| Laman Utama | Semua Artikel | |
|
24 PERKARA JANGAN
DILAKUKAN Sesungguhnya di dalam hidup kita
dikelilingi oleh perkara-perkara yg. menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya
yg. mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara-perkara
yg. jangan dilakukan yg. seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat
memuhasabah diri sendiri: 1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh
ALLAH s.w.t. 2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing.
Makruh kerana ianya merbahayakan. 4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan. 5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana
berpagi-pagi itu membuka pintu berkat) 6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa
makan. Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan. 7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.
Takut-takut mati dalam perjalanan. 8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan
mewarisi kepapaan. 9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa. 10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya. 11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh
datang bila-bila masa. 12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama
manusia kalau memang kita bersalah. 13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim.. 14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap
kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal. 15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita. 16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa. 17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih sayang org kepada kita. 18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk
yg.teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t. 19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih
utama dan kekal selamanya. carilah kehidupan dunia untuk akhirat. 20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat
tinggal jin kafir dan syaitan. 21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan
jin. 22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika
masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama. 23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama
seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung
kepada tangkal bukan kepadaNYA. 24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya
ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui. Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan
yg. buruk itu dari hambanya juga. Wallahuallam.
|