| Laman Utama | Semua Artikel | |
Sejarah
Mematangkan PAS
السلام عليكم
و رحمة
الله و بركاته
1. Latar
belakang penubuhan PAS
Gerakan
menubuh PAS adalah bermula daripada
kebangkitan ulama di tanah air kita pada awal 1950-an. Pelopor gerakan itu
adalah Tuan Hj Ahmad Fuad Hasan melalui suatu muktamar
ulama-ulama Islam peringkat kebangsaan pada 21- 22 Februari 1950
bertempat di Bangunan Kelab Muar Johor. Pada muktamar tersebut
46 perwakilan hadir dan 300 pemerhati yang sebahagian besar
adalah alim ulama ahli UMNO. Rumusan
daripada muktamar itu, telah ditubuhkan Persatuan Ulama-ulama Se-Malaya.
Pada 23
Ogos 1951, Persatuan Ulama itu telah mengadakan muktamar ke-2 di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur. Muktamar itu
mentercetuskan resolusi menubuh parti politik Islam yang bebas dari UMNO
bagi mencapai tujuan pemusatan hal ehwal Islam yang lebih baik. Pemusatan
hal ehwal Islam tidak boleh dibuat
sekiranya Persatuan Ulama terus
berada di bawah UMNO. Lantas itu
dibentuk satu panitia Pertubuhan Ulama Se-Malaya yang
dipengerusikan oleh Tuan Hj Ahmad Fuad
Hasan.
Inisiatif
panitia itulah telah mencapai persetujuan dengan persatuan-persatuan kebajikan
Melayu, Majlis Agama
Islam Negeri-Negeri, ulama
perseorangan, qadhi-qadhi dan mufti; iaitu mengadakan muktamar di Kelab Melayu Bagan,
Butterworth Seberang Perai pada
24 November 1951. Daripada muktamar itulah tertubuhnya Persatuan Islam Se-Malaya
ringkasnya PAS.
Penubuhan
PAS pada 24 November 1951 adalah melibatkan tokoh-tokoh seperti
1. Tuan
Hj Ahmad Fuad Bin Hassan - Ydp. (Seberang Prai)
2. Tuan
Hj Muhammad Ghazali Bin Hj Abdullah - Timb. Ydp.(Pulau Pinang)
3. Tuan
Hj Hussein Bin Che Dol - Naib Ydp.(Bhg Utara/ Kedah)
4. Fakir
Bin Muhammad Nor - Naib Ydp.(Bhg
Tengah/Selangor)
5. Abd.Rahman
Bin Jamaludin al-Jambuli-NaibYdp.(Bhg Selatan/ Singapura)
6. Tuan
Hj Ahmad Bin Maliki - Setiausaha Agung (Seberang Prai)
7. Tuan
Hj Ahmad Bin Tuan Husin - Bendahari Agung
(Seberang Prai)
8. Yahya
Bin Jonid - AJK , Padang Lumat (Kedah)
9. Ismail
Bin Said - AJK , Anak Bukit (Kedah)
10. Tuan
Hj Ahmad Badawi - AJK, Seberang
Prai.
11. Tuan
Hj Zabidi - AJK, Seberang Prai.
12. Tuan
Hj Muhammad Bin Long AJK, Perlis.
13. Mohammad
Bin Haniff - AJK, PulauPinang.
14. Ahmad
Bin Hasii - AJK, Seberang Prai.
Daripada
nama-nama pimpinan ulung itu, kesemuanya adalah dari utara kecuali seorang dari
Singapura dan seorang dari Selangor.
Tidak ada seorang pun dari pantai timur (atau Kelantan).
Sementara itu,
didapati tiga orang adalah dari Kedah
iaitu Hj Husin Bin Che Dol,
Ustaz Yahya Bin Jonid dan Ismail Bin Said.
