GAMBARAN TENTANG PERANAN WANITA DAN IDEAL KEIBUAN DALAM
ISLAM
'Allamah Muhammad Iqbal (r.'a.)
menggambarkan ideal- ideal keibuan dalam Islam dengan kata-kata yang sungguh
indah dan tepat dalam sya'irnya Remuzi-Bekhudi Rahasia-rahasia Kelenyapan diri
yang ditulisnya dalam bahasa Farsi. Berikut ini ialah sebahagian daripadanya
yang telah diterjemahkan seberapa tepat
yang mungkin oleh Wan Muhammad bin Wan Muhammad Ali Al~Kelantani daripada
sya'irnya yang pernah di salin ke bahasa Inggeris:
Keibuan adalah rahmat yang
berhubung erat dengan Nubuwwah.
Dan sifat ihsannya ialah sifat ihsan Nabi
sendiri.
Kerana para ibu membentuk jalan yang bakal
dilalui oleh lelaki.
Lebih matanglah. dengan rahmat keibuan, peribadi
bangsa- bangsa.
Garis-garis kedut di kening ibu itu menentukan
tingkat kita dalam hidup ini.
Dia yang kerananya Allah berfirman:
"Jadilah kehidupan,''
Mengisytiharkan: syorga di bawah tapak kaki para
ibu.
Di dalam memuliakan rahim jua, kehidupan ummat
menjadi sejahtera .
Kalau tidak, kehidupan menjadi mentah dan
kebinatangan.
Ambillah umpamanya mana-mana wanita desa, yang
jahil,
lontok, gemok, tak jelita, tak halus
berbudi-bahasa,
buta huruf, rabun matanya, bersahaja, bisu;
Kesakitan menjadi ibu telah meluluhkan hatinya.
Lipatan-lipatan muram memilukan telah melingkung
di bawah kelopak matanya.
Andaikata dari dadanya, Ummat ini menerima si
Muslim yang ghairah terhadap Agama,
Hamba Allah yang setia, segala kesakitan yang
ditanggungnya
telah membentengkan wujud kita, dan fajar kita
menyingsing cemerlang dalam kemilau
senjakalanya.
Ambillah pula: tubuh yang lampai, berdada pipih,
berbaju ketat,
Kerling matanya mempesonakan,
Fikirannya gilang-gemilang dengan cahaya
tamaddun Barat;
Zahirnya berupa wanita, batinnya bukan wanita!
la telah memusnahkan tali-tali ikatan yang
memelihara
Ummat murni kita menjadi selamat sejahtera;
Kecantikannya yang suci telah terburai semua dan
ditumpahkan.
Lancang matanya, kebebasannya membangkit
kemarahan,
la sama-sekali tak tahu malu.
'llmunya tak cukup buat menanggung beban Keibuan
Dan di senjakala dan malam harinya, tak sebiji
pun bintang berpendar!
Lebih baiklah andainya kuntum mawar ini tak
pernah tumbuh di tamansari kita.
Lebih baiklah perempuan jenisnya disapu bersih
dari baju ummat ini.
Belum lahir dari ketiadaan,
ke'ajaiban-ke'ajaiban kita ini belum lagi ternampak;
Embun yang belum menitis di atas kembang mawar,
Kuntum yang belum digugurkan hembusan bayu
bernafsu,
Bunga-bunga tulip ini berkembang daripada
kediaman Keibuan yang subur.
Kekayaan sesuatu kaum, hai saudara yang budiman,
tidaklah terletak pada linen halus
atau timbunan emas perak dalam khazanah;
Kekayaannya ialah putera-puteranya, yang bersih
anggota dan
kuat tubuhnya, luas fikiran, berjihad ke arah
usaha mulia.
Para ibu memelihara tanda Ukhuwwah,
Kekuatan al-Kitab dan Ummat.
Wahai dikau yang kelumbungnya menjadi hijab yang
memelihara kehormatan kami,
Suatu rahmat bagi kami, kekuatan Agama kami,
asas Ummat kami,
Bibir putera-puteri kami menerima susu dari
dadamu,
Sejak mulanya belajar menyebut: "L-a il-aha
illa 'Llah ! "
Cintamulah yang mencorakkan pemikiran kami,
kata-kata kami, 'amalan kami,
Panahan kilat vang beradu dalam awanmu,
Berkemilau di gunung, menyapu tanah pamah.
Wahai Pemelihara ni'mat Syari'at Allah,
Kau yang dari nafasnya Agama Allah memperoleh
api,
Pesolek dan pintarnya zaman ini,
Kafilahnya perompak perintangjalan lengkap
bersenjata
untuk merampas dan memusnahkan harta kekayaan
Agama.
Butalah hatinya yang tiada langsung mengenal
Allah.
Hinalah mereka yang menjadi tawanan rantainya
yang membelit;
Lancang matanya lagi nekad, tangkas merenggut
kuku-kuku pencengkamnya,
Buruannya yang malang mengatakan dirinya
merdeheka,
mangsanya menyombong bahawa ia hidup!
Peliharalah raFi kesucian ibu negeri Ummat ini!
Usahlah bersungut memperhitungkan laba dan rugi,
Berpadalah dengan melalui jalan yang telah lama
direntas
Leluhur kita melaluinya di zaman silam.
Waspadalah terhadap kerosakan-kerosakan Zaman,
dan himpunlah
anak-anakmu erat ke dadamu nan
bidang----anak-anak burung
padang rumput ini yang belum tumbuh bulu untuk
terbang,
telah jatuh jauh dari sangkarnya yang hangat
nyaman.
Tinggi, tinggi, keinginan yang bergelut dengan
dirimu ! .......
Tuladan sempurna, Fatimah 'afifah itu
Meskipun sekalian makhluk menta'ati suruhannya,
namun ia menenggelamkan iradatnya dalam
keridhaan suaminya yang salih.
Terdidik tabah dan rendah hati,
Sedang bibirnya mentilawah Kitab Suci, ia
memutar kisaran gandum di rumahnya .........
Insaflah sentiasa akan tuladanmu, Fatimah
Agar dahanmu akan membuahkan Husayn yang baharu,
Tamansari kita berkembang mekar dengan Zaman
Kencana.
'Allamah Muhammad Iqbal,
dalam
Ramuz-i-Bekhudi