HARI RAYA DALAM ISLAM
Firman Allah Ta’ala’
Surah al-Baqarah : 185
حَدِيثُ
أَبِي
بَكْرَةَ
رَضِيَ
اللَّهُ
عَنْهُ : عَنِ
النَّبِيِّ
صَلَّى
اللَّهُ
عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ
قَالَ
شَهْرَا
عِيدٍ لا
يَنْقُصَانِ
رَمَضَانُ
وَذُو
الْحِجَّةِ
Diriwayatkan
daripada Abu Bakrah r.a katanya: Nabi s.a.w telah bersabda: Dua bulan yang
terdapat Hari Raya, tidak mengurangkan jumlahnya. Iaitu bulan Ramadan dan
Zulhijah . - Riwayat Bukhari dan Muslim
حَدِيثُ
جَابِرِ بْنِ
عَبْدِ
اللَّهِ رَضِيَ
اللَّهُ
عَنْهُمَا :
أَنَّ
النَّبِيَّ
صَلَّى
اللَّهُ
عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ
قَامَ يَوْمَ
الْفِطْرِ
فَصَلَّى
فَبَدَأَ
بِالصَّلاةِ
قَبْلَ
الْخُطْبَةِ
ثُمَّ خَطَبَ
النَّاسَ
فَلَمَّا
فَرَغَ
نَبِيُّ اللَّهِ
صَلَّى
اللَّهُ
عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ
نَزَلَ
وَأَتَى
النِّسَاءَ
فَذَكَّرَهُنَّ
وَهُوَ
يَتَوَكَّأُ
عَلَى يَدِ
بِلالٍ وَبِلالٌ
بَاسِطٌ
ثَوْبَهُ
يُلْقِينَ
النِّسَاءُ
صَدَقَةً
Diriwayatkan daripada
Jabir bin Abdullah r.a katanya: Sesungguhnya Nabi s.a.w berdiri mendirikan
sembahyang pada Hari Raya Fitrah. Baginda memulakannya dengan sembahyang
sebelum berkhutbah. Sesudah itu barulah baginda mulai berkhutbah kepada orang
ramai. Apabila selesai Nabi s.a.w turun dan menghampiri kaum wanita. Baginda
memberi peringatan kepada mereka, sambil bertumpang pada tangan Bilal. Bilal
membentangkan pakaiannya dan para wanita mulai memberi sedekah * Riwayat
Bukhari dan Muslim.
حَدِيثُ
أُمِّ
عَطِيَّةَ
رَضِيَ
اللَّهُ عَنْهَا
قَالَتْ :
أَمَرَنَا
تَعْنِي
النَّبِيَّ
صَلَّى
اللَّهُ
عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ أَنْ
نُخْرِجَ فِي
الْعِيدَيْنِ
الْعَوَاتِقَ
وَذَوَاتِ
الْخُدُورِ
وَأَمَرَ
الْحُيَّضَ
أَنْ
يَعْتَزِلْنَ
مُصَلَّى
الْمُسْلِمِينَ
*
Diriwayatkan daripada
Ummu Atiyyah r.a katanya: Kami telah diperintahkan oleh Nabi s.a.w supaya
keluar pada Hari Raya. Begitu juga kanak-kanak perempuan yang telah baligh,
gadis-gadis pingitan dan diperintahkan juga wanita-wanita yang sedang haid
supaya keluar pada Hari Raya serta diperintahkan agar mengasingkan mereka dari
tempat sembahyang kaum muslimin * Riwayat Bukhari dan Muslim.
الله
أكبر, الله
أكبر, الله
أكبر, لا
إِلَهَ إِلا
اللَّهُوالله أكبر
, الله أكبر
ولله الْحَمْدُ
الله
أكبر كبيرا
والحمد لله
كثيرا وسبحان
الله بكرة
وأصيلا
لا
إِلَهَ إِلا
اللَّهُ
ولانعبد إلا
إياه مخلصين
له الدين ولو
كره الكافرون
لا إِلَهَ
إِلا اللَّهُ
وَحْدَهُ
صَدَقَ
وَعْدَهُ
وَنَصَرَ
عَبْدَهُ (
وأعز جنده )
وَهَزَمَ
الأحْزَابَ
وَحْدَهُ
لا إِلَهَ
إِلا
اللَّهُوالله أكبر
Sempena
menyambut hari raya ini, marilah kita merenung sebuah hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, berkaitan
dengan konsep 'hari raya' yang lebih
luas. Menurutnya, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda hari raya yang sebenarnya bagi orang beriman itu
1. Setiap hari ia berjalan dan bertemu
seorang yang beriman serta ia tidak
melakukan sebarang dosa, itu ialah hari raya baginya.
2. Hari keluarnya dari dunia dengan penuh
keimanan dari tipu daya syaitan
3. Hari menyeberang Siratul Mustakim dan
terselamat dari bencana jatuh ke dalam
api neraka
4. Hari kita masuk syurga dengan selamat dan
terlepas dari api neraka
5. Hari ia menatap wajah Allah Ta'ala
Menurut Nabi Muhammad saw. Hari Raya bagi
setiap orang beriman ada pada 5 ketika;
iaitu setiap hari yang dia tidak melakukan sebarang dosa, saat meninggal dunia dalam husnul-khatimah, hari
berjaya melintasi Siratul-Mustakim dan
terselamat dari masuk ke neraka, masuk ke dalam syurga dan hari
dia mengadap Allah Taala.
