This site hosted by Free.ProHosting.com
Google

--SOAL JAWAB--

| Laman Utama | Semua Soal Jawab |



SOLAT

 

Soalan

 

Assalamu'alaikum

 

saya nak tanya satu soalan yang saya musykil..pasal waktu solat..drpd pengetahuan yg saya dapat,kita tidak boleh melalaikan waktu solat dan  dlm buku usrah dan harakah dlm 10 wasiat lampiran  dua, first sekali ada menyebut supaya apabila kita  mendengar azan segeralah menunaikan solat walaubagaimana keadaan sekali pun.dr buku bimbingan  mukmin al-ghazli yang saya dapat ada mengatakan bahawa Nabi s.a.w tidak pernah mentakhirkan solat kecuali pernah berlaku Rasulullah mentakhirkan solat apabila meleraikan perbalahan antara dua pihak.

 

Persoalan saya disini,bagaimana kalau masa tu saya ada menghadiri perjumpaan,dan pimpinan dihadapan masih berucap sehingga 30 minit lewat dr azan asar masa tu..patutkah saya menegur pimpinan tersebut/ia tidak mengapa sebab ia bagi pengisian ceramah.Begitu juga dengan kes2 dlm konteks ilmu..kebanyakan sistem pendidikan sekarang memaksa kita untuk melewatkan solat..bgmana pulak dgn hal macam tu..

 

saya perlukan satu kepastian dan berdasarkan nas-nas yg sahih utk saya mengetahui jawapan yg sebenar.adakah tidak mengapa.sebab saya juga terlibat dlm incharge program2 tarbiyah..adakah menjadi kewajipan saya untuk menyuruh sesuatu program itu dihentikan 10 minit sebelum solat supaya masa solat tidak dilalaikan.sbb saya nampak kebanyakan umat Islam sekarang sering tidak punctual pd masa yg dijanjikan bila attend meeting dsbgnya,ini termasuk pendokong agama Allah itu sendiri..ini mungkin berpunca dr mereka tidak punctual pada solat.

 

boleh tak saudara/i bagi satu jawapan yg pasti pd saya supaya ia tidak menimbulkan keraguan kepada saya di masa yg akan dtg..

 

Wallahu'alam..

 

email jawapan kpd saya di alamat

Nur_mujahidah81@yahoo.com

 

p/s:harap dapat bagi jawapan secepat yg boleh utk tidak saya tertunggu2 sekiranya tiada kesulitan..wassalam..

 
 

Jawapan :

 

Assalamualaikum

 

Segala puji bagi Allah swt. dan denganNya dipohon segala pertolongan .

 

 

Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.

Surah An Nisa’ . Ayat :  103

 

Waktu yang tertentu ini telah diperincikan oleh Rasulullah saw.  seperti berikut:

 

Subuh :

Masuk waktu subuh dengan dhohirnya Fajar Sodik ( الفجر الصادق   ) dan berakhir dengan terbitnya matahari .

قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : وقت صلاة الصبح من طلوع الفجر ما لم تطلع الشمس .

Sabda Rasulullah saw : Waktu solat subuh bermula dari terbit fajar ( dan berpanjangan ) sementara belum terbit matahari .

( Riwayat Muslim : 612 )

 

Dhuhur :

Masuk waktu dhuhur apabila gelincir matahari dan waktunya berterusan hingga ke saat bayang seseorang menjadi sama panjang dengan tuannya.

 

أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال : وقت الظهر إذا زالت الشمس و كان ظل الرجل كطوله ما لم يحضر العصر .

Bahawa Rasulullah saw. bersabda : Watu dhuhur bermula apabila tergelincir matahari , dan bayang seseorang menjadi sama panjang dengannya selama mana asay belum tiba .

( Muslim : 612 )

 

Asar :

Bermula waktu asar dengan berakhirnya waktu dhuhur dan berakhir  waktu asar apabila tenggelam matahari .

 

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : و من أدرك ركعة من العصر قبل أن تغرب الشمس فقد أدرك العصر .

