| Laman Utama | Semua Artikel | |
|
KISAH MEMALI TRAGEDI MEMALI 19 NOV 1985 - Versi Rakyat
Marhain Assalamualaikum, Tanggal 19 November lalu,
genaplah 13 tahun tragedi Memali berlaku. Rasanya, ramai di antara
sahabat-sahabat sekalian yang masih di bangku sekolah atau baru saja melangkah
ke alam pekerjaan ketika tragedi tersebut berlaku. Kerana ianya adalah satu
tragedi yang penuh dengan pengajaran dan sesetengahnya masih menjadi misteri,
maka ada baiknya diceritakan semula di sini untuk tatapan bersama. Hujung
minggu lalu, saya ke Baling untuk mengesahkan semula cerita-cerita yang pernah
saya dengar sekitar tahun 1985 dan awal 1986 dahulu. Kerana cerita yang saya
dengar itu mempunyai versi yang berbeza, maka kekadang saya sendiri jadi
confuse bila ditanyakan orang akan cerita yang sebenarnya.. Masih saya ingat kata-kata
Pak Ya, seorang hardcore UMNO dua tiga bulan selepas kes tersebut. Kata Pak Ya,
"Ala, Berahing Libya tu, dah habis jual bergolok bergadai, jual lembu,
jual tanah, jual harta nak menang pilihanraya, lepas tu kalah. Dah tak ada apa
dah tinggal, nak tunggu apa lagi? Ma_pooh (mam pus) la, lagi
molek!!". Pak Ya ni harcore sungguh, masa tengah menjual kain, sempat lagi
dia sembang bab politik, dia kata, "Ala, nak buat apa hudud-hudud ni,
nanti kalau semua orang kena potong tangan, siapa nak gi menoreh?". Selain dari itu, banyak
juga cerita terperinci Memali yang diceritakannya kepada saya, semuanya berbau
pekat UMNO. MALANGNYA - PAK YA SUDAH
PUN KEMBALI KE RAHMATULLAH . CERITA MEMALI VERSI PAK YA CUMA TINGGAL
SAMAR-SAMAR DALAM KEPALA SAYA. APA-APA PUN, KERANA HUBUNGAN KELUARGA, SAYA
TURUT SERTA MENYEMBAHYANG DAN MENGIRINGI MAYATNYA KE LIANG LAHAD. SEMOGA ALLAH
MENGAMPUNKAN DOSA-DOSA PAK YA! Sekitar 1985 juga, saya
sempat berbual dengan seorang hardcore PAS di pedalaman Baling. Beliau tak
habis-habis menyanjung allahyarham Ustaz Ibrahim Libya. Bila timbul isu Syahid,
beliaulah antara yang paling lantang mempertahankan al-syahid Ust Ibrahim
Libya. Pakcik Dolah bukanlah mengaji tinggi sangat, sekolah attap pun tak sure
habis ke tidak, tapi tang bab agama, dia jenis 'Samekna Waatoqna" (Kami
Dengar dan Kami Patuh). Kerana itu, bila saya tanya, "Mana Pakcik Dolah
tahu kata Ibrahim Libya tu mati syahid?. Jawab Pakcik Dolah, "Mu tak caya,
mu gi tengok kitab di Pondok Lanai!!". Termenung saya. MALANGNYA - PAKCIK DOLAH
JUGA SUDAH KEMBALI KE RAHMATULLAH. SEPERTI JUGA PAK YA, SAYA TURUT MENGIRINGI
MAYAT PAKCIK DOLAH KE LUBANG KUBUR. MOGA ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA-DOSA PAK YA
DAN PAKCIK DOLAH, SEMOGA ANAK CUCU MEREKA BERDUA AKAN DIBERI HIDAYAH UNTUK
MENGEMBALIKAN SEMULA MARUAH ISLAM DI MUKA BUMI! Oleh kerana kedua-dua Pak
Ya dan Pakcik Dolah sudah tidak ada lagi untuk mengesahkan cerita-cerita yang
pernah mereka sampaikan kepada saya dulu, maka saya tidak ada pilihan, selain
ke rumah seorang lagi sahabat yang pernah mengisahkan cerita Memali ini secara
panjang lebar kepada saya sekitar tahun 1985 dulu. Rakan2 beliau adalah antara
yang tertembak dan gugur syahid semasa kejadian itu, dan beliau sendiri,
walaupun tidak menyatakan kepada saya, tetapi menurut seorang teman, dan juga
melihat akan air mukanya, beliau nampak seakan terkilan kerana hari kejadian
itu tidak jatuh pada hari giliran beliau mengawal rumah al-syahid ust Ibrahim
Libya!! Cerita beliau inilah
antara yang paling reliable. Malangnya, pada hari sabtu
yang lalu, beliau tidak ada di rumahnya kerana ada urusan di luar Baling. Saya
jadi sedikit terkilan. Pun begitu, mungkin kerana niat saya ikhlas, saya
ditakdirkan bertemu dengan anak cucu sahabat2 yang gugur syahid atau ditembak
dan ditawan di medan tempur kg Memali itu, dan mereka ini merupakan anak jati
kampung Memali. Banyak kisah menarik yang diceritakan. Maka itu, dengan gabungan2
cerita dari anak cucu mangsa Memali itu, juga sedikit cerita dari Pak Ya,
Pakcik Dolah dan juga sahabat tersebut, dicampur pula dengan beberapa sedutan
dari buku "Perisai Memali" karya C.N Al-Afghani, insyaallah kita akan
bercerita lagi. Meneruskan cerita Memali. Bila ditanya orang kampung
Memali akan asal nama Memali - ada dua cerita berbeza, seorang mengatakan
bahawa Memali berasal dari sejenis pokok bernama 'Memali' yang ada terdapat di
sekitar Memali. Seorang lagi pula mengatakan bahawa Memali berasal dari
perkataan 'Memali' (bahasa Baling - melayu patani) iaitu sejenis penyakit/hama
di atas kulit kepala yang menyebabkan rambut gugur. Wallah hu aklam. Dalam tulisan-tulisan
seterusnya kita akan bertemu dengan beberapa perkataan atau bahasa yang
jarang-jarang kita dengar, kerana penduduk Memali seperti juga majoriti
penduduk Baling adalah berketurunan Melayu Patani. Bahasa yang digunakan adalah
bahasa melayu dialek Patani - iaitu seakan-akan campuran bahasa Kelantan,
Terengganu, Kedah dan mungkin ada sedikit-sedikit pengaruh Siam. Namun begitu,
mungkin kerana sudah terpisah dari datuk nenek mereka beratus tahun yang lalu,
tak ramai penduduk Baling yang perasan bahawa mereka sebenarnya berketurunan
Melayu Patani. Sebetulnya, sekitar awal
tahun ini (Jan 1998), Baling digemparkan lagi dengan penangkapan dan
penghantaran pulang Baba Bedul atau nama betulnya Tuan Guru Abd Rahman, seorang Tok Guru di Pondok Haji
Ding, Kg Sungai Limau, Baling; beliau merupakan the Supreme Leader (Pemimpin)
Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu
(PULO Baru). Selepas dicekup dan diarak pulang ke Siam, tidaklah
diketahui apa untung nasibnya hingga ke hari ini. Apa-apa pun, sejarah mungkin
akan terus menyaksikan kemunculan wira-wira dari Baling untuk meneruskan
kesinambungan perjuangan agama dan bangsa dan negara. Berbalik pada cerita
Memali, persoalan yang utama orang nak tahu mungkin "Apa Ceritanya"
dan "Apasal Boleh jadi Macam tu?" . Insyaallah, saya akan cuba
huraikan satu persatu. Al-syahid ustaz Ibrahim
Libya bukanlah calang-calang orang, bukanlah Tok Guru kampung yang kerjanya
semata-mata mengajar bab wuduk, bab puasa atau pun bab nikah kahwin.
Kuliah-kuliah dan ceramah-ceramah beliau sentiasa mendapat sambutan, selalu
dipenuhi dengan seruan-seruan jihad, persoalan-persoalan akidah dan seringkali
dilaungkan dengan tegas akan perbezaan akidah antara perjuangan PAS dan UMNO.
Mungkin ada orang mengatakan cara beliau terlalu extreme, fanatic dan
sebagainya, tetapi itulah cara perjuangan beliau, dan cara itulah yang telah
membawa beliau menemui syahid yang diidam-idamkan. Bagi al-syahid, antara
golongan sekular dan golongan yang berkehendakkan Islam mesti ada garis pemisah
yang jelas, tidak kira siapa, jiran , kawan atau pun kaum keluarga. Selagi
tidak diwujudkan garis pemisah itu, selagi itulah tak akan tertegaknya Negara
Islam yang dicita-citakan. Contohnya, dalam buku "Perisai Memali",
beliau ditulis sebagai berkata: "Maka pada ketika itu
golongan yang hendak pada Islam dan golongan yang menentang Islam itu terasing
dan terpisah. Maka sekarang ini tidak ujud lagi ciri-ciri seperti itu. Sekarang
ini ujud golongan yang masih berdamai dengan musuh-musuh Islam dengan alasan
tidak mahu memecah belahkan masyarakat. Adakah orang sedemikian rupa boleh
berperang pada jalan Allah atau boleh mencapai mati syahid? Sejauh manakah
keikhlasan kita dalam menegakkan aqidah dan keimanan kita kepada Allah dan
rasulnya?". ADA KA LAGI ORANG YANG
BERANI CAKAP MACAM TU SEKARANG NI??? Dalam buku "Perisai
Memali" diceritakan detail kejadian itu dari sudut pandangan Pak Teh Mat
Piah, tetapi setelah ditembak, tak banyak yang mampu Pak The ceritakan.
Insyaalah dalam tulisan ini, kita akan menceritakan kisah-kisah lain yang tidak
terdapat dalam buku tersebut seperti yang diceritakan oleh seorang perawi yang
sempat bersembang panjang dengan beberapa orang mangsa yang ditembak atau yang
meninggal dunia tak beberapa lama selepas hari kejadian. [Sila dapatkan buku
"Perisai Memali" yang ditulis oleh C.N. Al-Afghani - menceritakan
kisah Memali hasil interview dengan Pak Teh Mat Piah, yang 14 biji peluru
menghujani badannya, tapi alhamdulillah masih hidup untuk menyampaikan cerita.
