| Laman Utama | Semua Artikel | |
PANDANGAN
PAS MENGENAI MASALAH DUNIA ISLAM
Muqaddimah:
Artikel ini disunting dan disesuaikan semula dari Ucapan Dasar Presiden PAS,
Ustaz Fadhil Mohd. Noor sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-39 (11-13hb. Jun
1993) Dan Kali Ke-40 (9-12hb. Jun 1994) - Semoga ia memberi manfaat kepada
kita semua - Rosli bin Ibrahim.
PAS melihat perkembangan dan pergolakan politik
antarabangsa, baik yang melibatkan umat lslam mahupun tidak, adalah sebahagian
dari politik yang perlu ditangani oleh semua pihak khususnya oleh harakah
lslamiah seperti PAS.
la memerlukan penglibatan dan perhatian setiap
masa dan bukannya sekadar sambilan. Kepekaan itu ialah kerana natijah dari
pergolakan itu lambat laun akan melibatkan umat lslam termasuk di negara kita
sendiri. Justeru bagi PAS, umat lslam mesti ikut mencorakkan suasana sebelum
sesuatu itu mencorakkan mereka. Dan bagi PAS, penglibatannya dalam perkara ini
telahpun menampakkan kesannya. Kebelakangan ini pemimpin-pemimpin PAS bukan
sahaja menghadiri seminar atau perjumpaan di luar negara, tetapi PAS turut
dikunjungi tidak henti-henti oleh tetamu dari luar seperti Turki, Palestin,
Kashmir, Pakistan, Rohingya, Chechen dan lain-lain.
Sementara kehadiran PAS dalam forum-forum atau seminar lslam
antarabangsa bukan sahaja PAS dapat mewakili umat lslam di negara ini, tetapi
turut mewakili atau menyampaikan pandangan masyarakat lslam rantau Asia
Tenggara kerana umat lslam di rantau ini tidak banyak peluang dan kemudahan
untuk menyertainya. Dari pertemuan-pertemuan tersebut telah memberikan makluman
kepada PAS betapa sengsara, terbiar dan tidak merdekanya umat lslam di
mana-mana sahaja, baik di negara umat lslam sendiri mahupun tidak.
Umat lslam di seluruh dunia kebanyakannya
menghadapi masalah dengan kerajaan sekular. Regim-regim sekular
itu mengabaikan pembangunan atau memusuhi umat lslam, menindas gerakan dan
kebangkitan lslam serta di sesetengah tempat ada yang berperang atau
berbunuh-bunuhan sesama sendiri.
Dunia lslam tidak mendapat pembelaan dan simpati
sewajarnya dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sementara NATO dan
Kesatuan Eropah (EC) pula mencurigainya. Umat lslam juga tidak dapat bergantung
kepada Pertubuhan Negara-negara lslam (OIC). Maka apa yang dapat dilakukan oleh
gerakan lslam dari semua rantau dan benua ialah dengan mengadakan hubungan dan
pertemuan sesama sendiri bagi mencari
jalan bagaimana umat
lslam dapat dibebaskan
dari penindasan atau mendapatkan keadilan walaupun berada di mana.
Untuk tujuan
tersebut bagi PAS, umat lslam khususnya pergerakan lslam mestilah perlu
meneruskan dailog dengan pihak barat serta pemimpin-pemimpin kerajaan umat
lslam yang lain. Memandangkan dialog pernah diadakan di antara anggota-anggota
Parlimen gerakan lslam dengan Setiausaha Agung PBB dan pemimpin Kongres Amerika
di New York pada tahun 1991 dan dengan pemimpin kerajaan dan masyarakat Jerman
di Born pada November 1992, maka dailog ini patut diteruskan pula dengan
Russia, Perancis dan lain-lain negara.
Oleh kerana
dailog juga pernah diadakan di antara pemimpin-pemimpin gerakan lslam dari
pelbagai negara dengan al-Malik Hussein dari Jordan, al-Malik Fahd dari Arab
Saudi, Presiden Saddam Hussein dari lraq dan Presiden Ali Akhbar Hashimi
Rafsanjani dari lran, maka adalah wajar difikirkan apakah dialog seperti ini
perlu diteruskan lagi dengan lain-lain pemimpin kerajaan negara umat lslam di
masa-masa akan datang jika ia ada hikmahnya.
