| Laman Utama | Semua Artikel | |
Target-target khusus
pengislahan diri (2)
Kita maksudkan dengan target khusus ini ialah target
yang menjurus kepada setiap bidang / perspektif kehidupan secara khusus
(seperti target dalam bidang keilmuan , kerohanian dan sebagainya) .
Target khusus ini mungkin tidak serupa di antara satu
sama lain kerana suasana , kemampuan dan kecenderungan setiap individu adalah
berbeza.Walau bagaimanapun ,tidak menjadi kesalahan bagi kita untuk meneliti
target khusus yang dikemukakan oleh beberapa ulama' dalam beberapa bidang
tertentu sebagai model dan panduan bagi kita sebelum kita melakarkannya
sendiri.
1. Dalam bidang keilmuan dan saqofah.
Pada pandangan As Syeikh Said Hawa , setiap muslim
mesti melalui dua corak pembelajaran[1]:
a). Pembelajaran ilmu Syari’e untuk menyempurnakan
apa yang dituntut daripadanya yang terdiri daripada ilmu-ilmu fardhu ain.
Fardhu
ain yang utama bagi setiap muslim ialah mengetahui Islam secara ijmali dan
beriman dengannya serta mengakuinya dengan mengiklankan ucapan dua kalimah
syahadah.
Fardhu
ain kedua ialah mengetahui secara tafsili ilmu-ilmu Islam yang membolehkannya
melaksanakan / menyempurnakan fardhu-fardhu yang dituntut ke atasnya.
Antara
fardhu ain tersebut ialah ;
-Mentauhidkan
Allah (التوحيد) , Beribadah (العبادة) dan Menyucikan diri
(زكاة
النفس).
-Mengetahui
perkara-perkara yang diharamkan serta meninggalkannya dan mengetahui
perkara-perkara yang dituntut serta melaksanakannya.
-Melaksanakan
kewajipan terhadap dua ibu bapa,orang-orang yang mempunyai silaturrahim
dengannya dan jiran-jirannya.
-Memenuhi
kewajipan mentaati imam dan melazimi jamaah.
-Menjadikan
sumber rezekinya adalah halal dan menafkahkan rezeki kepada orang-orang yang
wajib dinafkahinya . Apabila ia mempunyai harta maka zakat , haji dan jihad
harta (kalau ditentukan) menjadi fardhu ain ke atasnya.
Apabila
jihad menjadi fardhu ain maka wajib baginya untuk melaksanakannya dengan niat
untuk berjihad , berlatih , membuat persediaan, menyediakan kelengkapan dan
seterusnya menyertai jihad.
Keseluruhan
fardhu ain ialah seseorang manusia itu berada dalam situasi takwa.Takwa ialah
tuntutan ilahi daripada hambanya.Takwa sepertimana yang digambarkan di awal
surah al Baqarah ialah: Iman , Solat , Infaq , Mengikut al quran dan bebas
daripada kekufuran dan kemunafikan.
Fardhu
ain di dalam suasana-suasana yang biasa adalah serupa bagi setiap individu
muslim keseluruhannya dan setengahnya berbeza (luas dan sempitnya) antara
seorang individu dengan individu yang lain.
Sebagai
contohnya :- Tuntutan supaya membersihkan diri (زكاة
النفس ) adalah lebih
rendah bagi seseorang yang mempunyai fitrah yang baik (صالح
الفطرة) jika dibandingkan
dengan seseorang yang mempunyai penyakit-penyakit jiwa.
Apa
yang dituntut daripada pekerja biasa (عامل
بسيط) lebih sedikit daripada
apa yang dituntut daripada seorang peniaga kaya dan yang mempunyai pengaruh yang luas.
Apa
yang dituntut terhadap manusia di dalam sesuatu biah (suasana) adalah berbeza
dengan apa yang dituntut terhadap
manusia yang berada di dalam sesuatu biah (suasana ) yang lain .
Contohnya
: Seorang muslim yang hidup dalam suasana bida’ah dan kekufuran dituntut untuk
melakukan perkara-perkara yang melindungi dirinya dan ahli keluarganya daripada
bida’ah tersebut ( Bentuk Bida’ah dan
kekufuran adalah berbeza di antara satu tempat dengan satu tempat yang lainnya
).
Begitu
juga apabila berleluasanya syubhah yang menyesatkan , menjadi kewajipan bagi
setiap mukallaf untuk melindungi dirinya daripada syubahah ini. Apabila (pada
suatu ketika) terdapat ideologi-ideologi yang menyesatkan dan pemikiran-pemikiran yang betul maka
menjadi kewajipan bagi setiap muslim untuk memelihara dirinya daripada ideologi
yang menyesatkan dan menjadi sebahagian daripada penyokong pemikiran yang
betul.
2. Pembelajaran
Takhassusi - supaya ia dapat memberi saham di dalam menyempurnakan satu ilmu
daripada ilmu-ilmu yang menjadi fardhu kifayah.
Maksud pembelajaran takhassusi ialah seseorang
individu muslim itu memilih salah satu daripada ilmu-ilmu yang tergolong di
dalam fardhu kifayah untuk dipelajari secara takhassus sehingga ia dapat
memenuhi keperluan masyarakat terhadap ilmu tersebut.
Mungkin
kita dapat membahagikan ilmu-ilmu yang menjadi fardhu kifayah pada masa ini
kepada tiga kategori :
1.
Ilmu-ilmu yang diperlukan untuk memastikan berkekalan dan berterusannya agama
seperti ilmu Qiraat , ilmu Tajwid' ilmu Tafsir , ilmu Mustalaahul Hadis , ilmu Tauhid , ilmu Feqah ,bahasa Arab dan
sebagainya.
2. Ilmu-ilmu yang diperlukan di dalam gerak kerja
Dakwah dan 'Amal Islami seperti ilmu Sirah Nabi dan Para Sahabat , ilmu tentang
wasilah dan uslub dakwah , ilmu organisasi Dakwah dan sebagainya.
3. Ilmu-ilmu yang diperlukan untuk kemaslahatan umat
Islam dan negara Islam seperti ilmu Ketenteraan ,ilmu Pendidikan , ilmu segala
jenis Perindustrian , ilmu Pertanian ,
ilmu Pentadbiran dan sebagainya.
Kesimpulannya , target kita dalam pengislahan diri
dari aspek Ilmu atau Saqofah ialah ;
1. Melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang menjadi
Fardhu Ain.
2.
Memantapkan
bidang keilmuan yang menjadi takhassus kita.
2. Dalam
aspek kerohanian/hubungan dengan Allah.
Dalam usaha mendekatkan diri dan menguatkan hubungan
kita dengan Allah swt. sasaran kita ialah menjadi golongan yang disebut oleh
Allah sebagai auliya' Allah (أولياء
الله).Golongan ini adalah
golongan yang telah mencapai kedudukan/ maqam al Wilayah (الولاية) yang disebut ciri-ciri mereka oleh Allah dalam ayat ;