Harganya cuma RM15]. Al-syahid bukan saja tegas
dengan puak-puak sekular, tetapi juga tegas dengan mereka yang mengaku berjuang
dalam jemaah Islam. Antaranya, beliau berkata: "Kita hendaklah basuh hati
dan jiwa kita dengan jihad pada jalan Allah. Golongan yang masih berkarat
dengan penyakit dunia itu keluarlah dari parti Islam (PAS). Kalau hendak cari
kesempatan dengan parti Islam tidak payahlah, keluar sahaja, buat mati jahilah
atau mati kafir sahaja. Janganlah kalau diajak kenduri cepat saja pergi, tetapi
bila diajak bertamrin takut. Sejauh manakah laungan 'Allah hu Akbar' yang kita
kumandangkan ke angkasa dalam mana perjuangan kita masih di takuk lama.". Banyaklah lagi
ucapan-ucapan beliau yang menggerunkan kawan dan lawan. Semuanya ini merupakan
bunga-bunga syahid yang sekian lama ditunggu-tunggu oleh beliau dan
rakan-rakan. Antaranya, beliau juga pernah berkata: "Samada yang bekerja
sebagai petani, buruh kasar atau di pejabat swasta atau pejabat kerajaan,
samada yang bekerja sebagai UKK, polis pacak, askar atau tentera atau FRU, kita
mengingatkan kepada mereka ini bahawa kamu juga mengucapkan dua kalimah
syahadah. Ketika kamu telah menjadi
seorang Islam,maka janganlah cuba menyekat perjuangan kami di dalam Parti Islam
(PAS) ini untuk menegakkan syariat Allah dan kalimah Allah yang tinggi. Jika
disekat, kami akan tentang kamu dan jika kami mati atau gugur, maka gugur kami
sebagai syahid, dan kamu pula dalam hal itu mati katak semata-mata, mati
sia-sia. Kepada orang-orang Islam yang menjadi alat kepada kerajaan toghut dan
zalim, kamu diingatkan berkali-kali mengenai tindakan Allah ke atas kamu
kelak." DR MAHATHIR DALAM
UCAPANNYA DI PADANG BOLA, PEKAN KUALA KETIL (DEPAN STESEN SHELL) BEBERAPA
MINGGU SELEPAS KEJADIAN MEMALI, BELIAU BERKATA: "Mati Syahid Apa - MATI
KATAK ADA LA!!!" Sesungguhnya, siri-siri
ucapan al-syahid itu telah menyebabkan timbulnya rasa kurang senang di pihak
Nasionalist Sekular. Sejak dari itu, tindakan untuk memusnahkan perjuangan
beliau dan rakan-rakan pun dimulakan secara aggresif. Insyallah kita akan
bercerita lagi. Sebelum itu, ada satu petikan yang ingin disampaikan. Apabila
ditanya kepada seorang UMNO yang merupakan salah seorang perawi dalam cerita
ini, "Betul ka Ibrahim Libya bawa ajaran sesat?". Kata beliau: "TAK, TAK, DIA TAK
BAWA AJARAN SESAT, CUMA DIA TU TAKSUB SANGAT!" [Taksub inilah
rupa-rupanya yang membawa beliau menemui syahid, masyaallah!]. (Meneruskan cerita Memali) Kita telah bercerita
tentang ketegasan al-syahid berhadapan dengan puak-puak mungkar dan kaum
nasionalist sekular. Sikap tegas beliau inilah yang membuatkan pihak-pihak
berkenaan terutamanya puak-puak UMNO jadi tidak senang duduk dengan tindak
tanduk al-syahid dan rakan-rakan. Sebelum itu, baik rasanya ditinjau dahulu
latar belakang beliau untuk rujukan bersama. Al-syahid bersekolah
rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Weng, Baling Kedah. Kemudian meneruskan
pengajian di Sekolah Agama Ittifaqiah, Kg Carok Putih, Weng. Selepas itu ke
Pondok Al-Khariah, Pokok Sena, Seberang Perai. Kemudian ke Nilam Puri,
Kelantan. Seterusnya ke Deoband, India. Selepas itu, melanjutkan pelajaran ke
Universiti Al-Azhar, Mesir, dan seterusnya ke Libya [Ibrahim Libya?]. Sekembalinya dari Libya,
beliau bekerja sebagai pegawai pendakwah di Pusat Islam. Menurut cerita, beliau
pernah muncul di kaca TV dalam satu rancangan 'Hal Ehwal Islam' di RTM. Wallah
hu aklam. Tak banyak cerita yang saya perolehi mengenai kisah beliau semasa di
Kuala Lumpur; cuma ada dua tiga cerita saja. Seorang makcik yang berasal dari
Memali menceritakan bahawa al-syahid turut terlibat dalam demonstrasi Baling
1974 bersama-sama dengan DSAI dan Ust Nakhaei . KALAU BENAR CERITA INI,
BERMAKNA SEMEMANGNYA AL-SYAHID ADALAH SEORANG YANG BERJIWA PEJUANG!! Tetapi cerita ini
bertentangan dengan kisah yang dipaparkan oleh CN Al-Afghani dalam bukunya
'Rakyat Semakin Matang'. Dalam buku tersebut, CN Al-Afghani menceritakan bahawa
semasa dalam tahanan ISA 1974, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) telah dikunjungi
oleh al-syahid yang pada ketika itu bertugas di Pusat Islam, beliau memujuk
DSAI supaya bekerjasama dan berlembut dengan kerajaan. Tetapi sebaliknya, DSAI
pula yang menyergah beliau dengan berkata lebih kurang, "Hang tok sah lah
dok bersekongkol dengan puak-puak ni, baik hang balik kampung, pi ajaq orang
kampung hang lagi baguih!". Dengan kata lain, DSAI menempelak beliau
kerana bekerja dengan kerajaan, dan mencadangkan agar beliau pulang membimbing
orang-orang kampung di Baling. Tidak pasti pula sama ada
kerana nasihat DSAI ini atau pun sebab lain, maka al-syahid akhirnya membuat
keputusan berhenti kerja dan meninggalkan pendapatannya yang lumayan di KL, dan
pulang ke Memali untuk berbakti pada orang-orang kampung. Sekembalinya ke Baling,
beliau bekerja sebagai seorang tenaga pengajar di Sekolah Agama Ittifaqiah, Kg
Caruk Putih, bersebelahan kampung Memali. Mudirnya ialah Lebai Yaakob. Bercakap
pasal Lebai Yaakob, ada cerita menarik yang nak diceritakan. Allahyarham Pakya
pernah menceritakan kepada saya kisah pergeseran UMNO-PAS yang turut menjadi bunga-bunga
atau batu api kepada tercetusnya peristiwa Memali. Lebai Yaakob ini adalah
bekas calon PAS bagi kawasan DUN Bayu, tetapi kemudiannya telah berpaling tadah
menyertai UMNO. Lebai Yaakob sebelum menyertai UMNO, begitu dihormati oleh
orang2 Memali; selain dari itu beliau juga boleh dikatakan sebagai Tok Guru
kepada al-syahid. Tetapi, selepas Lebai Yaakob berpaling tadah, al-syahid cukup
tegas dengan isu itu. Beliau dikatakan pernah berkata (dari mulut makcik
tersebut): 'TOK GURU MACAM INI BAIK
BUBUH ATAS KAPAL, HANTAR GI BUANG DI LAUT!!" Selain dari isu PAS-UMNO,
al-syahid juga tidak puas hati dengan isu pentadbiran dan pengurusan kewangan
Sekolah Agama Ittafaqiah tersebut. Kerana kerap menimbulkan isu ini, Lebai
Yaakob jadi tak puas hati, ini juga menyebabkan wujudnya pergeseran antara
mereka berdua. Tidak lama kemudian,
orang2 PAS kampung Memali yang telah membina sebuah surau baru di Memali
menjemput Ustaz Ibrahim Libya menjadi naqib usrah di surau mereka. Seorang pakcik tua yang sempat saya
temui minggu lepas menyatakan bahawa beliaulah antara yang bertungkus lumus
memikul tiang besar untuk membina surau tersebut. Surau ini kemudiannya
dinamakan Madrasah Islahiah Diniah, Memali. kita menceritakan
bagaimana al-syahid telah mengasaskan penubuhan Madrasah Islahiah Diniah,
Memali, dan kita juga menceritakan latarbelakang pendidikan dan kerjaya beliau yang bukan sebarangan. Kali ini,
kita lihat pula beberapa peristiwa penting yang berlaku sebelum hari kejadian
tanggal 19 November 1985. Sekitar pertengahan tahun
1980an, kebangkitan Islam di Malaysia telah menyaksikan peralihan pucuk
pimpinan PAS daripada kumpulan yg berbau Nasionalist kepada kumpulan Ulamak di
bawah pimpinan Tuan Haji Yusuf Rawa. Sejajar dengan kebangkitan itu juga,
muncullah penceramah-penceramah jenis 'membujur lalu melintang patah, tak takut
pada ugutan, tak takut pada celaan' seperti Ustaz Hj Hadi Awang, Mat Sabu,
Bunyamin Yaakob dan lain-lain. Masih saya ingat, saya sempat melihat poster
'Amanat Haji Hadi' tergantung megah di rumah salah seorang hardcore PAS di
pedalaman Kedah. Sudah lama saya tidak ke rumah beliau, teringin rasanya nak
melihat semula poster itu. Ceramah-ceramah PAS pada
ketika itu memang hangat, memang panas dan selalu mendapat sambutan ramai.
