| Laman Utama | Semua Artikel | |
بسم الله الرحمن الرحيم
SENSITIVITI
GENERASI MUDA TERHADAP ISU SEMASA:
CABARAN
DAN MASA DEPAN
فأحسنَ
الكلامِ
كلامُ الله و
أحسنَ الهدىِ
هدىُ محمدٍ
صلى الله عليه
و سلم. ألا و
إياكم و
محدثات
الأمور فإن شر
الأمور محدثاتُها
و كلَّ
محدثاتٍ
بدعةٌ كلَّ
بدعةٍ ضلالةٌ
و كلَّ ضلالةٍ
في النار.
MUQADDIMAH.
Generasi muda adalah aset ummah dan ia merupakan satu institusi utama untuk menggerakkan ummah. Kekuatan tenaga, kecerdasan minda dan ketinggian semangat meletakkan generasi
muda di saf hadapan.
Sabda Rasulullah saw.
أُوْصِيْكُمْ
بِالشَّبَابِ
خيرًا فإنَّهُمْ
أرِقُّ
أَفْئِدَةً
لقد بعَثنِيَ
اللهُ باْلحَنِيْفِيّة
السَّمْحة
فَحالَفَني الشبابُ
و خالَفني
الشُّيوخ.
Maksudnya:
Aku berwasiat kepada kamu supaya
menanggapi pemuda dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya mereka memiliki
jiwa yang mudah dibentuk (lembut dan unik). Sesunggguhnya Allah telah
mengutusiku dengan ugama yang lurus lagi
tolerensi lalu aku telah dibantu kukuh oleh para pemuda sedang orang-orang tua menyanggahiku.
Sabda Rasulullah saw.
إنَّ
اللهَ
لَيُعْجَبُ
مِنَ
الشَّبابِ
الَّذي ليستْ
لَه صَبْوَة.
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah mengkagumi pemuda-pemuda
yang tiada baginya sebarang kerosakkan moral.
( Riwayat Ahmad dan Abu Yu’la )
Generasi Muda sayugianya
peka terhadap persekitaran dan isu yang timbul justeru di bahu merekalah
terletaknya masa depan ummah. Generasi Muda adalah tiang dan harapan ummah. ( Fakta
ini adalah jelas kerana: antara elemen
pembentukan ummah ialah menganalisis suasana semasa dan suasana semasa
seringkali dipengaruhi oleh isu semasa.)
Generasi Muda tak selayaknya
alpa dibuai mimpi dan impian palsu, sebaliknya insaf menangani
realiti yang mencabar dengan daya
sensitiviti tinggi terhadap isu yang berlaku.
Sabda Rasulullah
saw.
“… dan barangsiapa yang tidak mengambil berat
urusan orang muslim yang lain maka ia bukan dari kalangan mereka.”
Saiyyidina Omar Al Khattab
Rha. Berkata:
“ sesungguhnya terungkai ungkaian Islam ( dari
seseorang ) serungkai demi serungkai apabila wujud di dalam Islam mereka yang
tidak mengerti dan mengenali Jahiliyyah.”
CABARAN UTAMA YANG PASTI
DIHADAPI.
Paling minima, cabaran utama
yang akan ditempohi oleh generasi muda dalam membentuk dan membina kewibawaan ummah serta keunggulannya ialah:
Ø Sukar untuk mencipta Isu
Ø Gagal untuk manafaatkan Isu yang timbul
Ø Isu membalikkan arca negatif ( back fired )
Ø Sifat Isu yang mudah luput
Ø Tidak menafsirkan isu dengan tepat
Lantaran itu, Generasi Muda sewajarnya
memiliki keupayaan dalam menghadapi cabaran ini, suatu cabaran yang tak
mungkin mampu di atasi tanpa
sensitiviti tinggi dan tahap pembacaan
Isu yang tajam dan berpengalaman.
Tanpa persiapan sedemikian,
Generasi Muda akan terperangkap dalam
manipulasi musuh yang amat licik. Realiti hari ini mempamerkan
suatu hakikat yang amat
meresahkan kita apabila ramai pemuda/i muslim
tersungkur di hadapan musuh seterusnya menjadi agen musuh.
