| Laman Utama | Semua Artikel | |
|
MALAYSIA DI
ABAD KE 21: BAGAIMANA
ARAH TUJU YANG ISLAMIK? (SIRI 3) 2.
EKONOMI Bebaskan system ekonomi negara dan teori ekonomi kapitalis dengan memupuk roh keinsanan dalam perlaksanaan belanjawan negara . Ianya boleh dilakukan dengan menghapuskan unsur penindasan dan juga lambakan harta benda kerajaan kepada individu tertentu . إذا
فعلتْ أمتي
خمسَ عشرةَ
خَصلةً حلَّ
بها البلاءُ
فقيل و ما هي
يا رسول الله
قال : إذا كان المَغنمُ
دُوَلاً و
الأمانةُ
مَغنماً .............. Apabila ummatku melakukan 15 perkara ini , halal ke atas mereka bala Allah swt. Maka sahabat bertanya : Apakah ia ya Rasulullah ? Baginda menjawab : ( antaranya ) apabila harta negara hanya beredar pada orang – orang tertentu dan amanah dijadikan suatu sumber keuntungan ………….. ( Riwayat At Tarmizi ) Matlamat
tidak menghalalkan cara . Agihan ekonomi negara mestilah berpaksi diatas keyakinan bahawa riba membawa rebah
. Sementara rakyat jangan diasuh dengan
mentaliti subsidi dan jangan pula
ditekan dengan kongkongan yang menambah penderitaan mereka . Rasmi berjimat cermat dan bergotong royong
adalah antara teori ekonomi dinamis
yang amat berkesan untuk kelabaan dan kemakmuran . Selama mana
ekonomi negara terkongkong di bawah tempurung ekonomi kapitalis , selama itulah pula
ekonomi negara hanya mantap di
atas kertas , sedang kewibawaan belanjawan negara terus tercabar. 3.
MEDIA
MASSA Program
menyaring atau menapis media perlu wujud dan diperketatkan
. Media elektronik dan cetak yang negatif tanpa sekatan membawa
virus pemikiran yang merbahaya
sehingga ia berfungsi melumpuhkan pemikiran manusia . Media
massa perlu dikawal agar kebebasan berfikir yang diagong – agong oleh barat
tidak sewenang – wenangnya menghina Islam secara terbuka . Pihak berwajib
mestilah serious menangani
media yang hanya (kebanyakannya)
mendorong masyarakat menjadi lucah dan
tidak bermoral . Sebaliknya kerajaan
mestilah memperbanyakkkan risalah – risalah atau bulletin percuma yang berasaskan etika mulia dan akhlak
Islam . Ia mestilah menyeluruh dan mampu dimiliki
oleh rakyat bawahan .
Chanel khusus berorientasikan Islamic program mestilah
wujud di saluran perdana seraya memerangi mana
– mana orientasi hiburan yang bercangggah dengan Islam . Tindakan
tegas mesti diambil oleh pihak
kerajaan dalam menggarap arah tuju yang islamik . Justeru protocol ke 8 Yahudi ( kebebasan Akhbar Hasutan Yahudi ) telah mendedahkan hasrat zionis menguasai media massa di seluruh dunia
. Mereka sangat berpegang kepada prinsip
media elektronik yang sangat
efektif untuk mencetak mentality masyarakat . Media
yang komited dengan Islam pula sewajarnya diberi laluan selesa
oleh pihak kerajaan ,
sementara akta percetakkan dan akta perfileman negara sayugia digunakan untuk menyekat bahaya media – media barat yang membawa mesej menjajah pemikiran ummat Islam .
Jangan sekali-kali engkau
(wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan
orang-orang yang kafir di dalam negeri
(yang membawa keuntungan-keuntungan
kepada mereka). (Semuanya) itu hanyalah kesenangan
yang sedikit, (akhirnya akan lenyap),
kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk
tempat ketetapan. Surah Ali Imran . Ayat : 196 – 1974.
