| Laman Utama | Semua Artikel | |
PEMUDA/I DALAM MENGHADAPI CABARAN (Akhir)
CABARAN 5
CENGKAMAN
RASA PUTUS ASA TERHADAP AMAL ISLAMI
(تحديات
التيئيس من
العمل
الإسلامي)
Fenomena
putus asa terhadap amal Islami sering menimpa pejuang-pejuangnya terutama pemuda setelah merentasi beberapa siri
perjuangan dan amal.
Justeru
itu, Allah S.W.T antara lain mengingatkan hambanya akan perihal perjuangan
Islam dan amal Islami yang payah dan sukar.

Kalau apa
yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang
sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya
mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu
jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan
nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi
bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka
membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya
mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).
( At Taubah 42 )
Rasa putus
asa terhadap amal islami yang sering berlaku adalah disebabkan oleh beberapa
perkara, iaitu :
a)
Penguasaan musuh keatas Islam
b)
Berbilang-bilang jamaah Islamiyyah
dalam satu negeri.
c)
Kegagalan gerakan jihad untuk
mencapai kemenangan.
d)
Berhujjah dengan nas-nas yang
mengarahkan supaya ber’uzlah
( mengasing diri ).
1- Penguasaan Musuh Keatas Islam
Mereka yang
dicengkam rasa putus asa terhadap amal Islami menganggap bagaimanalah kita
mampu menghadapi dan merubah keadaan sedangkan kita berada dibawah kongkongan
atau penguasaan kerajaan sekular yangn menolak Islam..
Telah ramai ulama’ dibunuh dan ditangkap, pejuang-pejuang Islam
berguguran syahid dan diseksa. Gerakan Islam diganggu dan diharamkan
dari bergerak bebas untuk melaksanakan syariat Allah di muka bumi ini.
Bagaimanalah mungkin kita menghadapi dan merubah keadaan sedang kita
masih dibelenggu erat oleh ekonomi kapitalis yang mana akhirnya ramai ummat
Islam dan ulama’nya rebah di dalam perangkap riba.
Bagaimana kita boleh melepaskan diri dan merubah keadaan sedang kita
dikepung dari segenap arah oleh Kuffar Mustakbirin yang lengkap dengan kekuatan
tentera dan peralatan senjata canggih sementara kita hanya ada gigi dan lidah.
Kuffar telah melebarkan empayar bejad mereka keseluruh dunia ddan
beraksi sebagai polis dunia yang terus menerus menindas ummat Islam. Lantaran itu, bagaimanalah kita
mampu memperjuangkan islam.
2) Berbilang Jamaah Islamiyyah Dalam
Satu Negeri / Negara.
Jamaah
Islamiyyah yang berbilang-bilang ini mempunyai pembawaan dan cara
Ada jamaah yang menjadikan sasaran (mad’u) mereka
hanya dikalangan intelektual dan golongan elit. Mereka tidak bersedia untuk berselut
lumpur ke sawah ladang untuk menyebarkan dakwah.
Berbilang-bilang jamaah ini pada zahirnya tidak memungkinkan mereka
bersefahaman malah masing-masing menganggap jamaah mereka yang paling baik
dengan alasan mereka yang tersendiri.
Maka bagaimanalah dalam suasana sebegini kita mampu menghadapi kesatuan
musuh yang siap sedia untuk memerangi Islam.
Bagaimana
pula kita mampu menyediakan kekuatan untuk mengimbangi kekuatan mereka yang
kian hari kian marak, sedang kita saling nilai- menilai dan tuding-menuding
sesama sendiri yang mana itu semua menbawa kepada rebah dan musnahnya jamaah
Islamiyyah, sementara itu Allah swt. telah berfirman:

Dan taatlah kamu kepada Allah dan
RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu
menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi
segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang
yang sabar.
( Al Anfaal 46 )
Maka selama mana masih wujud fenomena berbilang-bilang jamaah yang tidak
berusaha dan berupaya untuk bersefahaman dan bersatu, maka selama itulah
perjuangan kita tidak memberi apa-apa erti.
3) Kegagalan Gerakan Jihad Untuk
Mencapai kemenangan
Mereka
kecewa dan berputus asa diatas realiti yang berlaku apabila gerakan Jihad satu
persatu tewas. Realiti ini nyata
bahawa amat sukar untuk menumbangkan kuasa Kuffar Mustakbirin dan
talibarut-talibarut mereka.
Sebagai
contoh, apa yang telah berlaku di Syiria,
4) Berhujjah Dengan Nas-nas Yang
Mengarahkan Supaya Ber’uzlah (Mengasing
Diri)
Antara
hujjah mereka ialah:
يقول صلى
الله عليه و
سلم :
فاعتزل تلك
الفرق كلها
ولو أن تعض
بأصل شجرة حتى
يدركك الموت و
أنت على ذلك
Maksudnya :
Jauhkan dari firqah-firqah ( yang menyeleweng ) itu semuanya sekalipun kamu terpaksa
menggigit pangkal pokok sehinggalah kamu menemui maut sedang kamu tetap
berkeadaan sedemikian.
Wahai Pemuda……
Cengkaman rasa putus asa merupakan agen pembunuh
yang sangat berbahaya. Ia mampu membunuh stamina perjuangan perjuangan seorang
aktivis sekaligus mampu melumpuhkan sebuah gerakan Islam yang besar jika
kehadirannya tidak dibanteras.
Islam adalah
suatu agama yang optimis, ia melarang ummatnya dari berputus asa
justeru sifat ini (berputus asa) menyebabkan seseorang itu kufur kepada Allah
swt.

Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya
(Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan
Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan
pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".
( Yusuf 87 )

Nabi Ibrahim berkata: "Dan
tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang
yang sesat".
( Al Hijr 56 )

Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat,
mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa
sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan
oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa.
( Ar Ruum 36 )
Sungguhpun
suatu kenyataan bahawa kini ummat islam telah ditekan
dan ditindas serta dikepung dari segenap arah oleh musuh-musuh Islam yang
begitu ramai dan memiliki segala kelebihan mardhiah.
Namun,
sebagai seorang pemuda muslim,kenyataan itu tidak
sewajarnya menjadikan kita berputus asa terhadap amal Islami malah sebaliknya
menyemarakkan semangat perwira dan jiwa kepemudaan untuk menghadapi segala
kemungkinan. Justeru Islam bukanlah satu agama yang menjanjikan kemenangan dan
kejayaan di dunia malah ia satu agama yang membawa
berita gembira untuk kemenangan di dunia dan di akhirat.
Penguasaan
Kuffar akan tiba hari dan saatnya untuk ia jatuh
tersungkur mencium bumi bersama kebesaran dan keangkuhan mereka. Namun khabar gembira ini adalah suatu yang amat mahal nilai
harganya. Ia tidak mungkin berlaku tanpa
pengorbanan dan kegigihan pejuang-pejuang Islam yang tidak mengenal erti putus
asa, demikianlah sunnatullah

Jika kamu (dalam peperangan Uhud)
mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi
kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama
(dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini
dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara
sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui
Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga
supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid.
Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang
zalim.
( Ali-Imran 140 )

Allah menjanjikan orang-orang yang
beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia
akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi,
sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka:
khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama
mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan
menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari
ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan
sesuatu yang lain denganKu. Dan
(ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah
orang-orang yang derhaka.
( An-Nuur-55 )
Gerakan
jihad mungkin tewas pada zahirnya, akan tetapi ia
mencapai kemenangan cemerlang di sisi Allah swt. apabila
pejuang-pejuangnya satu-persatu gugur syahid.

Dan jangan sekali-kali engkau
menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu
mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi
Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (Dan juga) mereka bersukacita dengan
kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan
mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang
(Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati
dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari
berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak
akan berdukacita. Mereka bergembira dengan balasan nikmat
dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak
menghilangkan pahala orang-orang yang beriman.
( Ali-Imran 169-171 )
Pemuda yang
beriman tidak akan sempit dada menyaksikan realiti
Gerakan Jihad pada hari ini, sebaliknya sebagai seorang pemuda mu’min,
meneruskan perjuangan tanpa patah hati.