Baginda Rasul saw. telah
mengisyaratkan supaya berwaspada dari tipu helah itu
kerana menyedari
“jiwa kepemudaan” Generasi Muda
mudah dipengaruhi.
إِغْتَنِمْ
خَمْسًا
قبْلَ خمسٍ
حياتَك قبل موتِك
و صِحَّتَك
قبلَ سقمِكَ و
فراغَكَ قبلَ
شُغْلِكَ و
شبابَكَ قبلَ
هَرَمِكَ و
غِناكَ قبلَ
فَقْرِكَ.
( رواه
الحاكم )
Maksudnya:
Peliharalah lima perkara sebelum
datang lima perkara yang lain: Hidupmu sebelum datang matimu, sihatmu sebelum
datang sakitmu, kelapanganmu sebelum datang kesibukanmu, mudamu sebelum datang
tuamu dan kayamu sebelum datang faqirmu.
Sabda Rasulullah saw:
لا
تزولُ قدَماً
عبدٍ يوم
القيامةِ حتى
يسألَ عن
أربعٍ: عن
عُمْرِهِ فيما
أَفْناهُ و عن
شبابِهِ فيما
أَبْلاهُ و عن
مالِهِ مِنْ
أَيْنَ
اْكْتَسَبَهُ
و فيما
أنفَقَهُ و عن
عِلْمِهِ ما
عملَ فيه.
Maksudnya:
Tidak berganjak kaki seorang
hamba pada hari qiamat sehingggalah ia disoal berkenaan dengan empat perkara:Ke manakah dihabiskan umurnya, bagaimana ia manafaatkan usia mudanya, dari
mana diperolehi hartanya dan ke mana pula ia belanjakannya dan apa yang telah direalisasikan ilmu miliknya.
( Riwayat
At- Tarmizi )
Antara isu yang menguji keperihatinan Generasi Muda
hari ini, sering kali timbul dalam wajah serangan pemikiran, keruntuhan moral, dan
tentangan pemerintahan sekular.
Serangan pemikiran
dihadapkan kepada ummat Islam, jua kepada semua pemuda/i secara khusus untuk menghancurkan Islam dan ianya
datang dari segenap arah.
1. Barat
Sebahagian besar
serangan pemikiran ini berpusat di
Barat. Sebagaimana diketahui umum , barat bertanggungjawab mengibar panji sekularisme yang memenjara agama dengan
dinding rumah-rumah ibadat.
Ø
Dalam
hal pentadbiran, Barat
mengemukakan fahaman sekular yang menjarakkan ugama dari urusan hidup
sehari . فصل
الدين عن
الحياة
Ø
Begitu juga dijauhkan
agama dari pemerintahan
Ø
Sementara dari urusan ekonomi, Barat
mendokong prinsip kapitalis dengan
orentasi ekonomi Ribawi. Urusan politik pula,Barat menaja prinsip
demokrasi dengan menganggap suara ramai adalah suara Tuhan.
Ø
Urusan
kemasyarakatan jua demikian , Barat mengemukakan prinsip kebebasan
bersuara dan kebebasan memilih sikap dan
cara hidup serta berfikir sehingga kebebasan itu membawa kepada
pengharusan apa yang diharamkan oleh Allah dan
yang bercanggah dengan fitrah
kejadian manusia.
2. Timur
Blok Komunis
Suatu blok yang mengibar
panji Sosialisme atau Komunisme yang mendokong prinsip Ilhad (tidak
bertuhan) dengan usaha gigih mereka
untuk menjauhkan manusia dari Manhaj Ilahi
dan hak hukum hakam Islam.
Kenapa Barat
dan Timur Menyerang Islam.
( Sifat Isu ini berpanjangan )
Justeru Islam mempengaruhi aqal dan pemikiran manusia dan ia tersebar ke seluruh dunia dengan begitu cepat sementara ummat
manusia berduyun-duyun menganut
agama Islam dengan penuh ketaatan
tanpa sebarang paksaan.
Firman Allah swt:
إِذَا
جَاءَ نَصْرُ
اللَّهِ
وَالْفَتْحُ.
وَرَأَيْتَ
النَّاسَ
يَدْخُلُونَ فِي
دِينِ
اللَّهِ
أَفْوَاجًا .