Hakikat ini
membuktikan langkah awal PAS bertapak dan
berkembang adalah di utara Tanah Melayu dan negeri utama adalah Pulau
Pinang dan Kedah. Ini disokong pula oleh penubuhan
cawangan PAS yang julung-julung kali (yang menghadiri muktamar pertama PAS) adalah terdiri daripada:
1. 2 cawangan
dari Pulau Pinang (Bandar dan Bayan Lepas)
2. 2
cawangan dari Seberang Prai (Pokok Sena dan Bukit Mertajam)
3. 4
cawangan dari Perak (Titi
Serong, Krian, Hilir Perak & Hulu Perak)
4. 2
cawangan dari Selangor (Sentul dan Sungai Penchala)
5. 1
cawangan dari Perlis (Perlis)
6. 1
cawangan dari Kedah (Bukit Besar).
Namun perkembangan PAS tidak berpihak kepada
negeri Kedah atau sebelah utara tanah
air, sedang sejarah merakamkan, bahawa
seorang tokoh dari Kedah iaitu Hj Husin Che Dol pernah hadir ke Kelantan memberi penerangan mengenai PAS di Pasir Puteh Kelantan. Malahan pula, negeri Kedah , Perak dan
Seberang Prai pernah mencatat sejarah
gemilang dengan melahirkan tokoh-tokoh dalam PAS melalui pusat pendidikan Islam
seperti Maahad Al-Ehya' As-Syariff Gunong
Semanggol. Soalnya mengapakah kini kegemilangan itu lenyap khususnya di Perak, sebaliknya
terserlah di Kelantan dan Terengganu.
3. PAS
sebagai parti pemerintah Negeri
PAS pernah
mendapat mandat memerintah di Kelantan dan Terengganu tetapi di
negeri-negeri sebelah utara,
tempat PAS mula berkembang.
Kecuali semasa PAS menjadi komponen
Barisan Nasional, ( PAS pada waktu itu
menjadi parti pemerintah bersama-sama UMNO. ) PAS dapat memerintah Kelantan dan
Terengganu adalah bermula daripada pilihan
raya 1959. Kejayaan pada pilihan
raya tersebut adalah sebenarnya
bermula daripada sejarah gerakan PAS atas dasar Islam. Bagaimana masyarakat
Kelantan pada awal-awal penubuhan PAS adalah
bergerak atas kesedaran dan keyakinan
perjuangan Islam.
Allahyarham
Ustaz Amaluddin Darus ada mencatatkan:
"Di Kota Bharu saya gagal mendapat kawan-kawan yang mahu ikut serta
dalam parti Islam itu...Akhirnya saya ditukar ke Pasir Mas.... di Pasir
Mas sahabat saya yang pertama ialah
Ahmad bin Yatim....Ahmad Yatim telah
menjadi sahabat saya. Persahabatan itu
telah banyak menolong saya dalam
mencapai cita-cita perjuangan saya. Kawan-kawan beliau yang ada
kesedaran polotik mulai menjadi kawan-kawan
saya. Kedai jahitnya menjadi
tempat persinggahan orang-orang
yang berhubungan dengannya....Bagi
mendapat sebanyak-banyak kawan
secepat mungkin saya gunakan ajaran nabi kita iaitu beri
salam kepada mereka yang kamu kenal dan yang kamu tidak kenal. Di mana
sahaja saya pergi dan bertemu orang
Melayu, saya ucapkan assalamulaikum. Di kedai kopi untuk mereka
yang ada di dalamnya. Di pasar,
kepada penjual ikan, di kedai
rokok kepada penjaganya. Kelihatan juga mulanya ada yang hairan,
tetapi bila saya menghulur
wang untuk membeli rokok,
tahulah dia pemberi salam bukanlah pengemis".
Allahyarham Amaludin Darus seterusnya mencatatkan bagaimana beliau berjaya mengembangkan dasar perjuangan PAS kepada tokoh-tokoh agama yang bertaraf Tuan Guru (di
Kelantan dikenali sebagai Tok Guru). Pengamalan beliau amat memberangsangkan
kerana sanggup berdepan dengan tok guru sehingga dapat meyakinkan golongan
orang agama untuk turut serta menegakkan Islam menerusi wadah PAS.
