| Laman Utama | Semua Soal Jawab | |
Soalan
Daripada Abdul Jalil Assalamualaikum. Ana nak tanya satu soalan. Apakah dikira judi jika kita anjurkan satu
pertandingan contohnya pertandingan bolasepak dan dikenakan yuran masuk. Hadiah pertandingan tersebut diambil dari yuran pertandingan tersebut
adakah ia dikira judi. wassalam. Jawapan
Assalamualaikum
Pertandingan
atau permainan bolasepak atau apa jua aktiviti yang mempunyai pertaruhan
adalah jelas suatu perjudian yang diharamkan oleh Allah swt. Firman Allah swt :
Mereka
bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah:
"Pada keduanya (arak dan judi ) ada dosa besar dan ada pula
beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada
manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan
belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) yang berlebih
dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya
(keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir: Surah Al Baqarah. Ayat : 219
الميســر : berasal dari perkataan اليســر yang bererti kemudahan. Dalam ayat ini ia
membawa maksud judi kerana judi adalah salah satu kegiatan mencari pendapatan
atau habuan tanpa susah payah ( spt. Mendapat habuan atas keringat orang lain
yang kalah dalam kegiatan tersebut. ) Permainan atau pertandingan bola sepak yang
dipungut wang dari setiap pasukan yang bertanding kemudian digunakan untuk
membeli hadiah atau memberinya kepada
pasukan yang menang, sementara yang kalah tidak memperolehi apa – apa melainkan
wang mereka hangus ( terlepas ke tangan pasukan yang menang ) maka ini adalah
satu PERJUDIAN. Adapun wang yang
dipungut dari setiap pasukan itu untuk tujuan pengurusan seperti menyewa
padang, upah pengadil, membeli peralatan pertandingan seperti bola, jaring,
bendera garisan dan lain – lain, sementara hadiah untuk pasukan yang menang
pula tidak diambil dari wang pasukan yang kalah, seperti hadiah itu ditaja oleh
mana – mana pihak, maka ia BUKAN suatu perjudian. Perlu ditegaskan , 10 pasukan bertanding dengan wang pendaftaran RM
100 setiap pasukan. (bermakna wang
terkumpul oleh pihak penganjur RM 1000 ) Kemudian wang ini diberi kepada pasukan yang menang ( samaada
dalam bentuk wang tunai atau tropi yang
dicipta dari wang pendaftaran tadi ) seperti: Johan : RM
500 atau tropi nilai RM 500 N. Johan :
RM 250 atau tropi nilai RM 250 Baki RM 250 untuk pengurusan pihak penganjur.
Sementara 8 pasukan yang kalah, wang mereka hangus . Maka jelas ini satu unsur perjudian dan
memungkinkan pasukan yang menang akan meneruskan aktiviti seperti ini sebagai
jalan mudah untuk mencari pendapatan di atas wang ringgit mereka yang kalah
dalam pertandingan begitu juga bagi pihak penganjur. Wallahua’lam bissawab. |