Perbezaan akidah antara perjuangan PAS dan UMNO diterangkan satu persatu; dan
sama ada kita suka atau tidak, kejahilan
masyarakat terhadap sistem hidup dan sistem undang-undang Islam ketika
itu telah menyebabkan keluarnya kenyataan-kenyataan balas terhadap isu ini –
yang terang-terang boleh membatalkan syahadah, seperti: "HABIS TU, KALU SEMUA
ORANG KENA POTONG TANGAN, SIAPA PULA NAK GI MENOREH?" atau "HUDUD,
ZAMAN UNTA BOLEH LA!!". Bagi mereka yang menerima
pendedahan terperinci mengenai sistem hidup Islam, both hablum-minallah dan
hablum-minannas, mereka jadi kaget dengan ucapan-ucapan yang sedemikian. Kerana
mereka tidak punya kuasa untuk mengubah pemikiran orang, demi menjaga maruah
agama, nak tak nak mereka terpaksa bergerak dalam kumpulan atau jemaah mereka
sendiri. Di ketika itu jugalah
wujudnya apa yang dikatakan sebagai isu pulau memulau dan kafir mengkafir. Ini
ini termasuk juga isu sembahyang dua imam, sembelihan tak sah, akad nikah tak
sah menjadi lebih sensasi lagi bila media-media kerajaan turut sama menggembar
gemburkannya. Dan seperti biasa, PAS lah
yang dipersalahkan. Lantaran publisiti-publisiti yang berat sebelah itu,
wujudlah desakan-desakan dari - siapa lagi kalau bukan dari Tukang Kipas -
Tukang Kipas UMNO, mendesak agar PAS diharamkan! HASILNYA - UMNO TELAH
DIHARAMKAN PADA 4 FEBRUARY 1988!! Apa-apa pun, sambutan
masyarakat terhadap PAS dan juga kebangkitan idealisme perjuangan Islam makin
hari makin meningkat. Keadaan ini menyebabkan pihak-pihak yang berkenaan jadi
tak senang duduk, kata orang, "mandi tak lena tidur tak basah" -
semuanya serba tak kena [sebab tu peribahasa ni ditulis sebegitu rupa]. Di kemuncak keresahan
mereka, maka berduyun-duyunlah pemimpin-pemimpin PAS dicekup ISA pada tahun
1984. Antaranya ial ah Ustaz Abu Bakar Chik, Bunyamin Yaakob dan Mat Sabu serta
ramai lagi. Waran tangkap untuk Al-Syahid Ust Ibrahim Libya juga turut
dikeluarkan pada tahun tersebut. Tetapi, beliau berkeras untuk tidak menyerah
diri. Maka, buruan ke atasnya pun bermula!! Tidak ramai orang tahu ke
mana beliau menghilangkan diri; tetapi dalam pertemuan dengan salah seorang
sahabat dari Memali minggu lepas, saya diberitahu bahawa beliau bersembunyi
tidaklah begitu jauh - setakat Sik dan di sekitar Parit Panjang sahaja. Untuk
maklumam, di perkuburan Parit Panjang lah tempat al-syahid dan sahabat sahabat
kini bersemadi! Walau pun dalam keadaan
bersembunyi, al-syahid tetap pulang ke Memali menyampaikan kuliah kepada
sahabat2 rapatnya, cuma sudah tidak keluar berceramah. Orang mungkin bertanya,
kenapa beliau tidak mahu menyerah diri? Kata Pak Teh Mat Piah dalam buku
"Perisai Memali": "USTAZ IBRAHIM KATA,
DIA TIDAK AKAN SERAH DIRI, KERANA DIA TIDAK MELAKUKAN APA-APA KESALAHAN!!" [Sebetulnya, hingga ke
hari ini saya masih tertanya-tanya apakah kesalahan Ust Ibrahim Libya. Kalau
kita tengok mereka yg kena ISA macam Mat Sabu tahun 1984 tu, tak nampak pun
apa-apa kesalahan mereka. Wallah hu Aklam]. Saya pernah mendengar
seorang hamba Allah dari Baling berkata (lupa nama), "Ala, kalau Polis
betul-betul nak tangkap Berahing Libya, tak payah dok gi kepong rumah dia,
tunggu la dua tiga bulang, mesti dia keluar pekang Baling beli ikan masing ka,
apa-apa ka!". Mesti ada sebab lain yang menyebabkan pihak polis bertindak
sedemikan rupa. Ada dua cerita. Pertama: Cerita Musa Hitam Saya pernah menyimpan
keratan akhbar Utusan atau BH yang mengaitkan Musa Hitam dengan kejadian
Memali, tetapi sayangnya sudah hilang dari simpanan. Dikatakan orang bahawa
Musa Hitamlah yang bertanggungjawab mencetuskan tragedi itu untuk menjatuhkan
Mahathir. Menurut ceritanya, kalau orang Kedah sudah bencikan mahathir kerana
isu Memali, maka Mahathir akan jatuh di Kedah, dan secara otomatik kedudukannya
di Pusat juga tergugat, maka mudahlah Musa Hitam take over. Theori ini agak popular di
Kedah pada masa itu, terutamanya di kalangan orang-orang UMNO yang bersimpati
dengan mangsa Memali. Dua tiga minggu selepas kejadian, seorang sahabat
memberitahu saya, katanya Polis Hutan yang diarah ambush Memali tiba di Baling
dalam kegelapan pagi. Mereka diberi arahan untuk ambush 'Bandit' [Komunis].
Baling pada ketika itu memang terkenal sebagai tempat komunis bertandang. Ada
orang kampung yang terkenc*ng terserempak komunis ketika sedang menoreh. Kisah
komunis menyerang hendap trak2 askar di lereng bukit di Ulu Lenggong Baling
pernah menjadi berita utama sekitar awal 80an. Pasukan Polis hutan pun bersedia
untuk menyerang, peliknya bila hari sudah agak siang, kedengaran bunyi ayam
kokok dan bunyi orang bang; baru mereka perasan bahawa itu sebenarnya kawasan
kampung, bukan kem Bandit. Lalu, mereka pun menghubungi Kuala Lumpur meminta
kepastian, tapi diberi tahu "Ikut Arahan!". Dan, kata sahabat itu
lagi, "Arahan itu datangnya dari Musa Hitam". Wallah hu aklam. [Saya
sendiri tak pasti cerita ini, tetapi kerana itulah yang dibualkan orang pada
ketika itu, maka saya tuliskan di sini, percaya jangan, cuma ambillah cerita
ini sebagai pengajaran]. ENTAH BETUL ENTAH TIDAK,
ENTAH-ENTAH INILAH THEORY YG DICIPTAKAN OLEH DR MAHATHIR UNTUK MENJATUHKAN
DATUK MUSA HITAM KETIKA ITU! Kedua: Cerita Ketua Polis
Kena Tawan Apabila makcik dari Memali
menceritakan kisah Ketua Polis Baling kena tahan dan ditawan oleh orang-orang
kampung beberapa minggu sebelum hari kejadian, saya antara percaya atau tidak.
Ya, saya memang ada mendengar kisah ini sekitar tahun 1985 atau 1986 dulu,
tetapi bila saya mendengar dari mulut seorang anak Memali, saya termenung
seketika, sebab selepas kejadian Memali itu, 1001 macam cerita yang saya
dengar, saya tak pasti yang mana betul yang mana tidak. Pernah saya memberitahu
seorang sahabat bila ditanyakan cerita Memali; kata saya "CERITA YANG AKU
DENGAR DARI ORANG UMNO DAN ORANG PAS PUNYA 2 VERSI YANG BERBEZA, BAGAIKAN
BELAKANG DAN DEPAN TAPAK TANGAN, 180 DARJAH BERBEZA". Saya jadi pasti apabila
cerita Ketua Polis ditawan ini juga ada terdapat dalam buku "Perisai
Memali" tulisan CN Al-Afghani . Dua-dua ceritanya sama dari segi cara dan
sebab kereta itu ditahan. Sebuah van milik anak buah al-syahid telah ditahan
dengar drebarnya sekali kerana pihak polis menemui senjata tajam dalam van
tersebut. Ini menimbulkan kemarahan pada orang2 kampung , lantaran itu ada yang
bertindak sendiri-sendiri. Sebuah kereta ronda polis
ditahan ketika sedang membuat rondaan di sekitar Memali, anggotanya termasuk
Ketua Polis Baling telah ditahan sebagai tebusan. Orang-orang kampung mahukan
drebar van yg ditahan di balai polis itu dibebaskan sebagai tukaran. Menurut buku "Perisai
Memali", Ketua Polis itu sempat merasakan pedang tajam diletakkan di
tengkuknya. Menurut Makcik dari Memali itu pula, anggota polis itu diikat
matanya, dan ditempelang kiri kanan. Akhirnya, pihak polis bersetuju
membebaskan pemandu van itu sebagai ganti. Ingatkan cerita itu selesai kat ini,
tapi tidak. Dikatakan orang, rasa marah polis inilah yang menyebabkan habis satu
kampung Memali diamukkannya. Cerita Memali sudah jadi
sejarah, tetapi bagi makcik tersebut, ianya tak kan dapat dilupakan
selama-lamanya. Cara beliau bercerita seperti ada nada kesal kerana kaum
keluarganya telah ditembak tanpa bersenjata, dan kadang-kadang ada sedikit rasa
bangga di atas keberanian anak-anak kampungnya. Kata beliau, "Budak-budak
kampung Memali, tak leh kata la, berani sungguh - sekali tu, dema letak batang
pisang tengah jalan, tahan kereta perisai polis, lepas tu gi takei (tetak)
tayar kereta perisai tu". TU DIA HAIH - WALAU PUN
TAHU TAYAR KERETA PERISAI TAK LUT SENJATA, TAPI MEREKA BERANI - MASYAALLAH!! Secara peribadi, saya
merasakan bahawa tragedi penahanan Ketua Polis Baling ini lah yang mendekatkan
kampung Memali kepada tragedi berdarah 19 November 1985. Insyaallah, jika ada
kelapangan, saya akan menulis detail cerita semasa hari kejadian itu, termasuk beberapa
pengajaran-pengajaran penting yang boleh diambil untuk iktibar bersama. kita telah melihat
latarbelakang perjuangan al-syahid ust Ibrahim Libya dan keadaan politik negara
sebelum menjelangnya tragedi berdarah di perkampungan Memali tanggal 19 Nov
1985. Kita juga telah melihat bahawa al-syahid ust Ibrahim bukanlah pembawa
ajaran sesat seperti yang dicanangkan oleh puak-puak Toghut yg sampai hari
masih angkuh dan megah bertakhta bumi Malaysia ini. Kali ini, kita lihat pula
cerita pada hari kejadian. Pada hari Isnin 18 Nov
1985, pasukan Polis mula berkubu di perkampungan Memali -kelihatannya seperti
tidak akan berunddur lagi. Pada pagi Selasa, 19 Nov
1985, pada pukul 7 pagi, ketika mentari mula memancarkan sinarnya di kampung
yang bersejarah ini, pasukan keselamatan dari berbagai unit, PPH, Polis, FRU
dan sebagainya semakin ramai berkubu di Memali. TERTANYA-TANYALAH KITA,
SEMBAHYANG SUBUHKAH MEREKA PAGI ITU? Terfikir juga, jika
gelap-gelap subuh pun sudah ada di situ, mungkinkan benar cerita 'Musa Hitam'
seperti yang kita tulis dalam bahagian sebelumnya? Lebih kurang pukul 8 pagi,
rumah al-syahid sudah dikepung keliling. Dan entah dari mana, orang-orang
kampung dan anak-anak murid serta sahabat ust Ibrahim, tanpa diarah mula
mengambil tempat masing-masing; hampir seratus orang semuanya. Ada seorang
pakcik tua, walaupun beberapa hari sebelum kejadian, pernah diberi pesan oleh 'adik
beradik'nya supaya jangan pergi ke rumah ust Ibrahim pada hari kejadian, tetapi
beliau tidak peduli, yang haq tetap haq, tidak ada tolak ansur - sedangkan,
kalau ikut hati beliau boleh buat pilihan, kerana 'adik beradik' beliau yang
memberi pesan itu bukanlah calang-calang orang, YB Hj Seroji, ketika itu
mrupakan ADUN UMNO Kaw Bayu serta seorang Orang Kuat Balai dari Balai Polis
Baling!! Tak lama kemudian, kereta
perisai yang dibeli dengan duit cukai rakyat jelata mula mengambil tempat.
