| Laman Utama | Semua Artikel | |
KEFAHAMAN ISLAM ANTARA WAHYU DAN AQAL
Saudara/saudari
yang dihormati sekelian :
Topik
yang kita bincang ini adalah sangat
penting, demi memastikan kita tidak silap dan salah faham terhadap Islam agama
anutan kita.
Silap
dan salah dalam memahami Islam,
mengundang risiko yang sangat besar. Ia tidak hanya merosakkan kualiti diri
kita ( sebagai seorang muslim ) tetapi apa yang lebih parah, ia membatalkan
identity diri kita ( sebagai seorang muslim ). Dalam erti kata lain, ia menjadi
kufur atau murtad. Semuanya berpunca dan bermula dari salah dan silap faham
terhadap Islam agama Ilahi.
Justeru
itu, saya fikir bahawa tajuk ini sangat wajar diberi perhatian serius oleh
setiap individu muslim.
Apa
yang kita nak bincang, secara objektifnya 2 perkara:
· Wahyu
· Aqal
Sebagai intro kepada perbincangan ini, kita mesti
memahami pengertian Wahyu dan Aqal secara jelas dan ini memudahkan kita untuk memahami perbahasan dan perbincangan
topik kita hari ini.
Saudara/I
sekelian :
Wahyu secara mudah adalah
Firman/kalam Ilahi. Pastinya ia datang dari Allah swt. Qadhi Rabbul Jalil Tuhan
yang mencipta manusia.
Sementara
Aqal pula masdarnya ialah dari manusia yang dicipta oleh Allah swt.
Makhluk yang serba lemah.
Definisi
ringkas ini telah jelas untuk menginsafkan kita, bahawa aqal milik
manusia, selama - lamanya memerlukan bimbingan dan pedoman wahyu milik
Allah, Tuhan yang mencipta aqal.
Saudara/I
sekelian :
Dalam
pengertian lain, Wahyu adalah sumber dan asas Syariat Islam yang
diturunkan oleh Allah swt. dan aqal pula menjadi alat kepada manusia untuk memahami Syariat Islam.
Kita
lihat bagaimana kefahaman Islam antara wahyu dan aqal dari sirah
Rasulullah saw. Ketika mana Rasulullah saw. menghantar Muaz ibnul Jabal ke
Yaman, Baginda telah bertanya :
بم
تقضى
قال : بكتاب
الله قال فإن
لم تجد قال
بسنة رسول
الله قال فإن
لم تجد قال
أجتهد رأى و
لا آلو (
أى لا
أقصر )
فضرب في
صدره و قال : الحمدلله
الذي وفق
رسولَ رسولِ
الله لما يرضى
رسولُ الله
Justeru
itu saudara/I sekelian, untuk mendapat kefahaman Islam yang jelas, kita tidak boleh memisahkan aqal daripada
wahyu.
Aqal yang terpisah daripada wahyu
akan membawa kesan yang sangat buruk.
Paling minima mereka akan menentang wahyu. ( yakni menentang
Islam itu sendiri. )
Golongan
yang memisahkan Aqal daripada wahyu dikenali sebagai golongan Aqlaniyyah.Keterlanjuran
golongan ini sampai keperingkat mereka
mempertuhankan Aqal.Asas dan prinsip penggunaan aqal
mereka ialah eksperimen dan logical.
Golongan
ini sebenarnya telah lahir sejak awal kedatangan Islam.Dimana Madrasah Aqliyyah
ini telah diasaskan oleh Abu Jahal dan kuncu kuncunya.
Pertembungan
Madrasah Aqliyyah dengan Madrasah Quraaniyyah ini semakin sengit apabila
berlaku peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Abu Jahal dan kuffar Jahiliyyah yang
dipimpinnya menolak peristiwa Isra’ dan
Mi’raj dengan menganggap ini adalah satu pembohongan yang dilakukan oleh Nabi
Muhammad saw. semata - mata kerana ia berlaku diluar batas logical manusia.
Sedang
ummat Islam yang dipimpin oleh
Saiyidina Abu Bakar rha. tetap utuh keyakinan mereka sekalipun ianya
berlaku diluar batasan logical manusia.
Fenomena ini berlaku kerana mereka
berpegang teguh kepada wahyu Allah swt. Firman Allah swt :
سُبْحَانَ
الَّذِي
أَسْرَى
بِعَبْدِهِ
لَيْلا مِنْ
الْمَسْجِدِ
الْحَرَامِ
إِلَى
الْمَسْجِدِ
الأَقْصَى
الَّذِي
بَارَكْنَا
حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ
مِنْ
آيَاتِنَا
إِنَّه هُوَ
السَّمِيعُ
الْبَصِيرُ
Maha
Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid
Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati
sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan
kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui.
