| Laman Utama | Semua Artikel | |
|
KEZUHUDAN DAN KEWIBAWAAN ABDUL
RAHMAN BIN AUF RHA. DALAM
MENGGERAKKAN EKONOMI UMMAH. PENGENALAN SOHABI AL JALIL ABDUL RAHMAN BIN AUF RHA
ASAS PERSEDIAAN PERIBADINYA YANG SOLEH. Fitrah solehah Bentuk
Aqidah Pertahankan Aqidah
Sebelum Islam ·
Menjauhi penyembahan berhala, maksiat dan mungkar. ·
Persekitaran hidup dalam keluarga mulia dan bermaruah. Selepas Islam
·
Orang yang kelapan memeluk agama Islam. ·
Menyertai program perkaderan di Darul Arqam. ·
Melakukan hijrah ke Habsyah sebanyak dua kali dan akhirnya ke Madinah Al Munawwarah. ·
Menyertai semua peperangan yang disertai oleh Rasulullah JATI DIRI YANG KENTAL
Abdul Rahman bin Auf telah dipersaudarakan oleh Rasulullah saw dengan Saad
Ibnu Rabi’e seorang bangsawan dan jutawan Madinah (Al Ansar). Namun beliau tidak
mengambil kesempatan dan peluang untuk memboloti harta kekayaan saudaranya
sekalipun beliau mendapat tawaran yang lumayan termasuklah memilih salah
seorang daripada isteri saudaranya. Sebaliknya beliau meminta Saad
menunjukkan kepadanya dimanakah pasar dan beliau memulakan perniagaan dipasar
tersebut dengan keringat dan semangat berdikari yang gigih.[1] فقال سعد
لأخيه عبد
الرحمن بن عوف
أَيْ أُخِيَّ
! أنا أكثرُ
أهلِ
المدينةِ
مالاً و عندي
بُستانان و لي
امرأتان
فانظرْ أَيُّ
بستانَيَّ
أَحَبُّ إليكَ
حتى أخرجَ لك
عنه و أي
امرأتي أرضى
عندك حتى
أطلّقَها لك. فقال عبد
الرحمن لأخيه
الأنصاري:
بارك الله لك
في أهلك و
مالك ...ولكن
دُلَّني على
السوق... فدلَّه
عليه فجَعَلَ
يَتَّجِرُ و
طَفِقَ
يَشْتري و
يَبِيْعُ و
يَرْبَحُ و
يَدَّخِرُ.[2] BERDIKARI
·
Prinsip berdikari yang dimiliki oleh Abdur Rahman bin Auf Rha. Menjadi
formula asas kejayaan dan kecemerlangan beliau. Berdikari adalah tanda harga
diri individu yang bermaruah dan bebas dari hidup bergantung dengan orang lain.
Prinsip inilah juga yang diajar oleh Rasulullah saw. buat semua ummat bagi
membina tamadun yang cemerlang. Sabda Rasulullah saw.: و عن
المقدام بن
مَعْدِيكَرِبَ
رضى الله عنه عن
النبي صلى
الله عليه
وسلم قال: ما أكَلَ
أحدٌ طعاما
قَطُّ خيراً
مِن أَنْ
يأكلَ مِن
عملِ
يَدَيْهِ و
إنَّ نبيَ
اللهِ داودَ عليه
السلام كان
يأكلُ مِن
عملِ يَدِهِ. Tiada sesuatu makanan yang baik melebihi apa yang
dihasilkan dari usahanya sendiri. Nabi Allah Daud makan dari hasil usahanya
sendiri. Riwayat Bukhari
·
Kecemerlangan yang diperolehi dalam perniagaannya juga banyak bergantung
kepada sifatnya yang amanah, sifat inilah meletakkan beliau sebagai
usahawan yang berjaya dan beliau juga antara sahabat yang paling kaya di
Madinah. Rasulullah saw. pernah menyebut: أنت أمينٌ في
أهل السماءِ و
أمينٌ في أهل
الأرضِ
Engkau adalah yang dipercaya(amanah) dikalangan penghuni
langit dan engkau jugalah yang dipercaya (amanah) dikalangan penghuni bumi. TAAT ·
Peribadinya yang soleh dan taat kepada Allah swt. pula
menjadi modal utama yang menjana kemajuan gemilang dalam kerjayanya sebagai
seorang ahli ekonomi dan usahawan. Peribadi ini diiktiraf oleh baginda Rasul
saw. dengan sabdanya: ما قُبِضَ
نبيٌّ حتى
يُصلِّىَ
خَلْفَ رَجُلٍ
صالحٍ مِنْ
أُمَّتِهِ
Tidak dicabut roh seseorang Nabi sehingga ia sembahyang
di belakang seorang lelaki yang soleh dari ummatnya.[3] PENGURUSAN EKONOMI BERORIENTASIKAN KEBAJIKAN. Kejayaan gemilang yang dicapai oleh Abdul Rahman
bin Auf Rha. tidak menjadikan beliau lupa daratan dan menyeleweng
dari manhaj Rabbani. Sebaliknya beliau menangani kekayaannya dengan menabur
bakti kepada agama, perjuangan dan ummah. Dikeluarkan oleh Abu Nuaim di dalam kitab Al
Hilyah daripada Az Zuhri katanya: Abdul Rahman bin Auf telah bersedeqah di zaman
Rasulullah saw. setengah dari hartanya yang berjumlah Empat Ribu Dirham
kemudian beliau mengorbankan 40 Ribu Dirham, 500 kuda di jalan Allah swt.
diikuti pula 1500 ekor unta di jalan Allah swt. Kesemua harta itu adalah hasil
perniagaannya. DERMAWAN Sikap inilah (dermawan) yang dicerminkan oleh Al
Quranul Karim sebagai sikap orang – orang yang beriman dan bertaqwa kepada
Allah swt.
