| Laman Utama | Semua Artikel | |
بسم
الله الرحمن
الرحيم
PEMUDA/I DALAM MENGHADAPI CABARAN
فأحسنَ
الكلامِ
كلامُ الله و
أحسنَ الهدىِ
هدىُ محمدٍ
صلى الله عليه
و سلم. ألا و
إياكم و
محدثات
الأمور فإن شر
الأمور محدثاتُها
و كلَّ
محدثاتٍ
بدعةٌ كلَّ
بدعةٍ ضلالةٌ
و كلَّ ضلالةٍ
في النار
Pemuda adalah aset ummah dan ia merupakan satu
institusi utama untuk menggerakkan ummah. Kekuatan tenaga, kecerdasan minda dan
ketinggian semangat meletakkan pemuda di saf hadapan perjuangan.
Memprogramkan
pemuda antara agenda baginda Rasul saw. dalam menggerakkan dakwah dan mengibar
panji Islam di muka bumi Allah ini.
Generasi awal (السابقون
الأولون) yang telah berkorban tenaga dan nyawa untuk mengemudi misi dan visi risalah As-Samawiah
juga terdiri dari golongan pemuda. Malah Rasul saw. sendiri, ketika ditabalkan
sebagai seorang rasul akhir zaman adalah seorang pemuda yang berusia 40 tahun (
suatu usia yang sempurna sebagai seorang pemuda ).
Sabda Rasulullah
saw.
أُوْصِيْكُمْ
بِالشَّبَابِ
خيرًا فإنَّهُمْ
أرِقُّ
أَفْئِدَةً
لقد بعَثنِيَ
اللهُ باْلحَنِيْفِيّة
السَّمْحة
فَحالَفَني الشبابُ
و خالَفني
الشُّيوخ.
Maksudnya :
Aku berwasiat kepada kamu supaya
menanggapi pemuda dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya mereka memiliki
jiwa yang mudah dibentuk (lembut dan unik). Sesunggguhnya Allah telah
mengutusiku dengan ugama yang lurus lagi tolerensi lalu aku telah dibantu kukuh
oleh para pemuda sedang orang-orang tua menyanggahiku.
Sabda Rasulullah
saw.
إنَّ
اللهَ
لَيُعْجَبُ
مِنَ
الشَّبابِ
الَّذي ليستْ
لَه صَبْوَة.
Maksudnya :
Sesungguhnya
Allah mengkagumi pemuda-pemuda yang tiada baginya sebarang kerosakkan moral.
( Riwayat Ahmad dan Abu Yu’la )
Sebagai seorang pemuda/i yang melibatkan diri dengan
gerakan Islam, sememangnya akan menghadapi cabaran-cabaran perjuangan yang tak mudah
untuk diatasi. Justeru itu, pemuda/i tak selayaknya alpa dibuai mimpi sebaliknya insaf menangani realiti yang
mencabar.
Sekurang-kurangnya 5 cabaran utama yang akan ditempohi oleh pemuda/i dalam menyusuri
susur galur perjuangan membina kewibawaan ummah dan keunggulannya.
Cabaran-cabaran yang dimaksudkan ialah :[1]
1. Ancaman Syaitan dan hawa nafsu
2. Serangan pemikiran
3. Keruntuhan moral
4. Tentangan pemerintahan sekular
5. Cengkaman rasa putus asa terhadap Amal
Islami
Cabaran 1 :
ANCAMAN SYAITAN DAN HAWA NAFSU
( تحديات
الشيطان و
النفس و الهوى )
Antara faktor yang menyesatkan manusia ialah :
·
Was-was syaitan yang menjerumuskan وسوس
الشياطين
المغوية
·
Bisikan nafsu ammarah إيحاءات
النفس
الأمارة
·
Desakan hawa yang menggalak نزغات
الهوى المتبع
Was-was syaitan yang
menjerumuskan :
Firman Allah swt :

Maksudnya :
Iblis berkata: " Wahai
Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya
aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia
ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, "Kecuali di antara
zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang
syirik".
( Al Hijr 39-40 )
Syaitan adalah
satu anasir yang mampu membunuh aqidah ummah sekaligus menjerumuskan mangsanya
ke Lembah Jahannam. Ia tidak pernah mengenal simpati malah mereka menghasut
manusia dengan penuh semangat dendam kesumat dan rasa permusuhan yang
berpanjangan.
Firman Allah swt :