Masalah umat
lslam yang tertindas banyak terserah kepada keputusan PBB, sedangkan PBB tidak
pernah menyenangkan hati umat lslam. Allahyarham Dr. Burhanuddin al-Helmi yang
memimpin PAS sebelum merdeka hingga tahun 1969 dalam ucapannya sering kali
menyentuh mengenai ketidakjujuran PBB terhadap umat lslam.
PBB telah
mewujudkan negara haram lsrael di Palestin. Ketika umat lslam Kashmir menuntut hak
menentukan nasib sendiri di bumi mereka, ia menyerahkan perlaksanaannya kepada
kerajaan Hindu lndia dan PBB tidak pernah membuat apa-apa untuk menekan lndia
melaksanakan keputusan PBB itu. Sikap PBB yang tidak menyebelahi umat lslam ini
terus dibawa hingga kepada isu Bosnia-Herzegovina dan Chechen.
Selama lebih
dua tahun PBB mengaku Serbia sebagai pengganas, tetapi PBB membiarkan
pengganas-pengganas itu membunuh umat lslam Bosnia. Walaupun Majlis Keselamatan
PBB sering bermesyuarat kononnya untuk membela Bosnia, tetapi yang mendapat
faedah ialah Serbia. Anehnya PBB menghalang Bosnia daripada mendapatkan
senjata, tetapi tidak pernah membuat apa-apa untuk menghalang mereka daripada
disembelih oleh pengganas terkutuk itu.
PBB hanya
menunggu apa yang Amerika hendak buat dan Amerika pula menunggu NATO, dan EC
bersetuju. NATO dan EC tidak pernah sebulat pendapat untuk menghukum Serbia dan
mereka hanya setakat menyekat senjata daripada dihantar ke Bosnia. Sementara
OIC yang diharapkan menjadi pembela langsung tidak mengambil apa-apa langkah.
Bagi kerajaan Malaysia yang bertindak dengan menutup kedutaan di Belgred tidak
banyak memberi erti kerana kedutaan di Belgred itu adalah untuk Yugoslavia,
sedang Yugoslavia sekarang sudah tidak wujud.
Walaupun
Perwakilan Malaysia dalam sidang NAM di Jakarta dahulu pernah bersuara, tetapi
suara tersebut tidak mampu menarik perhatian NAM untuk mengutuk Serbia.
Kerajaan Malaysia sepatutnya menggunakan kedudukannya di PBB untuk mempengaruhi
perwakilan lslam bertindak tegas terhadap PBB. Malaysia patut mencadangkan
supaya semua perwakilan lslam memulaukan sidang PBB selagi PBB tidak bertindak
tegas terhadap Serbia. Kerajaan juga patut meninjau sama ada wajar atau tidak
negara-negara lslam menggantungkan keanggotaan masing-masing di
PBB dan tidak
akan memberi kerjasama kepada PBB sehingga ia sanggup bersikap adil
kepada sesama anggotanya.
Malaysia juga sepatutnya menganjurkan satu
tindakan ketenteraan terhadap Serbia bersama-sama negara lslam yang lain
disebabkan PBB tidak sedia bertegas. Malangnya Malaysia hanya bersedia
mengirimkan tentera ke Bosnia jika diminta dan dibuat atas nama PBB, sedang PBB
tidak pernah adil terhadap lslam.
Penderitaan yang dialami oleh seluruh umat lslam
tidak kira di bumi mana amat menyakitkan. Justeru untuk mengelakkan lslam
daripada terus ditindas dan ditekan, umat lslam sepatutnya kembali semula
berpegang kepada konsep kesatuan ummah yang dituntut oleh lslam.
Pada hari ini kebanyakan umat lslam hanya pandai
sahaja bercakap mengenai lslam, tetapi mereka tidak bersedia dan tidak pula
mahu bersama lslam dan umatnya. Malah sesetengahnya pula berpendapat masalah
penindasan dan kesengsaraan umat di sesuatu wilayah atau negeri itu adalah
tidak ada kena mengena dengan diri mereka.
Fahaman ini muncul mungkin disebabkan oleh
perasaan kononnya mereka kini tinggal dalam sebuah negara yang aman, damai dan
tidak ada kacau-bilau, justeru bagi mereka untuk apa perlunya mengambil tahu
mengenai keadaan yang berlaku di dunia luar yang tidak ada kena mengena dengan
mereka. Sebenarnya, ini adalah satu fahaman sesat assabiyah yang telah
melahirkan satu keyakinan palsu dan boleh membawa kepada kehancuran ummah.