Kemudianya, loceng FRU seperti yg pernah kita dengar di Kg Rawa dan Majid
Arrahman mula dibunyikan dan diikuti dengan suara Polis meminta ust Ibrahim dan
rakan-rakan menyerah diri. Goncangan loceng 'Ding Ding Ding Ding' ini disambut
dengan laungan takbir: ALLAH HU AKBAR!! ALLAH HU AKBAR!! ALLAH HU AKBAR!! Berulang ulang kali -
bergema memecah keheningan kampung Memali berselang seli dengan bunyi loceng!!
Seperti biasa, syarat sah loceng ini mesti diikuti dengan tembakan gas pemedih
mata [tidak ada semburan acid pada hari itu, mungkin engineer-enginer di kilang
buat acid pada ketika itu masih tengah dok buat uji kaji lagi!]. Rasanya kalau
hari itu ada acid, hari itu juga depa pakai! Lemparan bom-bom asap ini
menyebabkan suasana menjadi kelam kabut; orang2 kampung yang selama ini hidup
aman damai, tak pernah kacau orang, tiba-tiba mendapati diri mereka dan kampung
tumpah darah mereka terkepung dalam kepulan asap hitam, bukan setakat
mengganggu penglihatan tetapi pedihnya menusuk ke lubang hidung. Ada yang balut
muka dengan kain, basuh muka dengan air, guni basah dll, tetapi laungan Takbir
'Allah Hu Akbar Allah hu Akbar' makin kuat bergema! Serangan bom asap
bertubi-tubi ini menyebabkan seorang budak pompuan jatuh pengsan. Melihat
mulutnya yg berbuih-buih, dan ingatkan sudah menemui ajal, seorang guru sekolah
bernama Cikgu Syafie, dengan pedang di tangan, dengan kalimah 'Allah hu
Akbar!!! - Allah hu Akbar!!!- Allah hu Akbar!!!', meluru ke arah
tentera-tentera toghut tersebut. "PANG!!", dan entah berapa kali
tembakan, maka gugurlah Cikgu Syafie sebagai syuhada yang pertama di pagi itu! Pertempuran antara
angkatan Toghut yang lengkap bersenjata dengan orang-orang kampung [Orang
Melayu, Orang Islam] yang cuma berbekalkan buluh dan kayu serta sebilah dua
pedang pusaka berterusan hingga ke pukul 12 lebih. Polis pun bukannya nak lawan
sangat, orang atas saja yang lebih; sekitar tahun 1985, seorang sahabat pernah
menceritakan kepada saya cerita dari saudaranya, seorang polis yang terlibat
dalam kejadian tersebut. Ketika pertempuran, beliau berselindung dicelah-celah
rumah atau tepi-tepi tangga kerana naik seram melihat buluh-buluh runcing
berterbangan di sana-sini. Ada budak-budak yang melastik ke arah polis. Saya
mendengar cerita mengenai biji guli yang digoreng dan digunakan sebagai batu
lastik. Sekitar pukul 12:30;
tentera toghut menghentikan asakan. Pengarah Hal Ehwal Keselamatan Dalam Negeri
dan Ketenteraman Awam, Datuk Yahya Yeop Adlan meminta diadakan rundingan dengan
orang-orang kampung . Beliau meminta mereka menyerahkan ust Ibrahim Libya,
tetapi salah seorang wakil penduduk kampong dengan penuh sopan memaklumkan
bahawa Tok Guru mereka tak buat salah apa-apa, jadi buat apa mereka nak
serahkan beliau. Datuk Yahya jadi serba salah, tapi dia tetap berkeras mahukan
Ustaz Ibrahim Libya. Rundingan tersebut akhirnya menemui jalan buntu. Sebaik-baik saja tamat
rundingan itu, kelihatan kereta Perisai PPH mula merempuh pagar dan bergerak ke
halaman rumah. Dalam buku "Perisai Memali" diceritakan bahawa Pakteh
Mat Piah, apabila melihat pihak polis dlm keadaan nak menembak Paksu Man,
lantas dia pun menyerbu ke arah Polis dengan pedang terhunus di tangan, dan apa
lagi meletup-letuplah senapang polis memuntahkan pelurunya ke arah Pakteh, lalu
rebahlah beliau ke bumi tetapi tidak sebelum pedang pusakanya sempat singgah di
badan salah seorang tentera toghut itu. Cerita yang saya dengar ;
dalam keadaan kelam kabut itu, ustaz Ibrahim Libya telah terkena tembakan.
Melihatkan Ustaz Ibrahim rebah, Paksu Man meluru ke arah beliau, tapi belum
sempat tiba, Paksu Man pula kena tembak di bahagian perut. Melihat Paksu Man
kena tembak, salah seorang saudara Paksu Man pun meluru ke arah beliau, dia
juga kena tembak, kalau tak silap di bahagian tangan. Dalam keadaan kelam kabut
itu, ramailah yang terkena tembakan. Bunyi senjata tentera toghut berdentam
dentum di celah-celah laungan takbir, "ALLAH HU AKBAR, ALLAH HU
AKBAR" berulang- ulang kali, begitu gamat sekali keadaannya. Saya mendengar dari mulut
seorang sahabat bernama Pak Man yang mendengar dari mulut sahabat karibnya yang
tercedera dalam pertempuran itu. Kata Pak Man: "Al-syahid tak henti-henti
melaungkan kalimah Allah Hu Akbar, Allah Hu Akbar, Allah Hu Akbar!. Bila dia
kena tembak, dia masih berdiri menjulang pedangnya sambil bertakbir Allah Hu
Akbar!, kemudian terjatuh berlutut, masih bertakbir Allah Hu Akbar!, kemudian
ditembak lagi, masih juga menyebut Allah Hu Akbar, berulang-ulang kali!!!" [Cara Pak Man bercerita
memang bersemangat, tak mampu saya bercerita seperti beliau]. Dalam buku Perisai Memali,
diceritakan bahawa sebaik-baik saja beliau rebah ke bumi, isteri al-syahid
datang memangku beliau. Beliau bertanya kepada isterinya "Apa yang
terjadi?". Isterinya menjawab, "Abang ditembak!". Kata beliau,
"Alhamdulillah!!". Itulah ucapan beliau yg terakhir sebelum beliau
dibawa pergi oleh tentera-tentera toghut itu. Saya melihat dalam footage video
Memali yang disiarkan tak beberapa hari selepas kejadian itu, di mana
ditunjukkan mayat al-syahid di atas usungan, dengan darah merah memenuhi tubuh
tetapi Cuma berseluar pendek. Masyaallah, buruk sungguh fitnah puak-puak toghut
ini! – Mana ada orang kampung yang pakai kain kat luar dan pakai seluar panjang
kat dalam!!!. SAYA TAK AKAN LUPAKAN CLIP
VIDEO ITU SAMPAI MATI!!! [Terutamanya pengacaranya
si Rais Yatim yang hari ini sedang rancak mencari publisiti untuk ke atas
semula. Berhati-hatilah dengan orang-orang seperti ini!] Di dalam video itu juga
ditunjukkan longgokan-longgokan senjata tajam yang kononnya digunakan dalam
tragedi itu, macam-macam ada - parang, golok, pisau, pedang dll. Kata seorang
anak mangsa Memali yang saya temui: "Dema (Polis) kutip habis pisou,
parang di kapong tu - pisou hak Mak dok buat hiris bawang pong dema kutip
sekali!!" SELURUH RAKYAT MALAYSIA
YANG TENGOK RAKAMAN VIDEO KEJADIAN TERSEBUT, SEMUANYA KENA TIPU HIDUP-HIDUP!! Serangan bertubi-tubi
tentera toghut itu berakhir sesudah 13 orang mujahid gugur syahid, ditembak
tanpa peri kemanusiaan, tanpa ada rasa belas kasihan. Maka berpisahlah mereka
dari dunia yang fana ini, menuju ke alam baqa yang menjanjikan ganjaran syuhada
untuk mereka yang ikhlas berjuang dan sanggup gugur demi menegakkan kalimah
Allah SWT yang hak di muka bumi ini. Selain Ustaz Ibrahim
Mahmud, turut gugur syahid di medan Memali itu ialah Ahmad Hassan, Cikgu Syafie,
Hj Abdullah, Abdul Manaf, Ghazali Mohd Saman, Mohd Radzki, Wan Abdullah, Mohd
Aroff, Zamri Md Isa, Abdullah Yasin, Mohd Daud dan Ahmad Bin Ismail. Ada 13 orang lagi yang
cedera parah, dan salah seorangnya meninggal dunia tak beberapa minggu selepas
kejadian. Tentunya sedih anak-anak
dan isteri-isteri yang ditinggalkan, apatah lagi setelah suami-suami mereka
dibunuh hidup-hidup, mereka pula yang diangkut ke jel-jel berdekatan tanpa
belas kasihan. Di akhir peristiwa, sekitar 161 orang telah ditangkap dan
ditahan; kalau nak tau cerita detailnya, bolehlah dating berjumpa salah seorang
di antara yang ramai-ramai ini, mereka boleh cerita apa yang sebenarnya
berlaku. Anak-anak Memali walaupun
sedih dengan pemergian ayahanda tersayang tetapi tetap berbangga dengan
keberanian orang tua mereka. Kata salah seorang dari mereka: "Pak baru
kelik (balik) dari motong, raga pisou motong dok di pinggang lagi. Dia tengok
orang ramai di rumah Mang (ust Ibrahim), dia pong gi sama. Gi Gi tu ka, tak
Kelik Kelik Dah!!". Walau apa pun yang pernah
ditulis oleh media massa, insyaallah sejarah akan membuktikan siapa yang benar,
siapa yang salah - kerana itu saya tidak berminat untuk menulis kisah bagaimana
seorang dua anggota polis terbunuh atau cedera parah dalam kejadian itu -
kerana sesungguhnya salah seorang daripada anggota polis yang terbunuh itu
punya hubung kait adik beradik dengan saya. Minta maaf saya tidak dapat komen
bab ini, tapi one thing for sure, walau pun sudah 13 tahun tragedi itu berlalu,
tetapi rakyat jelata terutamanya anak-anak Memali masih berharap agar mereka
yang bertanggungjawab dalam kejadian itu akan di hadapkan ke muka pengadilan.
