| Laman Utama | Semua Artikel | |
|
PERANAN
PEMUDA MUSLIM : DAULATKAN
PERUNDANGAN ISLAM
& DEPANI
CABARAN MASA KINI (Siri 2) Pemuda sekelian !! Sejarah perjuangan Nabi kita Muhammad saw. menyaksikan bagaimana
Baginda saw. menolak
tawaran – tawaran istemewa daripada kuffar musyrikin. Qudwah Baginda saw. membuktikan
dengan jelas dan tegas bahawa
Islam dan perjuangannya , tidak mungkin dijual dan ditukar dengan nilai wang dinar atau
dirham . Orang – orang kuffar musyrikin menawarkan wanita cantik kepada Baginda saw. namun ianya ditolak mentah – mentah oleh Baginda saw. , malah Baginda saw. turut ditawarkan jawatan tinggi sebagai ketua mereka , ini juga ditolak oleh Baginda Rasullah saw. Nabi saw. tidak
mahu menjadi ketua sementara dasar pemerintahannya tidak digubal berasaskan akta dan enakmen
yang telah disyariatkan oleh Allah swt. didalam Al Quranul
Karim . Nabi tidak mahu
diberi kuasa yang bersifat outonomi , tetapi apa
yang diperjuangkan oleh Baginda saw. ialah
untuk memiliki kuasa bukan diberi kuasa . Lalu Nabi saw. terus berjuang
, menolak tawaran
dan mencari tapak kuasanya sendiri . Maka berlakulah helaian dan lembaran baru
dalam sejarah peradaban manusia dengan berlakunya peristiwa hijraturrasul saw. Nabi saw. menegakkan Negara Islam di Madinah . Sebuah negara yang memperlihatkan kepada dunia sepanjang zaman , bagaimana presiden atau ketuanya adalah seorang rasul utusan Allah swt. Lantas digubal undang – undang atau dibentuk piagam Madinah yang tercatat padanya : مَهْماَ اخْتَلَفْتُمْ في شيءٍ فَمَرُدُّهُ إلى اللهِ و الرسولِSebarang perselisihan dalam sesuatu perkara maka
tempat rujuknya ialah Allah dan Rasul saw. Nabi
saw. berjuang bermati – matian untuk menegakkan Negara Islam dan mendaulatkan syariat Islamiyyah . Nabi tidak mahu menjadi
ketua tetapi masih bernaung di bawah ‘ketiak
busuk’ Abu Jahal dan Abu Lahab . ( ketua yang tidak ada
kuasa , sebagaimana apa yang berlaku di negara
– negara ummat Islam hari ini . Sebagai contoh
mudah ,
apabila agama hanya dijabatankan atau dibirokan dalam pentadbiran mereka . Bukan menjadi asas
undang – undang yang mentadbir .
Justeru itu , Jabatan Agama dan biro agama hanya sejawatan dan sedarjat dengan Jabatan Haiwan , Jabatan Hal Ehwal Orang – orang
Asli , Jabatan kaji cuaca dan
lain – lain .) Implikasi yang diterima oleh ummat Islam dari fenomena sedemikian ialah Jabatan Agama mereka , sering ditekan dan dikuasai oleh individu yang berkepentingan dalam pengaruh politik dan ekonomi . Ini boleh dirujuk dalam kes JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ) ketika berhadapan dengan Isu Ratu Cantik suatu ketika dahulu . Umum mengetahui, kes ini berakhir dengan pemecatan mufti selangor yang berwibawa , Sohibus Samahah Dato’ Ishak Baharum . ( JAIS ditohmah dan difitnah sementara ratu cantik dibela dan dipuja. ) Pemuda yang dihormati sekelian !! Kini jelas pada pengamatan kita , bahawa penting dan perlunya sebuah Negara Islam yang berdaulat . Sebagaimana Nabi saw. sejurus berjaya mendaulatkan Negara Islam Madinah , Baginda berjaya melaksanakan keempat – empat agenda pemulihan aqidah dan martabat ummat manusia . Sebelum tegaknya Negara Islam Madinah , Nabi saw. tidak memiliki kuasa politik atau pentadbir . Nabi saw. melarang
manusia menyembah berhala , berjudi , minum arak dan
sebagainya , namun semua larangan itu diabaikan lalu
hilang bersama hembusan angin di Keadaan berubah dengan begitu drastic , apabila Baginda saw. berjaya membentuk
Negara Islam . Bukan
sahaja 4 agenda pemulihan itu dapat diprogramkan
dengan begitu berkesan , tetapi benar – benar berjaya
meletakkan ummat Islam sebagai Ummat Terbaik
dan Cemerlang . Baginda saw. berjaya
melahirkan pejuang
– pejuang yang sanggup mati kerana Islam . Baginda saw. juga
berjaya melahirkan ummat yang meletakkan kasih sayang yang sangat tinggi kepada
Allah dan Rasul mengatasi kasih dan sayang mereka
kepada keluarga dan harta benda mereka.
.. Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya. Surah AL Mujaadalah . Ayat : 22 Inilah yang membuatkan kita cemburu . Ianya telah
hilang daripada kita hari ini
, bersama hilangnya negara Islam apabila ia jatuh pada
tahun 1924 yang lalu di Turki . 4 Agenda unggul ini tidak
lagi diprogramkan
secara serious . Kerajaan ummat Islam hari
ini tidak mengorientasikan 4 agenda ini dalam era pentadbiran mereka . Akhirnya ummat Islam menerima musibahnya . ·
·
Zina dan free sex kian menular dikalangan Ummat Islam. ·
Buang anak tanpa sebarang simpati menjadi penyelesaian mudah mereka ·
Jenayah bunuh , rompak , pecah
amanah dan rogol semakin kronik
. ·
Gejala murtad kian
parah .
Mereka tidak kenal erti sayang
iman dan Islam. ·
Penyalahgunaan kuasa dengan
menindas orang miskin dan lemah . ·
Undang – undang tak
ubah seperti sarang labah – labah . ·
Keadilan sangat disangsikan
, menahan tanpa bicara dan hakim
dijual beli ·
Iklim social sangat tenat . ( gejala bohsia , bohjan dan hiburan
melampau ) ·
Takut untuk menegur kemungkaran . ·
Ummat Islam terperangkap dalam
kejahilan mereka ·
Ulama’ menjadi bisu dan kelu . ·
Pemimpin ummat Islam tunduk
dan akur kepada kuasa kuffar
barat ( Kalau
saya terus membilang musibah yang menimpa ummat Islam kini , saya tak pasti siri keberapa
akan tamat perbincangan ini . namun cukuplah apa yang tersenarai sebagai contah sebahagian musibah yang dirasai oleh ummat Islam dewasa kini . ) Insaf dan sedarlah , ketiadaan
negara Islam yang mendaulatkan
Syariat Islamiyyah ( bukan negara Islam yang masih mendaulatkan perlembagaan penjajah ) membuatkan ummat Islam terus sesak dalam
perangkap musibah ini . Ummat menjadi bangsat di bumi sendiri
. Hina di tengah
– tengah kaum bangsa sendiri Lemah dalam jumlah
mereka yang ramai . |