| Laman Utama | Semua Artikel | |
بسم الله
الرحمن
الرحيم
HARAKAH ISLAMIYYAH: PERANAN ULIL ALBAB
Kertas kerja ini dikemukakan dalam
bentuk objektif dan rangka aktiviti yang mesti direalisasikan dalam hidup seorang
muslim yang memiliki ‘knowledge’ dan potensi intelektual .Kertas ini
jua berfungsi memecah kebuntuan dan melerai kekusutan yang dihadapi oleh
sebahagian mahasiswa dan graduan muslim dewasa ini.
Sementara perbincangannya
pula dalam bentuk fikratul amal yang
turut dikombinasikan bersama realiti ummah kini dengan pengalaman sejarah silam
yang nyata telah menyaksikan kejayaan demi kejayaan dicipta dan dibuktikan.
POSISI
ULIL ALBAB.)YANG MEMILIKI AQAL BERPENGETAHUAN)
Ulil
Albab
telah mendapat Tauliah Agong
daripada Allah untuk beraksi:

Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).
(At-Taubah. Ayat: 122)
Tauliah ini jugalah
yang telah dianugerah kepada Rasulullah saw.

“ Wahai orang yang
berselimut! Bangun lalu berikan peringatan.”
(Al Muddathir Ayat:1-2)
Tauliah ini
berorientasikan ‘reformasion’, daripada:
·
Pengabdian diri
sesama makhluk kepada mengabdikan
diri kehadhrat ilahi .
·
Kedholiman
ideologi
manusia kepada keadilan Islam.
·
Kesempitan
dunia
kepada keluasan akhirat.
Asas reformasi yang di perjuangkan oleh Rasulullah saw. ialah ;
·
Pengabdian diri kepada Allah dan menjauhkan Toghut
·
Memastikan kesedaran dan keinsafan
· Mendhohirkan ugama Islam mengatasi ideologi dan ugama
ciptaan manusia.
·
Mendaulatkan syariat dan menyelia muka bumi berasaskan
syariat.
Perjuangan ini diwarisi oleh Ulil Albab atau Ulama’ justeru mereka adalah
agen yang berupaya menentang kejahilan (yang merupakan virus utama membawa
wabak kekufuran.) sekaligus menjadi arkitek untuk mengawal proses reformasi itu
agar ia berakhir di persada rahmat dan redho ilahi.
(العلماء
ورثة الأنبياء
)
Harakah Islamiyyah adalah Jana Kuasa yang menggerakkan
jentera perjuangan dan dinamika pejuang di sepanjang zaman. Ianya suatu ketumbukan yang lahir merentas zaman guna memenuhi
tuntutan ilahi sehingga Khilafah menjadi milik Islam sepenuhnya. Firman
Allah swt:

Dan hendaklah
ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan
(mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta
melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah
berceri-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada
mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi
Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan
beroleh azab seksa yang besar.
(Ali-Imran.Ayat:104
-105)
CIRI-CIRI HARAKAH ISLAMIYYAH.
Sifat
yang terkandung dalam ayat 54 surah Al Maidah.
·
Syumul
·
Universal
·
Pengalaman di
·
Iltizam dengan
Amal Islami.
·
Berlandaskan
Manhaj An-Nabawi.
Firman Allah swt:

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa
di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan
mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia;
mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku
tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan
bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang
yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah
yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas
limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. Sesungguhnya
Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman,
yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk
menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang
menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya
(maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada
ugama) Allah, itulah yang tetap menang.
(Al-Maidah. Ayat: 54 -56)
TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN ULIL ALBAB.
Kepimpinan ummah pastinya dikemudi oleh Ulil Albab dan kepimpinan itu pula tidak akan berfungsi tanpa jana kuasa
yang menggerakkannya.Namun keupayaan dan potensi sebenar Ulil Albab tidaklah hanya berdasarkan ijazah dan ilmu yang mereka
miliki semata-mata, sebaliknya persiapan berikut ini wajiblah dilaksanakan:
·
Membina aqidah (keyakinan) yang mantap.
·
Memiliki etika dan disiplin syakhsiyyah Islamiyyah yang tinggi .
· Mendasari tasawwur Islami dan amalnya dengan jelas.
·
Berda’awah dan deklarasikan kebenaran.
·
Tegas bersama syariat.
·
Menghayati ciri dan watak kepimpinan Islam tulen.
·
Berintima’ dengan Harakah Islamiyyah dan memenuhi segala syarat
intima’ seperti wala’, dengar dan taat , pengorbanan, keikhlasan, persaudaraan,
istiqamah dan lain-lain.[1]
5 PENEGASAN BUAT ULIL ALBAB.
·
Ulil Albab sewajarnya
berjiwa besar dengan semangat menjiwai kepimpinan ummah justeru kepimpinan
negara mesti dikuasai oleh Ulil Albab. Jika tidak, bukan saja para juhala’ yang
akan bermaharajalela tetapi juga Ulil Albab akan terus dikuasai.
·
Ulil Albab adalah tenaga
pendesak yang berkualiti dan berpotensi untuk membasmi kemungkaran serta
membina roh spiritual dalam iklim sosial di atas runtuhan kemungkaran tersebut.
·
Ulil Albab merupakan
jentera yang dinamis untuk bangkit menggerakkan ummah dari tidur yang lena dan
mengepalai delegasi jihad fi sabilillah tatkala menentang kerakusan mustakbirin
seraya meniupkan api kesedaran dan semangat berjuang .
·
Ulil Albab lambang
kualiti dan identiti ummah, justeru itu berwaspadalah dalam setiap langkah agar
ia tidak memulangkan kesan negatif kepada syakhsiyyah ummah, maka selayaknya
Ulil Albab mewarisi syakhsiyyah Rijaluddin dengan memiliki identiti berikut:
1.
Aqidah yang
sejahtera (سليم
العقيدة )
2.
Ibadah yang benar (
صحيح
العبادة )
3.
Akhlak yang kontan. ( متين
الخلق )
·
Ulil Albab tidak seharusnya
larut dalam konflik sosial dan hanyut dibawa arus persaingan material yang
tidak pernah mengenal simpati ke atas mangsanya. Sebaliknya Ulil Albab mesti berhemah tinggi dan
tidak berasa sempit dada, resah dan gelisah dalam mengharungi badai gelombang kehidupan
dunia dan konspirasi durjana musuh-musuh Allah. Firman Allah swt:

Dan pada masa
orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:"
Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa
yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi
sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan
diri mereka bulat-bulat kepada Allah. Di antara orang-orang yang beriman
itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah
dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara
mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan
di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa
yang mereka janjikan itu) sedikitpun.
(Al Ahzab.Ayat: 22-23)
BAGAIMANA ULIL
ALBAB BERJUANG.
·
Intisari dari surah
As -shoff.(Rujuk surah As – Shoff)
·
Mentaqdiskan Allah Azza Wajalla
sehingga tiada yang agong selain Allah.
·
Qudwah hasanah menjadi slogan perjuangan
·
Kombinasi tenaga yang membentuk Amal Jamaei yang utuh.
·
Menghadapi mehnah
perjuangan yang berkesinambungan di sepanjang zaman.
·
Mengenal tahap kegigihan musuh memerangi Islam.
·
Mesej dan silibus perjuangan kita ialah ugama
yang benar.
·
Mewaqafkan diri untuk perjuangan Islam dengan pulangan yang lumayan.
·
Yakin lah, pertolongan hanya dari Allah, justeru
itu apa ada pada manusia.
·
Kemenangan perjuangan adalah suatu yang pasti dan hampir.
·
Membantu ugama Allah dengan segala apa
yang ada sebagai syarat kemenangan.




Wahai
orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu:
"Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu
merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat
(masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan
dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya
sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.
Jika kamu
tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah-membela ugamaNya),
Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak
terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu
tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan
(ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Kalau kamu
tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya,
iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah)
sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa
mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad)
dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya.
Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir
terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana
Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Pergilah kamu beramai-ramai
(untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan
keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan
berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu
pada jalan Allah (untuk membela Islam).
Yang
demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad)
sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana
(tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh
dan sukar bagi mereka.
Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau
kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan
sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah
mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang
tidak sanggupnya mengikutmu). Allah memaafkanmu (wahai
Muhammad), mengapa engkau izinkan mereka (tidak turut berperang) sebelum nyata
bagimu orang-orang yang benar dan (sebelum) engkau mengetahui orang-orang yang
berdusta?
Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,
tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak turut)
berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha
Mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.
Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu hanyalah
orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan yang hati
mereka (sangat) ragu-ragu. Oleh itu mereka sentiasa bingung
teragak-agak dalam keraguannya.
· Intisari dari
surah At -Taubah dari ayat 38 hingga 45.
· Jangan menukar perjuangan dengan mata benda dunia.
· Awas ! tidak memberi intima’ kepada perjuangan Islam adalah suatu dosa.
· Kita yang
memerlukan perjuangan bukan perjuangan
memerlukan kita.
· Usah gentar dengan kehebatan musuh justeru Allah bersama kita.
· Perjuangan ini tidak
bermusim dan tidak pula mempunyai pilihan .
· Tribulasi dan kesukaran
berjuang adalah episod perjuangan sepanjang zaman.
· Tiada dolak-dalih dan alasan helah untuk tidak melibatkan diri dengan
jihad ini.
ADUHAI ULIL ALBAB !!
Menimba dan memiliki ilmu adalah suatu yang terpuji
tetapi tidaklah ia dipuji lagi apabila ia menjadi si Alim Himar .
Firman Allah swt ;

(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam
Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka)
bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui
dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan
tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela
Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui
kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan
ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah
petunjuk kepada kaum yang zalim.
(Al
Jumuaah. Ayat: 5)
Disediakan oleh:
Hj. Nasrudin Hj. Hassan At-Tantawi
Muadzam Shah.
4012002
[1] Al Imam Hasan Al banna menggariskan Arkanul baiah bagi mereka yang memberi intima’ kepada Harakah Islamiyyah :
أركان بيعتنا عشرة فاحفظوها: الفهم و الإخلاص و العمل و الجهاد و التضحية و الطاعة و الثبات و التجرد و الأخوة و الثقة.