Saudara/I
yang dihormati sekelian :
Eksperimen
Aqli telah dilakukan oleh Abu Jahal, beliau menyuruh Nabi mengangkat kedua -
dua belah kakinya dan Nabi tidak berbuat demikian (sebagaimana disuruh),peristiwa ini menjadi modal besar kepada mereka untuk terus menentang dan tidak mempercayai Islam yang dibawa
oleh Nabi Muhammad saw. sejak dulu, kini dan selamanya.( Kerana mereka
menganggap Nabi berbohong dengan cerita
baginda naik ke langit, sedang untuk mengangkat kedua - dua belah kaki pun,
baginda gagal. )
Saudara/I
sekelian :
Madrasah
ini melahirkan graduan yang berkeliaran
sepanjang zaman untuk menjadi agen memerangi Islam.(agama wahyu ). Maksudnya, golongan ini wujud malah semakin
aktif sehingga ke hari ini.
Sebahagian
ummat yang mengaku muslim, turut terpengaruh dengan dakyah golongan Aqlaniyyah
ini.Mereka mula menerima dan mengambil Islam dalam perkara yang dirasakan logic
/ munasabah. Mereka juga mengenderai hidup berasaskan pandangan dan pendapat
aqal yang terpisah dari pimpinan dan bimbingan wahyu Allah swt.Sedangkan Allah
telah memberi peringatan tegas kepada semua manusia :
ثُمَّ
جَعَلْنَاكَ
عَلَى
شَرِيعَةٍ
مِنْ الأَمْرِ
فَاتَّبِعْهَا
وَلا
تَتَّبِعْ أَهْوَاءَ
الَّذِينَ لا
يَعْلَمُونَ
Kesudahannya
Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu
Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah Syariat itu,
dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui
(perkara yang benar).
Dan
bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah
kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari
Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan
Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu
bertaqwa.
Surah
Al Anaam 153
Golongan
inilah yang mengundang kemusnahan berpanjangan
untuk ummat manusia, kerana Aqal yang lemah tak mungkin berupaya
menangani persoalan hidup manusia tanpa bimbingan wahyu Allah tuhan yang
mencipta manusia. Banyak perkara dan banyak masaalah manusia tidak akan selesai
apabila ianya cuba ditangani oleh aqal manusia yang terpisah dari wahyu pencipta manusia.
Saudara/I
yang dihormati sekelian :
Sebagai
contoh mudah, saya kemukakan fakta yang berlaku di Negara kita seketika dulu.Pada pertengahan tahun 90an, negara
kita heboh dengan isu penyakit Aids dan buang bayi.Isu ini adalah malapetaka
besar kepada ummat Islam di negara kita .
Maka
semua pihak rasa terpanggil untuk berbincang
dan mengkaji, apakah formula penyelesaian nya ? Para intelektual, cendikiawan,
aktivis social, pemimpin masyarakat, ahli politik, tokoh agama dan masyarakat
awam turut mengambil bahagian.Namun malang, suasana dikuasai oleh golongan
aqlaniyyah, yang meletakkan aqal sebagai sandaran mereka bertindak.Mereka
mengenepikan wahyu, malah bersangka buruk terhadap wahyu Allah.
Mereka sangka daya intelektual mereka,
sangat memadai untuk menangani konflik
ummah ini.
Lahirlah
pandangan dan pendapat supaya menggunakan kondom untuk mengelak aids dan
menubuhkan bank bayi untuk
menangani gejala buang bayi.
Pandangan
ini sangat dangkal dan biadab. Kerana ia tidak mengurangkan jenayah social, bahkan jenayah itu kian
bertambah apabila dengan penggunaan kondom secara terbuka, dijadikan peluang
pula untuk mengelak hamil dalam industri free sex. Kalaupun hamil, mereka tidak
lagi bimbang untuk melahirkannya, kerana bank yang ditubuhkan sedia untuk menerima anak mereka yang dilahirkan
luar nikah. Jenayah tak selesai, moral kian teruk, penyakit bertambah dan Allah
semakin murka.