Menurutnya
"Saya terangkan kepada Tok Guru kita betapa pandangan daripada
orang-orang yang setengah
terpelajar dan yang terpelajar terhadap agama dan guru-guru agama. Saya jelaskan
pengalaman-pengamalan saya berhubung dengan sikap yang menghina dan
berpura-pura memuliakan Tok Guru-Tok
Guru yang saya saksikan sendiri di
majlis-majlis di mana-mana negeri pun...."Tok Guru yang tadinya merah
padam mukanya kerana marah, sekarang mulai tenang dan memberi perhatian kepada apa-apa yang saya perkatakan. Beliau telah mulai
memahami maksud kedatangan saya".
Justeru itu
PAS dapat dikembangkan dengan baik
di Kelantan adalah disebabkan
kepekaan rakyat Kelantan terhadap agama Islam . Fenomena ini kian marak dengan penerimaan golongan agama seperti guru-guru pondok terhadap dasar
Islam yang diperjuangkan PAS. Mengambil
kira keadaan ini, sudah pasti
langkah mengembangkan PAS hendaklah
bermula dengan menyebarkan kesedaran Islam secara menyeluruh khususnya
kepada umat Islam.
Sementara
itu, hubungan pimpinan PAS dengan masyarakat
sekitar hendaklah dibina dan dipereratkan demi mengembangkan lagi dakwah PAS terhadap orang awam yang belum
menerima PAS.
Kembali
kepada sejarah PAS yang memerintah Kelantan dan Terengganu. Menurut penganalisa politik pada masa itu
, PAS
dapat memenangi pilihan raya 1959 adalah kerana,
· PAS
dapat mempengaruhi dan memanfaatkan sepenuhnya
tokoh-tokoh agama tempatan bagi memujuk pengundi-pengundi sekampung mengundi PAS, dan ….
· Strategi
PAS ialah berkempen dari rumah ke rumah
kira-kira tujuh bulan lebih awal dari tarikh pilihan raya.
Melihat kepada faktor tersebut, PAS pada masa kini tetap menggunakan kaedah yang sama di samping beberapa
kaedah lain yang diperkenalkan
setiap kali menghadapi pilihan raya. Ini
kerana kita yakin, memasuki pilihan raya adalah memerlukan
sokongan rakyat. Lebih banyak
pendekatan yang boleh menarik perhatian
, simpati dan sokongan rakyat ,
maka bertambah ramailah rakyat bersama
kita.
4. PAS
sebagai komponen Barisan Nasional
Selepas PAS berjaya menguasai Kelantan dan Terengganu,
didapati banyak
keputusan-keputusan dasar dan
strategi PAS dipengaruhi oleh
suasana di Kelantan dan
Terengganu. Namun begitu , selepas kerajaan PAS
Terengganu hilang majoriti
dalam Dewan Undangan Negeri pada Oktober 1961
disebabkan beberapa orang ADUN
PAS belot, tinggallah PAS
Kelantan sebagai kerajaan. Bermula daripada
situlah, PAS Kelantan mendapat
perhatian serius pimpinan dari segi gerak
kerja dan strategi politik .
Keadaan
sedemikian kekal sehingga PAS di
bawah pimpinan Allahyarham
Dato' Mohd Asri Hj Muda menghadapi beberapa masalah dalaman sehingga keputusan pilihan raya 1964
dan 1969 didapati pengaruh PAS mula
merosot berbanding dengan
pencapaian 1959.
Keadaan politik tanah air pada tahun 1960-an banyak
dicetuskan dengan isu perkauman, maka PAS pada waktu itu turut
prihatin dengan isu tersebut. Tercetusnya peristiwa 13 Mei
1969, rusuhan kaum yang menjadi titik hitam negara, melahirkan
pendekatan baru politik PAS , yang akhirnya membawa kepada
perbincangan UMNO - PAS untuk menyertai
Perikatan.
