| Laman Utama | Semua Artikel | |
PEMUDA/I DALAM MENGHADAPI
CABARAN (2)
Cabaran 2 :
Serangan pemikiran dihadapkan kepada ummat Islam dan
kepada semua pemuda/i secara khusus untuk menghancurkan Islam yang datang dari
segenap arah.
1. Barat
Sebahagian
besar serangan pemikiran ini berpusat di Barat. Sebagaimana
diketahui umum, barat bertanggungjaawab mengibar panji sekularisme yang
memenjara agama dengan dinding rumah-rumah
ibadat. Dalam hal pentadbiran, Barat mengemukakan fahaman
sekular yang menjarakkan ugama dari urusan hidup sehari. (فصل
الدين عن
الحياة).Begitu
juga dijauhkan agama dari pemerintahan (فصل
الدين عن
الحكومة و
الدولة)
Sementara dari urusan ekonomi, Barat mendokong prinsip kapitalis dengan orentasi
ekonomi Ribawi. Urusan
politik pula,Barat menaja prinsip demokrasi dengan
menganggap suara ramai adalah suara Tuhan.
Demikianlah urusan kemasyarakatan, Barat mengemukakan
prinsip kebebasan bersuara dan kebebasan memilih sikap dan cara hidup serta berfikir sehingga kebebasan
itu membawa kepada pengharusan apa yang diharamkan oleh Allah dan yang
bercanggah dengan fitrah kejadian manusia.
2. Timur Blok Komunis
Suatu blok yang mengibar panji Sosialisme atau Komunisme yang
mendokong prinsip Ilhad (tidak bertuhan) dengan usaha gigih mereka untuk
menjauhkan manusia dari Manhaj Ilahi dan hak hukum hakam Islam.
Kenapa Barat dan Timur Menyerang Islam
Justeru Islam mempengaruhi aqal dan pemikiran manusia dan
ia tersebar ke seluruh dunia dengan begitu cepat sementara ummat manusia berduyun-duyun
menganut agama Islam dengan penuh ketaatan tanpa sebarang paksaan.
Firman
Allah swt :

Maksudnya :
Apabila
datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya
menguasai negeri Makkah), dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah
beramai-ramai, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun
kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
( An Nasr 1- 3 )
Mereka turut menyerang Islam dek kerana
keistimewaan Islam sebagai Risalah Kholidah yang melengkapi di atas keistimewaan
berikut :
I ) Rabbaniah ( تمتاز
بالربانية )
Islam adalah agama yang
datang dari Tuhan Yang Maha Mentadbir lagi Maha Bijaksana. Firman Allah swt :

Maksudnya :
Sesudah itu, patutkah
mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal-kepada
orang-orang yang penuh keyakinan-tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum
yang lebih pada daripada Allah.
( Al Maidah 50 )
II
) Al-Khulud تمتاز
بالخلود
Islam adalah agama yaang kekal dan dipelihara oleh Allah hingga Hari
Kiamat. Firman Allah swt :

Maksudnya :
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan
Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya
( Al Hijr 9 )
C) Alamiah ( تمتاز
بالعالمية )
Islam
diutuskan untuk semua melalui lidah Nabinya Muhammad S.A.W yang diutus untuk semua manusia. Firman Allah swt :

Maksudnya :
Dan tiadalah Kami
mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai
Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi
amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).
(
IV ) Inqilabiyah ( تمتاز
بالإنقلابية )
Islam adalah datu daa’wah untuk membawa
perubahan hidup manusia sebagaimana nabi-nabi yang terdahulu telah diutus untuk merubah manusia. Firman
Allah swt :

