This site hosted by Free.ProHosting.com
Google

--TAZKIRAH--

| Laman Utama | Semua Artikel |



PERANAN PEMUDA MUSLIM :

DAULATKAN PERUNDANGAN ISLAM  &

DEPANI CABARAN MASA KINI (Siri Akhir)

 

 

Pemuda Yang dihormati sekelian !!

 

Kita memerlukan Daulah Islamiyyah ( Negara Islam ) yang mensyariatkan perundangan Islam .

 

Firman Allah swt .

Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).

Surah Al Jaathiyah. Ayat :  18

 

Perlaksanaan syariat Islamiyyah merupakan satusatunya formula untuk menangani cabarancabaran yang merintang di laluan perjuangan ini . Justeru itu , demi menyelamatkan ummah dari terus terbelenggu dalam lingkaran jahiliyyah modern ini , kita  berkewajipan dan bertanggungjawab dengan segala upaya dan daya yang ada pada kita untuk memastikan Daulah Islamiyyah dapat ditegakkan .

 

Sebuah Daulah yang melaksanakan syariat Allah swt. , bukan daulah yang diberi nama Islam tetapi dasar dan perlaksanaan undangundangnya masih menerima pakai warisan penjajah .

 

Kita tidak mahu  sekadar adanya masjid tetapi tidak diimarahkan dengan aktiviti mendidik atau mentarbiyyah ummah , ada musabaqah Al Quran tetapi jauh dari penghayatan dan perlaksanaan hukumhakam yang terkandung di dalamnya , ada pejabat qadhi tetapi hanya tahu menyenaraikan namanama ulama’ black list , tidak tahu bagaimana mengatur ulamabagi mengisi kekosongan dan kesunyian rumahrumah Allah swt .

 

Kita tidak mahu Negara Islam  yang ditubuh hanya beralaskan adanya masjid, bank Islam , universiti Islam dan sebagainya sedang dasar atau perlembagaan negara masih tidak merujuk kepada Al Quran dan Hadith nabi saw.

 

Jika sedemikian menjadi alasan kukuh untuk menganggap sesebuah negara itu Negara Islam ,nescaya Thailand , Amerika , China dan lain – lain juga boleh diisytiharkan sebagai Negara Islam . Lantaran di sana juga ada masjid , bank Islam dan institusiinstitusi Islam yang lain .

 

Pemuda sekelian ,  sebagai contoh mudah seperti kita memiliki sebuah kereta Toyota Camry yang sangat cantik dan mewah tetapi enjinnya adalah enjin kereta kurakura .

Orang tiada ilmu dalam halkekeretaanini pastinya terpesona dengan rupa luar kereta yang sangat berjenama ini . Namun hakikatnya , apalah erti kereta yang sedemikian .

 

Begitulah , masaalah negara kita , kalau dilihat dari luarnya , masyaallah sangatlah hebat . Masjidnya besar dan indah , automatik lagi canggih . Ada mahkamah syariah , pejabat qadhi , bank Islam , universiti Islam , pusat Islam dan lain – lain . Tambah seri lagi dengan pemakaian istilahistilah seperti siasah syari’yyah , system murabahah , Ar rahnu , ekonomi Nabi Yusuf , Perlembagaan Madinah dan sebagainya .

 

Namun 1001 satu kali malang , apabila diteliti enjin yang digunakan ialah enjin lapuk lagi buruk , tidak berjenama malah palsu iaitu enjin Lord Reid . Bukan enjin Muhammad saw. yang tahan lasak dan tahan uji sehingga ke akhir zaman .

 

Pemuda sekelian…..justeru itu , apakah peranan kita  sebagai pemuda , sayap kanan  pergerakkan ummah ini ?

 

Maka suka saya objektifkan di sini perkara yang tidak dapat tidak , terpaksa kita lakukannya samaada kita mahu atau tidak dan suka atau tidak . Kita tiada pilihan lain . Kita dipaksa melakukannya sebagaimana  kita dipaksa lahir ke muka  bumi ini .

 

Objektif  i       :

Lahirkan golongan ulama

Dokong kepimpinan ulama

Imarahkan majlis Ilmu

Luas dan pelbagaikan medan da’awah

Firman Allah swt :

Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).

Surah At Taubah . Ayat : 122

 

Objektif  ii      :

Tegakkan prinsip Amar makruf

Laksanakan tanggungjawab Nahi Munkar .