Sekiranya kita tidak melakukan sebarang
dosa pada sesuatu hari, itu adalah
hari raya bagi kita. Kalaulah kita berusaha sungguh-sungguh menghindarkan diri melakukan sebarang dosa
dengan menjauhi larangan Allah serta
mematuhi segala perintah Allah, hari itu adalah sebenarnya hari raya bagi kita.
Saat menghembuskan nafas terakhir dengan
penuh keimanan dari tipu daya syaitan juga termasuk dalam 'hari raya' yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad saw. Saat sakratul-maut adalah masa yang paling genting bagi setiap individu. Kesakitannya yang amat
sangat bukan saja menimpa jasad bahkan
rohnya juga; seperti yang digambarkan
oleh ulama kesakitannya lebih dahsyat
daripada dipalu dengan 1000 pedang, atau digunting dengan beberapa gunting atau
digergaji dengan beberapa gergaji.
Malahan dikatakan saat sakrat adalah hari kiamat bagi si-mati. Menurut Imam Ghazali kesusahan mati itu 3, pertama kesakitan sakrat, kedua kesusahan melihat kedatangan
malaikatul-maut dengan mukanya yang
amat bengis dan ketiga kesusahan jika dinampakkan tempat kediaman di neraka (jika ahli maksiat).
Sudahlah tidak tertahan dengan kedahsyatan yang amat sangat, syaitan pula sibuk menangguk di air keruh. Di saat inilah dia menjalankan taktik
dan strategi terakhir untuk menumpaskan
kita. Hanya orang yang Allah tetapkan mati dalam husnul khatimah saja terlepas dari tipu dayanya. Berjayanya kita
di saat ini barulah kita dapat
menikmati hari raya sebenarnya. Namun alam perkuburan merupakan alam yang penuh dengan peristiwa-peristiwa dahsyat. Bagi orang mukmin, ia merupakan
satu taman dari taman-taman syurga,
sebaliknya bagi orang kafir, alam barzakh adalah satu pintu dari pintu neraka.
Hari Raya seterusnya adalah hari kita berjaya
melepasi api neraka selepas merentas Titian Siratul Mustaqim. Sebelum
menyeberang jambatan yang direntang di
atas kawah neraka, setiap individu disoal dan ditimbang amalan baik dan jahatnya. Selesai dari segala perhitungan tersebut barulah diperintah meniti Titian
yang sangat tajam dan sangat halus ini.
Orang yang mengikut jalan lurus semasa di dunia selamat menyeberang dengan kelajuan yang pantas.
Malangnya mereka yang menyeleweng dari
jalan lurus di dunia gagal dan jatuh ke dalam api< neraka. Bayangkan betapa dahsyat dan ngerinya berada di jambatan
yang di bawahnya terdapat lautan api
yang sentiasa mengait sesiapa saja yang
berdosa. Andainya terlepas dari tercebur ke neraka, barulah boleh kita berhari raya.
Hari kita masuk syurga adalah hari
raya seterusnya bagi orang beriman. Terlepasnya dari neraka bermakna kita akan dimasukkan ke dalam syurga
yang penuh dengan kenikmatan dan kelazatan. Syurga adalah tempat manusia pilihan. Penghuni-penguni syurga
dengan muka yang berseri-seri diberikan
kerajaan yang sangat luas dengan mahligai yang besar serta menikmati pelbagai juadah yang lazat-lazat.
Pendeknya mereka beroleh segala
kelazatan dan terhindar dari segala seksa. Inilah sebenarnya hari raya bagi
orang mukmin.
Hari raya yang paling meggembirakan orang
beriman ialah di saat memandang
wajah Agung Ilahi. Inilah kenikmatan yang paling agung dan lazat
sehingga terlupa kelazatan dan
kenikmatan syurga. Ia merupakan puncak
atau klimaks kenikmatan orang beriman.
Memandangkan kita belum pun menempuh
saat-saat di atas, sepatutnya kita
berasa cemas dan berwaspada. Dalam masa kita bersuka ria menyambut hariraya
ini, lintaskanlah di hati sanubari kita bahawa hari raya sebenarnya belum kita
tempuhi lagi. Amat jauh terpesongnya budaya kita yang menyambut hariraya dengan
maksiat seperti hiburan, nyanyian, tarian dan pelbagai kegilaan yang melupakan
kita akan hari raya sebenarnya. Hari Raya Idilfitri hanya satu gambaran atau tamsilan bagi kita merenung bahawa Allah akan membalas dengan ganjaran baik jika berjaya melepasi rintangan hawa nafsu dan mengendalikan hidup
mengikut cara yang Allah redhai.
Mudah-mudahan hariraya yang kita hadapi ini
tidak berakhir di sini saja, sama-samalah kita berdoa semoga ia berterusan
sehinggalah kita berjaya melepasi sakratul-maut, titian siratul-mustaqim,
menjadi penghuni syurga dan akhirnya mengadap zat Allah Taala di syurga kelak.
|