Seorang anak Baling, penyokong UMNO pernah menceritakan harapan beliau apabila
DSAI jadi PM, mungkin cerita Memali akan dibongkar semula. Tapi, nampaknya
harapan beliau cuma tinggal harapan! ANAK-ANAK MEMALI TERUS
MENANTI DAN MENANTI, DENGAN PENUH HARAP DAN HAMPA BERDEGAP!! Sebelum menulis Memali,
saya telah berkunjung ke kawasan perkuburan syuhada Memali, di Parit Panjang dengan
harapan agar kunjungan itu akan dapat memberi inspirasi kepada saya dalam
penulisan cerita-cerita Memali ini. Dan sebelum mengakhiri tulisan ini, saya
telah ditakdirkan untuk hadir dalam satu majlis ceramah/tazkirah ramadan oleh
ust Ismail Mahmud, adik kepada al-syahid ustaz Ibrahim Libya di sebuah masjid
berdekatan. Betullah kata orang, ke mana tumpahnya kuah, kalau bukan ke nasik -
cara pidato beliau yang berapi-rapi menyeru hadirin kepada jihad menyebabkan
bulu roma saya meremang sepanjang ceramah. Lapang-lapangkan masa anda untuk
menghadirkan diri ke kuliah atau ceramah beliau bila berkesempatan! Meneruskan cerita Memali,
Sebagai penutup, ada baiknya kita perhatikan beberapa pengajaran yang boleh
diambil daripada tragedi berdarah ini: Antaranya, peristiwa di perkampungan
Memali itu seharusnya menjadi iktibar kepada semua pencinta-pencinta Islam
bahawasanya dalam perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini
bukanlah semudah dan se'ideal' yang kita sangkakan. Perjuangan ini memerlukan pengorbanan,
dan pengorbanan di bumi Memali adalah pengorbanan nyawa dan badan! MUNGKIN BENAR ISLAM TIDAK
AKAN NAIK MELALUI MATA PEDANG, TETAPI ISLAM JUGA TIDAK AKAN HANCUR MELALUI MATA
PELURU!! Saya mendengar cerita dari
Memali mengenai seorang hamba Allah, yang cakapnya berdegar-degar dan antara
yang paling lantang sebelum kejadian - tetapi bila berlaku pertempuran,
beliaulah yang pertama lari lintang pukang, menyusup naik ke rumah seorang
pakcik di kampung tersebut. Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana
sememangnya sejak zaman Rasulullah lagi, memang terdapat puak-puak munafik di
kalangan kita! SAMPAI MATI PUN,
PEMERINTAHAN ISLAM TAK AKAN TERLAKSANA DI BUMI MALAYSIA INI SELAGI ORANG ISLAM
DARI BANGSA MUNAFIK MASIH TERUS MEMEGANG TAMPUK PEMERINTAHAN!! . Saya juga mendengar cerita
mengenai seorang hamba Allah di kampung itu [orang atas pagar] yg jenis makan
kiri kanan; kiri pun dia pi, kanan pun dia pi. Ada kemungkinan beliaulah antara
yang jadi tukang cucuk dalam kejadian itu. Beliau masih ada di kampung itu
hingga ke hari ini, tetapi orang kampung sudah tak pedulikan beliau lagi. Ini
menunjukkan bahawa dalam masyarakat kita memang ada puak-puak semacam ini; kita
seharusnya berhati-hati dengan orang atau kumpulan seperti itu! SUKA KA TAK SUKA KA,
MEMANG ADA BERIBU ORANG ATAS PAGAR DALAM MASYARAKAT KITA! SUKA KA TAK SUKA KA,
ADALAH MENJADI KEWAJIPAN KITA UNTUK MERUNTUHKAN 'PAGAR-PAGAR' ITU, SEHINGGALAH
MEREKA TERPAKSA MEMILIH, NAK KE SEBELAH SINI ATAU KE SEBELAH SANA!! Saya juga mendengar cerita
lucu mengenai seorang Cina yang dipanggil "Panjang " yang lari
lintang pukang, menyusup naik ke rumah seorang makcik di kampong tersebut.
Beliau ketika itu sedang membawa traktor membajak di sawah berhampiran. Bila
ditanya apasal beliau lari? Jawab beliau, "Aya….Wa Takut Lo…Nanti Polis
Tangkap Wa….Wa Takut Polis Ingat Wa Kominis!!". Baling ketika itu memang
pun terkenal dengan komunis. Kisah ini mengajar kita mengenai "cara dan
tindak tanduk" orang-orang depa bila berhadapan dengan keadaan yang
sedemikian. TRAGEDI BERDARAH DI
INDONESIA 12-14 MEI 1998 APABILA ORANG-ORANG MEREKA LARI BERTEMPIARAN MEMBAWA
DIRI SEHELAI SEPINGGAN KE NEGARA KITA, SINGAPURA DLL ITU CUMALAH SATU ULANG
TAYANG CERITA LUCU DI KAMPUNG MEMALI BERKENAAN!! Saya pernah singgah
bersembahyang di masjid berhadapan perkuburan Memali berdekatan roundbout Parit
Panjang. Menurut cerita, Sultan Kedah turut memberi sumbangan pembinaan masjid
tersebut atas dasar prihatin Baginda kepada tragedy Memali. Banyak lagi cerita
yang berkaitan dengan Sultan Kedah ini yang tak dapat diceritakan di sini. BUKAN SEMUA 'ORANG ATAS'
BUTA PERUT - ADA JUGA YANG BERSIMPATI DENGAN GOLONGAN YANG IKHLAS BERJUANG
UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ DI MUKA BUMI!! Saya juga mendengar cerita
mengenai anggota Polis yang berasal dari Baling yang kena kerja di luar daerah
Baling kerana beliau ada sangkut paut adik beradik dengan orang kampung Memali.
Sekali tu, beberapa minggu sebelum kejadian, ketika beliau sedang makan di
gerai/restoran dengan Orang-Orang Atas Polis, tiba-tiba ada sorang org kampung
dia datang join. Nak jadi ceritanya, orang kampung dia niadalah antara yang
sedang dicari-cari Polis (Wanted List); gelabah dia. Macam-macam isyarat dia
bagi suruh si mamat tu belah, tapi si mamat tu tak paham-paham. Nasib baik polis-polis
yang lain tu tak perasan, kalau tidak, si mamat itu tentu dah kena tangkap hari
itu juga. Sebetulnya, ramai Polis-Polis di Baling adalah anak jati Baling.
Seorang polis pernah bercerita kata mereka sendiri tak 'berani' nak ronda di
kawasan Memali sebelum kejadian. Rasanya, bukan 'tak berani' tapi lebih kepada
rasa simpati kepada saudara mara sesame daerah. Maka itu, tidak hairanlah bila
pasukan polis yang dipanggil untuk menyerang perkampungan Memali di'import'
khas dari luar daerah Baling. Kata seorang hamba Allah dari Baling: "Cuba mu tengok, dema
(mereka) bawak mari Polis Hutan dan Komando dari Perak (Ulu Kinta); pasal apa
dema tak panggil Polis Hutan dari Sungai Petani? – sebab Polis-Polis di Sungai
Petani kenal siapa dia Ustaz Ibrahim Libya. Dia tu Tok Guru, bukannya orang
jahat!!". NAK TAK NAK, KITA KENA
TERIMA REALITI HIDUP DI MALAYSIA - BAHAWASA NYA MASTERMIND-MASTERMIND KAT
ATAS SANA LEBIH KE DEPAN DALAM BANYAK HAL. POLIS, FRU, POLIS HUTAN, ASKAR,
KETUA KAMPUNG, JKKK DAN RAKYAT MARHAIN MACAM KITA NI CUMALAH BUAH-BUAH CATUR
PADA PANDANGAN MEREKA!!! Saya juga mendengar cerita
mengenai Kubur Wangi dan Serban Wangi. Diceritakan orang kubur para syuhada di
perkuburan Islam Parit Panjang itu pernah mengeluarkan bau yang harum. Cerita
ini telah diceritakan dari mulut ke mulut. Kemudiannya pula, beberapa tahun
yang lalu, muncul pula cerita bahawa serban seorang sahabat yang digunakan
untuk membalut luka al-syahid pada hari kejadian, dan kemudiannya digantung di
rumah beliau sebagai kenangan (tanpa mencuci darah itu), telah mengeluarkan bau
yang harum setelah bertahun-tahun tergantung di situ. Kata makcik yang
menceritakan kisah ini: "Habis lebik (lunyai)
orang pakat berebut gi cium serban tu!". INI MENUNJUKKAN BETAPA
RINDU DAN SETIANYA PENGIKUT-PENGIKUT AL-SYAHID KEPADA BELIAU. SEMANGAT WAJA
MEREKA TAK PERNAH LUNTUR WALAU PUN KAMPUNG MEREKA PERNAH DIREMPUH KERETA
PERISAI DAN DILANDA HUJAN PELURU!! Dua tiga bulan selepas
tragedi, bila ditanya mengenai isu kubur wangi ini, Allahyarham Pak Ya, seorang
hardcore UMNO di pedalaman Baling berkata: "Apa tak wanginya. Cuba mu gi
tanya kedai-kedai Cina di Pekan Baling tu, berapa botol minyak wangi dema (org
kampung) gi beli, gi soh (tuang) atas kubur Memali tu!". Seorang lagi Pakcik tua,
orang lama UMNO, bila saya tanya cerita ini, beliau berkata: " Ala, puak-puak
Memali tu ramai dok gi Kelantan. Dema gi beli minyak wangi di Kelantan, bawak
kelik sini, gi bubuh di kubur tu". Bila timbul pula cerita Serban Wangi,
saya tanya pula seorang lagi Pakcik UMNO; kata beliau: " Ala, serban tu,
bubuh minyak wangi hak dema bawa kelik (balik) dari India Pakistan tu.
Puak-puak ni ramai yang dok gi ngaji sana." NASIB BAIK DEPA TAK TAHU
NAK SEBUT PERFUME-PERFUME MACAM ESTEE LAUDER KA, FRAICHE COLOGNE KA, JEAN
D'ASTRESS KA, APA-APA KA. KALAU TIDAK TENTUNYA TERGELIAT LIDAH PAKCIK-PAKCIK
INI NAK MERIWAYATKAN CERITA ITU KEPADA SAYA!! Apa-apa pun,
pengajarannya: Apabila berhadapan dengan golongan atau pun kumpulan orang Islam
yang suka bermain dengan logik akal ini, usahlah menghabiskan masa berdebat
dengan mereka. Apa sahaja yang mereka katakan, usahlah disimpan di dalam hati; adalah lebih baik kita tadahkan
tangan ke langit, dengan hati yang penuh ikhlas mohonkan sekalung doa moga
Allah SWT menurunkan hidayah kepada mereka, kerana sesungguhnya Mereka-Mereka
Itu Tidak Mengetahui...Sekian Kisah Memali Versi Rakyat Marhain KRONOLOGI MEMALI - Rahsia PDRM 11/8/2000 6:14 pm Fri Saya ingin merakam ucapan
terima kasih kepada "Sukusakat Wali Songo". Kerana menterjemah
artikel dalam bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia. Berikut adalah isi
terjemahan tersebut. Ia boleh juga dibaca di laman minda rakyat. Berikut adalah satu
artikel dalam suratkhabar Kayhan International bertarikh 22 Disember 1985 yang
masih saya simpan (sejak 15 tahun yang lalu). Berikut adalah isi artikel
tersebut tanpa beberapa section yang tak signifikan kerana tak larat nak taip.
