This site hosted by Free.ProHosting.com
Google

--SOAL JAWAB--

| Laman Utama | Semua Soal Jawab |



Amal Tarbawi

 

Dari: soalan.com

 

Ana ingin bertanya 1 soalan kpd ustaz, mengenai salah satu dari perbahasan perwakilan Muktamar PAS Pusat ke-48 di PUTIK tempoh hari, yang mana beliau membangkitkan mengenai persoalan amal tarbawi. Boleh Ustaz tolong jelaskan dengan lebih terperinci apa yg dimaksudkan dgn amal tarbawi dan kepentinganya kpd pendukung agama Allah ini dan kpd kami Jemaah Islam di dalam kampus.

 

Wallahua'lam al-faqir ila rabbihi

 

 

Jawapan :

 

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian Alam dan denganNyalah kita memohon pertolongan.

 

Amal Tarbawi yang dimaksudkan ialah merujuk kepada gerakkerja tarbiyyah disemua peringkat atau marhalah. Jua bermaksud setiap gerakkerja parti sekalipun melalui potfolio – potfolio yang lain (selain Lajnah Tarbiyyah) tidak lari dari prinsip dan skima Tarbiyyah Islamiyyah.

 

Tarbiyyah Islamiyyah ialah pembinaan, pembentukan, perkaderan dan pendidikan terhadap fikrah, fizikal dan spiritual yang berpaksikan Al Quran dan Sunnah. Ia menjadi satu system yang terancang untuk melahirkan rijaalullah, ansaarullah dan jundullah.

 

Segala aktiviti dan gerakkerja untuk mencapai objektif Tarbiyyah Islamiyyah adalah Amal Tarbawi.

 

Ianya sangat penting kepada setiap individu anggota parti (Abna’ul harakah) sekalipun dimana posisi mereka. Sebagai pemimpin atau pengikut, di luar atau di dalam kampus, kewajipan mereka adalah sama terhadap amal tarbawi dengan pengambilan skima yang berbeza mengikut tahap dan kesesuaian.

 

Amal Tarbawi merangkumi semua aspek gerakkerja parti dengan maksud agar ia dilaksanakan dalam batas ubudiyyah dan bermatlamatkan redha Allah swt.

 

Rangkuman yang dimaksudkan ialah : Pentadbiran / pengurusan organisasi, Strategi dan hala tuju yang diatur, Aktiviti yang digerakkan, sikap prinsip dan tindakan dalam ehwal politik, penerangan, kebajikan, kewangan, social dan sebagainya. (Segalanya berlandaskan Amal Tarbawi.

 

Memahami hanya usrah, tamrin dan liqa’ fikri sahaja sebagai Amal tarbawi adalah kefahaman yang tidak lengkap untuk menakrifkan Amal Tarbawi.

 

Wallahua’lam.





Laman Ustaz Haji Nasruddin bin Haji Hassan At-Tantawi

| Laman Utama | Semua Soal Jawab |