Pada September
1969, Dato' Mohd Asri telah
mengadakan persefahaman dengan
Tun Abd Razak Timbalan Perdana
Menteri dan pada 21 Disember 1972, Kongres Khas
PAS meluluskan pembentukan kerajaan campuran
PAS-Perikatan. Perisytiharan
rasmi dibuat di Pejabat Perdana Menteri pada 28 Disember 1972,
akhirnya 1 Januari 1973
rasmilah pembentukan kerajaan
campuran PAS-Perikatan di Kelantan. Rintisan kerajaan campuran itulah , membawa PAS menyertai Barisan
Nasional pada pilihan raya 1974.
Namun PAS
tidak bertahan lama dalam
Barisan Nasional, kerana kepimpinan
PAS mula tidak sependapat,
sementelah pula kepimpinan UMNO
Kelantan di bawah Tengku Razaleigh Hamzah sentiasa mencari helah melaga-laga
pimpinan PAS sehingga tercetus isu
undi tidak percaya terhadap Menteri
Besar pada waktu itu, Dato' Hj Muhammad
Nasir.
Diikuti
dengan rusuhan (penyokong Dato' Muhammad Nasir), kemudian kerajaan PAS Kelantan di MAGERAN pada 8
November 1977. Selepas itu
(13 Disember 1977), PAS telah dipecat daripada komponen Barisan Nasional kerana tidak
menyokong Rang Undang-undang
Darurat yang dibentang di
parlimen pada 19 Oktober 1977. PAS telah berpecah lalu tertubuhlah
Berjasa dan PAS tewas dalam
pilihan raya 1978. Saat itu kembalilah PAS
sebagai pembangkang di
Kelantan dan di peringkat persekutuan.
5.
Masalah dan Tribulasi PAS
Pengalaman
PAS pada keseluruhannya bergerak dalam keadaan dilanda masalah dan tribulasi
yang berterusan. Masalah bermula tatkala PAS memenangi pilihan raya dan
memerintah Kelantan dan Terengganu.
Masalah kepimpinan merupakan pencetus utama
kemerosotan pengaruh PAS. Kerajaan PAS Terengganu jatuh lantaran ada
pimpinan yang belot dan tidak istiqamah dengan kepentingan parti. Sementara PAS
Kelantan dilanda perpecahan lantaran wujud dua kepimpinan dalam
satu parti, masing-masing
salah menyalah di antara satu
sama lain , akibatnya musuh menyelinap dan memecahkan benteng
kekuatan PAS Kelantan.
Penyakit
sedemikian terus menular, sehingga ada setengah kepimpinan yang
tidak bersedia berundur meskipun gaya
kepimpinannya telah disangsikan
dan tidak mampu membawa dasar parti. Hal
ini, jelas berlaku kepada Allahyarham Dato' Mohd Asri, yang kemudiannya terpaksa keluar dari PAS lalu
menubuhkan Hamim dan beliau sebagai
Presiden. Pada masa itu, PAS menghadapi era kepimpinan
ulama' hasil daripada kesedaran ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin yang lain.
Perubahan
era kepimpinan itu adalah atas kehendak
seluruh ahli PAS yang mahu menterjemahkan kepimpinan PAS sebagai
yang berteraskan ulama' demi
memulihkan kewibawaan perjuangan Islam dan menanam keyakinan
semula rakyat terhadap PAS.
Bertolak daripada perubahaan era kepimpinan tersebut,
prestasi dan sikap PAS makin terserlah di dalam negara hatta
peringkat antarabangsa.
Lebih-lebih lagi dengan ketokohan kepimpinan masa kini, Mursyidul Am
Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz,
Presiden Ustaz Fadhil Noor
dan Timbalan Presiden Tuan Guru Hj Abdul Hadi dan beberapa orang tokoh lagi, ternyata gerakan PAS
setanding malah lebih disegani oleh
gerakan-gerakan Islam sedunia.