"Ingatlah,sesungguhnya orang yang mematuhi Allah mereka tidak merasai takut dan tidak berduka-cita".

"Dan siapa yang dibiarkanNya
sesat,tiadalah engkau akan mendapat teman yang menunjukinya ke jalan yang
benar".
Al Kahfi 17
Syarat-syarat untuk menjadi golongan ini,seperti mana
yang dinyatakan oleh Syeikh Said Hawa dalam kitabnya "إجازة
تخصص الدعاة"
ialah :
· Meninggalkan dosa besar dan tidak berpanjangan berada di dalam dosa kecil sama ada dosa zahir atau dosa batin.
· Mengerjakan atau melaksanakan perkara-perkara fardhu dan sunat (النوافل) meliputi zahir dan batin.
·
Melazimi zikir, sama ada yang fardhu atau yang
sunat.Termasuk dalam pengertian zikir ini ialah solat , membaca al
Quran,zikir-zikir mutlak (الأذكار
المطلقة) serta zikir-zikir dan doa-doa munasabah/sempena
tertentu (الدعوات
و الأذكار
المناسبات).
· Berusaha untuk mencapai hati yang sejahtera dan hati yang mempunyai Nur yang disebut oleh Allah dalam al Quran ;
Di samping itu
, beliau menyatakan ;
"kami menasihatkan kepada semua ikhwah , supaya melakukan perkara-perkara di bawah
ini untuk sampai kepada kedudukan yang disebut al Wilayah tadi ;
Menjaga solat lima waktu dan solat sunat rawatibnya , mendirikan Qiamullail , solat dhuha dan solat-solat sunat yang lain.
Berpuasa Ramadhan dan memperbanyakkan puasa sunat.
Menyempurnakan zakat harta dan zakat fitrah,membanyakkan sedekah memberi makan tetamu dan memuliakannya.
Bermula dengan wirid harian dan menjaganya seperti
Istighfar. Salawat , tahlil dan bacaan al Quran tidak kurang daripada tiga
rubu' (ربع).
Berzikir dengan zikir mutlak yang warid daripada
sunnah seperti ;
سبحان
الله والحمد
لله ولا إله
إلا الله و
الله أكبر
وحسبنا الله
ونعم الوكيل
ولاحول ولا قوة
إلا بالله
وسبحان الله
وبحمده و
سبحان الله
العظيم membaca (الوظيفة
الكبرى/
الصغرى) yang disusun oleh
Imam Hasan al Banna.
Sekiranya tidak mampu membacanya dua kali sehari
(iaitu pagi dan petang) maka hendaklah dibaca sekali sehari dan jika masih tidak
mampu juga maka hendaklah dibaca seminggu sekali.
Melazimi zikir-zikir dan doa-doa munasabah.
Tidak melupai bahawa menghafal al Quran dan membacanya adalah zikir dan begitu juga ilmu Syariah adalah zikir.Oleh itu,hendaklah mempelajari al Quran, membaca kitab-kitab dan menghadiri halaqah ilmu.
Menghadiri halaqah-halaqah zikir dan tazkirah yang meraikan adab-adab syarak.
Memperbanyakkan pergaulan dengan orang-orang soleh , menziarahi dan berkumpul bersama mereka , memperbanyakkan persaudaraan pada jalan Allah dan menjadikan pergaulan dengan mereka di bawah syiar ;
تعالى
نؤمن بربنا
ساعة
Target kita dalam usaha pengislahan diri dilihat dari
aspek kerohanian/hubungan dengan Allah ialah
;
Berusaha untuk menggolongkan diri di kalangan Auliya'
Allah dengan memenuhi sedaya mungkin syarat-syarat yang disebutkan oleh ulama'
tadi.
3. Dalam aspek kehidupan material ( belanja harian/tempat tinggal/kenderaan ).
Seperti mana aspek maknawi manusia (iaitu aqal dan rohani)
perlu diislahkan, begitu juga dengan aspek maddi/material manusia iaitu makanan
, pakaian , tempat tinggal dan
sebagainya.
Pengislahan aspek maddi/material ini ialah dengan
memperolehi rezki yang halal .Islam sejak awal-awal lagi menuntut manusia khususnya
orang-orang beriman supaya berkerja dan berusaha untuk memperolehi rezki yang
halal yang dapat mendatangkan kesejahteraan dalam kehidupan mereka.Firman Allah
swt ;

