| Laman Utama | Semua Artikel | |
|
Sensasinya Istilah samseng Kalau benar sungguhlah media tidak mensensasikan istilah 'samseng' dan sekadar mendedahkan isu sebagaimana yang didakwa oleh Datuk ZAM, maka seharusnya juga 'mendedahkan' ucapan-ucapan PM yang memperlekehkan hukum-hukum Allah, sunnah Nabi, memperlekehkan kedudukan hadis dan ulamak bagi menepati kedudukan integriti atas apa yang beliau ucapkan untuk pengetahuan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah mempercayai sesuatu yang boleh memesongkan akidah. Isu itu bermula pada 31 Julai lepas apabila Nik Aziz mempertahankan kenyataannya yang mengatakan Allah S.W.T itu lebih samseng daripada semua samseng yang terdapat di dunia berdasarkan tiga sifatNya iaitu Al-Mutakabbir, Al-Jabbar dan Al-Muttaqin. Sementara itu Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menggesa umat Islam agar menghormati dan menghargai peranan alim ulama seperti Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Yang Dipertuanya, Abd. Ghani Samsudin berkata, ini sesuai dengan peranan mereka mendidik orang Islam termasuk rakyat Kelantan dengan pendidikan agama. Sehubungan itu, beliau berkata, penghargaan kepada ulama rabbani seperti beliau perlu dipertahankan demi kebahagiaan bangsa Melayu dan umat Islam.Justeru, beliau meminta golongan media massa agar menamatkan segera penipuan sebelum hukuman Allah melanda seluruh umat Islam. PUM menyeru umat Islam supaya lebih berhati-hati membaca berita dari media massa kerana ilmuan agama yang berijazah dan ikhlas adalah berautoriti untuk memahamkan tafsiran Al-Quran, istilah agama dan nama-nama Tuhan. Abd. Ghani mengulas kontroversi yang ditimbulkan media sejak kebelakangan ini mengenai pendirian PUM mengenai isu Islam dan istilah samseng yang digunakan terhadap Allah oleh Nik Aziz. Menurut Abd. Ghani, terdapat gaya pengucapan yang disebutkan dari sudut balaghah sebagai musyakalah iaitu satu cara untuk menangkis dengan tempelakan yang meminjam istilah lawan tanpa bermaksud untuk memberi makna sama dengan istilah tersebut. Sebab itu Allah berfirman di dalam surah seperti Al-Baqarah ayat 15, ayat 194, surah Imran ayat 54, surah al-Taubah ayat 79. Dalam ayat berkenaan Allah menghina serta mempermainkan orang kafir, menceroboh dan sebagainya. Dalam konteks musyakalah, Allah itu tidak dimaksudkan dengan menipu atau menyuruh orang menceroboh tetapi adalah untuk menunjukkan bahawa Tuhan itu Maha Berkuasa dan Maha Berupaya. Allah serba maha dan lebih berupaya untuk melakukan kesamsengan untuk menutup mulut orang kafir, begitu juga dengan pengertian al-Mutajabbir, al-Mutakkabir dan al-Muntaqim yang menjelaskan makna nama tersebut bahawa Allah lebih samseng dari segala samseng. Dengan itu, maka tidak salah kalau ulama mentafsirkan bahawa Allah lebih samseng supaya menimbulkan keinsafan tentang martabat manusia. InshaAllah orang yang hatinya terbuka kepada kebenaran yang nampak kebenaran tapi sesetengah mereka ini menelan apa yang disogokkan oleh media masa tv, akhbar dll nya tu.. they just take things at face value dan membutakan mata yang celik (buta betul-betul nanti baru tau!! atau hati telah dibutakan? na`uzubillahminzalik..), obviously text ucapan penuh Tuan Guru Nik Aziz mereka tak berani nak keluarkan sebab takut terserlah kebenaran kata-kata beliau nanti.. Kita lihat betapa television menayang sekerat sekerat ucapan TG Nik Aziz dan YB Mohd Sabu. Jika benar benar ikhlas apa salahnya ditayangkan keseluruhan ucapan TG Nik Aziz and YB Mohd Sabu. Esok esok bila ulama berucap "Kita diharuskan memakan BABI diwaktu darurat dimana ketika itu tiada lagi makanan dan boleh membawa mati kebuluran" Adalah dikhuatiri gejala sekerat sekerat yang dibawa oleh Television Malaysia nanti akan menayangkan ucapan ulama "Kita diharuskan memakan BABI" Maka keesokkan itu akan keluarlah komen dari orang yang tak bertanggungjawab yang mengatakan ulama yang ditayangkan di TV dah mula sesat. Memang wajarlah kita labelkan TV1 sebagai TV suku-sakat. TV2 sebagai TV suku suku TV3 sebagai TV 3 suku. Adalah lebih bijak bagi sesiapa sahaja apabila ditemuramah oleh TV suku-sakat, atau TV suku-suku atau TV 3 suku tidak memberi sebarang komen kerana siaran yang mereka tayangkan hanya suku-suku atau sekerat-sekerat sahaja. Kalau nakkan komen juga, kata begini "Saya tidak mahu memberi sebarang komen kerana apa yang saya dengar dan lihat di kaca TV adalah suku-suku sahaja. Walaubagaimana pun ini memberi dorongan dan rangsangan kepada orang ramai untuk mendengar ucapan