Umat lslam sepatutnya menolak fahaman sempit
tersebut yang nyata telah terkeluar dari prinsip lslam. Umat lslam hendaklah
sedar bahawa penghapusan umat lslam di serata dunia pada waktu ini adalah satu
perancangan pihak anti lslam, antaranya yang kini dipimpin oleh Amerika.
Sebagai penyelesaian, umat lslam tidak mungkin ada jalan lain kecuali melalui
medan jihad.
Sebenarnya, keberanian pihak kuffar melakukan
apa sahaja penindasan ke atas umat lslam pada waktu ini adalah hasil melalui
strategi penindasan secara berterusan dan bukannya melalui suatu tindakan
spontan. Mereka telah membaca dan mendapat isyarat jelas selepas seluruh umat
lslam gagal menangani penindasan yang dimulakan, khususnya di Palestin.
Rampasan tanah umat lslam di Palestin pada tahun
1948 tidak ada tentangan secara bersungguh-sungguh melalui jihad oleh
masyarakat lslam antarabangsa, dan ini menyakinkan golongan kuffar untuk
menghadapi umat lslam di lain-lain kawasan. Selepas tahun 1967, isu Palestin
semakin diperkecilkan dan ia kini hanya bertukar menjadi isu sebuah wilayah
yang hanya dituntut oleh warga Palestin. la tidak dilihat sebagai perjuangan
mengembalikan wilayah umat lslam.
Begitu juga dengan kejadian yang berlaku di
Bosnia. Penghapusan umat lslam di Bosnia telah berjalan sekian lama. Umat lslam
di sana menghadapi bangsa Serbia dan Crotia sejak kejatuhan kerajaan lslam Uthmaniyah
lagi. Jelasnya, ketiadaan Khalifah lslam telah memberikan kesan yang amat buruk
ke atas umat lslam seluruhnya.
Kuffar juga sedar bahawa ketiadaan negara lslam
dan ketiadaan Khalifah lslam adalah satu asset bagi mereka untuk terus
mengganyang umat lslam. Fahaman assabiyah sesat yang memencilkan isu
Palestin kepada masalah nasional orang Palestin telah membantu gerakan
kuffar antarabangsa menduduki seluruh wilayah itu melalui negara haram lsrael.
Kemudian kegagalan lsrael ini telah diulangi di Bosnia.
Negara-negara umat lslam yang meracuni pemikiran
rakyat dengan fahaman kebangsaan sempit ini telah menghidangkan Bosnia
kepada kuffar secara percuma.
Ekoran kegagalan tersebut, puak kafir Hindu pula
telah bertindak ganas meroboh institusi lambang keagungan lslam, iaitu Masjid
Babri di Ayodha serta bertindak kejam ke atas umat lslam di Kashmir.
Sebagai sebuah pergerakan lslam, PAS telah
mengadakan berbagai program bagi
menangani masalah tersebut. Bermula dengan surat dan memorandum bantahan
kepada pihak yang terlibat, PAS juga telah melancarkan tabung khas bagi
membantu seluruh umat lslam yang ditindas dan dizalimi serta mengadakan
tunjuk-tunjuk perasaan dan majlis sembahyang hajat.
PAS percaya bahawa usaha seperti ini hanya dapat
dilakukan oleh gerakan lslam seperti PAS, dan tidak mungkin gerakan atau
pertubuhan sekular dapat menangani masalah tersebut, apatah lagi
memperjuangkannya.
Dalam pendirian mengenai Baitulmaqdis dan
Palestin, PAS tetap berpendirian memperjuangkannya sehingga ia kembali semula
kepada pemilik yang sebenar, iaitu umat lslam. Bagi tujuan tersebut, PAS akan
tetap bersama Hamas, Jihat lslam dan Hizbullah di Lubnan.
Pencolekan regim haram lsrael terhadap pemimpin
Hizbullah dan juga penahanan Sheikh Abdul Aziz Audah, Sheikh Ahmad Yassin dan
Sheikh Abdul Karim Obeid tidak sedikitpun melemahkan semangat pejuang lslam
seluruh dunia. Tindakan haram zionis menyerang pengkalan Hizbullah dan
Hamas juga tidak akan memberi keuntungan kepada negara haram tersebut. Jihad akan dilakukan secara berterusan
sehinggalah Baitulmaqdis dibebaskan.
