|
--ARTIKEL--
|
PEMBINAAN PERIBADI PEMIMPIN
1.
Kepimpinan adalah
suatu institusi penting bagi menyelaraskan
suatu penyelarasan sesebuah organisasi. ( Jamaah )
2.
Ia adalah jentera
atau alat yang aktif guna mencapai tujuan dan matlamat yang digariskan
oleh sesebuah organisasi ( Jamaah )
3.
Kepimpinan adalah suatu
amanah yang diterima
daripada mereka yang dipimpin.
Firman Allah swt :
فَإِنْ
أَمِنَ
بَعْضُكُمْ
بَعْضًا
فَلْيُؤَدِّ
الَّذِي
اؤْتُمِنَ
أَمَانَتَهُ
وَلْيَتَّقِ
اللَّهَ
رَبَّهُ
Maksudnya
:
Apabila kamu memberikan kepercayaan pada orang lain , maka hendaklah orang yang diserahi amanah itu menunaikan
amanahnya dan takutlah ia kepada Allah
tuhannya.
( Al Baqarah 283 )
4.
Kepimpinan adalah suatu taklif bukan suatu tasyrif .
Sabda Rasulullah ( saw ) :
كُلُّكُمْ
رَاْعٍ و كُلُّكُمْ
مَسْؤُوْلٌ
عَنْ
رَعِيَّتِه
(
بخاري و مسلم )
Maksudnya :
Setiap kamu
adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawab akan kepimpinannya.
Sabda Rasulullah ( saw )
:
مَا
مِنْ راعٍ
يَسْتَرْعِيْهِ
اللهُ يموتُ
يومَ يموتُ
وهو غاشٌ
رَعِيَّتِهِ
إلا حرَّ مَ
اللهُ عليه
الْجنةَ
(
مسلم )
Maksudnya :
Tidaklah
seorang pemimpin yang dituntut Allah supaya memimpin rakyatnya , ia mati kerana tiba ajalnya pada hal ia telah
melakukan penyelewengan / kecurangan dalam kepimpinannya melainkan Allah mengharamkan syurga baginya .
Pelantikkan Pemimpin .
Ia adalah suatu yang mesti
dipandang berat justeru kepimpinan
mempunyai dua rukun yang harus dipenuhi untuk memperolehi
pimpinan yang sesuai dan layak . Rukun tersebut ialah : Quwwah dan Amanah .
Firman Allah swt :
قَالَتْ
إِحْدَاهُمَا
يَاأَبَتِ
اسْتَأْجِرْهُ
إِنَّ خَيْرَ
مَنْ
اسْتَأْجَرْتَ
الْقَوِيُّ
الأَمِينُ
Maksudnya :
Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu
berkata: "Wahai ayah, ambilah dia memjadi orang upahan (mengembala kambing
kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang
kuat, lagi amanah".
(
Al Qasas 26 )
1 Al
- Quwwah .
- Dalam
peperangan :
n Berani
mati ( syahid )
n Mahu /
siap siaga untuk tampil kehadapan
n Pintar
dalam siasah / teknik peperangan
- Dalam menetapkan
hukum .
n Kembali
kepada keadilan ( berdasarkan Al quran dan Sunnah )
n Kesanggupan melaksanakannya
- Dalam
memimpin Jamaah .
· Keupayaan
membawa Jamaah ke arah yang digariskan oleh Manhaj Nabawi
· Mengistiqamahkan
ahli untuk terus memperjuangkan risalah
As- samawiyyah ( Islam .)
2 Al - Amanah
n Tidak
menjual beli ayat Allah dengan harga
pasaran dunia.
n Melenyapkan
rasa takut terhadap sesama manusia .
Firman
Allah swt :
فَلا
تَخْشَوْا
النَّاسَ
وَاخْشَوْنِي
وَلا
تَشْتَرُوا
بِآيَاتِي
ثَمَنًا
قَلِيلا
وَمَنْ لَمْ
يَحْكُمْ
بِمَا
أَنزَلَ اللَّهُ
فَأُوْلَئِكَ
هُمْ
الْكَافِرُونَ
Maksudnya
:
Maka jangan kamu takut kepada manusia tetapi takutlah kepadaku dan jangan kamu
kamu memperdagangkan ayat - ayatku
denggan harga yang murah dan
barangsiapa tidak berhukuum dengan apa
yang telah diturunkan oleh Allah
maka mereka adalah orang - orang yang kufur kepadaAllah .
