| Laman Utama | Semua Soal Jawab | |
|
Dari: born4islam@hotmail.com Assalamulaikum, Ana ada soalan: 1-Seperti mana yang kita maklum bidaah adalah larangan Allah dan Rasul-Nya. Tetapi bid'ah itu dikatakan terbahagi kpd bid'ah hasanah dan saii'ah.Macamana perbezaanya. 2-Ana pernah dengar bid'ah semuanya haram kerana mengada-adakan apa yang rasulullah tak buat.Tapi ada orang kata ini fahaman wahabi.betulke ustaz? 3-Ana adalah seorang pelajar universiti.Ada beberapa sahabat ana telah bertanya ana:Antara thaqafah dan haraki mana lebih penting.Apa pendapat ustaz. Syukran jazilan atas perhatian dan jawapan ustaz. Jawapan: Assalamualaikum, Perbahasan mengenai bidaah ini terdedah kepada khilaf dikalangan ulama'. Asasnya terbahagi kepada 2 golongan. Golongan yg pertama mengatakan Bidaah adalah terbahagi kepada 2, iaitu bidaah Hasanah dan bidaah Saiiah. Sementara golongan kedua mengatakan semua kategori bidaah ialah saiiah atau sesat. Mereka yang mengatakan bidaah terbahagi 2 bahagian iaitu Hasanah dan saiiah meletakkan bidaah saiiah itu ialah bidaah yg bercanggah dengan prinsip agama seperti mempunyai unsur tahyul dan sesat yg tentunya Nabi tidak melakukannya. Sementara bidaah Hasanah pula ialah perkara yang nabi tidak lakukannya namun ianya tidak bercanggah dengan prinsip agama. Seperti naik kereta, solat terawih 20 rakaat, dll. (ini semua bidaah mengikut pandangan golongan ini tetapi bidaah hasanah) Sementara golongan ulama' yang menganggap semua bidaah sesat adalah mengira semua perkara yg nabi tak buat dan bercanggah dengan prinsip agama adalah sesat. Adapun golongan ini tidak menganggap naik kereta itu bidaah, solat terawih 20 rakaat itu bidaah kerana ia termasuk dalam perkara yg diizin oleh syarak seperti Nabi pernah berkata: Antara manusia yg bahagia ialah mereka yg mempunyai rumah besar, kenderaan yang baik, isteri yg solehah dan jiran yg baik. Maka naik kereta dimasukkan dalam kategori kenderaan yg baik. Demikian juga dengan solat terawih. nabi hanya buat 8. Syaidina omar yg buat 20 sungguhpun begitu golongan ini menganggap ini bukan bidaah kerana nabi pernah berkata: "Sahabatku seperti bintang dilangit, sesiapa yg mengikutnya nescaya ia dapat petunjuk." Maka sesiapa yg mengikut cara omar al khattab maka ia tetap mendapat petunjuk dengan maksud tidak salah mereka solat terawih 20. Ianya bukan bidaah, sbb ia termasuk dalam peruntukkan nabi bhw apa yg dilakukan oleh sahabatnya suatu pengiktirafan dari nabi sendiri. Adapun mengenai Thaqafah dan haraki, suka dijelaskan disini bahawa kedua duanya saling perlu memerlu diantara satu sama lain.Thaqafah lebih bermaksud memiliki ilmu dan menguasai maklumat sementara haraki bermaksud ilmu dan maklumat yg kita miliki dapat digerakkan untuk melahirkan amal yang soleh dan perjuangan yg istiqamah. Tidak ada gunanya ilmu dan maklumat dimiliki dan dikuasai tetapi beku dan jamid. Tidak berfungsi. Demikian juga tidak ada gunanya amal dan perjuangan tanpa ilmu dan maklumat. Justeru itu keduanya adalah sangat penting. Wallahua'lam. |