| Laman Utama | Semua Artikel | |
USRAH MUSLIMAH NADI UMMAH
Muqaddimah
.
Ummah
kini dinodai tanpa belas simpati . Setiap sendinya dilumpuhkan dengan kekejaman
yang tidak terperi , sedang ummah ini merupakan ummah terbaik yang dirancang
oleh Allah swt. untuk membina ketuanan Al Ma’ruf dan memusnah kemaharajalelaan
Al Mungkar .
كنتم
خير أمة أخرجت
للناس تأمرون
بالمعروف و تنهون
عن المنكر و
تؤمنون بالله
( ال عمران 110 )
Maksudnya
:
“
Kamu adalah sebaik - baik ummah yang dilahirkan untuk manusia agar kamu
menegakkan yang Ma’ruf dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah swt .”
Barat dan
orientasi Zionisme melalui protokol jahat mereka menjadikan sistem keluarga
(Usrah) Ummat Islam sebagai tujusasar mereka untuk menghancurkan Islam dan
gerakannya.
Proses
Pelupusan Usrah Muslimah .
1.
Menganjurkan
pergaulan bebas dan merangsang nafsu ke arah Free Sex . Sementara api hedonisme
terus menerus disirami minyak agar Ummat Islam alpa selanjutnya meninggalkan
prinsip - prinsip Islami . Kesan sampingan yang paling minima, bakal diterima
oleh Ummat Islam ialah mengenepikan aspek ugama dalam memilih pasangan hidup
mereka, sedang ini adalah suatu bahaya besar yang akan menghancurkan institusi
rumahtangga muslim ( Usrah Muslimah ).
2.
Konsep
rumahtangga barat yang berorientasi maddiyah kononnya sebagai asas kebahagiaan
diberi publisiti yang luas . Harta dan kemewahan menjadi target perlumbaan
hidup mereka sehingga ianya memberi persaingan hebat kepada kasih sayang dan
keharmonian rumahtangga.
3.
Pendidikan
sekular ( penjarakkan ugama dari kehidupan ) di ‘ higt light ’ kepada
masyarakat Ummat Islam bermula dari peringkat Tadika ( Hadhanah ) hinggalah ke
tangga Universiti . Fenomena ini mencambahkan benih Jahiliyyah Sekular dari
dalam rumahtangga Ummat Islam itu sendiri .
4.
Kebebasan
bersuara tanpa batas dan kawalan sistem dosa dan pahala anjuran barat ditiup
kepada masyarakat Ummat Islam yang akhirnya di atas nama tamadun dan hak asasi
manusia , seorang isteri boleh menuntut hak sekalipun di luar kemampuan suami
dan suami boleh didakwa kiranya menyetubuhi isteri tanpa kerelaan . Begitu jua
seorang anak , bebas bertindak tanpa perlu kepada kawalan ibu bapa .
5.
Pembinaan
Syakhsiyyah dan Ummah Islamiyyah dianggap hak peribadi dan di luar
tanggungjawab Usrah Muslimah , sehingga amal Islami menjadi satu ruang yang
sempit setelah mereka mendirikan rumahtangga .
Demikian
antara kerja jahat musuh yang tidak berhati perut untuk melumpuhkan ummat Islam
. Persoalannya sekarang , apakah kita hanya berpeluk tubuh dan menyepi diri
menyaksi segala aksi mereka di hadapan mata kepala kita ?! Hanya mereka yang
tidak memiliki sensitiviti dan basirah sanggup membisu dan menggulung lidah
menyaksi segalanya .
Struktur
Pembinaan Usrah Muslimah .
Pembinaan
Usrah Muslimah bermula dari penyediaan konkrit dan tapak yang kukuh . Percubaan membina Usrah
Muslimah di Tanah Lumpur atau di Tebing Runtuh hanya satu percubaan yang sia -
sia malah membahayakan diri . Islam telah melakarkan “ Pelan Tapak Kukuh ” untuk tujuan pembinaan tersebut .
Tapak
Usrah Muslimah .
عن
جابر أن النبي
صلى الله عليه
و سلم قال : إن
المرأة تنكح
على دينها و
مالها و
جمالها فعليك
بذات الدين
تربت يداك .
( رواه
الترمذي و قال
حسن صحيح )
Maksudnya
:
“
Dari Jabir bahwa Nabi saw. Telah bersabda : Sesungguhnya perempuan itu
dikahwini berdasarkan ugamanya , hartanya dan kecantikkannya , maka selayaknya
engkau memilih ugama yang pasti membahagiakan mu .”
Hal ini
turut ditegaskan oleh Al Imam Ghazali Rhm. Dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin :
“
Proses pengislahan ehwal kehidupan ( berumahtangga ) tidak dapat tidak dengan
mengambil perhatian serius terhadap perempuan yang ingin dikahwininya supaya
kekal cinta kasih , iaitu perempuan yang ada padanya lapan perkara :
1.
Berugama
( Keperibadian dan spiritual )
2.
Berakhlak
mulia ( Solehah )
3.
Murah
Mas Kahwinnya
4.
Tidak
mandul
5.
Anak
dara
6.
Berbangsa
( keturunan yang baik )
7.
Cantik
8.
Tidak daripada kaum kerabat yang dekat .
Statement
ini tidak bermakna hanya pihak lelaki yang mesti memilih calon isteri yang
solehah sebaliknya kaedah yang sama perlu dipraktikkan oleh pihak perempuan
untuk memilih calon suami yang soleh . Justeru perempuan turut diberi
tanggungjawab yang sama oleh Allah swt. untuk menegakkan yang ma’ruf dan
mencegah kemungkaran .