(
Al Maidah 44 )
[ Jika 2
rukun ini gugur , kelayakkan sebagai
pemimpin yang sesuai dan layak telah
hilang . Sebagaimana Abu Zar rha. ,
mempunyai amanah tetapi tiada quwwah , tidak dilantik sebagai pemimpin oleh baginda Rasul saw. ]
Kepentingan
Kepimpinan .
· Ia adalah
tuntutan syara .إذا
خَرَجَ
ثلاثةٌ في
سفرٍ
فليؤَمِّروا
أحدَهم
( أبو داود )
· Ia adalah
tuntutan ummah .
· Untuk
pengawasan dalaman sesebuah organisasi
.
1.
mewujudkan tarbiyyah dikalangan anggota
2.
mengambil tahu hal ehwal anggota
3.
menyelaraskan pentadbiran dan perlaksanaan/perjalanan
jamaah.
4.
bertanggunggjawab
terhadap pembentukkan
syakhsiyyah berjamaah dan bermasyarakat .
5.
mewujudkan suasana bermusyawarah .
Fungsi umum kepimpinan .
· Memahami
fungsi kepimpinan didalam sesuatu organisasi adalah penting kerana ia melibatkan skop keterlibatan peranan pemimpin secara
menyeluruh .
· Secara
umum fungsi kepimpinan dapat diringkas
seperti :
1.
Membentuk dan
membimbing ahli jamaah ke arah
kejayaan dunia dan
akhirat .
2. Menyatupadukan
anggota dengan bertindak sebagai orang tengah , pakar rujuk. penasihat , kawan yang bersimpati dan pendengar yang sabar .
3.
Mewujudkan suasana
yang selesa untuk membolehkan orang yang dipimpin memperolehi manafaat
secemerlang mungkin . Ini termasuklah
memberi dorongan berdasarkan ganjaran
, hukuman dan teguran .
4.
Merancang , menyelia
dan menilai prestasi setiap tugasan yang diberikan kepada anggota
organisasi . Setiap aspek pengurusan dijalankan dengan :
·
Penglibatan yang bermakna daripada ahli
·
Memberi ransangan
yang berterusan kepada anggota
·
menyatakan dengan jelas matlamat pengurusan .
![]()
agar wujud keselarasan dalan tindakan dan objektif .
5. Memudahkan perhubungan antara
anggota organisasi ( jamaah ) . Ini
mengambil kira kaedah penyaluran
maklumat yang sesuai dan berkesan .
Tegasnya kepimpinan harus mahir
taktik komunakasi samaada berbentuk perseorangan, kumpulan - kumpulan kecil dan
kumpulan - kumpulan besar .
KEBERKESANAN DAN CIRI - CIRI
KEPIMPINAN YANG BAIK .
1.
Tidak takut celaan
orang yang mencela ( bersedia menerima kritikan daripada ahli .)
2.
Tidak gentar menghadapi risiko . ( tahu bagaimana mengurus
risiko . )
3.
Berani mencuba . ( tidak prejudis )
4.
Semangat mahukan perubahan . ( tidak statik atau kaku )
5.
Tidak memusuhi
idea - idea baru atau pendekatan - pendekatan baru .
6.
Tidak membezakan tugas atau terlalu memilih kerja - kerja
jamaah .
7.
Tidak beremosi
sebaliknya bertindak rasional .
8.
Tegas dan tidak mudah
merajuk.
9.
Memberi dan menerima .
10.Menunaikan hak orang lain dan tanggungjawab diri
sendiri .
11.Bersikap
tolerensi terhadap pandangan orang lain dengan tidak menyangka hanya pendapatnya sahaja yang betul .
12.Mengutamakan
syura daripada pendapat sendiri .
13.Optimis
dengan kemenangan Islam .
14.Memiliki
fizikal yang baik , minda yang cerdas , prinsip yang berwibawa dan disiplin
yang baik .
15.Pengaruh
dan penerimaan masyarakat terhadap peribadi dan perjuangannya .
Hak - hak kepimpinan .
