| Laman Utama | Semua Artikel | |
|
RUKUN
BAIAH : AGENDA TARBIYYAH ISLAMIYYAH HARAKIYYAH YANG EFEKTIF Keenam : TAAT الطاعة أوصيكم
بتقوى الله
عزوجل و السمع
و الطاعة فإن
تأمر عليكم
عبد Aku berwasiat kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah Azza wa Jalla dan dengar serta taat sekalipun pemimpin yang dilantik dikalangan kamu hanyalah seorang hamba abdi . ( Al Hadis , Matan Al Arbai’n ) Ketujuh : THABAT الثبات
Di
antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa
yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di
antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur
syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak
mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. Surah Al
Ahzaab . Ayat : 23 Kelapan : TAJARRUD
التجرد
(Katakanlah wahai orang-orang yang
beriman: "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan
Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah
yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan
kepadaNyalah kami beribadat". Surah Al
Baqarah . Ayat : 138 Kesembilan : UKHUWWAH الأخوة
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). Surah Al Hujurat . Ayat : 15 Kesepuluh : THIQAH الثقة
Maka demi
Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka
menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara
mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari
apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan
sepenuhnya. Surah An Nisa’ . Ayat : 65 Saudara ku sekelian : Sedemikian antara Nas yang sempat ana kemukakan sekadar
untuk gambaran asas bahawa kita bukan ta’asub kepada ikhwan kerana mengkaji Arkanul baiah dan
beramal dengannya . ( Segalanya adalah kerana sabit nas. ) Kita sedar dan selayaknya kita memahami bahawa menerima
pakai teori perlaksanaan amal Islami yang dikemukakan oleh siapa saja tokoh
gerakan Islam termasuk Al Imam Hassan Al Banna , mestilah terlebih dahulu
mengambil kira natijah qiraat Al Zuruf . Justeru itu , membaca zuruf perjuangan kita di Malaysia , kita
amat perlu kepada pemimpin dan pejuangnya yang menghayati Arkanul baiah . Kita
masih menghadapi 1001 kepincangan dalaman untuk menangani konspirasi musuh . Bagaimana masih ada anggota jamaah PAS yang tidak memahami
Islam dengan sejelas – jelasnya yang akhirnya mencacatkan dakwah dan
perjuangannya . maka rukun baiah yang pertama iaitu
Al
Fahmu dengan usul 20 nya , boleh membantu untuk kita mengatasi
masaalah tasawwur atau kefahaman yang masih kabur . Usul 20 mengemukakan sekurang – kurangnya 11 asas kefahaman
mengenai Islam . 1.
Kesyumulan Islam 2.
Sumber asas hukum – hukum Islam 3.
Hakikat Iman 4.
Siasah Syari’yyah 5.
Masaalah Khilafiyyah 6.
Bagaimana menangani perkara – perkara bida’ah 7.
Martabat orang – orang soleh / alim ulama’ 8.
Bagaimana berinteraksi dengan quran dan sunnah 9.
Asas Amal 10.
Martabat ilmu dan fungsi aqal 11.
Isu kafir mengkafir . Begitulah juga rukun – rukun baiah yang lain . Antara yang
paling ketara masaalah yang kita hadapi dalam jamaah kita di Malaysia ,
sehingga Arkanul baiah amat relevan untuk dihayati atau
diamali , ialah persoalan ukhuwwah taat, pengorbanan , tajarrud , thiqah
sehingga persoalan ikhlas kadangkala turut mengkronikkan masaalah dalaman
jamaah . Saudara ku yang dihormati sekelian . Arkanul baiah melalui rukunnya yang pertama Al
Fahmu , akan menyelesaikan kedangkalan fikrah dan kefahaman tentang Islam
yang mana ianya satu ruang yang memungkinkan pejuangnya tersasar dan
terseleweng dari hadaf perjuangan . Arkanul baiah melalui rukunnya yang kedua Al
Ikhlas , akan menamatkan krisis ego dan maslahah peribadi serta politik
cantas sekaligus melengkapkan syarat kemenangan bagi sebuah Harakah Islamiyyah
. Arkanul baiah melalui rukunnya yang ketiga Al
Amal , akan mengatasi masaalah overlap dan krisis tenaga dalam jamaah .