"Apabila telah selesai
mengerjakan solat , maka bertebaranlah di muka-bumi dan carilah kurniaan
Allah"

Sabda Nabi (s.a.w):
إن
من الذنوب
ذنوبا لا
يكفرها الصوم
ولا الصلاة
ولا الصدقة ،
ولكن يكفرها
السعى على
العيال
"Sesungguhnya di antara
dosa-dosa ,ada dosa-dosa yang tidak
dapat dihapuskan oleh ibadat puasa,solat dan sedekah tetapi dihapuskan oleh
usaha yang dilakukan untuk menyarai keluarga"
إن
خير الطعام ما
كان من عمل
اليد.
"Sesungguhnya makanan yang
terbaik ialah yang diperolehi daripada hasil kerja tangan sendiri"
Dalam memenuhi kewajipan mencari rezki yang halal
ini,kita tidak dituntut supaya mengejar kekayaan atau kemewahan walaupun ia
adalah harus tetapi memadai sekadar mencapai tahap yang disebut oleh Fuqaha'
sebagai "حد
الكفاية" iaitu tahap
yang mencukupi untuk memenuhi keperluan-keperluan hidup bagi diri sendiri dan
keluarga/orang yang berada di bawah tanggungan kita[2].
Kebiasaannya ,hajat atau keperluan asasi manusia
terdiri daripada empat perkara ;
1. Makanan
2. Pakaian
3. Air
4. Tempat berlindung.

"Lalu kami berkata:Hai
Adam!,Sesungguhnya iblis ini adalah musuh engkau dan musuh isteri engkau.Sebab
itu janganlah dibiarkan dia sampai mengeluarkan engkau berdua dari syurga,nanti
engkau menjadi celaka.Sesungguhnya di situ engkau tidak akan merasa lapar
dan tiada pula bertelanjang.Dan sesungguhnya di situ engkau tiada akan merasa
dan tiada merasakan panas matahari".
من
أصبح منكم
آمنا في سربه
، معافى في
جسده ، عنده
قوت يومه ،
فكأنما حيزت
له
الدنيا
بحذافيرها (رواه
الترمذي)
"Siapa yang menghadapi waktu
pagi dalam keadaan merasai keselamatan keluarga dan hartanya,sihat
tubuh-badannya dan memiliki makanan hariannya maka seolah-olah dihimpunkan
baginya dunia dengan segala penjurunya".
Allah swt
tidak hanya memerintahkan manusia supaya berusaha dan berkerja tetapi juga menyediakan bagi mereka lapangan
pencarian rezki yang luas di mana bidang-bidang yang boleh diceburi oleh mereka
untuk mencari kurniaan/rezeki Allah swt adalah banyak dan pelbagai.
Bergantung kepada manusialah untuk memilih mana satu bidang pencarian yang ia sukai mengikut kecenderungan dan kemampuannya asalkan bidang tersebut tidak bercanggah dengan ketentuan Syara'.

"Dan dijadikan untukmu apa yang
di langit dan apa yang di bumi semuanya,(kurniaan) dari Tuhan".

"Sesungguhnya telah kami teguhkan kekuasaanmu di bumi ini,dan Kami jadikan di sana lapangan penghidupanmu".
Al A’raf 10
Oleh kerana bidang pencarian rezki ini luas,maka
seharusnyalah bagi kita untuk memikirkan apakah bidang yang akan kita ceburi
pada masa depan sebagai sumber rezki
yang halal sesuai dengan
kemampuan. Suasana , kecenderungan
dan kemahiran yang ada pada kita.
Setelah target-target khusus ini dilakarkan ,
tugas kita seterusnya ialah berfikir dan bertindak untuk
merealisasikannya.
[1]"فلنتذكر في عصرنا ثلاثا : فروض عين،فروض كفاية، لمن تدفع صدقتك",Syeikh Said Hawa.
[2]"العمل في الإسلام",Dr. Isa Abduh dan Ahmad Ismail Yahya,m.s 12 dan 163-164.