This site hosted by Free.ProHosting.com
Google

--TAZKIRAH--

| Laman Utama | Semua Artikel |



MALAYSIA DI ABAD KE 21:

BAGAIMANA ARAH TUJU YANG ISLAMIK?

(SIRI AKHIR)

 

OBJEKTIF ARAH  TUJU NEGARA YANG ISLAMIK

 

·                    Menegakkan Keadilan dan kemakmuran dalam segala aspek kehidupan .

 

·                    Membangun dan mewujudkan negara berasaskan Islam ( quran dan sunnah )

 

·                    Menyatukan wilayah – wilayah Islam di seluruh dunia  dalam satu gagasan Darul Muslimin

 

·                    Membuktikan Islam mampu muncul sebagai kuasa besar , berdiri setaraf dengan kuasa – kuasa lain .

 

·                    Membuktikan Islam sebagai asas tamadun masa depan yang berthaqafah dan berkembang maju .

 

Arah tuju ini akan kabur tanpa keinsafan dan kesedaran dari semua pihak . Mengkeramatkan wawasan 2020 dan masyarakat madani tanpa menyusun aktiviti atau agenda menyeluruh dan berkesan hanyalah menjadikan kita seperti Mat Jenin dengan angan – angannya.

 

MASYARAKAT MADANI

 

Hasrat untuk melahirkan masyarakat madani mestilah merujuk kepada pembentukkan masyarakat bertamadun yang diasaskan oleh baginda Rasul saw.  yang telah berjaya membebaskan masyarakat dari  kegelapan jahiliyyah kuno .

 

Masyarakat madani seharusnya dilihat sebagai masyarakat yang mentauhidkan Allah dan masyarakat yang menerima perlaksanaan syariat Allah swt. Masyarakat yang tidak hanya dinilai pada kemajuan kebendaan tetapi dinilai  jua pada akhlak dan rohaninya , malah itulah yang terlebih aula . Inilah masyarakat yang dibina oleh baginda Rasul saw.  Objektifnya dapat dilihat dari apa yang ditegaskan oleh Rubai’ bin A’mir rha. :

 

لنخرج من شاء من عبادة العباد إلى عبادة الله

و من جور الأديان إلى عدل الإسلام

و من ضيق الدنيا إلى سعة الدنيا و الآخرة

 

Kami datang untuk mengeluarkan sesiapa yang mahu dari pengabdian diri sesama hamba kepada mengabdikan diri kepada Allah swt .

Dari kedhaliman ideology ciptaan manusia kepada keadilan Islam wahyu Allah ,

Dan dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat .

 

 

 

 

Pembentukkan masyarakat madani akan gagal tanpa meletakkan dasar pentadbiran dan pengurusan masyarakat sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt. dan Rasulnya saw. justeru Allah swt. yang maha tahu tentang maslahat manusia di mukabumi ini.

 

Rasulullah saw. telah meletakkan batu asas yang membawa masyarakatnya ke mercu jaya dan menjadi mulia didunia jua diakhirat . Batu asas tersebut ialah :

مهما اختلفتم في شئ

فمرده إلى الله و إلى محمد صلى الله عليه و سلم ز

 

Apa jua perselisihan yang timbul dikalangan mereka

Maka tempat rujuknya ialah Allah swt. ( Al Quran ) dan Muhammad saw.( Al Hadis )

 

 

Suatu asas yang menjadikan Al Quran dan Sunnah sebagai sumber ambilan perundangan , prinsip dan tindakan . ( negara ataupun individu )

 

Sementara  perletakkan dasar yang berasaskan perundangan British atau mana – mana ciptaan manusia , tidaklah akan melahirkan masyarakat madani sebaliknya melahirkan masyarakat Britani atau lainnya berpandukan kepada sesuatu dasar pembentukkan masyarakat yang diterima pakai .