فَسَبِّحْ
بِحَمْدِ
رَبِّكَ
وَاسْتَغْفِرْهُ
إِنَّهُ
كَانَ
تَوَّابًا
Maksudnya:
Apabila datang pertolongan Allah dan
kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), dan
engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, Maka ucapkanlah
tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia
amat menerima taubat.
(
An Nasr 1- 3 )
Rancangan
Jahat Mereka
Setelah menyedari bahawa mereka tidak akan berupaya
untuk menjatuhkan Islam dengan
peperangan bersenjata, maka mereka
melancarkan propaganda-propaganda sulit dalam pelbagai wajah isu untuk
tujuan tersebut.
Ianya bermula dengan
rancangan menghapuskan Sistem Khalifah yang menjadi tunggak
kekuatan ummat Islam kerana sistem ini
telah berupaya menyatukan dan membentuk ummat Islam serta kestabilan
politiknya. Gerakan penjajahan ke atas
negara-negara ummat Islam telah memainkan peranan utama untuk
menjatuhkan Khilafah Islamiyyah.Mereka melebarkan empayar dengan falsafah politik keji mereka ( فرِّق و
تَسُد ) atau "divide and rule" ( pecah
dan perintah )
Kejatuhan sistem khilafah
bermula apabila penjajah berjaya menjatuhkan Sultan Abdul Hamid dan menyerahkan
Turki kepada Mustapha Ata-Turk dari Yahudi
Daunama dengan syarat-syarat berikut:
·
Hapuskan Sistem
Khilafah sama sekali
·
Isytihar Negara Sekular
·
Mengekang gerakan Islam
·
Mengganti perlembagaan
Othmani Al-Islami kepada
perlembagaan atau undang-undang sivil
ciptaan manusia.
Generasi Muda yang dihormati sekelian,
Tindakan jahat mereka tidak
terhenti setakat itu, malah mereka meneruskan semangat permusuhan mereka
terhadap ummat Islam dengan memastikan aqidah
dan fikrah ummat Islam turut diperangi.
Musuh-musuh Islam dengan
pelbagai nama seperti Kristianisasi, Orientalis, Penjajah, Komunis, Yahudi
dan sebagainya bekerja keras untuk
mencapai matlamat mereka yang satu iaitu
mengeluarkan ummat Islam dari agama
mereka atau sekurang-kurangnya dapat mencampakkan keraguan pada aqidah
Islamiyyah dan merosakkan kejernihan akhlaq Islami.
Rancangan jahat terhadap Islam dengan tipu daya
mereka yang licik terbentuk pada 4
gerakan iaitu:
a) Gerakan Komunis مخططات
الشيوعية
b) Gerakan Solibiyah مخططات
الصليبية
c) Gerakan Yahudi dan Freemason مخططات
اليهودية و
الماسونية
d) Gerakan Munafiqin مخططات
العملاء في
الداخل
i) Gerakan Komunis [1]
Serangan Komunis
terhadap Islam tidak sahaja melibatkan
fikrah tetapi juga sampai ke peringkat
pertumpahan darah dengan maksud menghapuskan Islam dan ummatnya.
Pada permulaan Revolusi
Komunis iaitu pada tahun 1917, satu Mu’tamar Islami telah diadakan di Khukand demi menuntut hak pemerintahan
sendiri di Turkistan. Namun malangnya,
secara tiba-tiba tentera Rusia telah menyerang dan membunuh beribu-ribu ummat Islam dengan kejamnya. Rumah-rumah mereka diruntuhkan dan harta mereka telah
dirampas.
Satu sumber rasmi Rusia sendiri telah melaporkan
bahawa ummat Islam yang menjadi mangsa
pemerintahan mereka dalam tempoh setahun
(1917-19118) ialah seramai satu
juta.
Pada tahun 1928, Rusia telah
berjaya menghapuskan kerajaan Islam Khukand.
Pada tahun 1930, kerajaan Islam Bukhara pula telah
dijatuhkan dan mereka juga telah meragut banyak nyawa di
bumi Afghanistan. Demikianlah Kominis telah berjaya membunuh 20 juta ummat
Islam melalui serangannya yang
bertubi-tubi tanpa henti sepanjang 50
tahun.
Semangat
Penentangan Komunis Terhadap
Islam
1.
