْ
بِالْحَيَاةِ
الدُّنْيَا
مِنْ الآخِرَةِ
فَمَا
مَتَاعُ
الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
فِي
الآخِرَةِ
إِلا قَلِيلٌ .
إِلا
تَنفِرُوا
يُعَذِّبْكُمْ
عَذَابًا
أَلِيمًا
وَيَسْتَبْدِلْ
قَوْمًا
غَيْرَكُمْ
وَلا
تَضُرُّوهُ
شَيْئًا
وَاللَّهُ
عَلَى كُلِّ
شَيْءٍ
قَدِيرٌ
Wahai
orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu:
"Pergilah beramai-ramai untuk berperang ( berjuang ) pada jalan
Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di
tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada
akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya
sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. Jika kamu
tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang ( berjuang ) pada jalan Allah -
membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak
terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu
tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah
Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Surah At Taubah
38 - 39
@
Melibatkan
diri dengan perjuangan suci ini ( demi
menganut , mengamal dan mendaulatkan
syariat Allah ) adalah satu kebanggaan
justeru ia adalah penunaian arahan dan
amanah ilahi . Firman Allah swt .
وَقَاتِلُوهُمْ
حَتَّى لا
تَكُونَ
فِتْنَةٌ
وَيَكُونَ
الدِّينُ
لِلَّهِ
فَإِنْ انتَهَوْا
فَلا
عُدْوَانَ
إِلا عَلَى
الظَّالِمِينَ
Dan
perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah
ugama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah
ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.
Surah
Al Baqaarah 193
يَاأَيُّهَا
الَّذِينَ
آَمَنُوا
كُونوا أَنصَارَ
اللَّهِ
كَمَا قَالَ
عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ
لِلْحَوَارِيِّينَ
مَنْ أَنصَارِي
إِلَى
اللَّهِ
قَالَ
الْحَوَارِيُّونَ
نَحْنُ
أَنصَارُ
اللَّهِ
فَآَمَنَتْ
طَائِفَةٌ
مِنْ بَنِي
إِسْرَائِيلَ
وَكَفَرَتْ
طَائِفَةٌ
فَأَيَّدْنَا
الَّذِينَ
آَمَنُوا
عَلَى
عَدُوِّهِمْ
فَأَصْبَحُوا
ظَاهِرِينَ
Wahai
orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela
(
Pejuang ugama ) Allah sebagaimana (keadaan
penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada
penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam
perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" Mereka menjawab:
"Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak
berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak
lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang
beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang
menang.
Surah As Shaaf 14
وَقَاتِلُوا
فِي سَبِيلِ
اللَّهِ
الَّذِينَ
يُقَاتِلُونَكُمْ
وَلا
تَعْتَدُوا
إِنَّ
اللَّهَ لا
يُحِبُّ
الْمُعْتَدِينَ
Dan
perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang
yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan
peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang
menceroboh.
Surah
Al Baqaarah 190
وَقَاتِلُوا
الْمُشْرِكِينَ
كَافَّةً كَمَا
يُقَاتِلُونَكُمْ
كَافَّةً
وَاعْلَمُوا
أَنَّ اللَّهَ
مَعَ
الْمُتَّقِينَ
dan
perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu
seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang
bertaqwa.
Surah
At Taubah 36
قَاتِلُوا
الَّذِينَ لا
يُؤْمِنُونَ
بِاللَّهِ
وَلا
بِالْيَوْمِ
الآخِرِ وَلا
يُحَرِّمُونَ
مَا حَرَّمَ
اللَّهُ
وَرَسُولُهُ
وَلا
يَدِينُونَ
دِينَ
الْحَقِّ
مِنْ الَّذِينَ
أُوتُوا
الْكِتَابَ
حَتَّى
يُعْطُوا
الْجِزْيَةَ
عَنْ يَدٍ
وَهُمْ
صَاغِرُونَ
Perangilah
orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari
akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh
Allah dan RasulNya, dan tidak berugama dengan ugama yang benar, iaitu dari
orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka
membayar "Jizyah" dengan keadaan taat dan merendah diri.
Surah
At Taubah 29
Sabda Rasulullah saw.
منَ مات و
لم
يغزُ
و لم ينوِ الغزوَ مات ميتةً جاهلية
Maksudnya
: Sesiapa yang mati sedang ia tidak
berjuang dan tidak pernah berniat untuk berjuang maka matinya adalah
mati Jahiliyyah .
