| Laman Utama | Semua Artikel | |
PEMUDA/I DALAM MENGHADAPI
CABARAN (4)
CABARAN
4
TENTANGAN
PEMERINTAHAN SEKULAR
(تحديات
الحكومة
العلمانية)
Pemerintahan sekular adalah sebuah
pemerintahan yang menjarak agama dari
politik.( أد ما لقيصر
لقيصر و ما
لله لله ). Ini bererti
semua orentasi pemerintahan dan pentadbiran negara bebas serta tidak terikat
dari prinsip dan pandangan agama. Sebaliknya berasaskan kepada apa yang
dipandang baik oleh pemerintah.
Sedang Islam adalah satu agama yang
merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia termasuk urusan pemerintahan negara
mestilah tunduk dan patuh kepada hukum Ilahi.
وَأَنْ
احْكُمْ
بَيْنَهُمْ
بِمَا
أَنزَلَ اللَّهُ
وَلَا
تَتَّبِعْ
أَهْوَاءَهُمْ
وَاحْذَرْهُمْ
أَنْ
يَفْتِنُوكَ
عَنْ بَعْضِ
مَا أَنزَلَ
اللَّهُ
إِلَيْكَ
فَإِنْ تَوَلَّوْا
فَاعْلَمْ
أَنَّمَا
يُرِيدُ اللَّهُ
أَنْ
يُصِيبَهُمْ
بِبَعْضِ
ذُنُوبِهِمْ
وَإِنَّ
كَثِيرًا
مِنْ
النَّاسِ
لَفَاسِقُونَ
. أَفَحُكْمَ
الْجَاهِلِيَّةِ
يَبْغُونَ
وَمَنْ
أَحْسَنُ
مِنْ اللَّهِ
حُكْمًا
لِقَوْمٍ
يُوقِنُونَ . يَاأَيُّهَا
الَّذِينَ
آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا
الْيَهُودَ
وَالنَّصَارَى
أَوْلِيَاءَ
بَعْضُهُمْ
أَوْلِيَاءُ
بَعْضٍ
وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ
مِنْكُمْ
فَإِنَّهُ
مِنْهُمْ
إِنَّ
اللَّهَ لَا
يَهْدِي
الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Dan
hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka,
dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang
telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan
menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa
mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan
dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. Sesudah itu, patutkah
mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal-kepada
orang-orang yang penuh keyakinan-tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum
yang lebih pada daripada Allah. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu
mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana
setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa
di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia
adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan
petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.
(
Al Maidah 49-51 )
Pemerintahan sekular adalah natijah
kepada serangan pemikiran yang dihadapkan kepada ummat Islam. Ianya berfungsi
untuk membendung semangat beragama yaang ada pada ummat Islam sekaligus mereka
mampu mematahkan usaha penguasaan terhadap ummat Islam.
Antara tindakan yang diambil untuk
mengekalkan pemerintahan sekular ialah :
1) Menyebarkan fikrah tidak beragama (فكرة
اللادنية )
· Mereka
memaksa pemikiran ini bertapak di minda ummat Islam dengan apa jua cara
termasuk kekerasan.
· Mereka
memaksa anak-anak ummat Islam mempelajari sejarah dan tamadun Barat melalui sistem
pendidikan yang terpisah jauh dari ruh Ubudiyyah.
· Melontarkan
istilah-istilah negatif kepada pejuang Islam seperti pelampau, ekstrim dan
lain-lain untuk menanam rasa benci kepada Islam dan pejuangnya di hati
pemuda/i.
· Menganjur
perhimpunan yang bercampur gaul lelaki dan perempuan sehingga ia dianggap rutin
dan bertamadun serta terkini.
· Mencipta
pelbagai fesyen pakaian yang mendedahkan aurat.
2) Mengekang
Harakah Islamiyyah
· Mereka
meletakkan Harakah Islamiyyah sebagaai musuh utama mereka yang mampu menggugat
kestabilan pemerintahan mereka dan mampu kembali menyatukan kesatuan ummat
Islam.
· Lantaran
itu, mereka mengambil tindakan tegas demi menghalang Harakah Islamiyyah.
Pelbagai tuduhan dan helah dilakukan semata-mata untuk memastikan Harakah
Islamiyyah berkubur.
3) Undang-undang
ciptaan manusia
· Hasrat
mereka adalah untuk melenyapkan syariah Islamiyyah daripada terus bertapak di
bumi dan di hati ummat Islam.
· Mereka
membentuk demokrasi dan undang-undang ciptaan manusia untuk mentadbir negara
dan masyarakatnya sebagaimana mereka meletakkan sistem kapitalis dalam
pengurusan ekonomi.
· Memecahkan
kesatuan negara-negara ummat Islam kepada negara-negara kecil yang mempunyai
undang-undang masing-masing selain dari syariat Islamiyah.
· Mengekalkan
prinsip politik sekular mereka ( pecah dan perintah ).
4) Sistem pendidikan sekular
· Suatu
sistem yang membuatkan pemuda/i tidak mengenal Islam malah tidak mengenal lagi
kalimah.
· Sistem
yang memburu kehidupan dunia yang sementara dan lupa kehidupan akhirat yang
kekal.
· Sistem
yang memuja kebendaan dan kedudukan serta memandang rendah hidup beragama.
· Sistem
yang membuang jauh ruh agama dari setiap mata pelajaran yangn dikemukakan di
peringkat sekolah dan universiti.
· Sistem
yang mendidik pergaulan bebas antarta lelaki dan perempuan sejak di peringkat
bawah hingga ke peringkat universiti.
· Menghapuskan
tulisan jawi atau huruf al-Quran dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa
utama dunia agar ummat Islam jauh dari sumber utama syariat mereka.