Pada tahun 1913, LENIN
telah menegaskan: “Tidak benar bahawa
Allah yang mentadbir alam,akan
tetapi Allah adalah pemikiran khurafat
yang dicipta oleh manusia untuk berlepas diri dari kelemahannya.
Justeru itu, setiap individu yang bertegas dengan pemikiran tersebut adalah seorang yang jahat dan
lemah.
2.
MARK telah menjelaskan bahawa “Tidak ada tuhan dan kehidupan adalah
berbeza”
3.
Akhbar Supteshia
Bravda dalam tahun 1954 menyatakan: Kepercayaan kepada Allah adalah
peninggalan orang-orang dahulu yang bodoh.
4.
Mu’tamar ke 22,jawatankuasa
pusat Parti Komunis Soviet telah
membuat ketetapan bahawa: Kita menyedari bahawa kekalnya kesan keugamaan dalam masyarakat Rusia. Hari ini, kita masih menghadapi ancaman dari
kawasan-kawasan orang Islam. Lantaran itu,mu’tamar ini menegaskan keazaman
untuk menentang kebangkitan Islam habis-habisan.
Kesan
Pembawaan Komunis di Dunia
Islam
Berselindung di sebalik
slogan sama rata dan keadilan
masyarakat serta memeranggi Imperialis, mereka telah berjaya memperdaya ummat
Islaam sehingga Lahore sebahagian
ummat.yang keliru tentang Wujudiah
Rabbaniah..
Menimbulkan isu untuk
menanggapi agama sebagai “Candu” masyarakat dan mendorong manusia
membebaskan diri dari ikatan
agama dan akhirnya syiar Islam tidak lagi berdiri megah. Sebaliknya, menjadi asing di tengah ummat Islam sendiri.
Sabda Rasulullah saw:
Maksudnya ;
Islam telah bermula dalam
keadaan dagang dan ia akan kembali menjadi dagang maka berbahagia orang-orang
yang dagang ( asing )
b) Gerakan
Solibiyyah
Suatu gerakan
Nasara dengan semangat permusuhan yang tinggi sreta dendam kesumat yang
mendalam untuk membinasakan Islam daan
ummatnya. Solibiyah menyusur untuk menjatuhkan Islam melalui beberapa gerakan
licin termasuklah Orientalis, Missionerry dan penjajahan dengan membawa tekad dan hadaf yang satu.
Noktah
Utama Dalam GERAKAN SOLIBIYYAH.
1.
Bertindak keatas kerajaan
Islam dan menghapuskan
Sistem Khilafah.
2.
Bertindak keatas sumber
utama syariat Islam al-Quran dan al-Hadis.
3.
Merosakkan fikrah Islamiyyah di kalangan ummat Islam.
4.
Memecahkan kesatuan
ummat Islam.
5.
Merosakkan
wanita-wanita muslimah melalui gerakaan
“Women Liberation “ dan sebagainya.
Wasilah-wasilah Mereka
1.
Mendidik anak-anak orang Islam di madrasah -madrasah
mereka .
2.
Menyebarkan Risalah
Tabsyiriah dan buku-buku mereka.
3.
Khidmat kebajikan
masyarakat.
4.
Melalaikan masyarakat
dengan hiburan,arak,perrempuan dan sebagainya.
5.
Menghantar lebih
ramai pendakwah-pendakwah Kristian ke negara-negara ummat Islam.
c) Gerakan Yahudi dan Freemason
Firman Allah swt:
Maksudnya:
Demi sesungguhnya engkau (wahai
Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada
orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.
(
Al Maidah 82 )
Yahudi merupakan musuh
tradisi ummat Islam dan ia merupakan
penggerak utama semangat permusuhan terhadap ummat Islam.
Gerak
Jahat Yahudi
1. Menubuhkan
kerajaan Israel pada tahun 1948 di kawasan suci ummat Islam yang mana ia
telah dijadikan sebagai pusat propaganda
mereka terhadap Islam dan ummatnya. Mereka bekerja keras untuk menghalau
ummat Islam daan membinasakan tamadun Islam.
2. Pengisytiharan
kemerdekaan Israel padaa 15
Mei 1948 telaah dilakukaan oleh Ben
Ghorion. Sehubungan dengan itu, semua negara Mustakbirin Amerika dan Rusia segera mengiktirafnya kerana dengan wujudnya negara Israel, maka
tercapailah hasrat mereka untuk bersama-sama menjajah Islam.
