| Laman Utama | Semua Artikel | |
|
PERANAN
PEMUDA MUSLIM : DAULATKAN
PERUNDANGAN ISLAM
& DEPANI
CABARAN MASA KINI (Siri 3) Pemuda yang dihormati sekelian !! Cabaran – cabaran masa kini yang dihadapi oleh ummat Islam , samaada cabaran itu disedari atau tidak ? Dalam keadaan kita yang serba lemah inilah , cabaran getir datang menguji . Tersilap langkah bererti musnah dan binasa . Cabaran i
:
Kejahilan ummah . Mereka keliru dalam mencari pedoman hidup . Hak disangka bathil dan bathil pula disangka hak . Pesta khurafat dianggap tradisi warisan dan pesta maksiat pula dianggap budaya . Cabaran ii : Serangan aqidah . Ia dipusatkan kepada aqidah dengan mereka mengemukakan program westernisasi dan aqidah sifar . Serangan ini dikemudi secara global dengan menggunakan semua prasarana yang ada termasuklah mengambil kesempatan melalui kemajuan teknologi maklumat . Cabaran dan serangan ini amat berkesan disaat ummat Islam terkial – kial mencari identity sebenar diri mereka sebagai ummat yang terbaik , tambahan pula peratus ummat Islam yang jahil berada di bawah paras merbahaya . Cabaran iii : MunafiqWujudnya golongan yang berpakaian dan berbahasa sama dengan orang Islam tetapi menjadi boneka musuh Allah swt . Warna kulit
, bangsa , budaya , bahasa dan ugama
yang sama dengan kita namun
Dan apabila
mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami
telah beriman ", dan manakala mereka
kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama
kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok
(akan orang-orang yang beriman)". Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu). Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula
mereka beroleh petunjuk hidayah. Surah Al Baqarah . Ayat : 14 – 16Cabaran iv : Sikap Ummat Islam . Tidak prihatin terhadap isu dan
malapetaka yang menimpa ummat Islam . Mereka
tidak mengenal musuh dan akhirnya
terperangkap dalam konspirasi musuh yang sangat licik . Malah mereka menjadikan kawan seperjuangan sebaggai musuh . Yahudi dan barat
pula dianggap kawan
. Walhal
Allah swt. telah mengajar .
Sebenarnya orang-orang yang beriman
itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara
kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah
kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. Surah Al Hujurat . Ayat : 10Cabaran v : Ruang yang terlalu sempit untuk perlaksanaan syariat . Kesempitan ini amat terasa apabila ulama’ tidak diberi
laluan selesa untuk menyebarkan agama Allah swt. Hanya dibenarkan idea dan ilmu yang tidak
menyentuh sentimen ummat Islam . Sementara suara yang menghina Islam bebas berkumandang secara terbuka ,
jelas dan nyata bertentangan dengan prinsip dan nilai akhlak
Islam . Persoalan agama dan hukum tidak lagi dirujuk kepada para ulama’
yang muktabar , tetapi menjadi rujukan mereka ialah wartawan
yang tidak berpegang dan beramal dengan
prinsip ilmu dan amal Islami
. Pemuda sekelian !! Saya gariskan 5 cabaran di sini sebagai gambaran asas rupa wajah cabaran yang dihadapi oleh ummat Islam . Sememangnya cabaran terlalu banyak dan kita tidak berupaya untuk menanganinya dalam keadaan ummat Islam menghadapi krisis keyakinan dan identity mereka yang teruk . Kita hanya selamat andai kita giat dan gigih mengembalikan semula empayar Islam atau khilafah Islamiyyah sebagaimana yang diasaskan oleh nabi kita Muhammad saw. Kita tidak mempunyai pilihan lain sekalipun kita terpaksa berbelanja besar . Suatu belanja yang tidak terhad kepada wang ringgit tetapi juga kita terpaksa membelanjakan darah dan nyawa kita demi mengembalikan semula Khilafah Islamiyyah . Firman Allah swt :
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang
yang beriman akan
jiwa mereka dan harta benda
mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh
Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara)
mereka ada yang membunuh dan terbunuh.
(Balasan Syurga
yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam
(Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta
Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah
dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya
itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan
yang besar. Surah
At Taubah
. Ayat : 111 |