| Laman Utama | Semua Artikel | |
|
Pemuda dan Pengislahan
Diri (6) 3.
Kebijaksanaan Menggunakan Waktu. Imam
Hasan al Banna menyatakan; الوقت
جزء من العلاج
"Waktu adalah sebahagian daripada proses mengubati/membuat pengislahan"Beliau
menyatakan juga[1]; إننا
نريد فترة
نتفرغ فيها
لإصلاح النفوس
ثم نحاول
علاجها بشتى
الوسائل و
مختلف
العقاقير Mafhum
ungkapan ini dalam kontek perbicaraan kita ialah ;
usaha untuk mengislah diri perlu kepada waktu. Kita perlukan waktu untuk ; 1. Menggariskan satu persatu kekurangan diri dan begitu juga target yang ingin dicapai. 2.
Menyusun
kekurangan-kekurangan ini mengikut aulawiyyat. 3.
Bertindak
membaiki segala kekurangan yang ada. 4.
Membuat
muhasabah dari masa ke masa. Adalah mustahil untuk berubah dalam sekelip mata atau
secara tiba-tiba. Ia perlu kepada
masa ; mungkin sehari , seminggu , sebulan , setahun
bahkan mungkin bertahun-tahun. Suatu
paling penting ialah kita memulakan usaha pengislahan diri dari sekarang tanpa
menangguhnya ke besok , lusa ,
minggu depan dan sebagainya.
Memulakannya dari sekarang insyaallah kita akan
nampak hasilnya kemudian (samada lambat atau cepat bergantung kepada kadar
usaha kita). Serentak
itu , kita hendaklah bersabar dan beristiqamah
meneruskan usaha yang kita lakukan untuk mengislahkan diri tanpa ada
rasa jemu , putus asa , hilang semangat
dan sebagainya walaupun terpaksa melalui jarak masa yang lama untuk memperolehi
hasil/buah kerana kita yakin bahawa dengan kesabaran dan istiqamah sahajalah
kita akan berjaya untuk sampai ke matlamat yang ditujui iaitu kesempurnaan
diri. Hakikat
Waktu. Waktu adalah modal serupa yang diberi oleh Allah
kepada semua manusia. Ianya bergantung kepada kebijaksanaan masing-masing untuk
memanfaatkannya. Peruntukkan waktu yang ada ,
kita boleh merancang dan bertindak untuk ; ·
Mengislah diri ·
Mencapai
cita-cita ·
Mencipta
kejayaan dalam hidup dan sebagainya . Pokoknya , dengan kebijaksanaan menggunakan waktu , apa yang kita inginkan insya Allah akan tercapai dan dapat dilaksanakan. Ada
beberapa perkara penting yang perlu disedari sekiranya kita ingin membaiki
penggunaan waktu[2]
; 1.
Tabiat/Kebiasaan
kita boleh mencorakkan stail penggunaan waktu . 2.
Kepentingan
menentukan matlamat diri (sama ada jangka panjang dan jangka pendek) 3.
Keperluan
membuat susunan aulawiyyat/keutamaan. 4.