3. Membentuk pertubuhan-pertubuhan Yahudi, iaitu:
Ø
Kerjasama Israel
Antarabangsa
Ø
Mu’tamar
Yahudi Antarabangsa
Ø
Kesatuan Sahafi (
wartawan ) Yahudi Sedunia
Ø
Majlis Penasihat Pertubuhan-pertubuhan Yahudi
Ø
Pertubuhan Israel
Sedunia
Ø
Majlis Yahudi Rabbani Sedunia
Ø
Pertubuhan Zionist
Sedunia
Sementara agen-agen rahsia mereka ialah:
a)
Freemason
b)
Rotary Club
c)
Lions Club
Freemason, Rotary dan Lions
Pertubuhan-pertubuhan rahsia ini memainkan peranan untuk
menyalurkan mesej Yahudi untuk kembali menbina kerajaan Yahuza dan seterusnya menguasai
alam.Mereka mempengaruhi manusia dengan
program-program kebudayaan, sukan,
hiburan-hiburan dan lain-lain lagi
untuk “brain wash” pemuda/I,sekaligus
memesongkan mereka dari tatasusila murni. Yahudi akan menggunakan apa saja cara yang boleh mencapai matlamat mereka Prinsip ini dikenali sebagai الوصولية.
Protokol Zionist ke-5
menjelaskan bahawa akan sampai kesatu
taahap yang tinggi dalam
penguasaan politik mereka melalui
kaedah الغاية
تبرر الوسيلة .
Melalui protokol ke-11,Yahudi
mengisytiharkan bahawa ummat selainYahudi ialah kumpulan-kumpulan kambing yang
lemah dan hina. Adapun mereka
orang-orang Yahudi merupakan serigala-serigala
yang mulia dan perkasa.
( Protokol
pemimpin Zionist adalah ketetapan dan resolusi rahsia yang diputuskan dalam
mu’tamar pemimpin-peminpin Zionist yang diadakan buat kali yang
pertama di Bal ( بال )
Switzerland pada tahun 1897. Protokol ini akhirnya terdedah buat kali
pertamanya. Ia didedahkan oleh Sergius Neilus
yang merupakan seorang pengarang
Nasrani. ) [2]
Objektif Politik Zionist
1.
Penguasaan ekonomi
2.
Kekuatan tentera
3.
Penguasaan media massa
4.
Pengaruh kebudayaan
dan serangan pemikiran.
d) Gerakan munafiqin dan aktor mereka dari dalam.
Kebanyakan mereka
adalah dari kalangan kaum baangsa kita , mereka bertutur bahasa yang kita gunakan dan berpakaian
dengan pakaian orang-orang Islam.Tetapi mereka mempunyai hubungan yang erat dengan musuh-musuh
Islam samada Komunis Mulhidah atau
Solibiyyah Haqidah atau
Yahudi Makirah atau
Penjajah Mudhallalah.
الشيوعية
الملحدة /
الصليبية الحاقدة /
اليهودية
الماكرة /
المذاهب
الإستعمارية
المضللة ))
Ancaman golongan ini merupakan suatu yang
paling bahaya justeru ia
menyusup masuk ke dalam saf-saf kita.
Mereka menguasaai ummat Islam
dengan penguasaan terhadap kementerian-kementerian, media
massa, jabatan-jabatan pendidikan, muassasah-muassasah,
yayasan-yayasan, badan-badan berkanun dan
badan -badan swasta.
Lantaran itu, dengan tidak
disedari, mereka telah meresapkan
ideologi daan budaya mereka di tengah-tengah masyarakat ummat Islam
dan memaksa ummat Islam menerima tanpa
disedari. Sehingga ummat Islam larut dalam ideologi dan budaya mereka yang keji
sebagaimana yang berlaku hari ini. Aduhai Generasi Muda , ingatlah penegasan
Ilahi:
Maksudnya:
Jangan sekali-kali engkau (wahai
Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri
(yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka). (Semuanya) itu hanyalah
kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka
neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan.
( Ali Imran
196-197 )
APA YANG HARUS DILAKUKAN OLEH GENERASI MUDA UNTUK MENGHADAPI
CABARAN TERSEBUT
1.