Tujuan artikel ini diterbitkan sekarang kerana ada ciri-ciri yang menarik yang
akan saya ulas menyusul nanti. Terdapat banyak persamaan kes ini dengan kes Al
Ma'unah dan kes AI - iaitu beberapa pihak diberi arahan yang 'mengelirukan'
serga pihak yang tiak bersalah diperangkap oleh 'misinformation' ini sehingga
mengakibatkan insan-insan tertentu dihukum, dibunuh, atau diaibkan sebegitu
rupa. Komen saya akan menyusul... Insya-Allah. Yang penting polis sudah
dirobotkan oleh Mahathir yang berada di Cina pada waktu tragedi ini dan PDRFM
Bukit Aman menyempurnakan rancangan Mahathir. Siapakah ketua polis masa itu?
Cuba teka! OPERASI HAPUS DI MALAYSIA Saya mengirimkan satu
liputan khas mengenai Memali. Ia bersangkutan dengan tragedi Baling dengan
harapan anda akan menerbitkannya dan menyibarkannya seluas mungkin. Disebabkan
masalah keselamatan saya lebih selesa kekal tanpa nama. BALING, ialah sebuah
daerah di Kedah yang terletak di utara Malaysia. Daerah ini pernah mengalami
pelbagai pengalaman tragedi yang dicetuskan oleh Parti Komunis Malaya yang
diharamkan itu, walaupun ia menerima sokongan kerajaan Cina yang berpusat di
Peking. Apakah satu keanihan, tragedi yang terjadi pada 19hb November, 1985 di
Baling itu berlaku ketika Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohammad
sedang melakukan satu kunjungan rasmi di China? Tragedi ini telah
mengorbankan empat belas nyawa orang Islam yang mati syahid kerana mereka lebih
rela memilih jalan syahadah daripada jalan sekularisme. Orang yang lebih
memilih jalan kebenaran daripada akur kepada kekerasan telah turun terkorban
nyawanya. Beliaulah al Syahid Ibrahim Mahmud. Latar belakang Al-syahid Ibrahim
Mahmud Ibrahim berumur 43 tahun ketika itu dan amat dihormati oleh masyarakat
di Kampung Memali, yang termasuk dalam Mukim Siong, Baling. Beliau memang merupakan
seorang yang banyak pengalaman dan berpendidikan Islam yang cukup tinggi.
Beliau lulus daripada Universiti Al Azhar dan kemudiannya melanjutkan
pelajarannya lagi di India dan Libya. Sebaik pulang ke tanah air, Al Syahid
Ibrahim telah berkhidmat sebagai pegawai pendakwa di Bahagian Agama di Jabatan
Perdana Menteri. Ketika itulah beliau kerap
memberikan ceramah agama Islam di Telivisyen Malaysia. Ibrahim merasa terganggu
dengan sistem pemerintahan negara, lantas berhenti kerja untuk memulakan kelas
agama di kampungnya di Memali. Ini diikuti oleh pembukaan sebuah sekolah agama
di kampung itu untuk memberikan khidmat yang lebih luas kepada masyarakat
Islam. Kerana kesedaran akan adanya konspirasi yang dicetuskan oleh golongan
neo-kolonis terhadap ajaran Islam yang benar, Ibrahim Mahmud mengambil langkah
untuk menganggotai PAS. Ibrahim telah
menyumbangkan khidmatnya kepada parti politik itu dan memperkenalkan pendekatan
universal yang memberikan ruang yang luas kepada parti yang berfahaman sempit
menjadi satu pergerakan Islam yang mampu menyatupadukan masyarakat Islam yang
sanggup hidup dan mati kerana Islam. Ibrahim telah menyemarakkan semangat jihad
dan kepentingan kepimpinan golongan ulama sebagai pra syarat kepada
kecemerlangan Islam, kebebasan dan perpaduan. Dia amat yakin bahawa Islam akan
menjadi lebih bermakna dalam sebuah negara Republik Islam. Pada 1978, Ibrahim telah
bertanding atas tiket PAS di kawasan Bayu-Baling. Beliau berjaya meraih
5,081 undi berbanding 6,169 undi yang diraih oleh calon Barisan Nasional. Pada
pemilu 1982, Ibrahim tewas kepada calon BN dengan han ya 100 undi. Ibrahim
merupakan seorang ayah yang penyayang dan menghormati golongan wanita. Hidupnya
sungguh bersahaja. Memang jelas, beliau adalah lambang seorang insan yang
bersih kehidupannya di kalangan satu masyarakat tani yang termiskin di
Malaysia. Ibrahim pernah ditawarkan
beberapa jawatan penting dalam sebuah parti politik yang bukan Islam seandainya
dia sanggup mengenepikan golongan miskin dan melata. Menepati nawaitu hidupnya,
beliau telah menolak semua itu yang dianggapnya sebagai syurga dunia kerana dia
lebih senang merapati golongan yang mendekati Allah. Kerana itu dia kerap
didatangi ancaman hidup beberapa kali yang mahu memerangkapnya dan membunuhnya.
Semua itu dipinggirkannya
sahaja sebagai sesuatu yang tidak penting. Selepas pemilu 1982, satu arahan
untuk menahan Ibrahim di bawah akta ISA yang menjijikkan itu telah dikeluarkan
oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negara. Kesannya telah mengejutkan pihak yang
berkuasa. Ribuan penyokong Ibrahim telah menjadikan surat arahan penangkapan
itu sebagai secebis kertas yang tidak bermakna apa-apa. Rancangan untuk
menangkapnya telah berakhir dengan kematainnya yang diiktiraf sebagai mati
syahid bersama 13 orang sahabat dan pengikutnya. Mereka telah mati di gtangan
segerombolan penembak upahan yang tergolong ke dalam golongan yang suka
berpoya-poya. Allahuahbar, Allahuakbar,
Allahuakbar. Berikut adalah catatan
terperinci mengenai perkembangan di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling yang
berkesudahan dengan terkorbannya 13 nyawa bersama Al Syahid Ibrahim Mahmud.
Catatan yang dipaparkan di sini merupakan rakaman computer daripada Signals
Division pasukan PDRM yang mengikuti perjalanan tragedi Baling itu untuk
maklumat perdana menteri. Di sini dicatitkan juga fakta mereka yang tercedera
dan mereka yang berjaya melepaskan diri daripada kepungan pihak polis. TOP SECRET : 001: Pada jam 1935 Hrs. (18/11/85) Berpusat di Kem Pasukan
Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3600 anggota polis daripada pelbagai bahagian
termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi Prak, Anggota Polis beruniform, Commando
69, sudah bersiap siaga untuk menerima arahan. Kunpulan ini diletakkan di bawah
arahan seorang pegawai tinggi Ibu pejabat di Bukit Aman dan dibantu oleh
beberapa pegawai daripada Bukit Aman Kedah, Perlis, dan Penang. 002: Tepat Jam 1945 (18/11/85) Pegawai tinggi yang memerintah
daripada Bukit Aman telah mengeluarkan arahan bahawa kumpulan yang
bersiap-siaga itu akan menyerang hendap satu kem komunis dalam daerah Baling
yang berdekatan dengan sempadan Thailand. 003: Pada Jam 2005 (18/11/85) Berlaku satu keributan di
bilik operasi Sungai Petani di antara Pegawai Berkuasa pasukan Polis Hutan
Sungai Petani dengan Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Kekalutan ini
berasaskan arahan palsu yang telah dikeluarkan. Arahan menyerang dan membunuh
penghuni 'kem komunis' itu seberanya disasarkan ke arah Ibrahim Mahmood,
pengikutnya dan sesiapa juga yang hadir di Madrasah yang dibina oleh orang
kampung di situ. Pegawai yang mengetuai pasukan Polis Hutan itu telah memberi
penerangan kepada Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman betapa Ibrahim Mahmud
dianggap oleh para pegawai pasukannya sebagai seorang ulama yang berwibawa.
Malahan ramai di kalangan mereka adalah penuntutnya. Dilema yang tercetus ini
mencetuskan satu suasana yang hening dan sunyi-sepi. 004:(18/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit
Aman telah mencuba menghubungi Penolong Pesuruhjaya Polis di Bukit Aman, tetapi
gagal. Kemudian dia berjaya menghubungi Musa Hitam yang ketika itu menjadi
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Hutan Sungai
Petani telah diberikan laluan untuk bercakap dengan Musa Hitam. Beliau telah
merayu kepada Musa Hitam dan membuat penjelasan betapa Ibrahim Mahmud adalah
seorang ulamak yang disegani dan telah banyak berjasa dalam usaha menaikan
taraf hidup masyarakat Memali. Malahan, Ibrahim Memali
sudah terkenal dan dihormati oleh para sahabat dan lawan. Tetapi, akhirnya
diketahui juga Musa Hitam telah memberikan arahan agar serangan itu diteruskan. Nota Khas: Kebanyakan anggota polis
yang terbabit dalam operasi ini adalah mereka yang bukan beragama Islam.
Operasi Khas ini telah diberi-nama "Operasi Hapus" oleh Musa Hitam. 005: Jam 2045 (18/11/85) Sebuah majlis keraian
telah diadakan di sebuah padang terbuka di Kem Polis Hutan di Sungai Petani. Di
sana minuman bir dan minunam keras (arak) telah disediakan kepada semua unit.