6. PAS
dan Angkatan Perpaduan Ummah
Dalam era
1990-an, PAS tetap mampu mengharungi
arus politik perdana. Mulai
tahun 1990, PAS mampu mencipta
prestasi dengan lonjakan
berganda; berjaya menguasai semula kuasa politik Kelantan
bersama-sama parti-parti Semangat 46, Berjasa dan Hamim melalui wadah Angkatan Perpaduan
Ummah. Kekentalan rakyat Kelantan
memberi harapan kepada PAS dengan mesej Islam sebagai ad-din mentadbir Kelantan
atas nama kerajaan Angkatan
Perpaduan Ummah membuktikan PAS
tetap subur dalam arus politik tanah air.
Sejarah
pilihan raya 21 Oktober 1990 tetap menjadi catatan penting dengan PAS
mengamalkan sikap terbuka
dan bertoleransi dalam perjuangannya. Sikap ini telah dijelaskan oleh Presiden PAS dalam
Muktamar 1989 dan sikap ini tetap
diamalkan sekarang.
Meskipun begitu, pengalaman memerintah Kelantan dalam
era 90-an adalah lebih mencabar
berbanding dengan era 60-an. Pada
penggal pertama (1990-95), tidak banyak kerenah politik berlaku dalam
PAS dan kerajaan Negeri. Keadaan ini mungkin kerana rakan-rakan dalam Angkatan
Perpaduan Ummah tetap akur dengan perpaduan yang dibina sejak tahun 1989. Dalam tempoh ini, kerajaan negeri banyak
diasak oleh kerajaan Pusat dan UMNO
dalam segenap penjuru.
Perlaksanaan dasar pentadbiran
terus berjalan dengan baik.
PAS menerusi sokongan rakan-rakan Angkatan Perpaduan
Ummah telah berjaya melaksanakan dengan cemerlang cita-cita
pembangunan Kelantan atas slogan
Membangun Bersama Islam. Banyak
unsur dan dasar Islam
telah dipraktikkan dalam pelbagai
program untuk rakyat seluruh
Kelantan.
Namun
memasuki penggal kedua (selepas pilihan raya 1995), kerenah mulai timbul
dan sengaja ditimbulkan oleh rakan
kita daripada Semangat 46. Para
pemimpin Semangat 46 mulai mencari peluang bagi menutup kelemahan parti mereka. Mereka telah menuntut
hak-hak yang tidak munasabah seperti jumlah lantikan exco dari kuota
PAS, jumlah lantikan penghulu dan
ahli majlis daerah, mengeluarkan kenyataan sangka buruk terhadap
PAS, menimbulkan bibit perpecahan dalam pentadbiran dan mengheret sama istana
dalam isu-isu pentadbiran negeri. Semua yang mereka lakukan seolah-olah
mereka pembangkang kepada kerajaan yang
didokongi mereka sendiri.
Lantaran
itu, kerajaan Kelantan dan hubungan PAS dengan Semangat 46 berada dalam kronik.
Walau bagaimanapun, kita menyakini perjuangan Islam tetap benar
dan PAS sebagai salah satu wadah
perjuangan itu pastinya akan
terus kukuh dengan cita-cita suci bagi mendaulatkan hukum Allah.
Dalam hal ini, kita serahkan
kunci penyelesaian kepada kebijaksanaan pimpinnan kita dan sama-sama
kita berdoa, insya Allah PAS tetap unggul sebagai parti
politik dan gerakan Islam di negara ini.