Kenapa
tidak mereka menggunakan wahyu
dalam menangani masaalah seumpama ini. Bukankah Allah telah berfirman :
وَلا
تَقْرَبُوا
الزِّنَى
إِنَّهُ
كَانَ فَاحِشَةً
وَسَاءَ
سَبِيلا
Dan
janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan
yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
Surah
Al Israa’ ayat 32
Saudara/I
sekelian :
Mereka
juga akan turut berhujjah, bahawa industri judi dan arak boleh diluluskan
kerana membawa kepulangan yang lumayan kepada negara.Akhirnya masyarakat
menjadi korup nilai akhlak, dilanda pengaruh judi dan arak. Kenapa tidak mereka
insaf wahyu Allah swt :
يَاأَيُّهَا
الَّذِينَ
آمَنُوا
إِنَّمَا الْخَمْرُ
وَالْمَيْسِرُ
وَالأَنصَابُ
وَالأَزْلامُ
رِجْسٌ مِنْ
عَمَلِ
الشَّيْطَانِ
فَاجْتَنِبُوهُ
لَعَلَّكُمْ
تُفْلِحُون
إِنَّمَا
يُرِيدُ
الشَّيْطَانُ
أَنْ يُوقِعَ
بَيْنَكُمْ
الْعَدَاوَةَ
وَالْبَغْضَاءَ
فِي الْخَمْرِ
وَالْمَيْسِرِ
وَيَصُدَّكُمْ
عَنْ ذِكْرِ
اللَّهِ
وَعَنْ
الصَّلاةِ
فَهَلْ أَنْتُمْ
مُنتَهُونَ
وَأَطِيعُوا
اللَّهَ
وَأَطِيعُوا
الرَّسُولَ
وَاحْذَرُوا
فَإِنْ
تَوَلَّيْتُمْ
فَاعْلَمُوا
أَنَّمَا
عَلَى
رَسُولِنَا
الْبَلاغُ
الْمُبِينُ
Wahai
orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan
berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya)
kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya
kamu berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan
permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu
memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang.
Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji
dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? Dan taatlah kamu kepada Allah serta
taatlah kepada Rasul Allah, dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah
Allah dan RasulNya). Oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa yang
diperintahkan itu), maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami
hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.
Surah
Al Maaidah Ayat 90 - 93
Saudara/I
sekelian :
Demikianlah
lemahnya aqal yang terpisah dari wahyu Ilahi. Justeru itu saudara/1
sekelian,bagaimana pula mungkin kita
mahu memahami Islam dengan aqal yang terpisah daripada wahyu.Saya
ulangi : Islam adalah agama Allah, memahaminya mestilah dengan bimbingan
wahyu, sementara aqal adalah alat.
Lahirnya
golongan Anti Hadis dan Sister in Islam adalah juga berpaksi kepada prinsip aqlaniyyah.
Mereka membawa konsep Islam dengan pendekatan aqal yang terpisah dari wahyu.Akhirnya,
mereka akan mengisytiharkan bahawa Al Quran tak sesuai dizaman modern, hukum
hudud tidak relevan buat masa kini dan
paling minima, mereka akan membisu sekalipun mendengar / menyaksi orang
menghina Rasulullah saw. seperti : Kes Janggut nabi yang menjadi isu dalam
negara kita seketika dulu.
Kesimpulannya :
Memahami
Islam agama anutan kita mestilah berasaskan wahyu Ilahi. Namun
meninggalkan aqal untuk memegang wahyu juga tindakan yang salah.Kerana
wahyu tidak pernah bertentangan dengan aqal sebaliknya mengajar manusia supaya menggunakan aqal
dengan betul dan tepat.Sebagai contoh, Firman Allah swt :
كَيْفَ
تَكْفُرُونَ
بِاللَّهِ
وَكُنتُمْ أَمْوَاتًا
فَأَحْيَاكُمْ
ثُمَّ
يُمِيتُكُمْ
ثُمَّ
يُحْيِيكُمْ
ثُمَّ
إِلَيْهِ تُرْجَعُون هُوَ
الَّذِي
خَلَقَ لَكُمْ
مَا فِي
الأَرْضِ
جَمِيعًا
ثُمَّ
اسْتَوَى
إِلَى
السَّمَاءِ
فَسَوَّاهُنَّ
سَبْعَ سَمَاوَاتٍ
وَهُوَ بِكُلِّ
شَيْءٍ
عَلِيمٌ
Bagaimana
kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum
lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian
Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan
kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan). Dia lah
(Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju
dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit
dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Surah
Al baqarah ayat 28 - 29
Ayat
ini mengajak dan mengajar ummat manusia berfikir.