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang
bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya
kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang
telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya
ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka
janjikan itu) sedikitpun.
( Al Ahzab-23 )
Kekalahan demi kekalahan yang berlaku mestilah diterima dengan sikap
yang positif bahawa itu adalah salah satu sistem pentarbiyahan secara lansung
daripada Allah swt. Kekalahan yang diterima jua pasti memberi ruang untuk kita menganalisa
setiap kepincangan dan kelemahan serta melengkapkan diri dengan syarat-syarat
kemenangan ( شروط النصر
).
Apa pun cabaran dan tribulasi yang melintang perjuangan, Amal Islami
tetap diteruskan dengan penuh yakin kepada janji-janji Allah S.W.T sekalipun di
sana kedapatan banyak jamaah Islamiyyah yang wujud dan kewujudan mereka sedikit
sebanyak menipiskan kadar kekuatan ummat Islam. Kita tetap bersama dengan
jamaah yang mempunyai ciri-ciri sebuah jamaah yang dikehendaki oleh Allah S.W.T
dan pastinya kemenangan akan dicapai.

Wahai orang-orang yang beriman!
Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah
akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan
Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan
berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan
bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang
yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah
yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas
limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. Sesungguhnya Penolong
kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang
mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk
menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah
dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah
dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah
yang tetap menang.
( Al-Maidah-54-56 )
Sementara hujjah-hujjah yang mengarahkan ‘uzlah melalui nas-nas yang
dikemukakan tidaklah bermakna suatu arahan meninggalkan perjuangan di saat
ianya amat diperlukan.
Apa yang
nyata, arahan Rasulullah S.A.W supaya ber’uzlah ialah apabila tiada lagi jamaah
yang memperjuangkan Islam dan tiada lagi Imam/pemimpin bagi orang-orang Islam.
Selama mana Imam dan jamaah masih wujud, maka umat
Islam diwajibkan berjuang dan melaksanakan Amal Islami sekalipun ianya amat
sukar.

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada
jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah
bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai
tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan
Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi
kamu, jika kamu mengetahui.
( At Taubah 41 )
Ber’uzlah membawa erti menyuci diri dan menyelamatkan
agama. Apakah dengan kita mengelak
diri dari Amal Islami sedangkan sebahagian dari ummat Islam yang lain
bermati-matian mempertahankan Islam akan bersih dan suci jiwa kita serta
selamat agama kita? Apakah ketika itu kita benar-benar
bertindak untuk menjaga agama atau lari dari tanggungjawab yang dibebankan
keatas pundak kita?
Kepada
kalian wahai pemuda, dibawa satu kisah agar menjadi satu bahan untuk renungan :
Abdullah Ibn Mubarak telah mengunjungi Fudhail
ketika sedang asyik beribadat lalu berkata :
يا
عابد الحرمين
لو أبصرتنا لعلمت
أنك بالعبادة
تلعب
Wahai hamba yang tekun beribadat di
dua tanah haram,
kiranya engkau melihat kami
nescaya engkau akan mengetahui bahawa engkau sedang bermain dengan ibadatmu
dan sesiapa yang berlumuran air mata dipipinya ( kerana takutkan Allah )
maka tengkuk-tengkuk kami pula berlumuran darah ( kerana takutkan Allah )
ASAS-ASAS YANG
MENDORONG RASA PUTUS ASA
1)
Tidak mengerti tabiat agama dan sunnatullah
·
Agama Islam adalah agama yang menyeluruh, agama yang mengajar ummatnya
berjihad menentang thoghut habis-habisan sebagaimana firman Allah swt.

Dan perangilah mereka sehingga tidak
ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu seluruhnya (bebas) bagi
Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan
gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya
Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan.
( Al Anfaal-39 )
·
Agama Islam adalah agama yang menyeluruh, agama yang pasti akan mencapai kemenangan dan menjadi tuan di muka bumi
sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah dalam surah An-Nur ayat 55 (terdahulu penjelasannya).
·
Agama Islam adalah agama yangg menyeluruh, agama yang melengkapi
tugas-tugas kemasyarakatan dan gerakerja membentuk masyarakat yang soleh.