Maksudnya :
Sesungguhnya
Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi
tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari
penduduk neraka.
( Al-Faatir 6 )
Lantaran itu,
pemuda/i sewajarnya memiliki pertahanan dalam menghadapi cabaran ini,suatu
cabaran yang mengalir dalam pembuluh darah mereka sendiri. Membebaskan diri
dari tipu daya syaitan dan hasutannya.
Justeru itu,
pemuda/i selayaknya mempersiapkan diri dengan beberapa noktah penting iaitu :
·
Perlakukan
syaitan itu sebagai musuh ( jangan sekali-kali berkawan dan memberi ruang
kepada syaitan menghampiri )
·
Istiqamah
di atas Manhaj Rabbani
·
Mempertingkatkan
keimanan kepada Allah
·
Memohon
perlindungan daripada Allah
·
Mempertingkatkan
taqwa kepada Allah
·
Menghidupkan hati dan anggota dengan
zikrullah dan ibadah yang berterusan.
·
Ikhlas
dalam amal dan tindakan
Tanpa persiapan
sedemikian, pemuda/i akan terperangkap
dalam manipulasi syaitan yang amat licik. Realiti hari ini mempamerkan suatu hakikat
yang amat meresahkan kita apabila ramai pemuda/i muslim tersungkur di hadapan
syaitan seterusnya menjadi agen syaitan untuk melebarkan tipu daya dan hasutan
agar lebih ramai manusia terjerumus dan terseleweng dari jalan yang lurus.
Baginda Rasul
saw. telah mengisyaratkan supaya berwaspada dari tipu helah itu kerana menyedari
“jiwa kepemudaan” seseorang pemuda/i mudah dipengaruhi.
إِغْتَنِمْ
خَمْسًا
قبْلَ خمسٍ حياتَك
قبل موتِك و
صِحَّتَك
قبلَ سقمِكَ و
فراغَكَ قبلَ
شُغْلِكَ و
شبابَكَ قبل
هَرَمِكَ
و غِناكَ قبلَ
فَقْرِكَ.
(
رواه الحاكم )
Maksudnya :
Peliharalah
lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain : Hidupmu sebelum datang
matimu, sihatmu sebelum datang sakitmu, kelapanganmu sebelum datang kesibukanmu,
mudamu sebelum datang tuamu dan kayamu sebelum datang faqirmu.
Sabda Rasulullah saw :
لا
تزولُ قدَماً
عبدٍ يوم
القيامةِ حتى
يسألَ عن
أربعٍ : عن
عُمْرِهِ
فيما
أَفْناهُ و
عن شبابِهِ
فيما
أَبْلاهُ و عن
مالِهِ مِنْ
أَيْنَ
اْكْتَسَبَهُ
و فيما
أنفَقَهُ و عن
عِلْمِهِ ما
عملَ فيه.
Maksudnya :
Tidak
berganjak kaki seorang hamba pada hari qiamat sehingggalah ia disoal berkenaan dengan empat perkara :Ke manakah
dihabiskan umurnya, bagaimana ia manafaatkan usia mudanya, dari mana diperolehi
hartanya dan ke mana pula ia belanjakannya dan apa yang telah direalisasikan
ilmu miliknya.
( Riwayat At- Tarmizi )
Bisikan Nafsu Ammarah
Nafsu adalah satu elemen yang wujud dalam kehidupan
manusia dan ia mempunyai dua posisi samada baik ataupun jahat. Firman Allah swt :

Maksudnya :
Demi
diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang
sesuai dengan keadaannya) Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang
membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa. Sesungguhnya
berjayalah orang yang menjadikan dirinya-yang sedia bersih-bertambah-tambah
bersih (dengan iman dan amal kebajikan) , dan sesungguhnya hampalah orang yang
menjadikan dirinya-yang sedia bersih-itu susut dan terbenam kebersihannya
(dengan sebab kekotoran maksiat).
(
Asy-Syam 7-10 )
Sekiranya pemuda/i
tersebut merupakan seorang yang beriltizam denga amal Islami, ilmu dan tarbiah,
maka nafsu akan selari dengan hidayah. Jika tidak, nafsunya akan bergelora ,
membisik kepada kejahatan dan kelalaian.
PEMBAHAGIAN NAFSU
1. Nafsu Ammarah النفس
الأمارة بالسؤ

Maksudnya :
"Dan
tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat
menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh
Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(
Yusuf 53 )
Nafsu yang tidak
lahir dari iman dan tidak pula hasil dari ketaqwaan. Malah, tidak komited dengan
syariat Adden Rabbani. Justeru itu, ia adalah nafsu yang banyak mendorong angkara
jahat dengan menggerakkan nafsu syahwat di samping menerima baik was-was syaitan.
2. Nafsu Lawwamah النفس
اللوامة
Firman Allah swt :
Maksudnya :
Aku
bersumpah dengan Hari Kiamat ; dan Aku bersumpah dengan "Nafsul
Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!
Nafsu yang
sering mencela dirinya diatas kesilapan dan kesalahan yang lalu dan menyesal
diatas apa yang telah dilakukan. Namun, ia masih jua terperangkap dalam noda dan
dosa yang sering dicelanya itu.
3. Nafsu Mutmainnah
Firman Allah swt :

Maksudnya :
(Setelah
menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan
menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut
dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang
tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -"Kembalilah kepada Tuhanmu
dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi
diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -"Serta masuklah engkau dalam kumpulan
hamba-hambaku yang berbahagia -"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "
(
Al-Fajr 27-30 )
Nafsu yang tetap tenang dan utuh diatas
iman, taqwa dan Islam.
Desakan Hawa yang
Menggalak نزغات
الهوى المتبع
Suatu desakan yang mengundang dosa dan noda tanpa mempeduli ancaman
balasan neraka serta kemurkaan Allah swt. Was-was syaitan dan nafsu Ammarah
memainkan peranan yang utama dalam
mencetuskan desakan bernoda sehingga manusia terjerumus dan terlanjur melakukan
kejahatan dan kerosakan.
Firman Allah swt ;

Maksudnya :
Dengan
yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang
menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh
Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula
atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas
penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk
kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa
kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?
( Al-Jathiyah 23 )
Firman Allah swt :

Maksudnya :
Dan
kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak
binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami
memberikan ugama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran
yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka
Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya;
( Al Mukminun 71 )
Firman Allah swt :

Maksudnya :
Wahai
Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah
hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan
kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu
akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari
jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan
mereka melupakan (jalan Allah) itu.
(
Shaad 26 )
Antara yang
selayaknya dilakukan oleh pemuda/i untuk menyelamatkan diri dari terpedaya oleh desakan hawa nafsu yang liar ialah sebagaimana berikut :
·
Kejituan iman
·
Memenuhi kelapangan dengan perkara yang
bermaanfat
·
Sahabat handai yang soleh (termasuk
isteri yang solehah)