| Laman Utama | Semua Artikel | |
|
KATA – KATA HIKMAH KHULAFA’ UR
RASYIDIN Syd. Abu Bakar rha.
Berkata:
·
Ia akan mati and hartanya
akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya
atau; ·
Hartanya akan diambil secara
paksa oleh penguasa yang zalim atau; ·
Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat and akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau; ·
Adakalanya harta itu akan
dicuri and dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna . Syd. Umar Al Khattab Rha. Berkata: ·
Orang yang banyak ketawa itu
kurang wibawanya. ·
Orang yang suka menghina orang
lain, dia juga akan dihina.
·
Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya. ·
Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti
kehormatan dirinya akan terjaga. Syd. Othman Ibnu Affan Rha.
Berkata: Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah: ·
Hatinya selalu berniat suci ·
Lidahnya selalu basah dengan
zikrullah ·
Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa) ·
Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan
tabah ·
Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia. Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata: ·
Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'. ·
Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan
yang sia-sia. ·
Tiada kebaikan bagi pembaca
al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya. ·
Tiada kebaikan bagi orang
yang berilmu tanpa memiliki sifat wara' (memelihara diri dan hati-hati
dari dosa). ·
Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling
sayang-menyayangi. ·
Nikmat yang paling baik ialah nikmat
yang kekal dimiliki. ·
Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan. ·
Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula
salahnya,siapa yang banyak salahnya,maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, berarti dia tidak
wara', sedang orang yang tidak wara' itu berarti
hatinya mati.
|