Maksudnya :
Dan Kami turunkan kepadamu (wahai
Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya
Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta
mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara
mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa
nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari
kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami
jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh
masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia
menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia
hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu.
Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan
beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.
( Al Maidah 48 )
V ) Tasyri’yah ( تمتاز
بمعطياتها
التشريعية )
Islam
merupakan satu perundangan yang lengkap yang merangkumi muamalat, masalah perlembagaan,sistem ekonomi, diplomasi kemasyarakatan dan hal yang berhubungkait
dengan negara.
Firman
Allah swt :

Maksudnya :
Dan tidak seekor pun
binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan
kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan
sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan
menerima balasan).
( Al Anaam 38 )
Rancangan Jahat Mereka
Setelah
menyedari bahawa mereka tidak akan berupaya untuk menjatuhkan
Islam dengan peperangan bersenjata, maka mereka melancarkan propaganda-propaganda
sulit untuk tujuan tersebut.
Ianya
bermula dengan rancangan menghapuskan
Sistem Khalifah yang menjadi tunggak kekuatan ummat
Islam kerana sistem ini telah berupaya menyatukan dan membentuk ummat Islam
serta kestabilan politiknya.
Gerakan
penjajahan ke atas negara-negara ummat Islam telah memainkan peranan utama
untuk menjatuhkan Khilafah Islamiyyah.Mereka melebarkan empayar dengan falsafah politik keji
mereka ( فرِّق
و تَسُد ) atau "divide and rule" (
pecah dan perintah )
Kejatuhan
sistem khilafah bermula apabila penjajah berjaya menjatuhkan Sultan Abdul Hamid
dan menyerahkan Turki kepada Mustapha Ata-Turk dari Yahudi Daunama dengan syarat-syarat berikut :
·
Hapuskan Sistem Khilafah sama sekali
·
Isytihar Negara Sekular
·
Mengekang gerakan Islam
·
Mengganti perlembagaan Othmani Al-Islami kepada perlembagaan atau
undang-undang sivil ciptaan manusia.
Pemuda yang dihormati
sekelian,
Tindakan jahat mereka tidak terhenti setakat itu, malah mereka
meneruskan semangat permusuhan mereka terhadap ummat Islam dengan memastikan
aqidah dan fikrah ummat Islam turut diperangi.
Musuh-musuh
Islam dengan pelbagai nama seperti Kristianisasi, Orientalis, Penjajah,
Komunis, Yahudi dan sebagainya bekerja keras untuk mencapai matlamat mereka
yang satu iaitu mengeluarkan ummat Islam dari agama mereka atau
sekurang-kurangnya dapat mencampakkan keraguan pada aqidah Islamiyyah dan
merosakkan kejernihan akhlaq Islami.
Rancangan jahat
terhadap Islam dengan tipu daya mereka yang licik terbentuk pada 4 gerakan iaitu :
a) Gerakan Komunis مخططات
الشيوعية
b) Gerakan Solibiyah مخططات
الصليبية
c) Gerakan Yahudi dan Freemason مخططات
اليهودية و
الماسونية
d) Gerakan Munafiqin مخططات
العملاء في
الداخل
i) Gerakan Komunis [1]
Serangan
Komunis terhadap Islam tidak sahaja melibatkan fikrah tetapi juga sampai ke
peringkat pertumpahan darah dengan maksud menghapuskan Islam dan ummatnya.
Pada permulaan Revolusi Komunis iaitu pada tahun 1917, satu Mu’tamar
Islami telah diadakan di Khukand demi menuntut hak pemerintahan sendiri di
Satu sumber
rasmi Rusia sendiri telah melaporkan bahawa ummat Islam yang menjadi mangsa pemerintahan mereka
dalam tempoh setahun (1917-19118) ialah
seramai satu juta.
Pada tahun 1928, Rusia telah berjaya menghapuskan kerajaan Islam
Khukand.
Pada tahun 1930, kerajaan Islam Bukhara pula telah dijatuhkan dan mereka
juga telah meragut banyak nyawa di bumi
Semangat Penentangan Komunis Terhadap Islam
1.
Pada
tahun 1913, LENIN telah menegaskan : “Tidak benar
bahawa Allah yang mentadbir alam,akan
tetapi Allah adalah pemikiran khurafat yang dicipta oleh manusia untuk berlepas diri dari kelemahannya. Justeru
itu, setiap individu yang bertegas dengan pemikiran tersebut adalah seorang
yang jahat dan lemah.
2.
MARK
telah menjelaskan bahawa “Tidak ada tuhan dan kehidupan adalah berbeza”
3.
Akhbar
Supteshia Bravda dalam tahun 1954 menyatakan : Kepercayaan kepada Allah
adalah peninggalan orang-orang dahulu yang bodoh.
4.
Mu’tamar
ke 22,jawatankuasa pusat Parti Komunis Soviet telah
membuat ketetapan bahawa : Kita menyedari bahawa kekalnya kesan keugamaan dalam
masyarakat Rusia. Hari ini, kita masih menghadapi ancaman dari kawasan-kawasan
orang Islam. Lantaran itu,mu’tamar ini menegaskan
keazaman untuk menentang kebangkitan Islam habis-habisan.
Kesan Pembawaan Komunis di Dunia Islam
Berselindung
di sebalik slogan sama rata dan keadilan masyarakat serta memeranggi
Imperialis, mereka telah berjaya memperdaya ummat Islaam sehingga
Menganggap agama sebagai “Candu” masyarakat dan mendorong manusia
membebaskan diri dari ikatan agama dan akhirnya syiar Islam tidak lagi berdiri megah. Sebaliknya, menjadi
asing di tengah ummat Islam sendiri.
Sabda
Rasulullah saw :
Maksudnya ;
Islam telah bermula dalam
keadaan dagang dan ia akan kembali menjadi dagang maka berbahagia orang-orang
yang dagang ( asing )
Wahai pemuda/I,
ingatlah firman Allah :


