| Laman Utama | Semua Soal Jawab | |
|
Hudud Dari: Tengku Khalid
(tengkukhalid@yahoo.com) Apakah cara ingin perjelasan
perlaksanaan Jenayah Syariah (Hukum Hudud)akan dijalankan di Terengganu? Maksud
saya cara pengolahan yang ringkas dan tepat untuk orang-orang kampung. Jawapan: Assalamualaikum warah
matullahi wabarakatuh Langkah yang pertama saudara
mesti membuat perbandingan antara hukum hudud dengan hukum manusia . Spt ;
Hukum hudud sebelum dilaksanakan atau dijatuhkan hukumannya mestilah ada saksi
atau bukti yang jelas dan nyata mengikut prosuder yang ditetapkan syara` ,
kenapa masyarakat/kerajaan BN masih takut dan ragu sehingga setengahnya
menganggap hukum hudud dhalim . Sedangkan masyarakat berdiam diri dengan tidak
pula mempertikaikan undang - undang ISA yang tahan orang tanpa bicara dan bukti
yang jelas . Manakah yang dhalim sebenarnya ? Hukum rejam orang berzina
sebagai cth. dianggap dhalim padahal kita hanya merejam orang yang berzina itu
sahaja , yang mati seorang sahaja atau dua . Kenapa mereka tidak menganggap
dhalim apabila kita membiarkan penzina yang bertukar pasangan ini bebas
menyebabkan penyakit AIDS merebak dan membunuh puluhan malah ribuan manusia .
Mana dholim bunuh seorang sebagai pencegahan atau biarkan dia bebas untuk
ribuan lagi yang mati terbunuh . ? cth. perbandingan seperti itu amat sesuai
bagi orang kampung . Antaranya sdr. mestilah
mencari dalil dalil mudah yang terlalu banyak dalam al quran mengenai hukum
hudud . Apabila sabit nas al quran , kita tanya masyarakat apakah hukumnya kita
menyalahi ayat al quran atau mendustakan ayat suci al quran , kemudian sdr.
bawakan pula dalil al quran yang menjelaskan kemurkaan allah ke atas mereka
yang mendustakan ayat - ayat allah seperti yang banyak terkandung dalam surah
Al A`raf . Demikian salah satu cara
yang baik jika masyarakat kampung sdr. itu adalah terdiri dari masyarakat
kampung yang mempunyai asas agama yang baik . Antara yang boleh membantu
ialah sdr. membawa statistik kepincangan undang undang ciptaan manusia yang
sememangnya banyak untuk dinukilkan . Maka kenapa tidak kita mencuba hukum
allah sebagai alternatif setidak tidaknya sebelum kita mengecam dan mempertikai
hukum hudud . Sementara hukum manusia ternyata gagal menangani jenayah dsbnya . Demikianlah antara yang
boleh sdr. lakukan selain dari sdr. terus mencari peluang dan ruang yang baik
untuk mengemukakan hujah yang tepat dan benar kepada masyarakat . |