| Laman Utama | Semua Artikel | |
KETEGASAN BERSAMA HUJJAH SYARIA’H
(Keterbukaan
& Ketegasan
Di Dalam
Menghadapi Idealisme Masa Kini)
Islam
adalah Minhajul Hayah. Ia juga adalah Deen As Samawi yang diutus turun oleh
Allah swt. Sebagai agama yang benar, maka ia diutus bersama “ Dustur
”, yang mengandungi enakmen atau akta wajib patuh.
Firman Allah swt:

Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad ) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar)
( Surah Al Jathiyah. Ayat: 18 ).
Tiada satu bangsa pun di atas muka bumi ini hidup
tanpa dustur, malah binatang juga mempunyai dustur dan tabiat tersendiri. Lembu
tempatnya didalam kampung sementara Harimau pula tempatnya di dalam hutan.
Seorang Muslim, dusturnya dinamakan Syariat.
Saudara & Saudari sekelian:
Islam telah menempa sejarah keagongannya. Suatu
keagongan yang telah meninggalkan “ dendam kesumat ” di dalam dada musuh
– musuhnya. Allah swt. telah mendedahkan:

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
( Surah Al Baqarah. Ayat: 120 )
Bermula di sinilah, “ mata telinga ” musuh tak
pernah lalai, bahkan senantiasa memasang jerangkap serta mengarahkan “
algojonya ” untuk memusnahkan insan yang menganut ajaran Islam setelah
mereka tak pernah mampu untuk memusnahkan Syariat
Allah swt.

Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).
( Surah As Saaf. Ayat: 8 )
Justeru itu, untuk memastikan Ummat Islam selamat,
maka muslimin dan muslimat mesti “ berpegang kejap ” dengan Syariat Allah swt.
APAKAH SYARIAH ?
Definisi Syariah
dapat difahami dengan mudah dan jelas melalui dialog rasmi seorang Ketua Negara
bertaraf Rasul dengan Gabenornya Saiyidina Muaz ibnu Jabal rha. sebelum
dihantar bertugas ke negara Yaman.
قال بِماَ
تَقْضِى قال
بِكِتَابِ
اللهِ قال فإنْ
لَمْ تَجِدْ
قال
بِسُنَّةِ
رَسُوْلِ اللهِ
قال
فإنْ لم تجدْ
قال
أَجْتَهِدُ
رَأْيِى وَ
لاَ آلوُ ( أي
لا أقصر )
فَضَرَبَ في
صَدْرِهِ وَ
قال
الْحَمْدُ
للهِ الذِّي
وَفَقَ
رَسُوْلَ
رَسُوْلِ
الله لما
يرَضى رسولُ
الله.
Rasulullah saw. bertanya: Dengan apakah kelak kamu akan berhukum, maka jawabnya: Aku berhukum dengan kitab Allah swt.Rasulullah saw. bertanya lagi: Jika sekiranya kamu tidak dapati nasnya di dalam Al Quraan ? Lalu Muaz menjawab: Aku berhukum dengan Sunnah Rasulullah saw. Rasulullah saw. bertanya lagi: Jika tidak juga kamu dapati nasnya di dalam Sunnah ? Lalu Muaz menjawab: Aku akan berijtihad berasaskan ilmu tanpa menyeleweng. Maka Rasulullah saw. menepuk dadanya lalu berkata: Segala puji bagi Allah yang memberi taufiq kepada utusan Rasulullah saw. dengan apa yang diredhoi oleh Rasulullah saw.
Saudara & Saudari sekelian:
Jelas kepada kita, bahawa Syaria’t Islam ialah Kitab
Allah, Sunnah Rasulullah saw., Ijma’ dan Qias. Inilah
Hujjah Syari’e. Lain dari empat perkara ini, ia bukan hujjah
Syari’e.
Suatu hal yang harus kita sedar, bahawa kini kita
ditaqdirkan hidup di suatu zaman yang banyak perselisihan atau penyelewengan.
Suatu zaman berlakunya huru-hara ideology. Zaman yang perlu kepada kod penyelesaian
yang agong sebagaimana yang telah diisyaratkan oleh baginda Rasul saw.:
أُوْصِيْكُمْ
بِتَقْوَى
اللهِ عَزَّ
وَ جَلَّ وَ
السَّمْعِ وَ
الطَّاعَةِ
وَ إِنْ تَأَمَّرَ
عَلَيْكُمْ
عَبْدٌ
فإَنِهَّ
ُمَنْ يَعِشْ
مِنْكُمْ
فَسَيَرَى
اخْتِلاَفاً
كَثِيْرًا
فَعَلَيْكُمْ
بِسُنَّتِي
وَ سُنَّةِ
الْخُلَفَاءِ
الرَّاشِدِيْنَ
الْمَهْدِييِّنَ
عَضُّوْا عَلَيْهَا
باِلنَّوَاجِذِ
وَ
إِيَّاكُمْ
وَ مُحْدَثَاتِ
اْلأُمُوْرِ
فَإِنَّ
كُلَّ بِدْعَةٍ
ضَلاَلَةٌ.
Aku berwasiat kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah Azza Wa Jalla dan dengar serta taat sekalipun pemimpin yang dilantik dikalangan kamu hanyalah seorang hamba. Sesiapa yang masih hidup dikalangan kamu suatu masa kelak, ia akan menyaksikan perselisihan yang begitu ketara, maka wajib ke atas kamu di kala itu berpegang kepada Sunnah ku dan Sunnah Khulafa’ Ar Rasyidin yang mendapat petunjuk, genggamlah seerat-eratnya dengan geraham kamu. Waspadalah terhadap perkara baru yang direka maka sesungguhnya perkara baru yang direka ( bida’ah ) adalah sesat.
( Hadis riwayat Abu Daud dan Tarmizi )
Saudara
& saudari sekelian:
Inilah zamannya. Zaman yang tersepit antara dua
keadaan. Antara ummat yang jahil dan ulama yang
lesu. Syariat Allah swt. dijadikan bahan persendaan dan mainan, akhirnya ummat
menderita menghidap penyakit “
kurang daya tahan Aqidah ”. Aqidah ummah kian tipis, senipis kulit bawang.
Aqidah mereka boleh diperjual beli dipasaran gelap dan terbuka dengan harga
yang murah. Kabus kejahilan terus meliputi mereka. Kini mereka kehilangan arah
dan keliru antara “ Tindakan lawan dan Rayuan kawan.”
Dunia mempamerkan nasib ummat kini,
Saudara mara kita di Pattani dihalau ke hutan belantara, dinafikan hak mereka
sebagai seorang muslim. Saudara mara kita di Moro, menerima nasib yang sama.
Masjid Babri dirobohkan di hadapan mata ummat Islam. maruah ibu, kakak dan adik
kita di Bosnia dicabul ganas.
Ya Rabbi Ya Allah.
Inilah yang berlaku ke atas ummat Islam !!
Ummat Islam di Kashmir, turut menderita.
Kaum lelaki disembelih disiksa, kuku mereka dicabut kejam, tubuh badan mereka
dikelar, kemaluan mereka dikenakan kejutan elektrik dan mereka dikurung tanpa
makanan. kaum wanita diperkosa beramai – ramai, pula mereka mengajar anjing –
anjing garang untuk merogol wanita – wanita muslimah. Mereka dimandikan dengan
air dingin diwaktu subuh yang dingin di musim dingin.
Ummat Islam di Palestin tidak kurang
penderitaan yang mereka hadapi, angkara tindakan zalim dan kejam regim Yahudi
Alaihi Laknatullah. Aktivis Islam ditangkap dan dikurung dalam bilik yang
sangat sempit. Tidak boleh bangun dan tidak pula boleh duduk. Dalam ruang
sedemikian mereka dikurung belasan tahun malah puluhan tahun lamanya. Kanak –
kanak yang tidak berdosa dibedil tanpa simpati. Ummat Islam yang sedang khusyu’
sujud kepada Allah turut menjadi sasaran peluru liar mereka.Tanah ummat Islam
dirampas dan dijajah.
Ummat Islam di Afghanistan jua berhadapan
dengan situasi yang sama. Mereka menjadi mangsa kerakusan dan kebuasan nafsu
kuasa besar dunia. Rumah kediaman mereka diletupkan dan kampung halaman mereka
dimusnahkan. Mereka dibunuh tanpa belas kasihan.
Negara kita turut menjadi saksi ke atas
penderitaan yang di alami oleh ummat Islam. Apabila Ummat Islam yang
menggabungkan diri mereka dengan gerakan Islam diburu, diugut, difitnah,
ditangkap malah ada yang telah dibunuh seperti peristiwa yang berlaku di Lubuk
Merbau dan Memali Kedah.
Saudara & saudari sekelian:
Ummat Islam kini sedang tenat lantaran syariat Allah di “tongsampah”kan
oleh ummat Islam sendiri. Mereka menjadi lemah dalam jumlah mereka yang
ramai, mereka menjadi bangsat di tanahair sendiri dan mereka menjadi hina
ditengah kaum bangsa sendiri. Mereka termakan sumpah Saiyidina Omar Al Khattab
rha. Apabila Omar pernah berkata:
نحنُ
قومٌ
أَعزَّنا
اللهُ
بالإسلامِ
فَمَهْمَا
نَبْتَغِ
عِزَّ
بِغَيْرِ ما
أَعَزَّنا
اللهُ
أَذَلَّنا
الله
Kita adalah suatu kaum yang
diberi kekuatan oleh Allah dengan Islam, maka barangsiapa yang mencari kekuatan
lain, selain dari apa yang telah dianugerahkan oleh Allah, maka tunggulah bala
kehinaan daripada Allah swt.
Kita tidak mempunyai pilihan lain untuk
mengangkat semula martabat ummah melainkan bertindak pantas mengembalikan
perlaksanaan Syariat Islam dikalangan Ummat Islam. Mereka mesti dibangkitkan dari
tidur yang terlalu lama. Bawalah ummah kembali menghayati Syariah Islam justeru syariatlah satu-satunya jalan
keluar dari belenggu yang berpanjangan. Syariatlah menjadi petunjuk agar ummah menemui jalan
keagongan yang pernah diraih oleh golongan terdahulu.