Namun, ada juga segelintir anggota Pasukan Polis Hutan itu yang tidak minum. 006: Jam 2147 (18/11/85) Pegawai pemerintah operasi
telah menerima mesej melalui wireless. Mesej yang dierima mengatakan betapa 10
orang komando polis hutan telah berjaya masuk kawasan Memali dan telah pulang
dengan laporan penuh. Laporan itu adalah mengenai pergerakan masyarakat yang
menghuni Madrasah tajaan Ibrahim Mahmud, yang sudah pun disahkan sebagai
sasaran serangan polis itu. 007: Jam 21.47(18/11/85) Semua unit telah bergerak
di bawah pimpinan lapan pegawai muda. Mereka bergerak memasuki Baling dengan
menggunakan dua kereta perisai. Pegawai pemerintah Unit Sungai Petani tidak
menunjukkan minatnya ketika itu. Di waktu yang sama, Ibrahim Mahmud sedang
memberikan kuliah kepada 50 orang penuntut yang hadir. Kuliah itu berlanjutan
sehingga jam 23.45. Setelah selesai ada juga penuntutnya yang pulang ke rumah
mereka sedangkan yang lainnya tidur bermalam di Madrasah itu. 008: Pada Jam 24.00 (18/11/85) Pegawai pemerintah
daripada Bukit Aman telah menerima arahan terakhir mengenai 'Operasi Hapus'
itu. Ketika itu berlaku sedikit kekesalan di kalangan pasukan daripada Sungai
Petani. Mereka mahukan operasi itu dilakukan dengan mengadakan sekatan dan
kepungan untuk mendesak Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ketika itu ditaksirkan,
tindakan mengepung itu mungkin membawa kesan hanya selepas tiga bulan. Cadangan unit Sungai
Petani itu telah disanggah oleh Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman. Beliau
telah disokong oleh pegawai lain yang datang daripada Bukit Aman, dan juga OCPD
Baling. Mereka berpendapat bahawa strategi yang melecehkan itu mungkin
membabitkan pergeseran di antara pihak polis dengan anggota tentera yang
berkhemah di sempadan Malaysia/Thai di Sik dan Baling. Kecurigaan mereka ini
muncul kerana 90% anggota tentera yang disebutkan itu memang menyokong
pergerakan Islam dan juga Ibrahim Mahmud. Keadaan kelam kabut muncul lagi. Sekali lagi Musa Hitam di
hubungi. Pada kali itu, pegawai yang berkuasa diberitahu bahawa Musa Hitam
tidak dapat di hubungi kerana beliau telah pergi ke sebuah hotel di Kuala
Lumpur. Di waktu yang sama Timbalan Menteri hal Ehwal Dalam Negeri, Radzi Ahmad
sedang mengikuti perkembangan dengan berada di Ibupejabat Polis Penang. Beliau
sedang mengikuti perkembangan 'Operasi Hapus' itu. Tidak berapa lama
kemudiannya Musa hitam telah menghubungi pihak polis dengan suara yagn seolah
marah dan rasa terganggu. Musa tidak banyak bercakap cuma mengeluarkan
perintah untuk melakukan operasi penghapusan walaupun ia bermakna secara
menyeluruhi Negeri Kedah. Catatan di Kampung Memali: Seorang pemandu motorsikal
dilihat berhenti di hadapan pintu-gerbang rumah yang dihuni oleh Ibrahim
Mahmud. Seorang muda dilihat berlari ke arah pintu rumah itu meminta kebenaran
untuk masuk. Dia telah memberitahu penghuni rumah itu betapa dia ternampak satu
kumpulan polis yang ramai di Baling setibanya di pekan itu. Ibrahim Mahmud
telah dikejutkan dari tidurnya. Begitu juga halnya dengan 39 orang lain yang
telah berjaga malam di Madrasah itu sebelumnya. Mereka dikerah bersiap sedia
untuk mempertahankan diri. Mereka mula mengumpulkan
segala alat yang ada di rumah kampung seperti kapak, pisau, buluh runcing dan
sebagainya. Yang lebih berani telah membuat bom Molotov pula. Dengan lain
perkataan, setiap insan di situ ada alat senjata yang boleh dipergunakannya. Dalam kumpulan yang
bertahan itu ada empat kanak-kanak dan lima kaum wanita. Ibrahim telah mengajak
para pengikutnya untuk berwuduk daripada sebuah telaga yang berhampiran. Mereka
telah melaksanakan solat sunat dan juga solat hajat. Mereka membaca Surah Yasin
dan berzikir. Ibrfaham Mahmud kemudiannya memberi ucapan betapa beliau lebih
rela bersyahadah daripada menyerahkan dirinya untuk dijadikan alat merka yang
mahu menaikkan semangat nasionalisme. Ibrahim telah meminta sesiapa yang curiga
dengan hasratnya itu meninggalakan kumpulan mereka. Tidak ada sesiapa yagn mahu
berganjak daripada tempat duduknya. Laungan Allahuakbar mula
bergema, bertalu-talu dan memecah keheningan Kampung Memali. Yang hadir lebih memilih jalan 'syahid'
daripada terus hidup mengabdikan diri ke jalan yang hina. Di waktu yang sama di
Stesen Polis Daerah baling, segala persiapan untuk menyerang kampung Memali
semakin dipercepatkan. Semua itu dilakukan oleh kebanyakan anggota polis yang
telah mabuk ataupun tidak keruan fikirannya. 009: Jam 0100 (19/11/85) 3,600 (Tiga Ribu Enam Ratus)
anggota polis bersama pegawainya telah tiba di Kampung Memali. Mereka lengkap
bersenjata automatik dan tiba dengan kereta perisai. Mereka mula mengepung
kampung itu. Ketika itu Musa Hitam tentu sekali masih lagi berada di hotel
kerana dia tidak dapat dihubungi. Semua urusan komunikasi
dilakukan pula dengan timbalannya yang bertahan di Ibupejabat Polis di Penang.
Kebanyakan anggota polis yang tiba di Kampung Memali itu masih lagi beranggapan
merka akan menyerang sebuah kem komunis. Itulah maklumat yang diberitahu kepada
mereka oleh Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Di waktu yang sama kumpulan daripada
Sungai petani hanya kecil sahaja dan masih samar akan tugas mereka. 010: Jam 0300 (19/11/85) Kampong Memali telah
dikepung seluruhnya oleh pihak polis. Polis yang beruniform ditugaskan membuat
sekatan jalan raya. Pasukan Polis Hutan telah diarahkan ke bahagian Selatan.
Pasukan FRU (Polis Gerak Khas: kaki-pukul) diarahkan ke bahagian utara. Pasukan
Komando 69 (Polis Hutan) telah dikerahkan di bahagian belakang rumah Ibrahim
Mahmud yang juga merupakan sekolah agamanya. 011: Jam 0336 (19/11/85) Pegawai Tinggi daripada
Bukit Aman yang memerintah Operasi Hapus itu telah bercakap menggunakan
pembesar suara. Dia mahukan Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ibrahim Mahmud
berbincang dengan penghuni rumahnya itu. Mereka membuat pendirian untuk tidak
menyerah diri walaupun pasukan yang dating itu berpakaian seragam melambangkan
wakil negara. Mereka bertakbir dan laungan Allahuakbar mula berkumandang
semula. 012: Jam 0400 pagi (19/11/85) Satu kumpulan manusia yang
berjumlah 30 orang termasuk wanita dan kanak-kanak tiba-tiba muncul daripada
bahagian utara . Mereka berlari di tengah-tengah benteng pasukan Polis Hutan
dan juga Komando 69 dan membawa senjata tajam yang sering mereka gunakan ketiak
bertanam padi. Mereka cuba memasuki rumah Ibrahim Mahmud untuk memberikan
sokongan. Anggota pasukan Komando 69, yang masih lagi mabuk dan kurang
berdisiplin itu telah menembak ke arah penduduk kampung yang sedang berlari
itu. Tetapi, mereka tersalah sasar, maklumlah kerana masih mabuk lagi. Namun tindakan mereka itu
membuatkan orang kampung berpatah balik kerana ketakutan. Tindakan melulu
Pasukan komando itu telah mengena seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan. Seorang pegawai rendah dan
juga seorang konstabel pun turut terkorban. Tembakan ke arah orang kampung yang
tidak berdosa oleh satu pasukan yang khayal telah tersesat kepada badan pasukan
kawan sendiri. Satu perundingan telah diatur untuk menenangkan keadaan. Operasi
mengepung masih lagi berkuatkuasa. Tetapi, beberapa pegawai daripada Alor Star
telah meminta agar pengepungan itu dibatalkan sahaja. Mereka telah mengambil
iktibar daripada kematian tiga orang sendiri disebabkan tindakan yang songsang.
Permintaan mereka telah ditolak oleh pegawai pemerintah. BABAK DUA 013: Jam 0521 (19/11/85) Azan subuh berkumandang di
rumah Ibrahim Mahmud. Suara yang sungguh sayu itu menjentik sentimen anggota
polis daripada Alor Star. Mereka semakin mencurigai matlamat operasi polis itu.
Ibrahim Mahmud mengimamkan solat pagi itu dan suaranya semakin jelas ketika
itu. Di waktu itu Pegawai pemerintah Operasi telah mengeluarkan arahan agar
pasukannya mula menyerang. Beliau telah ditentang oleh pegawai yang beragama
Islam. 014; Jam 0559 (19/11/85) Solat Subuh pun selesai
dan pengepungan diketatkan lagi. Tiba tiba, satu kumpulan orang kampung muncul
untuk memasuki perkarangan rumah Ibrahim Mahmud. Mereka terpaksa menentang
pasukan Polis Hutan. Mereka menyerbu ke rumah Ibrahim bersenjatakan senjata
kampung dan sambil menggenggam tangan merka melaungkan Allahuakbar. Melihatkan
perbuatan orang kampung itu pegawai pasukan Polis Hutan mengarahkan pasukannya
untuk berundur dan tidak menentang mereka. Mereka hanya diarahkan bertahan
sambil bersiap sedia sahaja. Masa terus berlalu,
operasi untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud itu semakin menyerlahkan
kejijikannya. Keadaan hari yang semakin siang telah menyerlahkan betapa operasi itu bertujuan melindungi
rahsia kejijikan perancangannya. Kini, unsur kerahsiaan itu telah terdedah sama
sekali. Nota Khas: Sebelum operasi itu
dilancarkan ramai pemimpin beragama Islam telah ditangkap. Kita boleh menyoal
diri kita apakah keheningan malam telah mampu menggelapkan kejijikan operasi
semacam itu ? 015: Jam 08.15 (19/11/85) Setelah mendapat kelulusan
timbalan menteri hal ehwal dalam negeri pegawai pemerintah operasi telah
memberi arahan agar dua kereta perisai mula menyerang rumah Ibrahim Mahmud.
Mereka telah dihalang oleh bajingan bom molotov. Ini membuatkan pasukan
polis itu berundur sambil terus memuntahkan peluru senjata automatik ke arah
rumah yang dikepung itu. Di waktu yang sama empat orang wanita dan tiga orang
kanak-kanak berlari keluar rumah itu. Mereke diarahkan oleh Ibrahim agar
melarikan diri. Mereka telah dikepung dan ditangkap oleh pihak polis dan
dihumbankan ke dalam trak polis yang diawasi oleh anjing penjaga. Ketika itu
juga serangan diteruskan. Tembakan pihak polis disambut dengan laungan Allahuakbar sahaja secara
berterusan. 016: Jam 11.05 (19/11/86) Komando 69 diarahkan
menyerang rumah Ibrahim. 017: Jam 1136 (19/11/85) Pasukan Komando 69 telah
menyerbu masuk dengan senjata yang dipetik. Berlaku beberapa pergelutan di mana
Ibrahim dan orang-orang yang masih bertenaga terus melawan. Ada juga ahli rumah
yang keluar untuk berlawan dengan anggota polis di kawasan halaman. Polis terus
menembak mereka walaupun mereka sudah tidak bersenjata lagi. Hanya Allahuakbar
yakin mampu mereka ucapkan sehinggalah nyawa hilang dalam perjuangan itu. Ramai yang mati sedangkan
ada juga bilangannya yang cedera teruk sahaja. Beberapa orang anggota komando
telah menyerang Ibrahiml Beliau telah melawat merka dan mampu membunuh salah
seorang yang menyerangnya. Tetapi beliau terkorban akhirnya setelah dada
sebelah kanannya dituju berpuluh kali. Ibrahim gugur dengan genggaman tangannya
berkepal ke atas sedangkan mulutnya masih lagi melaungkan Allahuakbar. Seorang
pegawai polis berlari meluru ke arahnya untuk mengepung kepala Ibrahim ke
ribanya. Ibrahim kedengaran
bersuara: "Alhamdullilah, kerana mengorbankan kami ke jalan mati
syahid." 018: Jam 1213. Serangan pihak polis
ditamatkan. Mereka yang telah ditangkap telah disungkup dengan karung guni.