 

Firman Allah swt .

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.

Surah Ali Imraan . Ayat :  110

 

Firman Allah swt :

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

Surah Ali Imraan . Ayat :  104

 

Kerja ini sangat mencabar dan mempunyai kadar risiko yang sangat tinggi . Petugasnya mesti berani , sabar , komited dan bijak .

 

 

Objektif  iii     :

Berjihad di jalan Allah swt .

 

Firman Allah swt :

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang/berjuang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

Surah At Taubah . Ayat :  41

Semangat jihad ini untuk menjaga , memelihara dan mempertahankan agama Allah swt .

 

Satu kisah yang sangat baik untuk kita jadikan pedoman dalam memupuk semangat cinta agama , cinta Allah dan cinta Rasul .

 

Peristiwa yang berlaku pada hari yang dikenali sebagai Yaumur Raji

Khubaib bin A’di dan zaid bin Dathnah telah ditawan oleh kuffar musyrikin . Khubaib dijual kepada Bani Harith  dan zaid dijual kepada Bani Sufian bin Umaiyyah .

 

Abu Sufian berkata kepada Zaid bin Dathnah  rha.

 

أنشدك بالله يا زيد  : أتحب أن محمدا الآن عندنا مكانك نضربك عنقه و إنك في أهلك

Maksudnya :

Aku menyarankan kepadamu dengan nama Allah , apakah kamu suka bahawa Muhammad sekarang ini mengambil tempatmu di dalam genggaman kami lalu kami memukul ( memenggal ) lehernya sedangg kamu kami bebaskan untuk kembali pulang ke pangkuan keluargamu .

 

Zaid menjawab tanpa teragakagak :

 

و الله ما أحب و أن محمدا الآن في مكانه الذي هو فيه تصيبه شوكة تؤذيه و أني جالس في أهلي

 

Maksudnya :

Demi Allah tidaklah aku suka bahawa Muhammmad sekarang ini kiranya berada dalam keadaan derita tertikam duri Cuma sedang aku pula bersama keluargaku .

 

Lalu Abu Sufian berkata :

 

ما رأيت من الناس أحدا يحب أحدا كحب أصحاب محمدٍٍٍ محمداً

Maksudnya :

Tidak pernah aku melihat seorang manusia yang kasih kepada seseorang yang lain seperti kasihnya para sahabat Muhammad kepada Muhammad saw.

 

Inilah lambing semangat menjaga , memelihara dan mempertahankan Nabi atau sunnah  yang dipelopori oleh ummat terdahulu . Lantaran itulah mereka menjadi gemilang .

 

Kejayaan ummat Islam tidak bergantung kepada canggihnya alat dan majunya zaman , tetapi itu semua hanyalah sebagai alat bantu . Sebaliknya kejayaan ummah diukur pada kadar sejauh mana mereka tunduk kepada Allah swt dan sebesar mana pula jiwa mereka untuk menjaga ugama Allah swt. tanpa sedikit pun rasa gentar kepada musuh Allah swt .

 

Saksikanlah bagaimana kehebatan iman mereka terdahulu yang membawa ke mercu jaya dengan menara iman dan Islam berdiri megah .

 

Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah.

Surah Al Ahzaab . Ayat  :  22

 

Sejarah perjuangan mereka terdahulu , tiada terguris rasa resah dan tiada terpahat rasa gelisah di wajah mereka . Orang terdahulu bukan setakat dipotong gaji malah dipotong kepala sebagaimana Nabi yahya dan Zakaria A’laihimas salaam . Namun tak siapa dikalangan mereka yang mengundur diri.

 

Terpulanglah kepada pemuda sekelian , jejak  siapa  yang mahu diikuti , jejak Nabi Yahya , Zakaria dan Muhammad saw. yang penuh dengan ranjau inikah atau jejak petualang dunia seperti Firaun , Hamman , Qarun dan Abu Lahab ? Tepuk dada dan tanyalah iman masingmasing !!

 

 

 

Akhukum fil Islam

Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan At Tantawi

Setiausaha Lajnah Tarbiyyah dan Latihan Kepimpinan

Dewan Pemuda PAS Pusat .

 

 

 

 

 

 





Laman Ustaz Haji Nasruddin bin Haji Hassan At-Tantawi

| Laman Utama | Semua Artikel |