This site hosted by Free.ProHosting.com
Google

--SOAL JAWAB--

| Laman Utama | Semua Soal Jawab |



 

Nikah Gantung

 

Dari :            tammann@hotmail.com

 

Assalamualaikum ya ustaz..ana pelajar UTM pahang yang pernah mengikuti kuliah ustaz..ana ada sedikit kemuskilan. Seorang rakan ana sedang bercinta..dia takut cintanya itu akan membawa kepada zina.dia bercadang untuk berkahwin..tetapi tidak tinggal bersama kerana pasangan ini masih belajar..saya ingin bertanya,bolehkah keadaan ini ustaz.apa pendapat ustaz tentang nikah gantung ni??saya berharap ustaz sudi menjawab soalan ini..wassalam.

 

 

Jawapan :

 

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian Alam  dan denganNyalah kita memohon pertolongan.

 

Berkahwin adalah suatu yang diizin oleh syara’ ( masyru’ ) walaupun pasangan berkahwin itu bersetuju untuk tidak tinggal bersama buat seketika waktu yang tertentu. Tetapi, dalam kes di atas adalah perlu dirujuk kepada implikasi yang bakal berlaku.  

 

Perlu disedari dan diinsafi jua, bahawa kita tidak diajar bertindak melulu, terburu – buru dan gopoh. Panjang akal dalam tindakan adalah tanda kematangan dan kedewasaan seseorang dan ini sangat dituntut dalam agama sebelum kita bertindak , sekalipun tindakan kita itu dalam ruang lingkup perkara harus dan halal.

 

Implikasi yang saya maksudkan ialah, kemungkinan yang bakal menjadi fitnah kepada perkahwinan tersebut. Seperti : tanpa restu keluarga akan menimbulkan krisis keluarga dan ini menyebabkan rumahtangga yang dibina terbentuk tanpa asas kebahagiaan. Kerana restu orang tua adalah redha Allah.

 

Begitu juga perkahwinan yang dirahsiakan ini akan menimbulkan fitnah,  bagaimana kalau ia menunjuk tanda hamil atau melahirkan anak sedang masyarakat tidak mengetahui bahawa ia telah bersuami, maka menimbulkan fitnah bahawa ia berzina. Sebab kahwin rahsia ini bercanggah dengan sunnah rasulullah saw.

 

Rasulullah saw. mengajar ummatnya supaya mengadakan walimah untuk sebuah perkahwinan atau pernikahan  walau hanya dengan seekor kambing. Ini perintah Rasulullah saw.

 

أَوْلِمْ وَ لَوْ بِشَاةٍ

Buatlah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing.

 

 

 

اِعْلِنُوْا هَذَا النِّكَاحَ وَ اجْعَلُوْهُ في المَسَاجِدِ وَ اضْرِبُوْا عَلَيْهِ الدُّفُوْفَ.

رواه أحمد و الترمذي

 

Umumkankanlah perkahwinan ini selenggarakanlah ia di Masjid dan pukullah duf ( gendang / rebana ) dimajlis perkahwinan itu.

 

 

Merahsiakan perkahwinan adalah bercanggah dengan sunnah dan perintah Rasulullah saw. ini bakal membawa fitnah besar kepada diri mereka yang terlibat  bahkan memalukan keluarga.

 

Justeru itu, Saya berpendapat sabarlah buat seketika waktu sehingga tiba masa sesuai untuk melangsungkan perkahwinan. Kebimbangan takut berlakunya zina adalah sikap positif tetapi bersabar dan menahan diri agar tidak berlaku zina seperti tidak terlalu kerap bertemu, berhubung dan berpuasa untuk mengekang nafsu adalah lebih baik daripada berkahwin dengan 1001 risiko yang sengaja ditempa.

 

 





Laman Ustaz Haji Nasruddin bin Haji Hassan At-Tantawi

| Laman Utama | Semua Soal Jawab |