| Laman Utama | Semua Artikel | |
MAQASID SYARI’E
Ta'rif
maqasid
A ) Dari perspektif
bahasa: Membawa erti tempat niat
B ) Dari perspektif
istilah:
Iaitu
kandungan makna,tujuan-tujuan,hukum yang dikeluarkan oleh Allah untuk dijadikan
ketetapan berdasarkan tuntutan dan kehendak sebenar ayat.
Dalil terjadinya maqasid Allah ke atas makhluk:
Allah Ta'ala selaku Zat Yang Maha Bijaksana mengendalikan
kehidupan makhluk berdasar kepada maslahah yang ditetapkan. Sekiranya
pentadbiran ke atas makhluk ini tidak mengikut maslahah nescaya akan menjadi
sia-sia dan perkara ini adalah mustahil pada hak Allah sebagaimana yang
diterangkan dalam ayat:
أفحسبتم
أنما خلقناكم
عبثا وأنكم
الينا لا ترجعون
dan Firman Allah swt:
ربنا
ما خلقت هذا
باطلا
Sesungguhnya Allah memuliakan Bani Insan lebih dari makhluknya
yang lain sebagaimana dalam ayat:
ولقد
كرمنا بنى أدم
وحملناهم فى
البر والبحر ورزقناهم
من الطيبات
وفضلناهم على
كثير
ممن خلقنا
تفضيلا
Dalam ayat ورحمتى
وسعت كل شىء Allah menyifatkan diriNya Maha Mengasihi
terhadap hambaNya, andaikata Allah meletak ketetapan syara' tanpa melihat
kepada maslahah makhluk sudah tentu
jauh dari sifat ini dan perkara ini batil berdasarkan nusus ayat.
Allah secara jelas menyatakan maqasid dalam meletakkan maslahah
untuk manusia. Ini dapat dilihat dalam firmanNya:
وما
أرسلناك الا
رحمة للعالمين
dan Firman Allah swt:
يريد
الله بكم
اليسر ولا
يريد بكم
العسر
dan Nabi saw. memperjelaskan lagi kenyataan ini dalam hadithnya:
بعثت
بالحنفية
السمحة
dan dalam hadithnya yang lain:
لا
ضرر ولا ضرار
2. Asas-asas maqasid
Perlu diketahui bahawa segala hukum hakam yang terkandung di dalam
Al Quran diturunkan untuk diguna pakai dalam urusan pentadbiran kehidupan
manusia dan menjaga kemaslahatan. Para ulama' usuli meletakkan garis panduan
dalam menetapkan maslahah manusia berhubung dengan maqasid (kehendak) syara'.
Maslahah yang diletakkan oleh syara' bukan hanya terhad pada mendapatkan
manfaat dan menolak seribu satu mudharat bahkan menjaga maqasid syara' yang
ditetapkan kepada manusia iaitulah menjaga agama, keselamatan diri, akal,
keturunan dan harta benda. Dalam erti kata yang lain penjagaan ke atas lima
perkara tadi juga merupakan maslahah.
3. Pembahagian maslahah dari kacamata maqasid yang ditetapkan
syara'
Ulama' usuli telah membahagikan masolih kepada beberapa bahagian
berdasarkan kepada maslahah yang berbeza:
3.1 Maqasid maslahah dari segi peringkat dan kesan ke atas manusia
terbahagi kepada tiga:
MASLAHAH DHARURIYYAH
Dalam kitab Al Muwafaqat karangan Imam As Syatibi dinyatakan
bahawa maslahah dharuriah perlu didahului bertujuan untuk menjaga agama dan
perihal dunia. Sekiranya tidak dilaksanakan maka akan timbul pelbagai kerosakan
dan kematian. Dalam erti kata lain suatu maslahah yang mesti dilaksanakan
kerana terpaksa oleh kumpulan manusia ramai atau individu tertentu untuk
mengelakkan dari kemusnahan hidup mereka.
Ulama' telah meletakkan garis panduan dalam mengambil maslahah ini
untuk dilaksana dalam menetapkan aulawiyyat yang ditetapkan oleh syara'.
