|
--TAZKIRAH--
|
|
MAULIDUN
NABI صلى
الله عليه و
سلم
Muqaddimah. Menyambut ulangtahun keputeraan baginda rasul saw.
tidak sama sebagaimana kita menyambut ulangtahun keputeraan tokoh tokoh
dunia yang lain yang hanya terhenti
di majlis upacara dan keraian. Sambutan Ulang tahun keputeraan Nabi saw. adalah
sangat penting bagi kita ummat Islam akhir zaman. (sekalipun ianya tidak
pernah dianjurkan oleh baginda dan para sahabat rhm.) Justeru sambutan ini
berfungsi untuk mengingat dan
menginsafkan ummah terhadap beberapa perkara :
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh
ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan)
Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati
Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) Surah Al Ahzaab. Ayat : 21 Peringatan
: Sebarang sambutan ulangtahun keputeraan baginda Rasul saw. yang
tidak berasaskan perkara perkara di atas, malah dicampur aduk pula
dengan permainan dan hiburan kononnya di atas alasan untuk memeriahkan
sambutan maulud, maka ianya bukan
sahaja bertentangan dengan matlamat asal sambutan, tetapi ianya dilarang oleh
agama. Latar belakang ummah disaat sambutan Maulidun Nabi saw. Perlu disedari bahawa kita menyambut ulangtahun keputeraan baginda
rasul saw. pada tahun ini, disaat ummat Islam menerima tekanan dan penghinaan
yang sangat hebat dari segenap arah. Samaada
dari konspirasi barat dan golongan musyrikin malah juga dari
golongan mereka yang mengaku beragama Islam tetapi keliru dan bersikap
biadab terhadap agama yang mereka anut sendiri. Suasana
ini memaksa kita, tidak sekadar kita menyambut
keputeraan Nabi saw. dengan alunan selawat salam dan perarakan
marhaban, tetapi
menyambutnya dengan menggerakkan
dhomir (sanubari) kita dan ummah seluruhnya, supaya bangun BERJUANG
membersihkan kembali maruah ummat Islam yang tercalar dan
mengangkat kembali martabat ummah yang dihina. Kembali kepangkuan sunnah
Tiada
siapa yang mampu menafikan, bahawa
zaman Rasulullah saw. adalah zaman kegemilangan Islam dan kita
tentunya juga mendambakan kegemilangan tersebut. Justeru itu, suka atau pun
tidak, kita terpaksa kembali menilai formula dan kaedah baginda
rasul saw. membentuk kegemilangan. Sebelum
itu, kita sewajarnya memahami erti kegemilangan. Dunia
yang penuh dengan bangunan mencakar langit, peralatan yang serba moden dan
canggih, tetapi manusia yang menghuni bangunan pencakar langit dan
mengguna peralatan canggih adalah : 1.
Manusia yang yang tidak beriman kepada akhirat
sehingga tidak kenal dosa dan pahala, syurga dan neraka. Mereka sanggup buat
apa saja untuk kepuasan nafsu serakah mereka . 2.
Manusia yang rosak moral dan akhlak. 3.
Manusia yang berperi kebinatangan, hanya
mementingkan diri dan pengaruh, tidak bersimpati terhadap mangsanya demi
kuasa. 4.
Manusia yang merosakkan tamaddun dan masa depan hanya kerana didorong angan
angan dunia yang penuh dengan tipu daya. Sementara yang hidup dicelah celah bangunan dan alat canggih itu pula
ialah : 1.
Manusia sampah masyarakat yang terdiri dari penagih
dadah dan pelacur. 2.
Manusia yang yang tidak mempunyai matlamat hidup
dan pedoman yang jelas, sehingga maksiat semakin menjadi jadi. 3.
Remaja yang tiada pembimbing dan tersisih dari
kasih sayang keluarga yang sibuk memburu dunia. Apakah ini suatu kegemilangan ? Itu bukan kegemilangan
.itu adalah kesesatan yang di make up
dengan kemodenan lantas dianggap up to date. Nabi saw. pernah bersabda : تَرَكْتُ
فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ
لَنْ تَضِلُّوْا
مَا تَمَسَّكْتُمْ
بِهِمَا كِتَابُ
اللهِ وَ سُنَّتِيْ
Maksudnya : Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara, kamu tidak akan sesat buat
selama lamanya jika kamu berpegang teguh dengan kitab Allah (al quran) dan sunnahku. Formula dan kaedah Nabi saw. Sekurang
kurangnya 4 rampaian
siri perjuangan nabi saw. membina kegemilangan ummah yang mendapat keredhoan
daripada Allah swt. ·
أَنْ اُعْبُدُوا
اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا
الطَّاغُوتَ [1]
·
لِيُظْهِرَهُ
عَلَى الدِّينِ
كُلِّهِ [2]
·
ِإقَامَةُ
الدِّيْنِ
وَ
سِياَسَةُ
الدُّنْيَا
بِهِ ·
وَ
قَاتِلُوْ
هُمْ حَتَّى
لاَ
تَكُوْنَ
فِتْنَ-ٌ [3] Maksudnya : ·
Mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah
dan menjauhkan diri daripada toghut. ·
Mendhohirkan agama Allah sehingga mengatasi segala agama dan ideology ciptaan manusia. ·
Menegakkan agama dan mentadbir dunia berdasarkan agama ·
Perangilah mereka (musuh) sehingga tiada lagi fitnah (kekufuran) Melaksanakan
4 rampaian ini memerlukan ·
Keyakinan ·
Keberanian ·
Kesungguhan ·
Kebijaksanaan Untuk melaksanakan Islam dan mengikut sunnah, kita tidak boleh ikut
barat atau orang yang tidak mengerti mengenai agama. Firman Allah swt :
Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad
dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari
hukum-hukum ugama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut
hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar) Surah Al
Jaathiyyah. Ayat 18
Dan
jangan kamu mengikut kehendak hawa nafsu kerana kelak disesatkan kamu dari
jalan Allah swt. Surah
Sad. Ayat : 26 Laksanakan Islam ikut sunnah Ikut rasul saw. Pelaksanaan Syariat dan Ketuanan Islam. Seperkara
yang perlu difahami, bahawa kelahiran Rasulullah saw. adalah membawa agenda
untuk meruntuhkan jahiliyyah dan mendaulatkan Islam di atas
runtuhan jahiliyyah tersebut. Prinsip
ini juga mestilah menjadi prinsip kita sebagai seorang
muslim. Meruntuhkan jahiliyyah dan membina Islam di atas runtuhan Jahiliyyah
tersebut. Bukan meruntuhkan jahiliyyah kuno kemudian membina
jahiliyyah moden. Rasulullah
saw. mengambil masa 23 tahun untuk menumbangkan
jahiliyyah dengan membentuk program :
Ramai
ummat Islam sekarang lupa persoalan ini (Dakwah dan Daulah)
ketika menyambut ulangtahun keputeraan Rasul saw. Dakwah dan Daulah 2 kerja besar baginda Rasul
saw. |
Laman Ustaz Haji Nasruddin bin Haji Hassan At-Tantawi
|
Laman Utama | Semua Artikel |