Beberapa anggota Komando 69 telah dilihat menendang badan yang terbujur itu
untuk menentukan mereka sudah mati. Ada pula yang terus menembak mereka lagi
sambil berkata; "Pergi jahanam dengan Islam". 019: Jam 1305 (19/11/85) Pegawai pemerintah operasi
telah membuat laporan kepada Ibupejabat Polis Penang dan juga kepada Musa Hitam
di Kuala Lumpur. Musa Hitam mengarahkan agar semua orang kampung ditangkap
untuk menahan agar rahsia operasi itu tidak terdedah. 020: Jam 1500 (19/11/85) Kerja-kerja menangkap saki
baki orang kampong dilakukan. Mereka diterbangkan dengan dua helikopter polis.
Mereka yang cedera dan mati dihantar ke hospital di Sungai Petani dan Alor
Star. 4 mati syahid di Sungai Petani dan 10 yang sudah mati dibawa ke Alor
Star, termasuklah Ibrahim Mahmud. 021: Jam 1510 (19/11/85) Sektiar 30 anggota tentera
lengkap dengan senjata automatik tiba di hadapan rumah Al syahid Ibrahim.
Berlakulah pertelagahan di antara pegawai petugas di kalangan pasukan polis
yang mengwasi tempat itu dengan ketua anggota tentera yang tiba di situ.
Anggota polis yang ramai itu diberikan arahan untuk bersiap sedia dengan
senjata mereka. Menyedari betapa bilangan mereka kecil dibandingkan dengan
anggota polis yang bertugas di situ pihak tentera pun meredakan keadaan.
Ketuanya pernah berkata: Hari ini hari kau.....Kau boleh lakukan apa yang
kalian mahu. Tetapi ingat, akan timbul satu hari nanti, kami akan menentang
kamu dengan kekuatan yang setara. " BABAK KETIGA Setiap insan yang waras di
kalangan marhaen di negara ini tentu dapat membuat penilaian akan lapuran
mengenai Al syahid Ibrahim Mahmud. Beliau bukannya seorang penjenayah seperti
yang digambarkan oleh Musa Hitam. Namun, akhbar New Straits Times bertarikh
21/11/85 menerbitkan satu tajuk yang bertulis: Empat anggota polis dan 14
penjenayah mati dalam pertempuran. Di akhbar yang sama Musa Hitam telah menuduh
Ibrahim Mahmud bersama 13 rakannya sebagai penjenayah dan penganut ajaran sesat.
Beliau telah menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis Agama Islam Kedah yang berkata:
"Ustaz Ibrahim hanya memberikan ceramah agama. Lagipun dalam satu
pertemuannya dengan pihak akhbar Musa Hitam telah mengulangkan cerita bagaimana
dia telah diseranah dua kali oleh persidangan UMNO kerana tidak bertindak tegas
terhadap aktiviti keagamaan seperti yang dilakukan oleh Ibrahim Mahmud itu.
Kalau kita pertimbangkan segala fakta yang terserlah,termasuk keputusan pemilu
di mana BN hanya mampu menang tipis, kita boleh membuat kesimpulan betapa
'Operasi Hapus' adalah satu tipu muslihat untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud
bagi kepentingan politik UMNO. Mereka mahu menentukan terhapusnya rintangan
dalam menentukan kemenangan kerusi Bayu/Baling dalam pemilu yang mendatang. Dilemma UMNO Di manakah prioriti UMNO
selepas episod Memali? Kalau UMNO memperakukan
ianya sebuah parti Islam, episod Memali membawa erti bahawa para pemimpinnya
telah memperlekehkan Allah. Bukankah mereka yang telah merencana pembunuhan di
Memali itu sehingga tergolongnya beberapa insan sebagai mati syahid? Kalau para pemimpin UMNO memperakui bahawa parti itu
condong ke arah nasionalistik, ia bererti bahawa para pemimpin itu sudah
menderhaka kepada banganya kerana terbunuhnya orang Melayu. Bukankah itu kaum
yang mahu dilindungi oleh UMNO? Tindakan yang dilakukan
oleh segelintir pemimpin UMNO ini akan mencetuskan peperangan saudara di
kalangan orang Melayu. Cara nyawa diperlekehkan telah membuatkan ramai ahli
UMNO yang kecewa dengan kepimpinan Timbalan Presiden Parti, Musa Hitam. Beliau
memang semacam giankan kesamsengan dan kini menerima padahnya. Rakan sejawatnya
dalam kerajaan Idonesia bernama General Benny Murdani pernah berkelakuan serupa
dan dibenci oleh rakyatnya. Kini Musa menerima jolokan sebagai 'haiwan politik'
dan juga 'penghapus orang Islam'. Murdani adalah seorang
agen Zionis, kerana dia bukan beragama Islam. Tetai kenapakah Musa Hitam
mengikuti gelagat Murdani? Tindakan yang dilakukan
oleh UMNO menunjukkan parti itu bukan lagi memberi kepentingan terhadap
keluhuran Islam dan juga orang melayu. Ironisnya Islam dan Bangsa Melayu
menjadi alat UMNO untuk terus mempertahankan kuasanya. Kumpulan ultra Cina dan
India sedang bersepakat secara senyap di kalangan mereka. Mereka berjaya
memperalatkan individu Melayu yang ternama sebagai juara tempelan mereka. Untuk
menyelesaikan keadaan yang semakin menjadi satu masalah besar ini, Dr. Mahathir perlu menulis
lagi mengenai dilemma UMNO. Kesan tragedi Memali telah membuatkan Kampung
Memali bertukar rupa daripada sebuah kampung yang aktif menjadi sebuah kampung
yang dihantui seribu kenangan pahit. Ramai penduduk asal kampung itu telah
melarikan diri kerana takutkan ancaman polis. Seramai 159 penduduk
kampung pernah ditahan oleh polis Dosa mereka terletak kepada keyakinan diri
mahukan ajaran Islam yang direstui Allah. Mereka ini termasuk beberapa
anak-anak kecil dan warga tua sedang ditahan dalam tiga buah bilik kecil di
sebuah kem tahanan. Kaum wanita dibiarkan berkumpul dengan kaum lelaki. Tidak
ada kemudahan bersolat. Mereka kerap didera dan diaibkan. Anak-anak kecil dilihat
menangis mencari ibu-ibu yang sengaja dipisahkan dari mereka. Setiap tahanan
diberikan makanan berupa satu mangkuk kanji setiap hari. Sesiapa yang cedera
parah dihantar ke hospital Sungai Petani ataupun Alor Star. Mereka hanya
diberikan layanan pesakit luar, satu penghinaan yang berlanjutan. Kalau keadaan
tidak diperbaiki ada di kalangan mereka yang akan mati syahid pula. Tiga belas daripada yang
mati syahid termasuk Ibrahim Mahmud telah disemadikan di satu kubur panjang di
Parit Panjang, Baling. Mereka disemadikan dengan pakaian mereka yang berlumuran
darah itu. Seorang mangsa lagi telah disemadikan di Alor Star di atas
permintaan ibunya. Kes ini kini dianggap sudah tamat oleh Musa Hitam dan juga
pengarah Operasi Hapus itu. Kumpulan ultra yang
bukan beragama Islam memang menantikan
berlakunya peperangan saudara hasil episode Memali ini. Kini, orang Melayu
sudah sedar betapa berbahayanya semangat nasionalisme dan kuasa yang didorong
oleh semangat semacam itu. Kepada golongan yang mati
syahid, episod yang berlaku adalah merupakan kemuncak kehidupan mereka. Mereka
sudah pulang kepada pencipta-Nya dan di waktu yang sama mereka telah membawa
satu arus kesedaran kepada orang melayu di negara ini.Mereka telah menyedarkan
betapa orang Melayu harus berganding bahu dengan saudara Islam di seluruh
dunia. Dengan cara itu barulah kita faham apa ertinya menjadi seorang muslim. Dengan arahan yang dibuat
oleh Musa Hitam, ramai orang yang tidak berdosa telah ditangkap dan ditahan.
Mereka dikumpulkan di satu tempat yang tidak selesa dan menjiikkan. Hingga hari ini jumlah merka
yang ditahan dan nama yang telah ditahan secara tersilaf tidak pun diterbitkan.
Mereka yang ditahan itu tidak pernah dibawa ke hadapan mahkamah untuk didakwa. Kenapakah kerajaan tidak
melakukan tindakan yang serupa seperti kes BMF? Apakah Episod Penghapusan
Memali itu dilaksanakan sebagai melencongkan perhatian rakyat terhadap rompakan
di siang hari yang paling terbesar dalam sejarah negara ini? Berbilion dana kepunyaan
rakyat telah lesap dan seorang insan yang jujur telah dibunuh. Namun, pihak kerajaan
masih mahu berahsia dalam hal BMF itu dan perkara itu masih belum mampu
diselesaikan. Sebaliknya pula, apabila seorang ulama cuba memberikan khidmatnya
kepada rakyat jelata, dan membantu mereka menaikan taraf hidupnya, beliau telah
dikepung dan ditahan untuk dibunuh dengan kejam. Di manakah letaknya erti
kehakiman, keadilan dan kebenaran itu? Mereka yang
bertanggungjawab dalam Episod Memali harus ditangkap dan dibawa ke mahkamah.
Darah orang Melayu tidak sepatutnya dibiarkan mengalir di atas bumi orang
Melayu dengan alasan songsang betapa Islam menyokong nasionalisme. PAS dan juga
seluruh organisasi Islam telah mendesak agar ditubuhkan satu suruhanjaya diraja
untuk membongkar kisah Tragedi Memali itu. Satu Kertas Putih perlu
dikeluarkan dan untuk sementara waktu sebarang usaha untuk mengadakan pemilu
harus ditangguhkan. Kata-kata Kenangan Kepada Yang Syahid: "Janganlah kamu mengira bahawa orang yang
gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan
mendapat rezeki." 27 hb November, 1985 14 hb
Rabi-ul-awal 1406. Suara Islam Malaysia. Diterjemahkan Oleh:
Sukusakat Wali Songo. |