Menjaga
agama
Agama merupakan perkara utama yang perlu dijaga dalam menjaga
kefardhuan dalam agama untuk dilaksanakan oleh manusia atau diistilahkan
sebagai حفظ
الايجاب sementara dari sudutحفظ العدم-دفع
الخطر Islam telah meletakkan
garis panduan tertentu untuk menjaga agama dari segala kerosakan umpamanya
disyariatkan jihad untuk mempertahankan agama, menetapkan hukuman bunuh kepeda
mereka yang murtad dan sebagainya. Dalam kedua-dua perkara ini, Islam
mendahulukan kaedah pengawasan dari perkara lain untuk mengekalkan maqasid
syara'.
Menjaga
diri
Islam menetapkan penjagaan terhadap Bani Insan untuk terus
melaksanakan tuntutan agama. Agama tidak dapat diteruskan dengan sempurna
apabila keadaan diri manusia lemah. Islam membenarkan segala perkara yang dapat
memelihara kehidupan mereka tanpa berlebihan begitu juga dalam perkara yang
merosakkan keadaan mereka. Islam juga meletakkan hukuman seumpama qisas, diat
dan sebagainya.
Memelihara
akal
Islam mewajibkan manusia supaya menuntut ilmu untuk menjaga gerak
kerja akal dari terpesong dan melarang keras dari perkara yang menyebabkan
kerosakan umpama meminum arak, merokok dan yang berkaitan dengannya.
Menjaga
keturunan
Menjaga keturunan atau dalam erti kata lain mempertahankan maruah
dari dicemari merupakan maslahah yang perlu dijaga dalam memelihara maksud
syara'. Sebab itulah Islam menekankan proses perkahwinan supaya tidak lari dari
dasar-dasar syara' demi mengekalkan keturunan yang baik. Perkara-perkara yang
menyebabkan maruah tercemar seumpama zina diharam dan disediakan hukuman yang
sewajarnya.
Menjaga
harta
Islam amat berhati-hati dalam etika perniagaan khususnya dalam
proses pengaliran harta kepada pihak-pihak yang tertentu supaya tidak terlibat
dengan rasuah, tipu dan sebagainya dalam perkara jual beli, sewa menyewa,
wadiah dan lainnya. Untuk mengawasi dari berlaku perkara-perkara tersebut Islam
meletakkan hukuman tertentu dalam kes-kes kecurian, rompakan dan perkara yang
merosakkan harta benda orang lain demi menjaga hubungan sesama manusia.
B ) MASLAHAH HAAJIYAH
Iaitulah masalah yang tidak sampai ke tahap terdesak, tanpanya
tidak menjejaskan lima perkara yang wajib dijaga tadi. Sementara Imam Syatibi
menyatakan sekiranya tidak dilaksanakan maslahah ini akan menyeebabkan sedikit
bebanan dan kepayahan namun tidak membawa kepada kerosakan kepada lima perkara
tersebut.
Syara' amat menekankan penjagaan terhadap maslahah ini terutamanya
dalam ibadat, muamalat dan jenayah. Kehidupan manusia tidak sempurna dan stabil
sekiranya hilang maslahah ini yang akhirnya akan menyebabkan mereka terpaksa
hidup dalam keadaan kesempitan.Umpama nya dalam masalah sewaan pada asalnya
tidak harus kerana mengambil manfaat pada benda yang tiada,akan tetapi kerana
hajat manusia maka dibolehkan dan sebagaimana kata Imam Sayuti الحاجة اذا
عمت كالضرورة Begitu
juga dalam masalah mudharabah pada asalnya juga tidak diharuskan kerana
keuntungan tersebut majhul akan tetapi sebagai rukhsah untuk keperluan manusia
juga dibenarkan. Hal ini dinyatakan oleh Ibn Rusyd:
انما
رخص فى
المضاربة
لموضع الرفق
بالناس
C ) MASLAHAH TAHSINIYYAH
Iaitu maslahah yang tidak terkandung ertikata darurat dan hajiyat.
