| Laman Utama | Semua Artikel | |
|
PERANAN
PEMUDA MUSLIM : DAULATKAN
PERUNDANGAN ISLAM & DEPANI
CABARAN MASA KINI (Siri 1) MUQADDIMAH . Tajuk ini terlalu
kompleks untuk dirungkai . namun ia mampu dipelajari
, dilaksana dan dihayati andainya kita meletakkan minda dan jiwa dalam keadaan penuh keinsafan
dan kesedaran . Semoga kita pemuda Islam dapat kembali mencari sentuhan silam , seterusnya berjaya menyelamatkan ummat Islam dari belenggu derita yang sekian lama memenjara mereka . Tajuk ini mengajak
semua pemuda muslim berfikir dan menilai dengan mengenepikan terlebih dahulu semua bentuk
latar belakang yang berbeza . Samaada latar belakang personal ataupun jamaah , social
ataupun politik. Sebaliknya apa yang perlu kepada kita ditika
dan saat ini ialah bersikap
matang lantas meletakkan Al Quran dan Sunnah sebagai asas pedoman dan
rujukan . Sebagaimana kita telah diajar
oleh Allah swt . melalui firmannya:
Wahai orang-orang
yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu
kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang
berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu
berbantah-bantah (berselisihan)
dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya
- jika kamu benar beriman kepada
Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik
(bagi kamu), dan lebih elok
pula kesudahannya. Surah An Nisa . Ayat : 59
Wahai orang-orang
yang beriman! Jika
kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu
kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi. Surah Ali Imran . Ayat : 149Pemuda sekelian !! Adalah amat tidak adil , kita sebagai pemuda Islam mengkesampingkan Al Quran dan Sunnah dalam mencari formula dan strategi penyelesaian terhadap krisis kualiti dan polemik identity yang dihadapi oleh ummat Islam kini . Kita sayugianya insaf terhadap apa yang disebut oleh Al Imamul Malik rhm. لا
يَصْلُحُ
آخرُ هذهِ
الأُمَّةِ
إلاّ بما صَلُحَ
بهِ
أوَّلهُاَ Maksudnya : Tidak akan berjaya
( gemilang ) pada akhir ummat ini
melainkan dengan kembali kepada formula sebagaimana yang digunakan oleh mereka yang terdahulu. Kegemilangan ummat terdahulu dibayangi oleh Aqidah yang Mantap , Akhlak yang Kontan dan Rohani yang Unggul . Sementara ini semua adalah manifestasi dari Nur Al Quran dan Sunnah . Mereka yang membawa idea idea barat sebagai formula penyelesaian , bukan sahaja ia tidak adil ( kerana menolak Islam ) malah ia adalah satu jenayah ugama yang tidak boleh dimaafkan .
Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka
tidak akan masuk Syurga sehingga
unta masuk di lubang jarum
dan demikianlah
Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan. Surah
Al Araaf . Ayat : 40 Pemuda yang dihormati sekelian : Merungkai tajuk di atas , saya terpaksa meletakkan objektif huraiannya secara terperinci agar mudah difahami dan dilaksanakan . OBJEKTIF SATU : Jawapan
kepada persoalan : apa perlunya negara Islam dan apa pula
perlunya dilaksanakan
system perundangan Islam ? OBJEKTIF DUA : Mendedahkan cabaran cabaran masa kini yang dihadapi oleh ummat Islam dan program perlaksanaan syariat Islam , samaada cabaran itu disedari atau tidak . OBJEKTIF TIGA : Membuktikan peranan peranan yang perlu dilaksanakan oleh setiap individu pemuda muslim kearah memastikan syariat Islam dilaksanakan , sekaligus menghadapi cabaran cabaran masa kini dengan optimis , bukan berdolak dalih atau melarikan diri dari cabaran cabaran tersebut . Pemuda yang dihormati sekelian !! Apa perlunya Negara Islam dan Apa perlunya pula
dilaksanakan Sistem Perundangan Islam ? Sejarah peradaban manusia pernah menyaksikan zaman gelap manusia . Suatu zaman yang korup dan durjana . Suatu zaman dimana ummat manusia menjadikan arak sebagai tradisi keraian mereka , arak hiburan top mereka , menindas orang orang miskin dan lemah kebanggaan mereka , pencabulan hak asasi manusia berleluasa tanpa sekatan , anak perempuan ditanam hidup - hidup dan hukum rimba menaungi mereka . Zaman ini adalah satu perenggan dalam sejarah peradaban manusia dan ia dikenali sebagai perenggan Jahiliyyah Kuno yang serba gelap . Pemuda Sekelian !! Manusia telah lalui zaman gelap atau perenggan Jahiliyyah Kuno yang mengerikan itu . Lalu Allah swt. diatas sifatnya Yang Maha Pemurah ( Ar Rahman ) dan Yang Maha Penyayang ( Ar Rahim ) telah mengutuskan seorang rasul sebagai pakar arkitek reformasi ummah guna menyelamatkan ummat manusia dan alam buana ini dengan membawa beberapa agenda perubahan . AGENDA 1 : Kembali kepada Allah & Menentang Toghut
Dan sesungguhnya
Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul
(dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". Maka di antara
mereka (yang menerima seruan Rasul itu),
ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak
ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah
kamu di bumi,
kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya. Surah
A Nahl . Ayat : 36 AGENDA 2 : Mendhohirkan Agama Allah , mengatasi
ideology manusia .
Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala ugama
yang lain, walaupun orang-orang
musyrik tidak menyukainya. Surah
At Taubah . Ayat 33 AGENDA 3 : Perangi musuh Allah segingga tiada lagi fitnah .
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi
fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata
kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti
maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim. Surah Al Baqarah . Ayat : 193AGENDA 4 : Menegakkan Agama dan mentadbir dunia berdasarkanagama .
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan
seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata):
"Adakah Engkau (Ya Tuhan kami)
hendak menjadikan di bumi itu
orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa
bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?".
Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak
mengetahuinya". Surah Al Baqarah . Ayat : 30Maksud Khalifah ialah : إقامة الدين و سياسة الدنيا به ( menegakkan agama dan mentadbir dunia berdasarkan agama . ) Pemuda yang dihormati sekelian . !! Membawa 4 agenda ini , Baginda Nabi saw. berjuang habis habisan dalam tempoh 13 tahun pertama demi kempen pemulihan aqidah dan martabat ummah sejagat . Nabi saw. terpaksa menghadapi 1001 ancaman dan tribulasi . Nyawanya terancam dan keselamatannya
terganggu , namun Nabi saw. meneruskan perjuangan dengan tabah dan cekal . Membawa semangat tidak tunduk kepada kuasa
besar kuffar Musyrikin Alaihim laknatullah . Perjuangan Nabi saw. mempamerkan betapa tidak ada tolak ansur antara Iman dan Kufur , Islam dan Jahiliyyah , Haq dan Bathil . Firman Allah swt . :
Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir! Aku tidak
menyembah apa yang kamu sembah dan tidaklah kamu menyembah
apa yang aku sembah dan tidak
juga aku menjadi penyembah apa yang kamu sembah
dan kamu jua bukan penyembah
apa yang aku sembah . bagi kamu
ugama kamu dan bagi aku
ugama aku . Surah
Kaafiruun . Ayat 1 6
Dan janganlah
kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu
sembunyikan yang benar itu pula padahal
kamu semua mengetahuinya. Surah
Al Baqarah. Ayat : 42 |