Maksudnya : Rasulullah saw. bersabda : Barangsiapa yang mendapat satu rakaat sembahyang asar sebelum tenggelam matahari maka dia dapat solat asar itu ( keseluruhannya )

( Riwayat Bukhari : 554 & Muslim : 608 )

 

Namun untuk solat asar ini , sayugianya tidak dilewatkan sehingga sehingga bayang sesuatu menjadi dua kali ganda lebih panjang . ( Yakni beberapa ketika sebelum masuk waktu maghrib ) Sabda Rasulullah saw:

و وقت العصر ما لم تصفر الشمس

Dan waktu Asar itu selama mana matahari belum kekuning – kuningan .

( riwayat Muslim : 612 )

 

Maghrib :

Waktu maghrib bermula dengan tenggelamnya matahari dan berakhir apabila hilang cahaya merah matahari dan tiada lagi remangnya disebelah barat .

 

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : وقت المغرب ما لم يغب الشفق .

Sabda Rasulullah saw : Waktu maghrib selama mana cahaya merah belum hilang .

( Riwayat Muslim : 612 )

 

Isyak :

Masuk waktunya dengan berakhir waktu maghrib dan berakhir waktu Isyak dengan dhohirnya Fajar Sodik . Sementara waktu ikhtiarnya ialah dengan tidak melengahnya melampaui satu pertiga malam .

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : أما إنه ليس في النوم تفريط إنما التفريط على من لم يصل الصلاة حتى يجيء وقت الصلاة الأخرى .

Maksudnya : Sabda Rasulullah saw. Sesungguhnya tidur  itu bukanlah satu kecuaian tetapi kecuaian  ialah orang  yang tidak mendirikan sembahyang sehinggalah datang waktu sembahyang yang lain .

( Riwayat Muslim : 681 )

Hadis ini menunjukkan bahawa Isyak berkekalan sehinggalah masuk waktu subuh .

 

Peringatan : Kaedah umum di atas menunjukkan semua solat akan berakhir dengan masuknya waktu solat yang lain , kecuali solat subuh tidak terlibat dengan kaedah umum ini . Di mana solat subuh akan berakhir apabila terbit sahaja matahari .

 

 

Maka dalam apa jua keadaan , selama mana seseorang itu sembahyang dalam batas waktu yang telah diperincikan oleh Rasulullah saw. maka sembahyangnya sah dan ia telah menunaikan kewajipan solatnya .

 

Adapun berhubung dengan sembahyang di awal waktu sejurus masuk waktu sembahyang itu adalah seafdhal – afdhal sembahyang . Berasaskan dalil :

Ketika ditanya , apakah amalan yang paling afdhal ? Jawab Rasulullah saw :

 

الصلاة على وقتها  أى عند أول وقتها

Maksudnya : Sembahyang di atas waktunya ( yakni sembahyang di awal waktunya sejurus masuk waktu sembahyang . )

 

( Riwayat Bukhari : 504  & Muslim : 85 )

 

Justeru itu , pada pandangan saya berasaskan dalil – dalil ini sewajarnya kita yang menyusun / incharge program ( apa sahaja termasuk mesyuarat ) menghormati waktu solat dengan  turut mengagendakan waktu solat  dalam program tersebut pada awal waktunya . Itulah yang paling afdhal .

 

Namun , andainya dilewatkan sedikit seperti menanti kuliah tamat dengan sempurna , lalu sembahyang  diadakan selepas kuliah tersebut secara berjamaah  , maka ia masih di kira solat diawal waktu dan dapat afdhaliyahnya, ( selama mana masa melewatkan solat itu dalam waktu yang munasabah seperti  dalam masa 30 minit )

 

Andainya masa solat itu dilewatkan sehingga satu atau dua jam , maka tiadalah afdhaliyahnya , namun sembahyangnya sah dan tertunai kewajipan solatnya selama mana solat itu dikerjakan dalam waktu yang telah ditetapkan oleh syarak .

 

Akhirnya :

Melengah -  lengahkan solat sehingga keluar waktu , walau di atas apa alasan sekalipun , maka ia adalah suatu dosa yang sangat besar .

 

 

و الله أعلم بالصواب

 

حاج نصر الدين بن حاج حسـن الطنطاوي
أمين السير للجنة تربية

د . د . ف . ف





Laman Ustaz Haji Nasruddin bin Haji Hassan At-Tantawi

| Laman Utama | Semua Soal Jawab |