Dengan ketiadaannya tidak memudaratkan dan menggangu gugat kehidupan namun
dilihat pada mata kasar berlaku sedikit kekurangan sebagaimana pada maslahah
lain. Maslahah ini juga merangkumi konteks ibadah sperti syara' meminta supaya
menjaga kebersihan tubuh badan, pakaian dan tempat, memperbanyakkan
perkara-perkara sunat dalam solat dan puasa. Dalam konteks muamalah dilarang
membazir dan membuat penyelewengan dan sebagainya.
Maka dari perbincangan di atas jelas bahawa syara' lebih memberi
penekanan kepada maqasid thalathah yang dinyatakan sebelum ini. Dapat
disimpulkan bahawa masalah keperluan dianggap sebagai pelengkap kepada
daruriyat dan tahsiniah pelengkap kepada hajiyat. Oleh yang demikian difahami
bahawa tanpa kedua-dua ini (hajiyat dan tahsinah) tidak akan terlaksana
maslahah daruriyat.
Keseimbangan Ketiga-tiga Maslahah apabila berlaku percanggahan dan
pertentangan dengan ketiga-tiga masalahah tadi maka didahulukan yang kuat.
Umpamanya jika maslahah lebih kuat dari mapsadah di dahulukan masalahah. Jika
berlaku persamaan antara maslahah dan mafsadah,yang mana harus dipilih, perlu
digunakan mizan maratib maslahah tadi
a) Tidak boleh mendahulukan maslahah tahsiniah apabila bertembung
dengan dharuriyyat dan hajiyyah.Difahami dari kaedah ini , kita dibolehkan
untuk mendedahkan aurat untuk rawatan dalam ertikata rawatan tersebut adalah
daruri untuk menjaga diri sementera menutup aurat adalah tahsini
b) Maslahah hajiyah tidak boleh mendahului daruriah, kewajiban
adalah satu perkara daruri yang wajib dilaksanakan walau sedikit menghadapi
masyaqqah. andaikata setiap kesulitan tidak dilaksanakan untuk memenuhi
tuntutan kewajiban akan membawa kepada kurangnya perlaksanaan terhadap
hukum-hukum yang ditetapkan.
Bermakna, masyaqqah tidak perlu diraikan untuk perlaksanaan
taklifan iaitu dharuri. Adapun hukum-hukum yang tidak terletak ditahap dharuri
maka perlu diraikan dan dilaksanakan mengikut kuliyyah Al-Khams.
Dalam perkara ini Imam Izz Ibn Abd Salam menyatakan
مفسدة
فوات الأعضاء
و الارواح
أعظم مفسدة من
فوات الابضاع
ومفسدة فوات
الأبضاع اعظم
من مفسدة فوات
الاموال
ومفسدة فوات
الأموال النفيسة
أعظم من مفسدة
فوات الأموال
الخسيسة ومفسدة
هلاك الانسان
اعظم من مفسدة
هلاك الحيوان
Pembahagian Maqasid Dari Sudut Umum Dan Infiradi.
1) Maslahah kuliyyah ammah
2) Maslahah juziyyah
Contoh dalam permasalahan ini hadis nabi:
لا
يبيع حاضر
لباد دعوا
الناس يرزق
الله بعضهم من
بعض
Seseorang
yang menjual barang orang lain dengan harga yang tinggi ditempatnya dengan
mengambil kadar yang murah ditempat asal.
Nabi s.a.w melarang kaedah penjualan tersebut oleh kerana
mendahulukan maslahah yang khusus dari umum.
