| Laman Utama | Semua Soal Jawab | |
|
Solat
Membentuk Peribadi Dari: Aisyah
(conan_kakak@hotmail.com) Ustaz, benarkah solat
membentuk sahsiah peribadi seseorang. Jawapan: Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh Ya benar , Solat adalah
pembentuk keperibadian seorang manusia. Allah berfirman: "Sesungguhnya
sembahyang itu mencegah manusia dari melakukan perkara mungkar dan keji."
(Surah al ankabut ayat 45) Mereka yang mendirikan
sembahyang adalah mereka yang suci dhahir dan bhatin serta bersedia untuk
tunduk dan patuh kepada Allah swt. Justeru itu, elemen ini membentu secara
tidak langsung akan keperibadian agar menjadi insan yang soleh atau solehah. Ttp. perlu disedari bahawa
solat yang membentuk peribadi ini ialah solat yang didirikan dengan penuh
khusyu` dan menepati syarat yang diajar oleh syara` bukan solat yang dilakukan
sekadar melepas batuk ditangga. |