This site hosted by Free.ProHosting.com
Google
 

--ARTIKEL--


   Kandungan
> Puasa
> Semua Artikel
> Laman Utama

© Copywrong 2001
Penerbitan semula dalam bentuk elektronik mahupun media cetak adalah digalakkan dalam menyebarkan ilmu.

PUASA DAN KEAMPUNAN ALLAH


Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. -Al-Baqarah: 183.

أوله رحمة وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار

Awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya bebas daripada neraka (Al-Hadith

اللهم إنا نسئلك رضاك والجنة ونعوذبك من سخطك والنار

Ya ALlah Sesungguhnya kami memohon dariMU redha dan syurgaMU, dan kami mohon perlindungan dari murka dan nerakaMU.

اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عنا وعن والدينا وعن جميع المسلمين والمسلماتبرحمتك يا أرحم الراحمين

Ya ALlah ENGKAUlah Tuhan Yang Maha Pengampun Mulia. ENGKAU suka memberi keampunan. Maka ampunkanlah dosa kami, dosa dua ibubapa kami dan dosa muslimin dan muslimin dengan rahmat-kasihsayangMU, Ya arham ar-Rahimin.

حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ *

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang melakukan sembahyang malam pada bulan Ramadan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang telah lalu. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

كتب عليكم القتال 216-Perang

كتب عليكم الصيام 183-Puasa

كتب عليكم القصاص 178-Qisas

Untuk itu terimalah Islam seluruhnya atau tinggalkan Islam seluruhnya.

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. -Al-Baqarah: 208

إذا جاء شهر رمضانَ فتحت أبواب الجنة وغلقت أبواب النار وصفدت الشياطين

Apabila datang bulan Ramadan, dibukakan pintu-pintu syurga, dikunci pintu-pintu neraka dan terbelenggulah syaitan-syaitan. (Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. -Surah al-Maidah: 90.

Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Al-Baqarah: 85.

Cabaran Berpegang Dengan Al-Quran.

(إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ تَنْزِيلا(23)فَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ وَلا تُطِعْ مِنْهُمْ آثِمًا أَوْ كَفُورًا(24

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad), dengan beransur-ansur. Oleh itu hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu, dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka, atau orang yang kufur ingkar. Al-Insan: 23-24.

Kisah Waraqah dan Nabi saw:

والذى نفسى بيده, إنك لنبى هذه الأمة، لقد جاءك الناموس الأكبر الذى جاء موسى، ولتكذبنه، ولتؤذينه، ولتخرجنه، ولتقاتلنه، ولئن أنا أدركت ذلك اليوم لأنصرن الله نصرا يعلمه  - سيرة أبن هشام

Demi Tuhan yang diriku berada di dalam genggamanNya, sesungguhnya kamu adalah Nabi bagi umat ini. Kamu telah didatangi malaikat Jibril yang pernah datang menemui Nabi musa as. Demi sesungguhnya kamu akan dibohongi, disakiti, dihalau dan akan diperangi. Jika aku berkesempatan dengan hari itu, nescaya aku akan menolong mu untuk menegakkan agama Allah dengan pertolongan yang diketahuiNya.