| Laman Utama | Semua Artikel | |
Pemuda:
Masa Depan Adalah Milik Islam
Ketuanan dan kemenangan Islam
adalah suatu yang pasti . Ia dapat diyakini melalui khabar gembira yang
dijanjikan oleh AllahS.W.T dan Rasulnya S.A.W.
Maksudnya:
Ugama
ini (Islam) akan terus berkembang (sementara)
segolongan daripada orang-orang Islam yang akan terus memperjuangkannya
hingga ke hari kiamat.
(Syaikhan)
لا
تقوم الساعة
حتى يقاتل
المسلمون اليهود
حتى يختبئ
اليهود من
وراء الحجر و
الشجر فيقول
الحجر و
الشجر: يا
مسلم هذا
يهودي خلفي
تعال فاقتله
إلا الغرقد
فإن من شجر
اليهود.
Tidak akan
berlaku kiamat melainkan muslimin memerangi orang-orang yahudi sehingga yahudi
terpaksa bersembunyi di belakang batu
dan pokok. Maka berkatalah batu
dan pokok: Wahai si Muslim Ini dia Yahudi dibelakangku, datanglah dan
bunuhlah ia kecuali pokok Gharqad (yang tidak bersuara) maka sesungguhnya ia
adalah pokok yahudi.
(Syaikhan)
Islam adalah suatu agama
fitrah dan ia mampu menangani apa jua isu dan zaman. Setiap kali ia diserang akan pasti ada pembela, setiap kali ia
diterajang akan pasti ada tangan yang menepisnya,setiap kali ia dituduh akan pasti ada peguam yang
membelanya dan setiap kali Islam
ditahan akan pasti ada tentera yang
membebaskannya.
Sabda
Rasulullah صلى
الله عليه وسلم:
Akan
senantiasa ada dari kalangan ummatku yang dhohir menegakkan kebenaran
sehinggalah berlaku kiamat.
(Syaikhan)
Allah pasti sahaja memenangkan
agamanya sekalipun di sana, pelbagai
usaha dari pihak Orentalis dan Barat
untuk memadamkan api cahaya Allah
S.W.T.

Dan demi sesungguhnya, Kami telah
mengutuskan sebelummu (wahai Muhammad) Rasul-rasul kepada kaum masing-masing,
lalu mereka membawa kepada kaumnya keterangan-keterangan yang jelas nyata;
kemudian Kami menyeksa orang-orang yang berlaku salah (mengingkarinya); dan
sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang
beriman.

Dan
ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah)
menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau
mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya
(mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.

Mereka
hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah
tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang
kafir tidak suka (akan yang demikian).
Berasaskan
kepada keyakinan ini, wajib keatas setiap muslimin dan pemuda sebahagian
daripadanya untuk bekerja keras demi menatang kemenangan itu dengan penuh
kesediaan apabila tiba masanya kelak.
Buanglah rasa takut dan takjub kapada
Kuffar Mustakbirin walau sebesar mana sekalipun kuasa mereka. Lupakah kita
kepada firman Allah S.W.T ?

Pada
hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari
ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu
janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut
dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu,
dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu
menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan
benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa
(maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani.
Susunlah langkah, gandinglah
tangan dan aturlah bicara untuk merencana kekuatan ummah dengan penuh
yakin bahawa Islam adalah satu agama yang pasti menang. Namun, nilai kemenangan
itu harus dibayar dengan harga yang amat tinggi.