Perang dingin dirasmikan tamat antaranya atas
sumbangan dan pengorbanan umat lslam di mana-mana. Empayar Soviet dan
kuasa dunia komunis yang anti Tuhan dan agama telah ditumbangkan, dan ia
bukannya ditumbangkan oleh senjata nuklear barat tetapi sumbangan besar
atas kehancuran itu datangnya dari tentangan kuat umat lslam. Umat lslam telah
mengorbankan jiwa dan darah, tenaga dan keringat, harta dan wang untuk
memerangi kuffar marxisme dan kekejamannya itu.
Dunia barat dengan nuklear dan senjata
canggih serta kekuatan ekonomi gagal bertindak sendiri, tetapi atas peranan
umat lslam yang berada di barisan hadapan seperti di Afghanistan dan Chechen
telah menyebabkan komunis rebah dan hancur.
Malangnya umat lslam tidak dapat menghirup udara
dan nikmat pasca perang dingin itu. Dunia yang harmoni tetap tidak wujud.
Demokrasi, toleransi, hidup rukun sesama manusia hanya satu slogan yang kosong.
Umat lslam dilanda semula oleh musuh asalnya dari kalangan salibiyah
yang membawa slogan baru iaitu perjuangan mendemokrasikan dunia melalui gagasan
tata baru dunia.
Serangan golongan salibiyah terhadap umat
lslam melalui Ghuzwatul Fikr atau penjajahan pemikiran terbukti
gagal. lslam tetap bangun di mana-mana. Di negara-negara umat
lslam, umat lslam
lantang menuntut ditegakkan daulah lslamiah. Di negara yang
lslam adalah minoriti, mereka menuntut berbagai hak di bawah hak kebebasan
beragama dan sebagainya. Di bekas tanah jajahan Soviet, umat lslam
bangun untuk menuntut lslam didaulatkan.
Maka melalui apa yang dikatakan mendemokrasikan
dunia, puak salibiyah melancarkan serangan baru bagi melumpuhkan umat
lslam. Mereka tidak mahu kekuatan lslam bangun dan memainkan peranan di dunia.
Lalu mereka memusnahkan lraq dan senjatanya tetapi membiarkan lsrael membina
segala kekuatan tentera dan senjata nuklear. Mereka sekat Pakistan
tetapi membiarkan lndia. Mereka juga memusuhi negara-negara lslam lain yang
antaranya seperti lran, Sudan dan Libya.
Dan mereka campurtangan dalam urusan rakyat
Algeria yang mahukan kepada sebuah kerajaan lslam yang dipilih melalui pilihanraya
bebas, tetapi mereka cuba mempertahankan regim Haiti yang digulingkan oleh
tentera. Regim tentera Haiti telah dibenci, tetapi regim tentera Algeria
dipuji.
Golongan salibiyah bersekongkol membiar
darah umat lslam membasahi bumi Bosnia-Herzegovina dengan PBB yang dikuasai
Amerika dan NATO membiarkan pengganas Serb menyembelih umat lslam di sana.
Tetapi adakah mereka akan membiarkan jika Serbia menyembelih penganut Kristian?
Tidakkah mereka bangun dan bising apabila Serbia menghalakan senjatanya kepada
Croat sedikit masa lalu? Amerika lebih senang menghantar tenteranya ke Somalia,
sedangkan keutamaan sepatutnya adalah di Bosnia.
Serangan juga telah dihalakan terhadap
Azerbaijan. Russia sebagai kuasa besar dari ahli Majlis Keselamatan PBB dan
kuasa terpenting dalam CIS lebih senang membantu dan membiarkan Armenia
menceroboh Azerbaijan. Kini muncul pula tanda-tanda yang menunjukkan adanya ancaman terhadap umat lslam di Cyprus dan
Kurdis.
Umat lslam di Selatan Filipina juga dalam
ancaman semula dari kuasa pro-salibiyah. Apakah dunia seluruhnya mahu
membiarkan dunia lslam yang sudah reda di Selatan Filipina itu menjadi medan
penyembelihan semula umat lslam?
Dengan itu, PAS bertanggapan bahawa jika umat
lslam tidak peka dan tidak bersedia kembali semula kepada perjuangan jihad,
maka janganlah diharapkan umat lslam akan dapat menyelamatkan diri mereka
daripada diserang oleh salibiyah itu.
Suasana yang ada sekarang sesungguhnya sama
sekali tidak bersedia menyelesaikan masalah Kashmir, Rohingya, Chechen dan
masalah umat lslam di mana-mana sahaja. Apa yang penting sekarang bagi PAS
ialah nasib umat lslam mestilah ditentukan dan dibela sendiri oleh mereka.