This site hosted by Free.ProHosting.com
Google

--TAZKIRAH--

| Laman Utama | Semua Artikel |



MALAYSIA DI ABAD KE 21:

BAGAIMANA ARAH TUJU YANG ISLAMIK?

(SIRI 2)

 

1- ( b )  * Perhubungan Luar.

 

Perencanaan yang Islamik adalah perlu untuk menjayakan hasrat arah tuju negara yang islamik. Perencanaan yang dimaksudkan, tidak hanya dilihat dari pulangan untung duniawi semata-mata apabila hubungan dua hala antara Malaysia denggan mana-mana neggara luar diadakan.

 

Faktor keselamatan agama dan aqidah serantau wajib diambil kira sebagai agenda utama dalam hubungan diplomatic. Rasional ini membantah hubungan Malaysia dengan Israel, sebuah negara haram yang dibangunkan atas semangat dendam yang tidak berkesudahan terhadap ummat Islam.

 

Atas apa jua alasan, Yahudi Israel adalah petualang dunia ( opurtunis ) yang menanti saat leka dan alpanya ummat Islam untuk mereka bertindak rakus dan kejam. Insaflah penegasan Ilahi:

 

Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.

Surah Al Maaidah. Ayat: 82

 

 

Suatu hakikat yang tidak mampu dinafikan oleh mana-mana pihak, bahawa kemerosotan dan kelemahan negara-negara ummat Islam bukan kerana mereka lembap menguasai era teknologi tinggi dan sebagainya, tetapi adalah kerana mereka mempunyai sikap tunduk dan akur kepada kuffar.

 

Sewajarnya Malaysia di abad ke 21 ini melaksanakan konsep فلا تخشوهم و اخشون ( Maka jangan lah kamu takut kepada mereka ( musuh ) tetapi takutlah kepada aku “Allah” ) dalam dasar luar negara.  Firman Allah swt:

 

Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

 

 

1- ( c )  * Iklim Deeni

 

Pihak pentadbir negara bertanggungjawab penuh dalam menangani iklim social. Isu kejatuhan moral dan akhlak jua kemerosotan amal dan aqidah yang hebat diperkatakan kini adalah berpunca dari iklim social yang kian berleluasa.

 

Secara logic yang sangat dangkal, setengah pihak menganggap bahawa isu social ini adalah masaalah peribadi yang terlibat. ( kononnya untuk mengukur sejauh mana ketahan iman mereka )

 

Namun persoalannya siapa yang mendesak mereka? Jika tiada disko, pub, rumah-rumah urut, sport toto, pusat-pusat karaoke, konsert-konsert rock dan sebagainya, masakan mereka terdorong dan terdesak untuk melakukan perkara yang merosakkan social mereka, disamping kita menafikan peranan iman pada setiap individu.

 

Justeru itu Al Quranul Karim tidak saja mengajak individu beriman dan mengabdikan diri kepada Allah swt. malah dengan tegas mengarahkan ummmah seluruhnya melaksanakan Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar.

 

Wujudnya Iklim Jahili ( vs Iklim Deeni ) yang direstui ( berlesen ) menyebabkan laluan sukar bagi Iklim Deeni. Kedatangan kumpulan scorpion dan Mega Star Michael Jackson ke Malaysia seketika dulu masih menjadi satu tamparan hebat kepada usaha membaik pulih akhlak dan moral masyarakat hari ini.

 

Abad ke 21 yang menjanjikan cabaran paling sengit kepada Iklim Deeni dan ia sewajarnya diinsafi oleh semua pihak dengan mengambil langkah-langkah tegas dan hikmah. dengan memastikan perkara perkara berikut:

 

 

1.      Sebaran dakwah mesti diperluas dan diperbagai serta memberi laluan selesa kepada operasi dakwah. Ini dapat dilakukan dengan membebaskan para ulamadari senarai hitam pihak pemerintah, begitu juga saluran media dakwah kembali diizin dengan meluluskan kembali permitnya, samada media cetak ataupun media lisan.

 

2.      Institusi orang ramai sayugianya berfungsi dan mendapat peruntukan secukupnya dari kerajaan untuk memerangi gejala maksiat dan bahaya kejahilan. Terutamanya masjid, untuk menampung kos khidmat guru atau pensyarah-pensyarah dan aktiviti social yang sihat seperti kaunseling Islam terbuka, seminar pemikiran Islam, kursus-kursus lanjutan jati diri dan sebagainya.

 

3.      Badan-badan yang bertanggungjawab mengendali urusan pembinaan Insan seperti jabatan Agama Islam Negeri, JAKIM, IKIM dan sebagainya, tidak menyempitkan peranan mereka dengan hanya bersidang dan merumus, tetapi sunyi dari perlaksanaan yang efektif untuk menangani isu-isu yang penting seperti kes murtad dan penghapusan aqidah ahli Sunnah wal Jamaah di rantau ini. Badan ini sewajibnya tidak terikat dengan kepentingan peribadi individu atau kelompok tertentu.

 

4.      Kerajaan mesti meyambut baik semua saranan dan teguran positif serta membina dari NGO dengan tidak mengamalkan sikap double standard. Mereka ( NGO ) merumus pandangan dan kritikan dari luar kerajaan dan ini adalah sangat penting untuk mengenal pasti kemampuan dan kelemahan dalam proses pembinaan negara yang bertamadun dan dihormati oleh semua pihak.

 

5.      Kabinet mestilah terdiri daripada pemimpin yang dinamis ( tidak korup ) dan berjiwa besar. bersih dari jenayah politk wang, rasuah, politik cantas dan politik anti Islam.

 

6.      Menyediakan ruang bebas kepada para ulama’ul A’milin membantu kepimpinan negara ke arah melaksanakan Syariat Allah swt. secara menyeluruh. Sementara ruang untuk ulamaterompah kayu ‘ yang hanya pandai mengampu untuk mengisi perut mereka wajib ditutup rapat.

 

Bersambung

 

 

 





Laman Ustaz Haji Nasruddin bin Haji Hassan At-Tantawi

| Laman Utama | Semua Artikel |