Sesungguhnya
Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta
benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan)
mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan
terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang
ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran;
dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu,
bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan
(ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
Pemuda adalah sayap kanan perjuangan untuk mengibar panji
kalimah Allah di segenap penjuru dunia Islam. Justeru itu, tidak selayaknya
pemuda-pemuda kita dijangkiti wabak putus asa,
mengaku kalah dan mudah terpengaruh dengan propaganda yang dilancarkan
oleh Orentalis dan Yahudi sedunia.
Pemuda dalam apa jua keadaan sekalipun seharusnya tabah merentasi
keadaan yang serba gawat ini.Selangkah berundur ke belakang bererti padah buat
ummat Islam dan selangkah maju ke hadapan bereti ketuanan dunia milik Islam.
Pemuda dan tribulasi dalam perjuangan ini adalah suatu yang
bersinonim justeru ia adalah Sunnatullah, tinggal lagi pemuda selayaknya beristiqamah dan memilih
karamah dari kejayaan dan kemenangan abadi bagi pihak perjuangan dan
peribadi. Sabda Rasulullah saw.
ألا إن
رحى الإسلام
دائرة فدوروا
مع الإسلام حيث
دار ألا إن
الكتاب و
السلطان
سيفترقان فلا
تفارقوا
الكتاب ألا إن
سيكون عليكم
أمراء
يقضون
لأنفسهم ما لا
يقضون لكم إن
عصيتموهم
قتلوكم و إن
أطعتموهم
أضلوكم. قالوا
يا رسول الله:
كيف نصنع قال
كما صنع أصحاب
عيسى بن مريم
عليه السلام
نشروا
بالمناشير و
حملوا على
الخشب موت في
طاعة الله خير
من حياة في معصية.
Maksudnya
:
Ketahuilah
sesungguhnya Islam berpusing sebagai satu bulatan maka hendaklah kamu berpusing bersama Islam
sekira mana ia berpusing. Ketahuilah sesungguhnya Al-Kitab dan Pemerintah akan berpisah maka jangan kamu memisahkan
Kitab. Ketahuilah sesungguhnya akan berlaku ke atas kamu pemerintah yang
melaksanakan pemerintahan untuk kepentingan mereka tidak untuk kepentingan
kamu. Jika kamu menginkari mereka, mereka akan membunuh kamu dan jika kamu
mentaati mereka, mereka akan menyesatkan kamu. Lalu mereka berkata : Wahai Rasulullah, bagaimana seharusnya kami lakukan ? Baginda menjawab:
lakukanlah sebagaimana sahabat-sahabat Nabi Isa bin Maryam عليه
السلام, mereka dikelar dengan gergaji dan diganting di
atas palang kayu, mati dalam
keadaan taat kepada Allah adalah
terlebih baik dari hidup dalam keadaan memaksiatkan Allah.
Pemuda tidak selayaknya
berpaling dari tanggunggjawab perjuangan walau dalam apa alasan sekalipun.
Penglibatan pemuda adalah antara denyutan nadi perjuangan. Apakah kita
tergamak berpaling setelah kita menerima hidayah, sedangkan hidayah yang kita
terima adalah melalui pengorbanan tenaga, dan jiwa mereka yang terdahulu.

Dan
Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh
beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia
pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi
kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak
akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan
memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam
yang tidak ada bandingannya itu).
Pahit getir yang dilalui sepanjang
perjuangan merealisasikan amal Islami
menepati ujian Allah S.W.T keatas pejuang-pejuangnya. Kelayakan untuk menduduki
Syurga Allah selayaknya dibayar oleh pemuda dengan pengorbanan dan istiqamah
serta sabar menghadapi cabaran dan ujian.

Patutkah
manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami
beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami
telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian
yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang
sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang
orang-orang yang berdusta.

Dan
demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku
beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang
berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan
perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya)
berita-berita tentang keadaan kamu.

Demi
sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada
musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari
harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada
orang-orang yang sabar:
Selayaknya sebagai pemuda, bukan sahaja memiliki tenaga yangg gagah dan minda yang cerdas, tetapi juga jiwa yang optimis dan hati yang redha
sekira-kira ianya menjadi suatu Qudwah yang baik untuk
semua peringkat.
Peribadi yang dihiasi dengan
akhlaq terpuji dan semangat yang penuh hikmah
juga selayaknya menjadi milik pemuda tatkala mengenderai amal Islami
yang penuh dengan pancaroba.
Tribulasi dan risiko yang dihadapi
tidak selayaknya menjadikan pemuda gundah gulana dan teragak-agak malah
sebaliknya iman semakin bertambah, tekad dan azam kian utuh.

Dan
pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah
mereka:" Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan
benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". Dan (angkatan
tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka
selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada
Allah. Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar
menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela
Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu
(lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka
pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.
Sabda Rasulullah S.A.W:
تكون
نبوة ما شاء
الله لها أن
تكون ثم تنقضى
ثم تكون خلافة
راشدة على منهاج
النبوة ما شاء
الله لها أن
تكون ثم تنقضى
ثم يكون ملك عضود
(وارثيا) ما
شاء الله أن
يكون ثم تنقضى ثم
تكون
جبرية
(ديكتاتورية)
ما شاء الله
لها أن تكون ثم
تنقضى ثم تكون
خلافة راشدة
على منهاج
النبوة تعم
الأرض.
Maksudnya:
Berlaku pemerintahan kenabian
sebagaimana yang dikehendaki Allah
supaya ianya berlaku sehingga berakhir. Kemudian berlaku pula pemerintahan
Khalifah Ar-Rasyidun mengikut manhaj kenabian selama mana Allah menghendakinya
berlaku , seterusnya berakhir. Kemudian diganti pula oleh pemerintahan secara
warisan selama mana yang telah ditentukan oleh Allah yang kenudiannya telah
berakhir, seterusnya akan berlaku pemerintahan secara diktator selama mana ia
dikehendaki oleh Allah sehingga ia berakhir. Seterusnya akan datang lagi
pemerintahan khalifah yang mendapat petunjuk di atas jalan kenabian yang akan
menyinari seluruh muka bumi.
Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan At Tantawi
Setiausaha Lajnah Tarbiyyah dan Latihan Kepimpinan
Dewan Pemuda PAS Pusat.