| Laman Utama | Semua Artikel | |
PEMUDA/I DALAM
MENGHADAPI CABARAN (3)
KERUNTUHAN MORAL. تحديات
الإنحلال
ااخلقي
Kepincangan nilai
dan keruntuhan moral pemuda-pemudi hari ini
amat membimbangkan, sehingga ia menjadi
satu masaalah kronik bagi negara-negara ummat Islam. Keruntuhan ini adalah natijah
dari pakatan jahat yahudi dan barat yang mengorientasikan budaya kuning untuk
meneruskan penjajahan mereka keatas minda
ummat Islam.
Mereka meransang nafsu dan menaja sex bebas serta hiburan yangg
tidak terbatas untuk menyeret pemuda-pemudi menjadi
liar dan buas semata-semata mencari kepuasan yang tak
kunjung puas. Media massa cetak dan elektronik turut memainkan peranan untuk menuang minyak
ke atas nyalaan api nafsu yang
membara, mencetus noda dan dosa tanpa
mengenal ketika dan masa
pula tidak memperdulikan azab dan neraka.
Majallah-majallah
dan video -video lucah laris
di pasaran sementara ia mudah
diperolehi tanpa segan silu, malah
ianya suatu yang rutin bagi
pemuda-pemudi hari ini. Masyarakat
bandar dan desa tidak terlepas dari bahang runtuhan moral yang berlaku di celah-celah pembangunan yang mencakar langit.
Penyakit AIDS dan HIV marak menular angkara
runtuhan moral yang kian parah bagai
satu amaran keras dari illahi buat semua
manusia agar sedar dan insaf. Barat menaja
kebebasan untuk terus memancing ummat Islam agar terus asyik dan alpa dengan runtuhan
nafsu syahwah. Mereka mendakwa
kebebasan adalah kebabanggan antarabangsa.
KEBEBASAN TAJAAN BARAT
1. Bebas dari kongkongan
tanggungjawab di rumah. Sehingga mereka lebih senang
mengunjungi kelab -kelab malam dan
pusat-pusat hiburan dari tingggal di
rumah.
2. Bebas berpakaian malah sampai keperingkat
berpakaian tetapi telanjang.
3. Bebas bertindak tanpa terbatas kepada disiplin, akhlak dan tatasusila. Adab kesopanan dianggap suatu kongkongan kehidupan.
4.
Bebas beraqidah dan memegang prinsip.
5.
Pembebasan wanita dengan menuntut
hak yang sama seperti lelaki dan tidak lagi sebagai
suri rumah atau pembantu lelaki.
6. Kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat sekalipun ianya menyentuh pihak yang lain.
Ini membuka ruang untuk mereka
menghina Islam.
7.
Kebebasan media massa sehingga ia diluar kawalan
adab kemanusiaan. Sementara
media ini menjadi salah satu saranan
penting untuk mencetak minda masyarakat.
MENANGANI KERUNTUHAN MORAL.
Baginda Rasul saw. Bersabda :
يَا
مَعْشَرَ
الشّباب مَنِ
اسْتَطاعَ منكمُ
الْباءَة
فَلْيَتَزَوَّجْ
فإنه أغَضُّ
لِلْبصَر و
أحصَنُ الفرج
و من لم يستطع
فعليه بالصوم
فإنه له وجاء.
( رواه
الجماعة )
Justeru itu, pemuda
sewajarnya prihatin dalam pembentukan peribadi dengan mengambil kemuliaan diri demi masa
depan perjuangan Islam itu sendiri.
·
Tundukkan pandangan dari perkara-perkara haram.



Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat
pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara
kehormatan mereka. Yang demikian
itu lebih suci bagi mereka;
sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa
yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara
kehormatan mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali
yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka
menutup belahan leher bajunya dengan
tudung kepala mereka; dan janganlah
mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka,
atau bapa mereka atau bapa
mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak
tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak
bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi
saudara-saudara mereka yang
perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji
dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak
berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang
aurat perempuan; dan janganlah mereka
menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi
dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah
kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
( An-Nuur 30-31 )
Berkata ahli syair :
Maksudnya :
Semua peristiwa bermula cetusannya dari pandangan dan api (kecelakaan) marak menyala bermula
dari kejahatan yang kecil.
sebahagiannya turut berkata :
Maksudnya :
Bermula dari pandangan, maka terukir senyuman
lalu menyapa salam, diikuti
pula oleh bicara mesra lalu
mengikat janji lantas bertemu.
·
Istiqamah dengan puasa sunat.Ianya
dapat melahirkan 2 keadaan positif, iaitu
1. Meningkat kualiti Muraqabat Lillah (المراقبة
لله )
2. Merendahkan tekanan shahwat
·
·
Mengelak diri dari sebarang
anasir yang meransang shahwat.
(رواه
البخاري)
Maksudnya :
Barangsiapa yang terjerumus ke lembah
syubhat, terjerumuslah ia ke lembah yang haram. Ketahuilah sesunggguhnya bagi setiap penggembala itu ada kawasan
larangan dan sesunggguhnya kawasan larangan Allah ialah suatu yang diharamkannya.
·
Memenuhi masa lapang dengan
sesuatu yang berfaedah.
(
رواه مسلم )
Maksudnya :
Tekunlah terhadap suatu yang memberi manafaat kepada mu.
·
Sahabat yang soleh.
Maksudnya :
Jangan dijadikan sahabat kecuali orang yang beriman .
·
Mendampingi majlis ilmu
( رواه
الترمذي )
Maksudnya :
Hikmah adalah suatu yang hilang dari orang
yang beriman, justeru itu dimana sahaja
ia ditemui
maka ia berhak
memilikinya.
·
Melibatkan diri dengan aktiviti
gerakan Islam dan berjihad di jalan
Allah.

Maksudnya :
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan
ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan
jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah
baik bagi kamu, jika kamu
mengetahui.
( At Taubah 41 )
(
رواه البخاري
)
Maksudnya :
Iltizam lah dengan
Jamaah Muslimin dan pemimpin mereka.
عليكم
بالجماعة فإن
الشيطان مع
الواحد وهو مع
الإثنين أبعد
من
أراد بحبوحة
الجنة فليلزم
الجماعة.
( رواه
الترمذي )
Maksudnya :
Diwajib ke atas
kamu berjamaah maka sesungguhnya syaithan bersama dengan individu yang menyendiri sedang ia ( syaithan
) akan menjauhi jamaah, barangsiapa yang mahu menikmati kegemerlapan syurga, iltizamlah dengan Jamaah Islam.
Pemuda sewajarnya bangkit dengan Himmah yang tinggi untuk menyelamatkan
ummah dari bahaya keruntuhan moral ini dengan terlebih
dahulu membebaskan diri sendiri dari
belenggu kefasadan dan kemungkaran.