Tingkatkan kesedaran
Thaqafah dan Tasawwur ( ilmu pengetahuan ) menghadapi serangan pemikiran yang
kian sengit dan mencabar.
2.
Memelihara aqidah Imaniah sehingga mampu menangkis
segala syubhah dan helah aqidah yang dilontar oleh musuh dalam apa jua bentuk
isu.
3.
Bergabung dengan
kepimpinan Islam dan gerakerjanya. Kita akan selamat dari lingkaran propaganda
yang penuh fitnah dan kekeliruan sehingga lahir golongan teras yang terpilih
untuk membantu ugama Allah swt.
4.
Membina semangat
jihad dan daya prihatin yang tinggi untuk mempertahankan Islam dan ummat dari
serangan pemikiran. propaganda isu dan keganasan senjata musuh, sehingga kita
berjaya mengembalikan kecemerlangan Islam.
Firman Allah swt:
فِي
بِضْعِ
سِنِينَ
لِلَّهِ
الأَمْرُ
مِنْ قَبْلُ
وَمِنْ
بَعْدُ
وَيَوْمَئِذٍ
يَفْرَحُ
الْمُؤْمِنُونَ
.
بِنَصْرِ
اللَّهِ
يَنصُرُ مَنْ
يَشَاءُ
وَهُوَ
الْعَزِيزُ الرحيم
Maksudnya:
Dalam masa tidak sampai sepuluh
tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum
berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom)
itu, orang-orang yang beriman akan bergembira -Dengan kemenangan yang diberi
Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah
jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
(
Ar Ruum 4-5 )
ISU DALAM WAJAH: KERUNTUHAN MORAL.
Kepincangan nilai dan
keruntuhan moral Generasi Muda hari ini amat membimbangkan, sehingga ia menjadi
satu masaalah kronik bagi negara-negara
ummat Islam. Keruntuhan ini adalah natijah dari pakatan jahat yahudi dan barat
yang mengorientasikan budaya kuning untuk meneruskan penjajahan mereka keatas
minda ummat Islam.Mereka meransang nafsu dan menaja sex bebas serta
hiburan yang tidak terbatas untuk
menyeret pemuda-pemudi menjadi liar dan buas semata-semata mencari kepuasan yang tak kunjung puas. Media massa
cetak dan elektronik turut memainkan peranan untuk menuang minyak ke atas
nyalaan api nafsu yang membara, mencetus noda dan dosa tanpa mengenal ketika
dan masa pula tidak memperdulikan azab
dan neraka.
Majallah-majallah dan video -video
lucah laris di pasaran sementara ia mudah diperolehi tanpa segan silu, malah
ianya suatu yang rutin bagi generasi
muda hari ini. Masyarakat bandar dan
desa tidak terlepas dari bahang runtuhan moral yang berlaku di celah-celah
pembangunan yang mencakar langit.
Penyakit AIDS dan HIV marak menular angkara
runtuhan moral yang kian parah bagai satu amaran keras dari ilaahi buat
semua manusia agar sedar dan insaf. Barat menaja kebebasan untuk terus
memancing ummat Islam agar terus asyik dan alpa dengan runtuhan nafsu syahwah.
Mereka mendakwa kebebasan adalah kebabanggan antarabangsa.
KEBEBASAN TAJAAN BARAT
1.
Bebas dari kongkongan
tanggungjawab di rumah. Sehingga mereka
lebih senang mengunjungi kelab -kelab malam dan pusat-pusat hiburan dari tingggal di
rumah.
2.
Bebas berpakaian
malah sampai keperingkat berpakaian
tetapi telanjang.
3.
Bebas bertindak tanpa terbatas kepada disiplin, akhlak
dan tatasusila . Adab kesopanan dianggap suatu kongkongan kehidupan.
4.
Bebas beraqidah dan
memegang prinsip.
5.
Pembebasan wanita
dengan menuntut hak yangg sama seperti
lelaki dan tidak lagi sebagai suri
rumah atau pembantu lelaki.
6.
Kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat sekalipun
ianya menyentuh pihak yang lain. Ini membuka ruang untuk mereka menghina Islam.
7.