7. Masa
Depan PAS
Firman Allah
(Al-Ahzab, ayat 36) bermaksud:
وَمَا
كَانَ
لِمُؤْمِنٍ
وَلا
مُؤْمِنَةٍ إِذَا
قَضَى
اللَّهُ
وَرَسُولُهُ
أَمْرًا أَنْ
يَكُونَ
لَهُمْ
الْخِيَرَةُ
مِنْ أَمْرِهِمْ
وَمَنْ
يَعْصِ
اللَّهَ
وَرَسُولَهُ
فَقَدْ ضَلَّ
ضَلالا
مُبِينًا
"Dan tidaklah
patut bagi lelaki yang beriman
dan tidak (pula) bagi perempuan
yang beriman, apabila Allah telah
menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang
lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai
Allah dan rasulnya, maka
sesungguhnyalah dia telah sesat, sesat yang nyata"
Justeru
itu, istiqamahlah dalam perjuangan
Islam dan yakinlah dengan perjuangan PAS. Sesungguhnya PAS tetap menjunjung
perjuangan yang diamanahkan Allah dan
disunnahkan oleh Rasulullah saw.
Firman Allah
lagi (Fussilat, 41 ayat 30) bermaksud:
إِنَّ
الَّذِينَ
قَالُوا
رَبُّنَا
اللَّهُ ثُمَّ
اسْتَقَامُوا
تَتَنَزَّلُ
عَلَيْهِمْ
الْمَلائِكَةُ
أَلا
تَخَافُوا
وَلا تَحْزَنُوا
وَأَبْشِرُوا
بِالْجَنَّةِ
الَّتِي
كُنْتُمْ
تُوعَدُونَ
"Sesungguhnya
orang-orang yang berkata, "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka
meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat
akan turun kepada mereka (dengan mengatakan), "janganlah mereka
merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan Allah
kepadamu".
PAS
memerlukan ahli dan pemimpin yang
istiqamah dan sanggup berjuang
dengan bersungguh-sungguh. Yakinlah , Allah pasti akan memberi kemenangan kepada
perjuangan islam , sama ada menang di dunia ataupun menang di akhirat (mendapat balasan syurga). Kita yakin
masa depan PAS tetap gemilang. Tugas
kita hanyalah berkerja keras
demi kemenangan Islam.
Di
susun oleh Lajnah Tarbiyyah dan Kepimpinan
PAS
Kawasan Rompin . 8hb. March 2001
ZAINAB AL
GHAZALI AL JUBAILI
Bismillah
Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.
Dilahirkan pada 1917 , Zainab Al Ghazali Al Jubaili merupakan pengasas Jama'at
Muslimat . Penubuhan Jama'at Muslimat pada tahun 1937 ini bertujuan untuk
memberikan pendidikan kepada wanita-wanita Islam disamping memberi bantuan
kepada ahli keluarga yang kehilangan tempat pergantungan setelah ketua keluarga
mereka dipenjarakan oleh pemerintah Mesir pada masa itu.
Dalam tahun 1937 ini juga, Zainab telah bertemu dengan pemimpin Ikhwanul Muslimin
pada masa itu iaitu As Syahid Hassan Al Banna yang sedang cuba menubuhkan satu
cabang khusus untuk muslimat dalam Ikhwanul Muslimin. Jama'ah Muslimat
kemudiannya dijadikan satu cabang dari gerakan Ikhwanul Muslimin .
Bagaimanapun, pada awal penubuhannya, ia tidak terikat dengan Ikhwanul Muslimin
hinggalah berlakunya peristiwa pembubaran Ikhwanul Muslimin pada tahun 1948.
Segala harta Ikhwan telah dirampas, cawangan-cawangannya ditutup dan
beribu-ribu ahli Ikhwan telah ditangkap. Setelah peristiwa ini, Zainab
memikirkan semula saranan awal Hassan Al Banna agar Jama'at Muslimat bergabung
dengan Ikhwanul Muslimin dan akhirnya pada tahun 1948, Zainab Al Ghazali
sebagai pengerusi Jama'at Muslimat telah memberikan bai'ah kepada Hassan Al
Banna.
Bagaimanapun tanggal Februari 1949, komplot untuk membunuh Hassan Al Banna
telah dilaksanakan dan akhirnya gugurlah seorang pejuang Islam yang gigih.
Perjuangan beliau telah disambung oleh Al Imam Mursyid Hassan Al Hudaibi.