Mengelakkan
bertangguh. Maksudnya , untuk memanfaatkan waktu semaksimum mungkin kita hendaklah ; ·
Membuang tabiat
buruk seperti malas , sambil lewa , tidak
bertanzim/sistemetik , suka membuang waktu dan sebagainya. · Menentukan/menggariskan matlamat-matlamat diri meliputi jangka pendek dan panjang. ·
Membuat/menentukan
susun galur keutamaan bagi perkara-perkara/tugas-tugas yang akan
dilaksanakan. ·
Mengelakkan
kerja atau tugas bertangguh. Antara
perkara penting mengenai waktu , yang turut
dinasihatkan oleh ulama' ialah keperluan untuk kita membuat penyusunan/lakaran
di awal hari tentang perkara-perkara yang akan kita lakukan pada hari tersebut
dan kemudiannya pada akhir hari (iaitu malam/sebelum tidur) kita membuat
muhasabah adakah apa yang kita gariskan itu dilaksanakan atau tidak. Kita
boleh mengadakan denda-denda yang dirasakan layak bagi diri kita jika gagal
memenuhi apa yang kita gariskan (iaitu seperti mana
yang dibuat oleh Saidina Umar). "Apabila
munculnya siang maka buatlah penyusunan terhadap kerja-kerja-yang akan kamu
lakukan pada hari itu-mengikut masanya dan jangan melakukan sesuatu kerja bukan
pada masanya.Ikutilah perancangan kamu yang awal dan jadikan riadhah/bermain
pada masanya yang khusus. Ambillah contoh/tauladan daripada Nabi
kita (s.a.w) dimana baginda membahagikan masanya kepada beberapa bahagian; -Satu
bahagian untuk ibadah -Satu
bahagian untuk manusia iaitu mengajar mereka... -Satu
bahagian untuk diri baginda sendiri....." (Syeikh
Tantawi Jauhari;kitab "ميزان
الجواهير"[3]) Kemampuan menguasai diri dan mentanzimkan hidup juga
mempunyai pengaruh yang besar dalam usaha memanfaatkan waktu. Dalam hal ini , Dr.Faruq
Saiyyid Usman menyatakan dalam bukunya "سيكلوجية
الوقت"; "Sekiranya kamu ingin mentadbir waktu
dengan baik maka kamu hendaklah mampu menguasai kehidupan kamu. Kehidupan yang
tersusun/bersistemetik memberi peluang kepada waktu untuk melakukan apa saja
untuk merancang dan membuat semakan/folow up....Kita
akan mampu untuk mentadbir waktu kita dengan berkesan pada hari besoknya
sekiranya kita merancangnya pada hari ini dan sesungguhnya corak dalam
memanfaatkan waktu merupakan pilihan diri kita sendiri". Pembahagian
waktu dalam kehidupan seorang muslim. Menurut
Imam Hasan al Banna ; kita diperintahkan supaya
menggunakan waktu bagi empat tujuan[4] ; 1.
Untuk agama dengan melakukan ketaatan kepada Allah. Ia meliputi dua kategori
; · Perkara-perkara yang difardhukan yang mesti dilaksanakan dalam waktunya seperti solat-solat fardhu , puasa , haji , zakat. ·
Perkara-perkara
yang disunatkan seperti solat-solat sunat , membaca al
Quran , bersedekah , berzikir , bersalawat dan sebagainya. 2.
Untuk mencari rezki
yang halal bagi menyara diri dan keluarga. Usaha
mencari rezki ini sekiranya dilakukan dengan ikhlas kepada Allah maka ia dikira sebagai satu jenis daripada Ibadah. Sabda Nabi
(s.a.w) ; من أمسى كالا من عمل يده أمسى مغفورا له"Siapa yang berpetang-petang dalam keadaan penat kerana bekerja/berusaha dengan tangan sendiri maka ia berpetang dalam keadaan dikurniakan keampunan baginya" 3. Untuk berkhidmat kepada manusia dengan melakukan
perkara-perkara yang mendatangkan manfaat dan faedah bagi mereka. Manusia merupakan ahli keluarga Allah swt dan orang
yang paling hampir dengan Allah ialah orang yang paling baik terhadap ahli
keluargaNya. Maka
, dengan itu kita dituntut untuk melakukan perkara yang mendatangkan
manfaat bagi manusia sama ada berupa material atau peradaban. Sabda
Nabi (s.a.w) ; من
مشي في حاجة
أخيه كان كمن
اعتكف في
مسجدي هذا
شهرا "Siapa yang berjalan (untuk keluar) memenuhi hajat saudaranya ia seolah-olah beriktikaf di masjidKu ini(iaitu masjid Nabawi) selama sebulan" 4.