Maqasid Maslahah Dari Sudut Al Jazm
i)
Qati'e: Iaitu maslahah
yang didatangi dengan nas qat'ie
ii)
Dzanni: Maslahah yang diragui oleh akal natijahnya lebih tertumpu
pada ijtihad
iii)
Waham: Juga berdasarkan tasawwur yang kurang jelas dalam pemikiran
Maqasid
Feqh Di Kalangan Sahabat r.a
Sahabat-sahabat r.a mengambil berat masalah maqasid dan menjadikan
panduan di dalam mengeluarkan sesuatu hukum umpamanya dalam pengambilan Hadis
Ahad,pentafsiran nas Al-Quran. Sayyidina Umar r.a mengeluarkan ijtihad supaya
tidak diberikan zakat kepada gologan baru dalam Islam disebabkan maqasid asal
pemberian tersebut adalah untuk menambat hati-hati mereka kepada Islam.Setelah
Islam semakin menular dan terpancar dalam hati-hati umat Islam pada masanya
maka tidak lagi diberi zakat. Ini adalah contoh dimana ijtihad yang dilakukan
ketika mana ada nas dan ijtihad mereka dalam perkara-perkara yang tidak disebut
dalam nas begitu banyak seperti:
-Tidak membenarkan Sayyidina Abu Bakar ketika mana dilantik
sebagai khalifah meneruskan perniagaannya dan nafkah untuk diri dan keluarga
diambil dari baitul mal melihat kepada maslahah umum umat Islam
-Sayyidina Umar menegah Hatib Ibn Abi Baltaah dari mengurangkan
harga barang yang dijual demi menjaga masalahah peniaga-peniaga lain. Cerita
ini dinyatakan dalam Muwatta'.
Berkata Zarqani
فقد
نهاه عن نقص
السعر لأنه
كان يبيع
بأرخص مما
يبيع اهل
السوق دفعا
للضرر ورعاية
للمصلحة
Maqasid
Di Kalangan Tabien
Para fuqahak Iraq tidak menjalankan hukuman hudud kepada pelaku
jenayah ketika peperangan tercetus kerana dibimbangi mereka akan berpihak
kepada gologan kafir.
Maqasid
Di Kalangan Mujtahidin
Imam Malik pada masanya berijtihad supaya Imam melantik
petugas-petugas dibawahnya dari golongan kaya supaya dapat membantu ketika
ketiadaan harta negara untuk keperluan tentera dsb. Berkata Imam Syatibi
فإن
الإمام لو لم
يفعل ذلك
لبطلت شوكته
وصارت بلاد
المسلمين
عرضة للفتنة
Maqasid
Dalam Perbahasan Ilmu Usul Fiqh
Perlu diketahui bahawa maqasid syariah mempunyai ikatan yang kuat
dengan feqh. Kesan dalam membahaskan maqasid ini lebih nyata bila digunkan
dalam kaedah usul feqh kerana penggunaan dalam bidang ijtihad lebih tertumpu
kepada maqasid sesuatu perkara tersebut.
Oleh yang demikian maqasid menjadi salah satu cabang dalam
pengajian usul feqh dan kaedahnya untuk mengistinbat hukum-hukum. Ulama' Feqh
dalam membicarakan masalah-masalah kaedah dalam usul feqh membahagikan kepada
dua kaedah lughawi dan Syarie yang dimaksudkan dengan kaedah syarie ini ialah
maqasid syarie.
Apabila diteliti dalam masalah usul feqh, ulama' Usul meletakkan
syarat-syarat berijtihad supaya mengetahui maqasid syarie secara keseluruhan
sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Syatibi dlm Muwafaqat
إنما
تحصل درجة
الإجتهاد لمن
إتصف بوصفين
احدهما فهم
مقاصد
الشريعة على
كمالها
والثانى التمكن
من الاستنباط
بناء على فهمه
فيها
Sekiranya dalam keadaan ketiadaan nas maka untuk menjelaskan
sesuatu hukum perlu dinyatakan samada melalui qias atau maslahah, istihsan dan
saddu zaraie. Kesemua perkara di atas adalah termasuk dalam pembahagian maqasid
bahkan setengan daripadanya merupakan asas dalam meraikan Maqasid Syarie.