· Mendapat
kesetiaan daripada ahli . ( Al Wala )
. Tanpa kesetiaan , kepimpinan akan
pincang .
Firman Allah swt :
إِنَّمَا
وَلِيُّكُمْ
اللَّهُ
وَرَسُولُهُ
وَالَّذِينَ
آمَنُوا
الَّذِينَ يُقِيمُونَ
الصَّلاةَ
وَيُؤْتُونَ
الزَّكَاةَ
وَهُمْ
رَاكِعُونَ. وَمَنْ
يَتَوَلَّ
اللَّهَ
وَرَسُولَهُ
وَالَّذِينَ
آمَنُوا
فَإِنَّ
حِزْبَ
اللَّهِ هُمْ
الْغَالِبُونَ.
Maksudnya
:
Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan
RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan
menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).Dan
sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu
penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang
kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.
(
Al Maidah 55 - 56 )
· Mendapat
ketaatan daripada ahli .
Sabda Rasulullah saw :
مَنْ
أَطاعَني
فقدْ أطاعَ
اللهَ و مَن
عَصاني فقد
عَصى اللهَ و
مَن أطاعَ
أمِيْري فقد
أطاعَني و مَن
عَصَى
أمِيْري فقد
عصاني .
( بخاري و
مسلم )
Maksudnya :
Barangsiapa yang mentaatiku maka sesungguhnya ia
telah mentaati Allah dan barangsiapa yang menginkariku maka sesungguhnya ia menginkari Allah dan barangsiapa yang mentaati pemimpinku maka
sesungguhnya ia telah mentaatiku dan barangsiapa menginkari pemimpinku
maka sesungguhnya ia menginkariku .
· Mendapat
pembetulan atau teguran apabila tersilap .
Sabda Rasulullah saw :
ثلاثٌ
لا يُغَلُّ عَلَيْهِنَّ قَلْبُ مُسْلِمٍ
: إِخْلاَصُ الْعَمَلِ
للهِ و مُنَاْمَحَةُ
أَئِمَةَ الْمسلمينَ
و لُزُوْمِ جماعتِهِمْ.
(
ترمزي )
Maksudnya :
Tiga perkara , sukar untuk menjadikan hati mukmin
keras : Ikhlas beramal kerana Allah , menasihati pemimpin muslimin dan
melazimi jamaah muslimin.
Tanggungjawab Pemimpin .
· Berlaku
adil dalam seluruh perlaksanaan .
Firman Alalh swt :
إِنَّ
اللَّهَ
يَأْمُرُ
بِالْعَدْلِ
وَالإِحْسَانِ
وَإِيتَاءِ
ذِي
الْقُرْبَى
وَيَنْهَى
عَنْ
الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنكَرِ
وَالْبَغْيِ
يَعِظُكُمْ
لَعَلَّكُمْ
تَذَكَّرُونَ
( النحل 90 )
Maksudnya :
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan
berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang
daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia
mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil
peringatan mematuhiNya.
· Memimpin
ahli - ahli menuju keredhoan Allah perlu ada dua suasana :
1.
Suasana keinginan tinggi melakukan pelengkapan diri .
2. Suasana
kesungguhan mengabdikan diri kepada Allah .
· Musyawarah
dengan ahli - ahli .
Firman Allah swt :
فَبِمَا
رَحْمَةٍ مِنْ
اللَّهِ لِنْتَ
لَهُمْ وَلَوْ
كُنْتَ فَظًّا
غَلِيظَ الْقَلْبِ
لانْفَضُّوا مِنْ
حَوْلِكَ فَاعْفُ
عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ
لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ
فِي الأَمْرِ فَإِذَا
عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ
عَلَى اللَّهِ
إِنَّ اللَّهَ
يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
(
ال عمران 159 )
Maksudnya:
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah)
dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada
mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar
lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah
mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah
ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan
(peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam
(sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya
Disediakan oleh :
Hj. Nasrudin Tantawi.
PENGERUSI Lajnah Tarbiyyah , Latihan dan Kepimpinan
Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang
Darul Makmur .
Laman Ustaz Haji Nasruddin bin Haji Hassan At-Tantawi
|
Laman Utama | Semua Artikel |