لا
يَسْتَوِي
الْقَاعِدُونَ
مِنْ الْمُؤْمِنِينَ
غَيْرُ
أُوْلِي
الضَّرَرِ
وَالْمُجَاهِدُونَ
فِي سَبِيلِ
اللَّهِ
بِأَمْوَالِهِمْ
وَأَنفُسِهِمْ
فَضَّلَ
اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ
بِأَمْوَالِهِمْ
وَأَنفُسِهِمْ
عَلَى
الْقَاعِدِينَ
دَرَجَةً وَكُلا
وَعَدَ
اللَّهُ
الحسنىَ و
فضلَ اللهُ المجاهدين
على القاعدين
أجرا عظيما .
درجات منه و
مغفرة و رحمة
و كان الله غفوراً
رحيماً .
Tidaklah
sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang
yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan
orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam)
dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan
harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut
berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari
dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan
Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk
(tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat
besar; Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya, dan keampunan serta rahmat
belas kasihan. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Surah
An Nisaa’ 95 - 96
@
Perjuangan (
jihad ) adalah kebanggan dan kewibawaan kita .
إِنَّ
اللَّهَ
اشْتَرَى
مِنْ
الْمُؤْمِنِينَ
أَنفُسَهُمْ
وَأَمْوَالَهُمْ
بِأَنَّ
لَهُمْ
الْجَنَّةَ
يُقَاتِلُونَ
فِي سَبِيلِ
اللَّهِ
فَيَقْتُلُونَ
وَيُقْتَلُونَ
وَعْدًا
عَلَيْهِ
حَقًّا فِي
التَّوْرَاةِ
وَالإِنجِيلِ
وَالْقُرْآنِ
وَمَنْ
أَوْفَى
بِعَهْدِهِ
مِنْ اللَّهِ
فَاسْتَبْشِرُوا
بِبَيْعِكُمْ
الَّذِي
بَايَعْتُمْ
بِهِ
وَذَلِكَ
هُوَ
الْفَوْزُ
الْعَظِيمُ
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang
beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka
akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di
antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian
ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam
(Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih
menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan
yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang
seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
Surah At Taubah 111
@
Turut
menafsirkan pengertian jihad dan perjuangan ini , ialah Abdullah Ibnu Mubarak .
يا عابدَ
الحرامين لو
أبصرْتنَا لَعلِمْت
أنك
بالعبادة تلعبُ
من
كان
يخضبُ
خِدُّهُ بدموعِه
فنُحورنا
بدمائنا
تتخَضَّبُ
Maksudnya :
Wahai Hamba yang sedang beribadat di dua tanah haram
kiranya engkau melihat keadaan kami
Nescaya akan engkau sedari betapa ibadatMu
hanya mainan dan sia - sia
Sebagai orang yang mengalir
air mata dipipinya
Maka ditengkuk - tengkuk kami
mengalir darah -
darah kami .
PENGORBANAN .
Tiada hidayah
tanpa daawah , tiada daawah tanpa perjuangan , tiada perjuangan tanpa
pengorbanan.
@
Kiranya
perjuangan adalah suatu kebanggaan nescaya pengorbanan pula adalah suatu
kemuliaan . Mana kan tidak , mereka sanggup mengorbankan harta , tenaga , masa
, darah dan nyawa demi semua sebuah perjuangan mendaulatkan Syariat Allah dan
memartabatkan ummah .
@
Sungguhpun
pengorbanan ini mengorbankan kepentingan diri dan duniawi , namun ia bukan
suatu yang rugi bagi mereka yang berkorban demi perjuangan.
يَاأَيُّهَا
الَّذِينَ
آَمَنُوا
هَلْ أَدُلُّكُمْ
عَلَى
تِجَارَةٍ
تُنجِيكُمْ
مِنْ عَذَابٍ
أَلِيمٍ .
تُؤْمِنُونَ
بِاللَّهِ
وَرَسُولِهِ
وَتُجَاهِدُونَ
فِي سَبِيلِ
اللَّهِ
بِأَمْوَالِكُمْ
وَأَنفُسِكُمْ
ذَلِكُمْ
خَيْرٌ
لَكُمْ إِنْ
كُنتُمْ
تَعْلَمُونَ . يَغْفِرْ
لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ
وَيُدْخِلْكُمْ
جَنَّاتٍ
تَجْرِي مِنْ
تَحْتِهَا
الأَنْهَارُ
وَمَسَاكِنَ
طَيِّبَةً
فِي جَنَّاتِ
عَدْنٍ
ذَلِكَ الْفَوْزُ
الْعَظِيمُ .