Qias
Dan Maqasid Syarie
Qias yang merupakan masdar utama untuk mengeluarkan satu-satu
ijtihad mempunyai pertalian kuat dengan maqasid. Dalam perkara ini setengah
usuli meletakkan status illat sebagai maqasid, namun para jumhur menyatakan
bahawa illat adalah sesuatu yang dikenal pasti secara nas zahir untuk memahami maqasid.Perlu
diketahui bahawa hikmah dan maqasid sesuatu tidak dapat di kenalpasti
disebabkan bersifat khafiyyah yang tak dapat dinilai dengan pandangan zahir dan
kadangnya mempunyai maqasid tertentu mengikut perbezaan individu mukallaf.
Umpamanya dalam perkara jual beli, maqasid ialah untuk memenuhi
hajat manusia, hajat merupakan perkara yang khafi. Harus berbuka puasa di bulan
Ramadhan bagi musafir dan orang sakit, maqasidnya untuk mengangkat masyaqqah
dan keletihan namun masyaqqah ini bergantung kepada individu tersebut,
andaikata kemampuan untuk terus berpuasa maka didahulukan kemampuan.
Masalih
Mursalah dan Maqasid
Masalih dikira termasuk dalam maqasid secara umumnya kerana
disebut dalam takrif ulama yang mengiktibar masalih sebagai hokum
كل
مصلحة داخلة
فى مقاصد
الشرع دون ان
يكون لها شاهد
بلاعتبار أو
الإلغاء
Untuk penentuan kepada sesuatu hukum tentang maslahah tidak akan
terlaksana tanpa diketahui maqasid sebenar. Oleh yang demikian,Usuli yang
mengiktiraf masalih sebagai dalil syarie yang meletakkan masalih ditahap
maqasid, sesiapa yang mengenepikan maslahah seolah-olah meninggalkan maqasid
syarie Istihsan dan Maqasid Difahami daripada takrif Istihsan yang menetapkan
hukum selepas ditukar berpandukan dalil syarie, mempunyai ikatan dengan maqasid
dan mesti mendahulukannya untuk membuat penetapan keatas hukum tersebut dalam
ertikata lain masyaqqah yang terbeban keatas mukallaf dapat dikenal
pasti,barulah proses pembaharuan hukum dilakukan.
Perubahan hukum ini kadang-kadang dilihat dari sudut istihsan
qiasi atau istisnaie dan kadang-kadang dilihat dari sudut uruf, maslahah dan
keadaan-keadaan yang terdesak. Sebagaimana dalam Istihsan ijmak, diharuskan
aqad Istisna' إستصناع disebabkan keperluan manusia antara satu
sama lain. Begitu juga diharuskan memberi bayaran tertentu untuk tandas awam
tanpa menghadkan penggunaan air yang digunakan. Pada asalnya tidak dibenarkan
kerana tidak dapat dipastikan kadar penggunaan yang menyebabkan kepada terbatal
aqad. Uruf telah mengizinkan untuk perkara tersebut kerana mementingkan hajat
manusia. Dalam keadaan-keadaan yang dijelaskan terjadinya penetapan hukum
tersebut berdasarkan maqasid tertentu dan setiap maqasid ini dinilai dari
kacamata nas yang tidak bersifat menekan dlm penetapan sesuatu hukum.
Saddu
Zaraie dan Maqasid
Dalam kitab Isyaraat karangan Imam Baaji Saddu Zaraie ialah
sesuatu masalah yang pada zahirnya adalah harus namun akan menyebabkan terjadi
perkara haram jika dilaksana maka dilarang keras dari dilakukan.
Kaedah ini mempunyai kaitan dalam mempertahankan maqasid syarie
kerana walaupun syarak pada asal nya memberi keharusan akan tetapi maqasid
diteliti dengan halus samada keharusan itu akhirnya menatijahkan maslahah atau
mafsadah. Andaikata mafsadah akan terhasil syarak menegah sekerasnya dari terus
dilaksana.
Dalam kitab Al Faruq Imam Qarafi menaqalkan tentang tuntutan ahkam
. Pertamanya adalah maqasid dan keduanya ialah wasail. Tetapi wasail merupakan
peringkat yang rendah dari maqasid dan merupakan tabie atau ikutan maqasid
dalam penetapan hukum.