و
المؤمنون و
المؤمنات
بعضهم أولياء
بعض يأمرون
بالمعروف و
ينهون عن
المنكر و
يقيمون الصلوة
و يؤتون
الزكوة و
يطيعون الله و
رسوله أولئك
سيرحمهم الله
إن الله عزيز
حكيم .
( التوبة 71 )
Maksudnya
:
“
Lelaki dan Perempuan yang beriman sebahagian mereka adalah penolong bagi
sebahagian yang lain ke arah menegakkan yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran ,
mereka mendirikan solat , mengeluarkan zakat serta mentaati Allah dan Rasul ,
mereka ini akan dirahmati Allah sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Bijaksana
.”
Sabda
Rasulullah saw :
إذا
جاءكم
من ترضون
دينه و خلقه
فزوجوه إلا
تفعلوا تكن
فتنة في الأرض
و فساد عريض
Maksudnya
:
“
Apabila seorang lelaki yang engkau redhoi ugama dan akhlaknya masuk meminang ,
maka terimalah ( Kahwinilah ! ) jika tidak akan berlaku fitnah dan kerosakkan
yang besar di muka bumi ”
(
Riwayat Tarmizi )
Haikal
Usrah Muslimah
Tapak
yang kukuh tanpa seni bina yang berkualiti jua tidak memberi sebarang erti.
Usrah Muslimah sayugianya memiliki haikal yang lengkap dan sempurna menepati
‘Pelan Induk’ yang telah diutuskan oleh Allah swt. kepada nabinya Muhammad saw.
Ustaz
Said Hawa telah menggariskan sepuluh perundangan Usrah Muslimah yang wajib
dilaksanakan .
Qanun 1:
Kebersihan dan Kesucian ( النظافة
و الطهارة )
Qanun 2:
Sistematika , Penyusunan & Kekemasan ( التنظيم
و الترتيب و
حسن الههيئة )
Qanun 3:
Ketenteraman dan Kerahsiaan ( خفض
الصوت و كتمان
الأسرار )
Qanun 4:
Sistematika Ilmu dan Ibadah ( تنظيم
العلم و
العبادة )
Qanun 5:
Belanjawan ( الإقتصاد
في الطعام و
الشراب
)
Qanun 6:
Komunikasi dan Interaksi ( العلاقة
و آداب
التعامل )
Qanun 7:
Kesihatan dan Pergerakan Jasmani ( العناية
بالصحة و
الرياضة )
Qanun 8:
Kawalan penghuni dan Nahi Mungkar ( حماية
البيت و أهله
من الشذوذ )
Qanun 9:
Kejiranan dan Tetamu ( الإحسان
إلى الجار و
إكرام الضيف )
Qanun 10:
Keluar Masuk ( مراعاة
الأدب في
الدخول و
الخروج
)
(
Huraian lanjut dari pihak pembentang
!! )
TIP
USRAH MUSLIMAH CEMERLANG .
Firman
Allah swt :
و من
اياته أن خلق
لكم من أنفسكم
أزواجا لتسكنوا
اليها و جعل
بينكم مودة و
رحمة
Maksudnya
:
“
Dan diantara tanda kekuasaan Allah ialah ia menciptakan untukmu isteri - isteri
daripada jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya
dan Dia jadikan diantara kamu rasa kasih sayang ....”
(
Ar - Ruum 21 )
Objektifnya
:
1.
Rumahtangga
yang dibina atas dasar taqwa dan kesinambungan dakwah .
2.
Menghiasi
rumahtangga dengan Biah Islamiyyah .
3.
Kreatif
dalam memeriahkan suasana rumahtangga seperti Tazkirah , Qiam, Jaulah,
Ziarah , Infaq dan persekitaran yang ceria seperti gubahan bunga ,
penyusunan perabot , pelan pembinaan rumah , halaman yang segar dan sebagainya
.
4.
Mendalami
tanggungjawab dalaman dan luaran suami isteri melalui pembacaan , perbincangan
dan pengamatan .
5.
Menjadikan
rumahtanggga sebagai Markaz Dakwah .
6.
Mengamal
konsep Tanasuh dan Tafahum .
7.
Menunaikan
hak - hak suami isteri seperti kepuasan seks , kerahsiaan dan seumpamanya .
8.
Tidak
mudah buruk sangka terhadap pasangan dan mengamalkan sikap berlapang dada dalam
sesuatu perkara .
9.
Pengurusan
ekonomi yang sederhana dalam rumahtangga. Kreatif menambah sumber kewangan
rumahtangga untuk kegunaan peribadi dan dakwah .
10.
Melibatkan
diri dalam mana - mana organisasi atau Jamaah Islam dan mengikuti
perkembangannya seperti keterlibatan dalam program sebagai persiapan untuk
menghadapi cabaran dakwah dan bertanggungjawab sebagai Khalifah Allah di atas
muka bumi .
(
Huraian lanjut dari pihak pembentang !!
)
PENUTUP
.
Usrah
Muslimah adalah Madrasah yang bertanggungjawab penuh melahirkan individu Muslim
yang memahami tugas dan peranan mereka sebagai Hamba Allah. Lantaran itu ,
kejayaan sesebuah Usrah Muslimah dinilai sejauh mana ianya mampu melahirkan
individu Muslim yang memiliki identiti dan kualiti Muslim Rabbani .
Kegemilangan
Usrah Muslimah tidak hanya terhenti pada rupa wajah dhohir dan kebahagiaan
sementara yang dikecapi di dunia ini sebaliknya bergantung kepada nilai ukhrawi
yang wujud pada Usrah Muslimah tersebut .
Yang
bertanggungjawab menyediakan:
Hj.
Nasrudin At - Tantawi
Syukriah
binti Zakaria .
Foot
12 Deco 16 02pm03199826