PENDIDIKAN Dasar pendidikan negara pula sewajarnya berorientasikan pembinaan generasi berilmu atau intelektual . Tidak untuk
mencari untung demi kepentingan segelintir manusia yang rakus . Dasar pendidikan mestilah seimbang antara ilmu duniawi
dan ukhrawi . Sikap menganaktirikan silibus ukhrawi hanyalah menggagalkan matlamat asal pendidikan itu sendiri , kerana
untuk menjadikan manusia tanpa ugama
dan berakhlak , tidak perlu kepada pendidikan , sedang pendidikan wujud untuk memastikan
generasi manusia ada ugama ( pegangan
dan prinsip ) dan akhlak ( keperibadian dan etika ) sementara
pendidikan itu pula tidak akan
berupaya mendidik manusia ( fizikal dan spiritual ) tanpa silibus ukhrawi . Pihak berwajib semestinya memberi perhatian kepada system pendidikan tradisional ( pondok ) dengan mengenepikan sentimen politik . Sementara bantuan saraan penuntut mestilah diberikan tanpa pilih kasih . Kurikulum
disemua peringkat sekolah sewajarnya menjurus kepada dua pengisian yang seimbang ( fizikal
dan spiritual ) . Tindakan menswatakan institusi pendidikan adalah satu sikap lepas
tangan pihak kerajaan terhadap tanggungjawabnya mendidik rakyat . Kerajaan
bukan sahaja memerintah rakyat tetapi juga berkewajipan
membimbing dan mendidik rakyat agar lahir masyarakat berpendidikan dan bermoral ( kerana
sesebuah kerajaan akan mengalami kesukaran untuk memerintah rakyat yang tidak dididiknya . ) AUKU hendaklah dimansuhkan kiranya ia hanya ruang
yang diperuntukan untuk menghalang kebangkitan pelajar dari menyuarakan
pandangan mereka kepada umum . Apa yang nyta
kini AUKU menjadikan
mahasiswa/i pasif dan jumud . Suatu
yang harus disedari , apabila , mahasiswa yang bakal membarisi kepimpinan negara terdiri dari golongan pasif
dan jumud , ianya akan memberi
kesan yang negatif kepada pembangunan negara dan pembangunan
insan . Islam
mengemukakan pandangan dan system pendidikan tersendiri dan mempunyai objektif dan
matlamat yang tersendiri pula . Antaranya sebagaimana yang terkandung dalam firman Allah swt :
Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah). Surah At Taubah . Ayat : 1225.
KEHAKIMAN Kepercayaan rakyat terhadap
system kehakiman negara adalah suatu yang amat penting demi
keselamatan awam . Tanpa fungsi
kehakiman yang adil dan saksama , mendorong rakyat
mengambil keputusan ditangan mereka dan ini akan
mendorong rusuhan kaum dan pemberontakkan
. Kes Dato’ Taha , Mokhtar Hashim
, Lorrain Osman , Tun Salleh Abbas
dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim antara
kes yang mengendurkan kepercayaan rakyat terhadap institusi kehakiman negara ini . Institusi
kehakiman hendaklah bebas dari cengkaman
kuasa politik . Kehakiman menurut perspektif Islam bukanlah berorientasikan hukuman tetapi mengadili . Maka ianya
tidak akan adil tanpa menjadikan
Al Quran dan Sunnah sebagai neraca pertimbangan . Sabda Rasulullah saw . yang jelas menunjukkan
keadilan Islam dalam mengadili sesuatu kes. لقد
أهلك من كان قبلكم إذا سرق
فيهم الشريف
تركوه و إذا
سرق فيهم
الضعيف قطعوه والله و
نفسي بيده لو
فاطمة بنت
محمد سرقت
لقطعت يدها . أو كما
قال
Sesungguhnya telah hancurlah ummat sebelum kamu , kerana apabila
orang – orang bangsawan mencuri dikalangan kamu maka dibuang
kes sementara orang – orang lemah mencuri
lalu dipotong tangannya . Demi Allah dan demi diriku
yang berada dalam genggamannya ,
sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku potong
tanganya . Mahkamah Syariah pula hendaklah diluaskan fungsinya sesuai dengan fungsi asalnya sebagai mahkamah syariah . Mahkamah ini mesti mempunyai authority untuk mengadili kes murtad dan seumpamanya . Agenda – agenda perubahan ini bersifat menyeluruh dan anjal menurut kesesuaian waqi’ dengan tidak menyentuh prinsip – prinsip asas perubahan Islam iaitu : إقامة
الدين و سياسة
الدنيا به
Menegakkan agama dan mentadbir dunia
berdasarkan agama . Agenda – agenda perubahan
ini juga adalah anti أسلمة
الدولة ( penerapan
nilai – nilai Islam tanpa menghapuskan jahiliyyah hingga ke akar umbinya
.) seperti kata us. Fathi Yakan : Himar yang dibedah dan dipasang kaki atau tangan manusia
, maka Himar tetap menjadi Himar
. Justeru
itu ,
sekadar menerapkan
beberapa nilai yang Islamik , sedang dasar jahiliyyah masih terpakai , lalu diisytiharkan negara itu Negara
Islam , maka ini adalah satu lakonan
komedi yang sangat melucukan . Bersambung... |