Maksudnya :
(Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang
dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan
penglihatannya (Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja
tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah
ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima
ajaran Al-Quran)? Sesungguhnya orang-orang yang telah
berbalik kepada keingkaran mereka sesudah terang nyata kepada mereka kebenaran
petunjuk (yang dikemukakan kepadanya), Syaitanlah yang memperdayakan mereka
(berlaku demikian), serta memanjangkan angan-angan mereka. Berlakunya yang
demikian ialah: kerana mereka berkata kepada orang-orang yang tidak menyukai
perkara yang diturunkan oleh Allah: "Kami akan patuh kepada kamu pada
setengah perkara (yang berhubung dengan menentang Muhammad dan pengikutnya)
itu"; sedang Allah mengetahui segala (perkataan dan perbuatan) yang mereka
sembunyikan. (Kalaulah mereka terlepas sekarang dari bencana kejahatan mereka)
maka bagaimanakah (mereka dapat menolak azab seksa) apabila malaikat mengambil
nyawa mereka sambil memukul muka dan punggung mereka? (Kematian mereka dalam
keadaan yang buruk) itu, kerana mereka menurut (serta melakukan) perkara-perkara
yang menyebabkan kemurkaan Allah, dan mereka pula membenci perkara-perkara yang
diredhaiNya; oleh itu, Allah gugurkan amal-amal mereka (yang baik, yang pernah
mereka lakukan).
( Muhammad 23-28 )
b) Gerakan Solibiyyah
Suatu gerakan Nasara dengan semangat permusuhan yang tinggi sreta dendam
kesumat yang mendalam untuk membinasakan Islam daan ummatnya. Solibiyah
menyusur untuk menjatuhkan Islam melalui beberapa gerakan licin termasuklah
Orientalis, Missionerry dan penjajahan dengan membawa tekad dan hadaf yang
satu.
Orientalis
Helah yang aktif selepas kejatuhan Khilafah Othmaniyyah. Ia merupakan saatu percubaan Barat
melalui berbagai institusi dan cendikiawan mereka untuk menindas Islam dan
mencampakkan kekeliruan (syubhat) serta kebohongan dan kebatilan keatas ummat
Islam yang pada asalnya fikrah mereka bersumberkan al-Quran dan al-Hadis serta fakta-fakta
sejarah ummat Islam dengan berselindung disebalik Istilah Ilmiah.
Antara
bentuk serangan Orientalis ialah mereka menganggap al-Quran adalah khayalan
Nabi Muhammad saw. dan tidak ada hubungan dengan wahyu.
Mereka turut merendah-rendahkan peribadi Nabi Muhammad saw. kononnya
Sunnah bertentangan dengan aqal dan ilmu pengetahuan.
Golongan Orientalis dengaan semaangat dendam dan benca terhadap al-Quran
Baginda Rasulullah S.A.W menjadi duta-duta kepada Nasrani antarabangsa di
Universiti dan pusat-pusat pengajian tinggi di seluruh dunia termasuk di negara
kita.
Golongan anti-hadis di negara kita merupakan antara kita yang dapaat
dikesan sebagai hasil pembawaan Orientalis yang berjaya melontar tasykik kepada
orang Islam supaya meragui sumber perundangan / syariat mereka sendiri.
Missionerry Kristian
Solibiyyah
Barat sebagaimana yang
telah dijelaskan tidak hanya mempunyai satu helah, malah antaranya merek
memerangkap ummat Islam melalui program-program pengkristianan di negara-negara
ummat Islam sendiri.
Program ini
direalisasikan melalui perubahan dalam sistem pembelajaran,media
Majlis
Gereja Sedunia dan
Majlis Gereja Sedunia dalaam mu’tamar mereka di
Noktah Utama Dalam GERAKAN SOLIBIYYAH.
1.
Bertindak keatas kerajaan Islam dan
menghapuskan Sistem Khilafah.
2. Bertindak
keatas sumber utama syariat Islam al-Quran dan al-Hadis.
3. Merosakkan
fikrah Islamiyyah di kalangan ummat
Islam.
4.
Memecahkan kesatuan ummat Islam.
5.
Merosakkan wanita-wanita muslimah melalui gerakaan
“Women Liberation “ dan sebagainya.
Wasilah-wasilah Mereka
1.
Mendidik anak-anak orang Islam di
madrasah -madrasah mereka.
2.
Menyebarkan Risalah Tabsyiriah dan
buku-buku mereka.
3.
Khidmat kebajikan masyarakat.
4.
Melalaikan masyarakat dengan hiburan,arak,perrempuan dan sebagainya.
5.
Menghantar lebih ramai pendakwah-pendakwah
Kristian ke negara-negara ummat Islam.
c) Gerakan Yahudi dan Freemason
Firman
Allah swt :