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan,
setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh
berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka
mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya.
Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya
Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
( At Taubah-71 )
·
Agama Islam adalah agama yang menyeluruh, agama yang mendidik ummatnya
supaya bekerja mencari rezeki yang halal dan menunaikan tanggungjawab terhadap
diri dan keluarga serta ummat.

Dia lah yang menjadikan bumi bagi
kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta
makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah
jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah
nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
( Al Mulk-15 )
·
Agama Islam itu adalah agama yang menyeluruh, agama yang merangkumi
semua keperluan fitrah manusia dan Allah S.W.T telah mensyariatkan
perundangannya supaya ditegakkan diatas muka bumi sekalipun terpaksa menghadapi
kekerasan pihak musyrikin.

Dia lah yang telah mengutus RasulNya
(Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama
Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya
atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.
( As-Saff-9 )
·
Islam adalah ugama yang mulia dan kuat. Adalah
bercangggah dengan prinsip Islam kiranya diri kita diselubunggi rasa kalah dan
lemah apalagi berputus asa.

Dan janganlah kamu merasa lemah
(dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu
berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu),
padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai
kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
( Ali-Imran 139 )
·
Allah S.W.T pasti akan menguji orang-orang yang
beriman dan pejuang- pejuang Islam dengan sehebat-hebatnya.

Adakah patut kamu menyangka bahawa
kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada
kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang
terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda)
dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga
berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah
(datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya
pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada
ugama Allah).
( Al Baqarah 214 )
Tanpa
mengerti tabiat-tabiat tersebut, pemuda akan diserang
rasa sempit dada dan putus asa.
2)
Kasihkan Dunia dan Bencikan Mati
Mereka yang menghadapi penyakit kasihkan dunia dan bencikan
mati teragak-agak untuk bersama dengan gerakan Islam demi meneruskan amal
jama’ie justeru amal Islami memaksa ia
meninggalkan sebahagian daripada kelazatan dunia.
Semata-mata kerana kasihkan dunia dan bencikan mati,
mereka akan meninggalkan gerakerja amal Islami yang
penuh cabaran dan ancaman. Dirinya akan diselubungi
dengan rasa takut dan gelisah. Akhirnya mereka menjadi hina
bukan sahaja di mata ummat Islam, malah di hadapan musuh yangn tidak pernah
mengenal erti simpati. Sedang Allah telah menempelak golongan ini :
3) Tidak Memahami
Matlamat Kejadian Manusia
·
Manusia
telah dicipta untuk mengabdikan diri kepada Allah. Pengabdian diri memberi erti
melakukan apa jjua yang diperintah oleh allah dan
Rasulnya tanpa sebarang dolak-dalik dan berlengah-lengah apalagi mengelak diri
dari tanggungjawab sebagai seorang abdi. Antara tujuan dan tugas utama manusia
ialah sebagai Khalifah. Khalifah memberi erti
Setiap urusan dan aktiviti untuk
menegakkan agama Allah S.W.T di muka bumi dan mentadbir dunia berdasarkan agama
yang ditadbir oleh Allah, maka ia bukan sahaja menjadi
tanggungjawab malah ianya sebagai matlamat hidupnya sendiri sebagai seorang
manusia.
Matlamat menunaikan amanah Risalah as-Samawiah yang telah disanggupi
oleh manusia menjadi sebahagian dari matlamat hidup mereka. Tanpa menunaikan
amanah tersebut, hidup manusia binasa di dunia dan di akhiratt.
Demikian 3 matlamat yang
perlu difahami oleh pemuda. Tanpa memahaminya, hidup
dianggap sia-sia dan tiada arah tuju yang selamat. Matlamat itu ialah :
Matlamat Ibadah
Matlamat Khilafah
Matlamat amanah