بسم
الله الرحمن
الرحيم
فأحســـن
الــكلام
كلام الله و
أحســن الهدى
هدى محمد صلى
الله عليه و
سلم ألا و
إياكم و محدثات
الأمور فإن
شـر الأمور
محدثاتها و كل
محدثات بدعة
كل بدعة ضلالة
و كل ضلالة فى
النار .
MUQADDIMAH .
Zakat dan Infaq adalah sebuah
institusi yang berfungsi penting ke arah membina kekuatan luaran dan dalaman
bagi sebuah Harakah Islamiyyah. Justeru zakat membekalkan keupayaan Maaliah (ekonomi)
untuk melengkapi kekuatan yang diperlukan oleh sebuah Harakah Islamiyyah yang
beraksi membebaskan ummah dari belenggu Jahiliyyah dan serentak itu berusaha
membina Daulah Islamiyyah di atas
runtuhan Jahiliyyah tersebut .
Kekuatan Maaliah antara
pelengkap kepada kekuatan yang mesti disediakan oleh Harakah Islamiyyah
berasaskan perintah Ilahi :

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis
kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap
sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu
serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang
Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan
disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.
( Surah Al Anfaal – 60 )
Tanpa syak , bahawa Harakah
Islamiyyah beroperasi di atas pengorbanan anggotanya yang memiliki kesedaran dan keinsafan untuk
menegakkan Daulah Islamiyyah . Tanpa
pengorbanan , Harakah Islamiyyah
hanya wujud pada namanya sahaja
dan tidak mungkin berjaya dalam operasinya.
Mengharapkan pertolongan Allah
swt. tanpa pengorbanan adalah suatu sikap yang sia – sia , kerana ia jelas
bertentangan dengan sunnatullah dalam perjuangan ini . Sedang Allah
memerintahkan setiap individu beriman supaya berjuang menegakkan kalimah Allah
swt. dengan jiwa , tenaga dan harta mereka .

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada
dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat
(disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda
dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah
baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
( At Taubah – 41 )
ZAKAT DAN
INFAQ
Zakat adalah suatu hak yang diambil dari harta kekayaan tertentu dengan
jumlah yang telah ditetapkan oleh syara’ pada waktu yang tertentu . Hukumnya
adalah wajib dan ia adalah sebahagian dari rukun Islam yang lima . Berdalilkan
firman Allah swt :

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah
kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
( Al Baqarah – 43 )
Infaq adalah suatu tanggungjawab perbelanjaan di atas rezeki yang
dikurniakan Allah kepada mereka yang memerlukannya dan tanggungjawab tersebut menjadi
bukti iman yang dimiliki oleh mereka .
Ianya terbahagi kepada dua :
Bahagian 1 : Infaq sunat seperti sedeqah dan
seumpamanya.
Bahagian 2 : Infaq wajib seperti
zakat dan perbelanjaan
ke
atas tanggungan syara’ .

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah
mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati
mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka
bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. Iaitu
orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa
yang Kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan
sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi
Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga).
( Al An faal – 2- 4 )
KELEBIHAN DAN JANJI ALLAH KEPADA MEREKA YANG INFAQKAN HARTA KE JALAN ALLAH
( FI SABILILLAH )
Sebagai anggota Harakah Islamiyyah , sayugianya kita merasa terpanggil
untuk menunaikan tanggungjawab membiayai perjuangan yang suci dan murni ini .
Pembiayaan tersebut (
samaada dalam bentuk Zakat ataupun
Infaq ) pasti sahaja mendapat ganjaran besar dan setimpal daripada Allah swt.