Ianya turut mengatifkan jamaah dalam pelbagai lapangan amal Islami . ·
Al Amal melahirkan individu pejuang dan jamaah haraki
yang hakiki melalui maratibnya yang tujuh : ·
إصلاح
النفس Pengislahan jiwa . ·
قوي
الجسد Jasad yang kuat ·
متين
الخلق Akhlak yang kontan ·
مثقف
الفكر Fikrah yang intelek ·
قادرا
على الكسب Mampu berdikari ·
سليم
العقيدة Aqidah yang sejahtera ·
صحيح
العبادة Ibadah yang sah ·
مجاهدا
لنفسه Mujahadatun nafs ·
حريصا
على وقته Memelihara waktu ·
منظما
في شئونه Kerja yang bertanzim ·
نافعا
لغيره Bermanafaat untuk orang lain . · تكوين
البيت المسلم · إرشــاد
المجتمع · تحرير الوطن · إصلاح
الحكومة · إعادة
الكيان
الدولي للأمة
الإسلامية
بتحرير
أوطانها و
إحياء مجدها و
تقريب
ثقافتها و جمع
كلمتها حتى
يؤدى ذلك كله
إلى إعادة
الخلافة
المفقودة و
الوحدة
المنشــــدة · أستاذية
العالم بنشر
دعوة الإسلام
في ربوعه حتى
لا تكون فتنة
و يكون الدين
كله لله Arkanul baiah melalui rukunnya yang keempat , Al
Jihad , melahirkan pejuang yang meletakkan Islam di atas segala kepentingan
hidup yang lain , serta bermati –
matian mempertahankan kesucian Islam sehingga musuh tidak boleh memandang
ringan terhadap perjuangan Islam . Arkanul baiah melalui rukunnya yang kelima , At
Tadhiyyah , menguatkan jamaah dengan kesediaan pejuang – pejuang untuk
mewaqafkan diri dan berkorban apa sahaja . Hal ini melancarkan gerakkerja dan
menyelesaikan masaalah “ main alasan ”
yang sering mengundang ketergendalaan operasi dan strategi . Arkanul baiah melalui rukunnya yang keenam , At
Thoa’h , menghidupkan jentera jamaah dan mengemaskini pergerakan sehingga
mencapai hadaf dengan jaya . Ia jua bererti segala lubang musuh untuk memecah
kesatuan jamaei tertutup rapat . Segala arahan dan peraturan jamaah dapat
direalisasikan sebagai mana yang dirancang . Arkanul baiah melalui rukunnya yang ketujuh , As
Thabat , memanjangkan hayat perjuangan sehingga tahkik ghayah dapat dicapai
, sekalipun perjuangan itu berlansung dalam lingkaran mustakbirin yang
senantiasa menanti peluang untuk menghancurkan gerakan Islam dengan usaha
mereka yang bertubi – tubi . Arkanul baiah melalui rukunnya yang kelapan , At
Tajarrud , membawa pejuang – pejuang Islam keluar dari krisis wala’ dan
dilema fikrah , mereka akan selamat dari lambaian دعاة على
أبواب جهنم . Sehingga seluruh minda
, fizikal dan roh mereka semata – mata untuk Islam . Arkanul baiah melalui rukunnya yang kesembilan , Al
Ukhuwwah , menyelamatkan perjuangan dari binasa angkara tanazu’ dan krisis
peribadi anggota jamaah . Sekaligus mencetus kombinasi kerja yang jitu setelah
mengikis prasangka dan su’uz Zhon dengan semangat persaudaraan Islam yang
tinggi . Arkanul baiah melalui rukunnya yang kesepuluh , Ath
Thiqah , menutup ruang musuh untuk memporak - perandakan jamaah , serentak
itu terbentuk suasana tenang dan harmoni yang memungkinkan rahsia jamaah
terpelihara dan gerakkerja jamaah secara detail dapat dihalusi dan dinilai
dengan bijaksana . Pengagihan tugas dan pengarahan tanggung jawab dapat
dilansungkan dengan sebaik mungkin sedang ia antara asas kekuatan dalaman . PENUTUP Jelasnya , Arkanul baiah adalah unsur
positif ke arah kesempurnaan syakhsiyyah Islamiyyah dan Jamaah Harakiyyah . Disediakan oleh : Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan At Tantawi Setiausaha Lajnah Tarbiyyah DPP Pusat . |