 

Hasrat murni kerajaan untuk melahirkan masyarakat madani pasti gagal tanpa :

 

1.      Melaksanakan Syariat Allah swt. secara menyeluruh termasuk undang – undang jenayah Islam .

 

2.      Tingkatkan Syiar Islam , termasuklah operasi dan misi negara mesti berasaskan ubudiyyah .

 

3.      Amar makruf dan Nahi munkar . ( memberi laluan kepada program – program ilmiah , kebajikan dan sebagainya , serentak itu menutup rapat pintu – pintu  maksiat seperti pergaulan bebas , judi , arak dan hiburan melampau  yang hanya melahirkan generasi perosak  kepada usaha pembentukan masyarakat madani.)

 

4.      Menyerahkan hak ketua negara  kepada  mereka yang layak .

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SYARAT – SYARAT MENJADI KETUA NEGARA ISLAM .

 

·        MUSLIM MUKMIN

 

Firman Allah swt :

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

 

Surah An Nisa’ . Ayat : 59

 

Maksud ulil Amri dikalangan kamu didalam ayat tersebut ialah ulil Amri dikalangan orang yang beriman kepada Allah swt. Begitu juga didalam ayat yang lain , Allah melarang kita melantik orang yang tidak beriman sebagai pemimpin umum atau pemimpin utama sebuah negara . Firman Allah swt :

 

Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.

Surah Ali Imran . Ayat : 28

 

( Orang kafir hanya diperuntukkan menjadi pemimpin dikalangan / wilayah majority mereka )

 

 

 

 

·        BERILMU

 

Berilmu dalam perkara hukum syara’ dan memahami masaalah semasa. Negara yang diserahkan pentadbirannya kepada mereka yang jahil hanya mengundang celaka .  Sabda Rasulullah saw. :

إذا وسد الأمر إلى غير أهله فانتظر الساعة .

Apabila diserahkan urusan kepada mereka yang bukan ahlinya ( tidak layak ) maka tunggu saat kehancurannya .

( Riwayat Imam Bukhari )

 

 

·        ADIL DAN SAKSAMA

 

Tidak melakukan dosa besar dan mengekalkan dosa kecil . Jua tidak menindas dan berlaku kejam demi mempertahankan kuasa dan pengaruh politik atau ekonomi . Tidak terpengaruh dan terkesan dengan perbezaan etnik dan latar belakang social .

 

 

·        KEMAMPUAN JASMANI DAN MAKNAWI .

 

Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah".

Surah Al  Qasas . Ayat : 26

 

 

·        LELAKI

 

Wanita tidak layak menjadi pemimpin umum atau pemimpin utama sesebuah negara kecuali menjadi pemimpin dikalangan mereka atau  menjadi wakil kepada sebahagian rakyat .

 

Sabda Rasulullah saw :

لن يفلح قوم ولو أمرهم امرأة

 ( البخاري )

Tidak akan berjaya sesuatu kaum jikalau urusan mereka diserahkan kepada perempuan. ( wanita )

 

إذا كانت أموركم ألى نسائكم فبطن الأرض خير لكم من ظهرها

 ( أخرجه الطبراني )

Apabila urusan kamu diserahkan kepada perempuan ( wanita ) maka perut bumi  adalah terlebih baik untuk kamu daripada belakangnya .

 

 

 

·        BERPENGARUH

 

Sabda Rasul saw. :

الأئمة من قريش

Kepimpinan dari golongan Quraisy .

 

Hadis ini membawa maksud Quraisy adalah qabilah  yang paling berpengaruh , maka dikalangan mereka terlebih layak untuk menjadi pemimpin . Sifat  ini berubah dari satu zaman dan kaum kepada suatu zaman dan kaum yang lain pula .

 

Pengaruh menjadi factor pelengkap untuk mencari ‘criteria layak’ menyandang tanggungjawab dan amanah kepimpinan ummah .

 

 

 

 

Disediakan oleh :

Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan At Tantawi

Setiausaha Lajnah Tarbiyyah dan Latihan Kepimpinan

Dewan Pemuda PAS Pusat .





Laman Ustaz Haji Nasruddin bin Haji Hassan At-Tantawi

| Laman Utama | Semua Artikel |