Terdapat satu peristiwa menarik berkenaan dengan Hassan Hudaibi ini. Dalam
tahun 1954, Jamal Abdul Nasser telah mengeluarkan perintah hukuman gantung
kepada As Syahid Abdul Kadir Audah, As Syeikh Muhammad Fargali, Hassan Hudaibi
dan beberapa orang lagi. Walaubagaimanapun, Hassan Hudaibi diserang penyakit
jantung secara tiba-tiba dan doktor meramalkan bahawa beliau hanya boleh hidup
beberapa jam sahaja lagi. Jamal Abdul Nasser mengampuni beliau kerana menyangka
bahawa beliau akan mati keesokan harinya. Dengan kekuasaan Allah, umur Hassan
Hudaibi masih panjang dan beliau akhirnya ditangkap dan dihantar ke penjara
tentera buat kali kedua. Hassan Hudaibi merupakan seorang pejuang yang sejati
dan begitu berani . Sewaktu beberapa orang Ikhwan yang sudah lemah kerana
berada lama dalam perjuangan mengajukan cadangan agar Ikhwanul Muslimin
bekerjasama dengan golongan pemerintah yang taghut, beliau telah menyuarakan
pendapatnya yang masyhur:"Aku tidak memaksa seseorang bersikap tegas dan
berani mengikut pendirianku tetapi aku mengingatkanmu bahawa sesungguhnya dakwah
Islam tidak pernah tertegak walau sehari dengan orang-orang yang telah
mengambil sikap bertolak ansur".
Pendapatnya ini dilahirkan sewaktu beliau berumur 80 tahun dan beliau terus
kekal dalam penjara dan hanya dibebaskan setelah kematian Jamal Abdul Nasseer.
Awal Ogos 1965, Jamal Abdul Nasser mula membuat perancangan untuk menangkap
barisan pemimpin harakah Islamiah. Perancangan ini didalangi oleh
perisik-perisik Amerika dan Russsia yang di susun oleh Zionisme Antarabangsa.
Untuk mengaburi mata orang ramai, rejim Jamal Abdul Nasser telah menuduh Zainab
dan pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin yang lain seperti Syed Qutb dan Hassan
Hudaibi merancang pembunuhan Jamal Abdul Nasser dan 4 orang menterinya.
Hasilnya, beribu-ribu orang ahli Ikhwanul Muslimin telah ditangkap. Zainab
sendiri telah ditahan pada Jumaat, 20 Ogos 1965. Beliau kemudian telah
disumbatkan ke penjara dan di sana beliau melihat bagaimana anggota Ikhwanul
Muslimin diseksa dengan teruk. Ada yang digantung, dicambuk dan dicakar-cakar
oleh anjing ganas setelah mereka disebat. Zainab sendiri disiksa dengan kejam
termasuk dipukul dengan teruk, disumbatkan dalam penjara air dan diancam untuk
dirogol. Walaupun beliau berada dalam kesakitan kerana disiksa, namun dengan
pertolongan Allah beliau berjaya menewaskan askar yang diperintahkan untuk
merogolnya.
Untuk mengaburi mata rakyat, pihak pemerintah telah mengaturkan agar ahli-ahli
Ikhwan yang ditangkap dihadapkan ke muka pengadilan pada 17 hb Mei 1966. Hasil
dari perbicaraan yang berat sebelah ini, barisan pimpinan Ikhwan seperti Syed
Qutb, Abdul Fattah Ismail, Yusuf Hawash dan lain-lain dijatuhkan hukuman
gantung. Zainab dan Hameedah Qutb pula masing-masing dijatuhkan hukuman penjara
sebanyak 25 tahun dan 10 tahun dengan kerja berat Semasa berada dalam tahanan
inilah, Jamal Abdul Nassser mati. Akhirnya pada 10 hb Ogos 1971, Zainab telah
dibebaskan dari tahanan setelah 6 tahun mengalami pelbagai penderitaan.
[Al-MUSLIMUN: Februari 1996/Ramadhan 1416]