Untuk kerehatan badan. Sabda Nabi (s.a.w) ; فإن
لبدنك عليك
حقا "Sesungguhnya
badan kamu mempunyai hak ke atas kamu" Bertangguh ; tabiat yang mesti diubah. Tabiat
suka bertangguh kerja/tindakan merupakan satu unsur negatif yang akan menggagalkan usaha pengislahan diri jika tidak diubah. Bahkan , Ibnu
‘Ataillah dalam Hikamnya telah meletakkan tabiat ini sebagai satu tanda
kebodohan seorang manusia di mana ia menyatakan ; إحالتك
الأعمال على
وجود الفراغ
من رعونات النفس
“Menunda/menangguh
amal perbuatan (kebaikan) kerana menantikan kesempatan yang lebih baik
merupakan suatu tanda kebodohan yang mempengaruhi jiwa”.
H.Salim
Bahreisy ketika menghuraikan ungkapan hikmah ini ,
menyatakan[5]; “Kebodohan itu disebabkan oleh ; ·
Kerana ia
mengutamakan duniawi padahal Allah berfirman; بل
تؤثرون
الحياة
الدنيا و
الآخرة خير و
أبقى
“Tetapi kamu mengutamakan kehidupan dunia,padahal akhirat itu lebih baik dan lebih kekal selamanya” · Penundaan amal itu ke satu masa yang ia sendiri tidak mengetahui apakah ia akan mendapatkan kesempatan itu atau kemungkinan ia dilanda oleh ajal (mati) yang telah menanti masanya. ·
Kemungkinan azam , niat dan hasrat itu menjadi lemah dan
berubah. Kata pujangga ; لا
تؤجل إلى الغد
ما يمكنك أن
تعمله اليوم
“Janganlah menunda sampai besok apa yang dapat engkau kerjakan hari ini”. Tabiat
suka bertangguh ini tidak akan dapat diubah melainkan
dengan mujahadah dan kesedaran yang bersungguh-bersungguh terhadap kepentingan
masa dalam kehidupan. Firman Allah;
“Dan orang-orang yang berjihad untuk(mencari keredhaan) kami,benar-benar akan kami
tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami.Dan sesungguhnya Allah benar-benar
berserta orang-orang yang berbuat baik”. Al Ankabut 69
"Manusia
seringkali bercita-cita untuk memulakan lembaran baru di dalam
kehidupannya.Tetapi ia seringkali menangguh cita-citanya itu sehingga
menjelangnya hari-hari atau sempena-sempena tertentu di dalam hidupnya seperti
hari jadi,tahun baru dan sebagainya.Di dalam penangguhan itu ia merasakan
bahawa anugerah semangat kekuatan (untuk membuat perubahan di dalam hidup) akan
datang bersama-sama dengan hari-hari atau sempena -sempena tersebut dan
semangat baru itu akan mengaktifkan hidupnya setelah kelembapan dan membina
harapan baru setelah kekecewaan.Sebenarnya anggapan itu adalah satu waham. Sesungguhnya perubahan hidup adalah bermula daripada dalaman
manusia itu sendiri sebelum faktor-faktor yang lainnya. Seorang
lelaki yang menghadapi dunianya dengan keazaman dan kesedaran maka ia tidak akan mampu dikalahkan oleh suasana-suasana yang
melingkunginya walau bagaimana buruk sekalipun suasana itu. Dan begitu juga
suasana-suasana itu tidak akan berupaya memalingkan dirinya supaya mengikut
hawa nafsunya-tetapi sebaliknya ia akan mengambil faedah daripada
suasana-suasana tersebut ...... Janganlah mengaitkan
usaha membina hidup kamu dengan angan-angan yang ditumbuhkan oleh sesuatu yang
tidak pasti ....Sesungguhnya angan-angan sebegini tidak akan mengurniakan
apa-apa pun kebaikan kepada kamu" (Petikan
daripada tulisan Syeikh Mohd. Al Ghazali di dalam kitab جدد
حياتك ) |