وَأُخْرَى
تُحِبُّونَهَا
نَصْرٌ مِنَ
اللَّهِ وَفَتْحٌ
قَرِيبٌ
وَبَشِّرْ
الْمُؤْمِنِينَ
Wahai
orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh
menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu
beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan
ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih
baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan
itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam
taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu
di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah
kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu
pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan
sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.
Surah
As - Shaaf 10 -13
@
Pengorbanan
adalah bukti keyakinan dan kesungguhan terhadap perjuangan, demikianlah
generasi gemilang melakar sejarah perjuangan mereka dengan turut
mengisytiharkan slogan pengorbanan yang masyhur :
الموتُ فى سبيل الله أسمى
أمانينا
Mati dijalan Allah adalah setinggi - tinggi
harapan kami .
@
Allah swt.
melalui wahyu pekelilingnya menuntut
pengorbanan dan menjanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda .
مَنْ
ذَا الَّذِي
يُقْرِضُ
اللَّهَ
قَرْضًا
حَسَنًا
فَيُضَاعِفَهُ
لَهُ
أَضْعَافًا كَثِيرَةً
وَاللَّهُ
يَقْبِضُ
وَيَبْسُطُ
وَإِلَيْهِ
تُرْجَعُونَ
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada
Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan
balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang
menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua
dikembalikan.
Surah Al Baqaarah 245
وَمَا
أَنفَقْتُمْ
مِنْ شَيْءٍ
فَهُوَ يُخْلِفُهُ
وَهُوَ
خَيْرُ
الرَّازِقِينَ
dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah
akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki".
Surah Saba’ 39
وَلَئِنْ
قُتِلْتُمْ
فِي سَبِيلِ
اللَّهِ أَوْ
مُتُّمْ
لَمَغْفِرَةٌ
مِنْ اللَّهِ
وَرَحْمَةٌ
خَيْرٌ
مِمَّا
يَجْمَعُونَ
Demi
sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah (dalam perang Sabil), atau
kamu mati (mati biasa - semasa mengerjakan kebajikan umum), sesungguhnya
keampunan dari Allah dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang
mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis
kesenangan hidup).
Surah
Ali Imran 157
وَمِنْ
النَّاسِ
مَنْ يَشْرِي
نَفْسَهُ ابْتِغَاءَ
مَرْضَاةِ
اللَّهِ
وَاللَّهُ رَءُوفٌ
بِالْعِبَادِ
Dan
di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah
semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.
Surah
Al Baqaarah 207
@
Tanpa
pengorbanan bukan sahaja bererti mereka menggagalkan perjuangan tetapi juga
mengundang kemurkaan Allah swt .
هَاأَنْتُمْ
هَؤُلاءِ
تُدْعَوْنَ
لِتُنفِقُوا
فِي سَبِيلِ
اللَّهِ
فَمِنْكُمْ
مَنْ
يَبْخَلُ
وَمَنْ
يَبْخَلْ
فَإِنَّمَا
يَبْخَلُ
عَنْ
نَفْسِهِ
وَاللَّهُ
الْغَنِيُّ
وَأَنْتُمْ
الْفُقَرَاءُ
وَإِنْ تَتَوَلَّوْا
يَسْتَبْدِلْ
قَوْمًا
غَيْرَكُمْ
ثُمَّ لَا
يَكُونُوا
أَمْثَالَكُمْ
(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang
yang bertabiat demikian - kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit
dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku
bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan
(ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu
semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal).
Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan
menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan
berkeadaan seperti kamu.
Surah
Muhammad 38
فَإِنْ
تُطِيعُوا
يُؤْتِكُمْ
اللَّهُ أَجْرًا
حَسَنًا
وَإِنْ
تَتَوَلَّوْا
كَمَا تَوَلَّيْتُمْ
مِنْ قَبْلُ
يُعَذِّبْكُمْ
عَذَابًا
أَلِيمًا
Jika
kamu taat (menjalankan perintah Allah ini), Allah akan mengurniakan kamu dengan
balasan yang baik (di dunia dan akhirat), dan kalau kamu berpaling ingkar
seperti keingkaran dahulu, nescaya Allah akan menyeksa kamu dengan azab yang tidak
terperi sakitnya".
Surah Al Fath 16