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah,
ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai;
tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan
melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas
(rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
( Al Baqarah 261 )
Namun demikian , seperkara yang wajib disedari dan diinsafi oleh setiap
individu pejuang bahawa pembiayaan
mereka terhadap Harakah Islamiyyah bukanlah bersifat sukarela tetapi suatu
tanggungjawab dan amanah yang wajib ditunaikan . Firman Allah swt:

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah,
dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan
(dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan)
perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha
memperbaiki amalannya.
( Al Baqarah 195 )
ZAKAT ( INFAQ WAJIB ) UNTUK
HARAKAH ISLAMIYYAH .
Harakah Islamiyyah adalah salah satu asnaf dari 8 asnaf
yang layak menerima zakat justeru misi dan visinya menepati prinsip Fi
Sabilillah .
Fii Sabilillah adalah demi kemaslahatan ummah guna
melaksanakan urusan agama dan menegakkan Kerajaan Islam ( Daulah Islamiyyah )
Justeru itu , Harakah Islamiyyah yang
berjuang untuk menegakkan daulah
Islamiyyah dan menyelamatkan aqidah Ummah dikira menepati satu asnaf yang layak menerima zakat .
Ulama’ Fiqhiyyah telah menyenaraikan aktiviti berikut sebagai Jihad
Fii Sabilillah di zaman ini .
· Mendirikan Markaz Tarbiyyah dan Da’awah Islamiyyah
·
Menyebarkan Kitab Islam untuk
membaiki akhlak Muslimin
·
Membantu pejuang – pejuang Islam
menegakkan kebenaran
· Jamaah yang berusaha mengembalikan Hukum Islam
·
Kerja Jamae’I yang menyusun dan
menyelaras matlamat bagi memastikan :
1.
Pelaksanaan Nizamul Islami
2. Mendirikan Kedaulatan Islam
3. Mengembalikan Khilafah Islam
4. Membangunkan Islam dan da’awahnya
·
Memerangi Gerakan Jahiliyyah dan
Ideologi modern.
·
Membebaskan bumi Ummat Islam
dari hukum Kuffar yang menguasainya samada kafir Yahudi , Nasrani , Mulhidin
dan mereka yang tidak beragama .
ANCAMAN ALLAH KEPADA MEREKA
YANG ENGGAN MENGELUARKAN INFAQ FII
SABILILLAH .
Anggota Harakah Islamiyyah yang menahan diri dari mengeluarkan Infaq di Jalan Allah
sebenarnya berhadapan dengan ancaman Allah swt . sebagaimana firman Allah swt :

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara
pendita-pendita dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang
ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah
(ugama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta
tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan
(balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar
emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya
dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada
mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh
itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.
( At Taubah 34 – 35 )
PENUTUP .
Islam terbina di atas Lima Perkara asas
yang wajib ditunaikan oleh setiap individu . Mengabaikan salah satu darinya
memberi erti Islam telah diruntuhkan
olehnya. Lantaran itu , tidaklah selayaknya Islam diruntuhkan oleh
seorang pejuang .
Alasan apalagi
yang menyebabkan seorang pejuang teragak – agak untuk mengeluarkan Zakat dan
menghulurkan Infaq kepada Harakah
Islamiyyah yang mereka sertai. Apakah masih terlintas difikiran mereka untuk
menyalurkan sumber asas ekonomi itu
kepada pihak yang lain , sedangkan mereka menyedari pihak tersebut tidak
bersikap adil dalam pengagihan zakat serta berlaku biadab terhadap agama Allah
dengan menentangnya secara terbuka.
Kenapa tidak sang
pejuang memusatkan pengumpulan zakat dan Infaq ke arah melengkapkan
kekuatan dalaman dan luaran Harakah
Islamiyyah demi menjayakan hasrat dan
usaha membina Daulah Islamiyyah. Tidak Insafkah kita dengan sikap musuh – musuh Allah yang mampu memusatkan
pengumpulan “infaq” mereka untuk menentang agama Allah . Firman Allah swt :

Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk
menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya
kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka,
tambahan pula mereka dikalahkan. Dan (ingatlah) orang-orang kafir itu
(akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam.
( Al Anfaal 36 )
Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan At Tantawi
Pengerusi Lajnah Tarbiyyah PAS
Kawasan .( Rompin )
1247150920
tantawi2@hotmail.com