Kebebasan media
massa sehingga ia diluar kawalan adab kemanusiaan. Sementara media ini menjadi salah satu saranan penting untuk
mencetak minda masyarakat. ( dalam masa yang sama mereka mengekang Islamic media )
ISU DALAM WAJAH: TENTANGAN
PEMERINTAHAN SEKULAR
Pemerintahan sekular adalah
sebuah pemerintahan yang menjarak agama dari politik.( أد
ما لقيصر
لقيصر
و ما لله لله ). Ini bererti semua orentasi pemerintahan dan
pentadbiran negara bebas serta tidak terikat dari prinsip dan pandangan agama.
Sebaliknya berasaskan kepada apa yang dipandang baik oleh pemerintah.
Sedang Islam adalah satu
agama yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia termasuk urusan
pemerintahan negara mestilah tunduk dan patuh kepada hukum Ilahi
وَأَنْ
احْكُمْ
بَيْنَهُمْ
بِمَا
أَنزَلَ اللَّهُ
وَلَا
تَتَّبِعْ
أَهْوَاءَهُمْ
وَاحْذَرْهُمْ
أَنْ
يَفْتِنُوكَ
عَنْ بَعْضِ
مَا أَنزَلَ
اللَّهُ
إِلَيْكَ
فَإِنْ تَوَلَّوْا
فَاعْلَمْ
أَنَّمَا
يُرِيدُ اللَّهُ
أَنْ
يُصِيبَهُمْ
بِبَعْضِ
ذُنُوبِهِمْ
وَإِنَّ
كَثِيرًا
مِنْ
النَّاسِ
لَفَاسِقُونَ
.
أَفَحُكْمَ
الْجَاهِلِيَّةِ
يَبْغُونَ
وَمَنْ
أَحْسَنُ
مِنْ اللَّهِ
حُكْمًا
لِقَوْمٍ
يُوقِنُونَ.
يَاأَيُّهَا
الَّذِينَ
آمَنُوا لَا
تَتَّخِذُوا
الْيَهُودَ
وَالنَّصَارَى
أَوْلِيَاءَ
بَعْضُهُمْ
أَوْلِيَاءُ
بَعْضٍ
وَمَنْ
يَتَوَلَّهُمْ
مِنْكُمْ
فَإِنَّهُ
مِنْهُمْ
إِنَّ
اللَّهَ لَا
يَهْدِي الْقَوْمَ
الظَّالِمِينَ
Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara
mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut
kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak
memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu.
Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka
ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari
dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah
orang-orang yang fasik. Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada
hukum-hukum jahiliyah? Padahal-kepada orang-orang yang penuh keyakinan-tidak
ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. Wahai
orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan
Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat
kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka
teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka
itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku
zalim.
(
Al Maidah 49-51 )
Pemerintahan sekular adalah
natijah kepada serangan pemikiran yang dihadapkan kepada ummat Islam. Ianya
berfungsi untuk membendung semangat beragama yang ada pada ummat Islam
sekaligus mereka mampu mematahkan usaha penguasaan terhadap ummat Islam.
Antara tindakan yang diambil
untuk mengekalkan pemerintahan sekular ialah:
1) Menyebarkan fikrah tidak
beragama (فكرة
اللادنية )
·
Mereka memaksa pemikiran ini bertapak di minda ummat Islam dengan
apa jua cara termasuk kekerasan.
·
Mereka memaksa
anak-anak ummat Islam mempelajari sejarah dan tamadun Barat melalui sistem
pendidikan yang terpisah jauh dari ruh Ubudiyyah.
·
Melontarkan istilah-istilah
negatif kepada pejuang Islam seperti pelampau, ekstrim dan lain-lain untuk
menanam rasa benci kepada Islam dan pejuangnya di hati generasi muda.
·
Menganjur perhimpunan
yang bercampur gaul lelaki dan perempuan sehingga ia dianggap rutin dan
bertamadun serta terkini.
·
Mencipta pelbagai
fesyen pakaian yang mendedahkan aurat.
2) Mengekang Harakah Islamiyyah
·
Mereka meletakkan
Harakah Islamiyyah sebagai musuh utama mereka yang mampu menggugat kestabilan
pemerintahan mereka dan mampu kembali menyatukan kesatuan ummat Islam.