Dan (ingatkanlah tentang) hari
Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka,
dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk
menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran
menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa
rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.
( Surah An Nahl. Ayat: 89 )
Demikianlah syariat diturunkan untuk
menyelamatkan manusia dan memandu mereka ke jalan yang benar.
Saudara/i sekelian:
Ketegasan berpandukan
hujjah syariah antara usaha untuk memastikan ummah kembali menatang syariah sebagai pedoman hidup mereka. Setiap
tindak tanduk, lagak gaya hidup seharian mestilah dirujuk kepada hujjah – hujjah syari’e demi keberkesan tindakan
kita sebagai hamba Allah swt.
Penggunaan nafsu atau aqal yang terpisah dari hujjah
– hujjah syari’e, menjadi nokhtah bermulanya rosak binasa ummah didunia ini.
Firman Allah swt.

Dan kalaulah kebenaran itu
tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta
segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan ugama yang tetap benar)
bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan
mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya,
mereka tidak juga mahu menerimanya;
( Surah Al Mukminun. Ayat: 71 )
Dunia hancur dan manusia menjadi bangsa
yang sesat tanpa pegangan.
Firman Allah swt:

Kemudian, kalau mereka tidak
dapat menerima cabaranmu (wahai Muhammad), maka ketahuilah, sesungguhnya mereka
hanyalah menurut hawa nafsu mereka; dan tidak ada yang lebih sesat daripada
orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayah petunjuk dari
Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum yang zalim (yang
berdegil dalam keingkarannya).
( Surah Al Qasas. Ayat: 50 )
Saudara/i sekelian:
Antara tugas utama kita
ialah merobohkan “Madrasah Aqlaniyyah” yang wujud dikalangan ummat Islam
hari ini, khasnya di negara kita. Kita dapat mengesan wujudnya “buruh kasar”
yang sedang giat membina ‘madrasah aqlaniyyah’ ini. Sebuah ‘madrasah’
yang mendidik ‘pelajar’nya menganut ideology ciptaan manusia dan
membebaskan diri dari ikatan hujjah – hujjah
syari’e yang diturunkan oleh Allah swt.
‘Madrasah’ ini melahirkan mereka yang berjiwa
nasionalis, pragmatis, sosialis, sekularis dan sebagainya yang bercakap
mengikut rentak Islam dan kadangkala ber‘irama’ gerakan Islam.
Sebagaimana yang berlaku
sekarang, gerakan yang ‘perdu’nya dipelopori oleh sebahagian mereka yang
pulang dari barat. Mereka memperkenalkan Islam kononnya Islam baru. cara baru
dan sebagainya, padahal segalanya tidak lebih dari putar belit yang memualkan
dari pihak orientalis untuk memesongkan hujjah dan
fakta syariah.
Mereka memperkenalkan projek
Islamisasi dan medernis Islam. Perlu diperingatkan, walau apa pun yang
diperkenalkan oleh mereka, yang menjadi lampu ‘fluorescence’ untuk
mengesan kepalsuannya ialah Hujjah – hujjah
Syariah yang termaktub di dalam Al Quranul Karim dan Sunnah Nabinya
saw.
Kita sewajarnya bertindak teliti kerana di sana ada orang yang sedap bercakap dengan menggunakan istilah – istilah Islam dan mempergunakan Islam untuk kepentingan peribadi dan kelompok mereka.
Saudara/i sekelian:
Pelbagai ideology yang
timbul adalah implikasi daripada tiadanya ketegasan berpandukan hujjah – hujjah syariah. Ideology ini adalah
merupakan bidaah yang paling keji disisi Allah swt.
Sebab
berlakunya bidaah ini.
Justeru itu, dalam menangani
perkembangan ideology yang bercanggah ini, kita mesti tegas memeranginya. Kita terbuka dalam menerima pandangan dan apa jua
corak idea yang dikemukakan, tetapi kita mesti insaf bahawa prinsip kita ialah hujjah – hujjah syariah dalam menilai semua
bentuk pemikiran yang dikemukakan. Kita jangan terpedaya dengan pandangan
individu atau kelompok sehingga membelakangkan syariah
Allah swt.
Ingatlah utusan rasmi dari hadhrat ilahi:

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan
perempuan-apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu
perkara-(tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri
mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan
RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.
( Surah Al Ahzaab. Ayat 36 )
Disediakan oleh:
Hj. Nasrudin bin Hj.
Hassan At Tantawi
Setiausaha LTDLK DPP
Pusat
03 January 2002