yang penuh dari kaset/CD supaya dapat memberi penilaian. Syabas kepada TV kerana mempopularkan jualan kaset TG Nik Aziz atas isu samseng dan YG Mohd Sabu atas isu (takleh sebut pahala) kena sebut ukkkkkkkkkkkk!!!! Dalam semua keadaan ada lebih dan kurangnya. Yang kurang dan lemah perbetulkan dan bukan tunjuk prejudis hanya kerana ikut perasaan kebencian kepada apa jua elemen islam...Bak kata ahli bijak pandai, kita akan hanya nampak kesalahan orang apabila tak ada kerja yang kita buat dan merasa lapang sahaja.. dan ada juga yang berkata; kita akan nampak tanda-tanda seseorang itu benci terhadap sesuatu dengan memerhatikan tindakan atau tingkahlaku yang menunjukkan kebencian kepadanya sebab itu yang sebenarnya lahir dari hati dan sanubari yang telah dirasuk oleh sesuatu yang seiring dengan nafsu jahatnya Sekiranya kita mengenali Islam, kita akan tahu siapa yang memperjuangkannya dan bukan tengok perjuangan seseorang kerana kita tidak akan mengenali sama sekali islam Kerajaan Persekutuan akan mengambil tindakan tegas jika kerajaan Pas Terengganu terus berdegil untuk menguatkuasakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) yang terang-terang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba melakukan perbuatan menyalahi undang-undang negara. ``Jika mereka cuba melanggar undang-undang dengan melaksanakan peraturan yang bertentangan perlembagaan Persekutuan serta menjejaskan rakyat, kita tidak boleh berkompromi dan akan ambil tindakan,'' katanya. Beliau mengulas kedegilan kerajaan Pas Terengganu mempertahankan pendirian mahu membina sendiri penjara dan melantik pegawai penguat kuasa sendiri bagi melaksanakan Takzir yang dianggap banyak pihak cuma bermotif politik. Sememangnya hanyalah puak-puak UMNo/BN sahaja yang menentangnya. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Dakwah dan Pelaksanaan Syariah Terengganu, Datuk Harun Taib berkata, jika isu yang menyentuh bidang kuasa negeri itu berlarutan, pihaknya mungkin mencari penyelesaian di mahkamah. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Pas tidak berhak membina penjara sendiri dan pengawai penguat kuasa sukarela yang dilantik juga tidak mempunyai kuasa menangkap mana-mana individu untuk didakwa di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas). Bukankah di sini sudah jelas membuktikan penentangan PM terhadap undang-undang Islam yang cuba dikuatkuasakan oleh Kerajaan Terengganu walhal dahulunya mereka menemplak PAS supaya menjalankan undang-undang Islam. Setelah jelas PAS bersungguh-sungguh untuk mendaulatkan perundangan Islam merekalah orang yang pertama menjadi batu penghalangnya. Adakah ini merupakan sebuah parti yang mendaulatkan Islam? Adakah UMno/BN mendaulatkan Islam dan meletakkan Islam sebagai suatu cara hidup? Samseng adalah suatu kemegahan kepada sesetengah orang. Jadi jangan nak berlagak samseng sangat dengan mengatakan hukum Allah dah tak boleh pakai, rampas tanah orang miskin, masukkan orang kat ISA tak tentu pasal kerana Allah yang segala maha lebih berupaya untuk melakukan kesamsengan untuk menutup mulut & menghapuskan perbuatan orang-orang yang samseng. TG Nik Aziz tidak maksum tetapi lihatlah konteks bahasa yang dipakai terlebih dahulu sebelum menghukum atau mengamok tak tentu pasal. Orang yang baik & faham Islam, jangan pula termasuk ke dalam perangkap musuh-musuh Islam. Kenyataan PUM adalah satu langkah yang bijak dalam menangani isu putar belit media massa BN. Katakan kalau ada seorang mamat tu cakap dia samseng .... macam mana kita nak bagitahu kat mamat tu yang Allah swt lebih dari dia ? Mungkin TG Nik Aziz cuba huraikan dalam loghat Kelantan erti Allah swt itu melebihi makhluk ciptaanNya dengan menggunakan perkataan tu berdasarkan ayat mamat tu , kadang-kadang kita bercakap berlainan bahasa tapi maksud lebih kurang sama, bila PUM komen TG Nik Aziz tidak salah dalam menggunakan ayat tersebut dengan mengambil kira keseluruhan teks ucapan dan maksud tersirat beliau ada orang yang tak faham pula cakap PUM tersungkur dalam fitnah politik cuba fikirkan takkan lah PUM nak main lepas cakap sahaja macam penasihat Agama PM tanpa mengambil kira risiko akibat kenyataan beliau dan PUM pasti bermesyuarat sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan, orang yang dah tertutup pintu hati untuk menerima kebenaran mungkin tak dinafikan kerap kali penceramah PAS menggunakan kata2 kesat tapi mungkin itu cara mereka untuk melahirkan perasaan marah mereka. Allah menilai setiap perkara bermula dari niat kita... |