| Laman Utama | Semua Soal Jawab | |
Imam menentang jemaah Islam
Soalan:
Seorang imam yang
termasuk didalam golongan menentang jemaah Islam yang ingin melaksanakan hukum
Islam dinegara nya dengan cara perbuatannya,yakni secara langsung atau
tidak langsung. Apakah hukumnya imam
tersebut disisi Islam.Bolehkah solat berjemaah dengan imam tersebut....terima
kaseh.
Jawapan: Assalamualaikum
Warah Matullahi Wabarakatuh. Segala puji bagi
Allah swt. Tuhan yang memiliki kerajaan dilangit dan kerajaan dibumi. Selawat
dan salam ke atas baginda Rasul saw. utusan Allah yang menyalakan obor guna
menerangkan kegelapan alam yang penuh dengan adegan jahiliyyah. Aqidah seseorang
boleh batal melalui 3 cara. Ø
I’tiqad (keyakinan) Ø
Perkataan Ø
Perbuatan. Apabila keyakinan,
perkataan dan perbuatannya atau salah satu dari 3 cara tersebut bercanggah
dengan dasar dan prinsip asas dalam agama Islam.(yakni yang melibatkan aqidah,
hukum qati’e dan peraturan dasar dalam Islam.) maka ia membatalkan aqidah
atau dalam erti kata lain, membawa individu terbabit kepada murtad. Perlaksanaan
Syariat dan hukum Islam adalah perkara dasar dalam Agama Allah swt.. Menolak,
menafi dan menentangnya adalah bercanggah dengan dasar Agama Allah dan inilah
yang membawa seseorang kepada murtad.(batal aqidah) Ketika menafsirkan Firman Allah swt : ![]() Dan sesiapa yang
tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana
mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.
(Surah Al Maidah
44)
Ahmad Mustafa Al
Maraghi dalam kitabnya Tafsir Al Maraghi, jilid ke 6 muka surat 125
menegaskan: وَ مَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللهُ مُسْتَهِيْناً بِهِ مُنْكِراً لَهُ كَانَ كَافِراً لِجُحُوْدِهِ وَ اسْتِخْفَافِهِ يأَمُرُهُ
Dan sesiapa yang
tidak berhukum dengan hukum yang telah diturunkan oleh Allah swt. kerana menghinanya
lagi mengingkarinya (hukum Allah) adalah ia menjadi kafir kerana
keingkarannya itu dan meringan – ringankan suruhan Allah swt. (yakni tidak
memperdulikannya.) Demikian juga
ditegaskan dalam Tafsir Ibnu Kathir, Jilid ke 2 muka surat 62 bahawa
mereka yang menginkari hukum Allah adalah batal aqidah dan menjadi kufur. Hukum ini
melibatkan semua individu yang mengaku
beriman, termasuklah mereka yang menjadi imam, sebagaimana yang
ditimbulkan dalam persoalan yang dikemukan pada kali ini. Maka sesiapa yang
batal aqidahnya, menjadi murtad atau kufur maka ia tidak lagi boleh
mengimamkan sembahyang malah sembahyangnya tidak lagi diterima oleh Allah
swt. ia tidak boleh mewariskan harta dan tidak boleh mewarisi. Begitu juga
perkahwinannya menjadi batal ekoran batalnya syahadah yang menjadi pengikat
sebuah perkahwinan dalam islam. Haknya menjadi wali untuk mengahwinkan juga
terbatal dengan batalnya aqidah. Renungilah Firman Allah swt:
Dan sesiapa di
antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia
mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah
amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli
neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya). (Surah Al baqarah
217) Perlu diingatkan bahawa menentang dan memerangi mereka (golongan/jamaah) yang mahu menegakkan Islam dan hukumnya, samalah seperti menentang perlaksanaan Islam itu sendiri. Jika tidak, mengapa mereka menentang golongan yang mahu mendaulatkan syariat Islam ?
tantawi2@hotmail.com |