Maksudnya :
Demi sesungguhnya
engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras
sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi
dan orang-orang musyrik.
( Al Maidah 82 )
Yahudi
merupakan musuh tradisi ummat Islam dan ia merupakan
penggerak utama semangat permusuhan terhadap ummat Islam.
Gerak Jahat Yahudi
1.
Menubuhkan kerajaan
2.
Pengisytiharan kemerdekaan
3.
Membentuk pertubuhan-pertubuhan
Yahudi, iaitu:
Sementara agen-agen rahsia mereka ialah:
a)
Freemason
b)
Rotary Club
c)
Lions Club
Freemason, Rotary dan Lions
Pertubuhan-pertubuhan
rahsia ini memainkan peranan untuk menyalurkan mesej Yahudi untuk kembali
menbina kerajaan Yahuza dan seterusnya menguasai alam.Mereka mempengaruhi
manusia dengan program-program kebudayaan, sukan, hiburan-hiburan dan lain-lain
lagi untuk “brain wash” pemuda/I,sekaligus memesongkan mereka dari tatasusila murni.
Yahudi akan menggunakan apa saja cara yang boleh
mencapai matlamat mereka Prinsip ini dikenali sebagai الوصولية.
Protokol
Zionist ke-5 menjelaskan bahawa akan sampai kesatu
taahap yang tinggi dalam penguasaan politik mereka melalui kaedah الغاية
تبرر الوسيلة.
Melalui
protokol ke-11,Yahudi mengisytiharkan bahawa ummat
selainYahudi ialah kumpulan-kumpulan kambing yang lemah dan hina. Adapun
mereka orang-orang Yahudi merupakan serigala-serigala yang mulia dan perkasa.
(
Protokol
pemimpin Zionist adalah ketetapan dan resolusi rahsia yang diputuskan dalam
mu’tamar pemimpin-peminpin Zionist yang diadakan buat kali yang pertama di Bal ( بال ) Switzerland pada tahun 1897. Protokol
ini akhirnya terdedah buat kali pertamanya. Ia didedahkan oleh Sergius Neilus yang
merupakan seorang pengarang Nasrani. ) [3]
Objektif Politik Zionist
1.
Penguasaan
ekonomi
2.
Kekuatan
tentera
3.
Penguasaan
media
4.
Pengaruh kebudayaan dan serangan
pemikiran.
d) Gerakan munafiqin dan aktor mereka dari dalam.
Kebanyakan mereka adalah dari kalangan kaum baangsa kita, mereka
bertutur bahasa yang kita gunakan dan berpakaian dengan pakaian orang-orang
Islam.Tetapi mereka mempunyai hubungan
yang erat dengan musuh-musuh Islam samada Komunis Mulhidah atau Solibiyyah
Haqidah atau Yahudi Makirah atau Penjajah Mudhallalah.
الشيوعية
الملحدة / الصليبية
الحاقدة / اليهودية
الماكرة / المذاهب
الإستعمارية
المضللة ))
Ancaman golongan
ini merupakan suatu yang paling bahaya justeru ia
menyusup masuk ke dalam saf-saf kita. Mereka menguasaai ummat Islam dengan penguasaan
terhadap kementerian-kementerian, media
Lantaran
itu, dengan tidak disedari, mereka telah meresapkan ideologi daan budaya
mereka di tengah-tengah masyarakat ummat Islam dan memaksa ummat Islam menerima
tanpa disedari. Sehingga ummat Islam larut dalam ideologi dan
budaya mereka yang keji sebagaimana yang berlaku hari ini.
Aduhai
pemuda/i, ingatlah penegasan Ilahi :