·
Lantaran itu, mereka
mengambil tindakan tegas demi menghalang Harakah Islamiyyah. Pelbagai tuduhan
dan helah ( isu ) dilakukan semata-mata untuk memastikan Harakah Islamiyyah
berkubur.
3) Undang-undang
ciptaan manusia
·
Hasrat mereka adalah
untuk melenyapkan syariah Islamiyyah daripada terus bertapak di bumi dan di hati ummat Islam.
·
Mereka membentuk
demokrasi dan undang-undang ciptaan manusia untuk mentadbir negara dan
masyarakatnya sebagaimana mereka
meletakkan sistem kapitalis dalam pengurusan ekonomi.
·
Memecahkan kesatuan
negara-negara ummat Islam kepada negara-negara kecil yang mempunyai
undang-undang masing-masing selain dari syariat Islamiyah.
·
Mengekalkan prinsip
politik sekular mereka ( pecah dan perintah ).
4) Sistem pendidikan sekular
·
Suatu sistem yang
membuatkan pemuda/i tidak mengenal
Islam malah tidak mengenal lagi kalimah syahadah.
·
Sistem yang memburu
kehidupan dunia yang sementara dan lupa kehidupan akhirat yang kekal.
·
Sistem yang memuja
kebendaan dan kedudukan serta memandang rendah hidup beragama.
·
Sistem yang membuang
jauh ruh agama dari setiap mata pelajaran yang dikemukakan di peringkat sekolah
dan universiti.
·
Sistem yang mendidik
pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sejak di peringkat bawah hingga ke
peringkat universiti.
·
Menghapuskan tulisan
jaawi atau huruf al-Quran dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama
dunia agar ummat Islam jauh dari sumber utama syariat mereka.
Dan ianya Milik Islam …..
Kealpaan dan sikap tidak
mengambil berat merupakan agen pembunuh yang sangat berbahaya. Ia mampu
membunuh stamina perjuangan seorang
aktivis sekaligus mampu melumpuhkan sebuah gerakan Islam yang besar jika
kehadirannya tidak dibanteras.
Islam adalah suatu agama
yang optimis,
sensitive dan responsive, ia melarang ummatnya beku membatu diri, pasif
dan dhoif. Sungguhpun suatu kenyataan bahawa
kini ummat islam telah ditekan dan ditindas serta dikepung dari segenap
arah oleh musuh-musuh Islam yang begitu ramai dan memiliki segala kelebihan
maddiah.
Namun, sebagai seorang
pemuda muslim, kenyataan itu tidak sewajarnya menjadikan kita kaku dan berputus
asa terhadap amal Islami malah
sebaliknya menyemarakkan semangat perwira dan jiwa kepemudaan untuk menghadapi
segala kemungkinan. Justeru Islam bukanlah satu agama yang menjanjikan
kemenangan dan kejayaan di dunia malah ia satu agama yang membawa berita
gembira untuk kemenangan di dunia dan di akhirat.
Penguasaan Kuffar akan tiba
hari dan saatnya untuk ia jatuh tersungkur mencium bumi bersama kebesaran dan
keangkuhan mereka. Namun khabar gembira ini adalah suatu yang amat mahal nilai
harganya. Ia tidak mungkin berlaku tanpa pengorbanan dan kegigihan pejuang-pejuang
Islam yang tidak mengenal erti penat dan
putus asa, demikianlah sunnatullah
إِنْ
يَمْسَسْكُمْ
قَرْحٌ
فَقَدْ مَسَّ
الْقَوْمَ
قَرْحٌ
مِثْلُهُ
وَتِلْكَ
الأَيَّامُ
نُدَاوِلُهَا
بَيْنَ
النَّاسِ
وَلِيَعْلَمَ
اللَّهُ
الَّذِينَ
آمَنُوا
وَيَتَّخِذَ
مِنْكُمْ
شُهَدَاءَ
وَاللَّهُ لا
يُحِبُّ
الظَّالِمِينَ
Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka
(tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah
(tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan
demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa
kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya
menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang
orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah
menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan
(ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.
(
Ali- Imran 140 )
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan
beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan
menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi,
sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka:
khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama
mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan
menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari
ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan
sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah
itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.
(
An-Nuur-55 )
Disediakan Oleh:
Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan At Tantawi
Setiausaha LTDLK DPP PAS Pusat.
28 Dec. 2001