Justeru dari kenyataan ini, wasilah yang menatijahkan kebaikan
maka maqasid nya juga baik dan begitu juga sebaliknya.Islam membuka ruang dan
menutup jalan kepada sesuatu hukum berdasarkan maqasid yang dinilai melalui
wasail tersebut.
Magasid
dan Qawaid Feqh
Dalam permasalahan feqh tidak dapat tidak mesti menggunakan usul
feqh dan kaedah-kaedah untuk mengistinbatkan ahkam. Golongan fuqahak mula
mengguna dan menghimpunkan kaedah-kaedah untuk memudahkan mengenal pasti furu
dalam feqh islami kerana furu feqh begitu banyak yang memerlukan dihimpun dalam
kaedah-kaedah tertentu dan inilah peranan Qawaid feqh dalam membincangkan
masalah maqasid untuk tujuan penetapan hukum.
Antara kesan maqasid islami dalam furu feqah ialah:-
Berdasarkan hadis لاضرر
ولاضرار ulama
telah mengistinbat beberapa kaedah berdasarkan maqasid untuk menolak segala
dharurat. Umpamanya dalam kaedah يتحمل
الضرر الحاص
لدفع الضرر
العام mudaharat yang khusus
diraikan untuk memberi keutamaan kepada maslahah umum. Diharuskan meroboh
dinding rumah yang dibina dipinggir jalan disebabkan menyusah orang ramai untuk
menggunakan jalan tersebut .
Dalam kaedah يزال
الضرر الاشد
بالضرر الآخف diharuskan
lafaz thalaq untuk menceraikan isteri disebabkan tidak mampu untuk memberi
nafkah الطلاق
بالاعسار
الضرورة تقدر
بقدرها
Perkara yang diharuskan disebab ada dharar tidak dibenar untuk
berlebihan. Syarak hanya membenar mengambil dharar tersebut setakat yang mampu
mengangkat mudharat sahaja. Seseorang yang terlekat tulang atau seumpamanya
harus meminum arak pada ketika ketiadaan minuman dan makanan lain. Tetapi
keharusan tersebut hanyalah setakat melepaskan tulang dirongga tekak.
Banyak lagi cabang-cabang kaedah feqah yang lain tetapi penulis
tidak bermaksud untuk menghurai kesemua sekali kerana perkara utama adalah
untuk menjelaskan kedudukan maqasid dalam Qawaid feqh. Dalam perkaitan antara
maqasid dan Qawaid feqh, ulama menyatakan bahawa maqasid yang berperanan
menetapkan hokum terbahagi kepada dua bahagian:
1) Maqasid dharuriah: terkandung proses bagaimana mengimbang dan
membezakan maslahah ketika berlaku pertembungan. Kaedah-kaedah yang terdapat
dalam maqasid dharuriah ialah:
الضرر
يزال
يتحمل
الضرر الخاص
لدفع الضرر
العام
يزال
الضرر الاشد
بالضرر الاخف
الضررورات
تبيح
المحظورات
الضرورات
تقدر بقدرها
2) Maqasid Hajiyat: kaedah kaedah dibawahnya ialah
الحرج
مرفوع شرعا
المشقة
تجلب التيسير
أذا
ضاق الامر
اتسع
الحاجة
تنزل منزلة
الضرورة
Penutup
Perbincangan tentang maqasid adalah perkara yang terlalu luas
memerlukan pengkajian yang terperinci, kertas kerja yang dihasilkan ini sedikit
sebanyak hanya memberi gambaran secara kasar tentang peranan maqasid dalam
penetapan terhadap sesuatu hukum. Kekhilafan yang berlaku pada umat Islam
sebenarnya tertumpu kepada maqasid nusus. Oleh yang demikian tanpa kefahaman
yang jelas proses pentafsiran kepada kandungan Al Quran dan hadis tidak
bertepatan dengan kehendak syarak.
Wassalam
I’dad oleh: Us. Asri bin Daud
Taqdim
oleh: Us. Hj. Nasrudin Tantawi .