Maksudnya :
Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan
orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan
kepada mereka). (Semuanya) itu hanyalah kesenangan
yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat
kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan.
( Ali Imran 196-197 )
APA YANG HARUS DILAKUKAN
OLEH PEMUDA /I.
1.
Tingkatkan kesedaran Thaqafah ( ilmu
pengetahuan ) menghadapi serangan pemikiran yang kian sengit dan mencabar.
2.
Memelihara aqidah Imaniah sehingga mampu menangkis segala syubhah dan
helah aqidah yang dilontar oleh musuh.
3.
Bergabung dengan kepimpinan Islam dan gerakerjanya. Kita akan selamat dari lingkaran propaganda yang penuh fitnah dan
kekeliruan sehingga lahir golongan teras yang terpilih untuk membantu ugama
Allah swt.
4.
Membina syakhsiyyah dengan akhlak dan disiplin sebagai anggota gerakan
Islam seperti : taat, wala’, thiqah dan seumpamanya.
5.
Membina semangat jihad dan daya prihatin yang tinggi untuk
mempertahankan Islam dan ummat dari serangan pemikiran dan keganasan senjata
musuh, sehingga kita berjaya mengembalikan kecemerlangan Islam.
Firman
Allah swt :

Maksudnya :
Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum
berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom)
itu, orang-orang yang beriman akan bergembira -Dengan
kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang
dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
( Ar Ruum 4-5 )