| Laman Utama | Semua Artikel | |
|
Pesanan
buat Sahabat Assalamu'alaikum sahabatku sekalian... Kita sering
merungut sibuk…saya sibuk nie..tak dapat nak hadir
majlis ilmu , tak sempat hadhir usrah , tak sempat nak hadhir mesyuarat ..dll . Tapi tahukah anda bahawa Ar- Rasul adalah manusia paling sibuk.
Namun kita lihat
bagaimana ia memperuntukkan masanya untuk beribadah kepada Allah sehingga
bengkak kedua kakinya sedangkan beliau telah dijanjikan syurga. Ini kerana beliau mahu menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah
yang telah memberinya banyak nikmat. Maka marilah kita sama-sama ukur
sejauh mana kesibukan kita dan kesyukuran kita kepada Allah s.w.t . Rasulullah
saw. sibuk kerana: -Memikirkan
masalah umatnya sampai kiamat -Bermunajat
kpd Allah setiap malam -Mengajar
ilmu kpd sah. setiap hari -Berperang
di jalan Allah -Melayani
isteri-isteri -Menerima
dan mengajar Al- Qur'an yang disampaikan oleh Jibrail selama 23 tahun serta menghafalnya -Melayani
tetamu dari bangsa Badwi, Yahudi, Parsi, dan lain-lain -Menziarah
orang sakit (biar muslim, munafiq, yahudi) -Mengajar ilmu Al-Qur'an kepada
Jin -Memikirkan
untuk menyelamatkan umatnya di hari kiamat (dengan menyimpan permintaan yang paling besar
kepada Allah untuk digantikan dengan
syafaat) Tetapi
kita.... sibuk kerana hanya beberapa perkara -Kerja -Keluarga
(isteri dan anak-anak) -Melangsaikan
hutang ... -Dan
lain-lain.. Renungkanlah
kata-kata ini pula ; Lebih
baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan dan ayat-ayat Allah
swt. Lebih
baik telinga itu pekak jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah swt. Lebih
baik anggota badan itu mati jika tidak melaksanakan segala suruhan Allah
swt. Barangsiapa
mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa
mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia
adalah pembohong. Barangsiapa
yang mengaku cinta Rasulullah saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan
kaum faqir, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa yang
mengaku takut pada neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia
adalah pembohong. Dan barangsiapa yang mengaku cinta
kepada Allah swt tetapi berkeluh-kesah dari bala, maka dia adalah
pembohong. Al Imam
Ghazali. |