Kamu tidak sekali-kali
akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum
kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang
kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. Surah Ali Imraan. 92 Kikir dan bakhil
adalah merupakan sifat tercela yang merosakkan hubungan damai dan harmoni
sesama muslim.
(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang
bertabiat demikian-kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari
harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil,
padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku
bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat
kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa
berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada
beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang
lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu. Surah Muhammad 38 Sementara
tamak haloba pula memusnahkan asas kebajikan malah mendorong permusuhan
dan hasad dengki yang membantutkan perkembangan ekonomi ummah. MEMBELANJAKAN
HARTA DEMI KEREDHOAN ILAHI. Dikeluarkan
oleh Ahmad daripada Anas rha. katanya: Tatkala Aisyah rha. berada di dalam
rumahnya, beliau telah mendengar satu suara di Madinah. Beliau bertanya “
Apakah yang telah terjadi ? kaum muslimin menjawab: Kafilah Abdul Rahman bin
Auf terdiri dari 7 ratus unta. Maka
bergemalah Madinah dengan teriakan suara tersebut. Aisyah rha. berkata aku
telah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Aku melihat Abdul Rahman masuk
kedalam syurga dengan merangkak. Apabila kata – kata nabi tersebut sampai
ke pengetahuan Abdul Rahman bin Auf lalu beliau berkata: Jika aku mampu, aku akan masuk
syurga itu dalam keadaan berdiri. Lalu
beliau menyerahkan kesemua unta tersebut di jalan Allah swt.[4] Dikeluarkan oleh Abu
Nuaim di dalam kitabnya Al Hilyah. Peristiwa
ini jelas mengisyaratkan bahawa Abdul Rahman bin Auf sekalipun dilimpahi harta
kekayaan dalam hidupnya tetapi tidak sampai ia menjadi hamba kepada harta, malah
juga tidak mampu untuk melalaikan beliau daripada mengingati Allah swt. Situasi
ini menunjukkan beliau menguasai harta bukan harta menguasai beliau.
Kedudukkan seperti inilah yang menjadikan seorang usahawan benar – benar
merdeka dan bebas dari belenggu fikrah maadiyyah. BAHAYA
FIKRAH MAADIYYAH (FAHAM KEBENDAAN) Pengidap
faham maadiyyah ini sangat merbahaya dan membawa virus yang sangat sukar untuk
dirawat. Mereka yang terpengaruh dengan faham maadiyyah hanya memikirkan
soal dunia, duit dan hidup semata – mata. Mereka
tidak memikirkan bagaimana dosa, pahala, syurga, neraka dan akhirat. Ini
menjadikan mereka petualang yang hanya mementingkan diri sendiri, kekayaan dan
kemewahan dengan tidak memperduli bagaimana cara memperolehinya, samaada cara
yang halal atau haram, baik atau buruk, hak atau bathil, adil atau zalim, benar
atau bohong, amanah atau khianat. Apa
yang lebih parah, golongan ini akan menjadi cinta dunia dan benci
kepada mati. Jika seorang usahawan bersikap seperti ini bukan sahaja tidak
mendapat berkat dan rahmat dalam projek atau perniagaan mereka,
malah mereka dimurkai oleh Allah swt.
Sesungguhnya orang-orang
yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk
menerima balasan), dan yang reda (berpuashati) dengan kehidupan dunia
semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya, dan orang-orang yang
tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasasaan) Kami,
-Mereka yang demikian keadaannya (di dunia), tempat kediaman mereka (di
akhirat) ialah neraka; disebabkan keingkaran dan kederhakaan yang mereka
telah lakukan. Surah Yunus 7 – 8 Renungi
ungkapan ulama’ sufi terkenal Abu Sulaiman Ad Darani:[5] إنْ
كانتِ
الآخرةُ في
القلب جاءت
الدنيا تُزاحِمُها
فإذا كانتِ
الدنيا في
القلبِ لم ْتُزاحِمِها
الآخرة لإنَّ
الآخرةَ
كريمةٌ و
الدنيا
لئيمةٌ Jika akhirat memenuhi
ruang hati, maka dunia tetap datang mendampinginya, namun tatkala dunia yang
memenuhi ruang hati, maka akhirat akan menyisih, kerana sesungguhnya akhirat
adalah suatu yang mulia sedang dunia adalah suatu yang keji. MATERIAL
(KEBENDAAN) MENURUT PERSPEKTIF DEEN ISLAMI Islam
tidak melarang ummatnya mencari harta dan memiliki kekayaan, malah
mengajar ummatnya mencari harta dengan kaedah yang betul. Lihat lah bagaimana
sahabat karib Baginda Rasul saw. seperti Abdul Rahman bin Auf mencari harta dan
memiliki kekayaan.
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah
kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa
yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah
banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya / untung (di dunia
dan di akhirat). Surah Al Jumua’h 10 Kebendaan
merupakan sebahagian daripada alat kelengkapan dan berfungsi sebagai alat
bantu kekuatan. Justeru itu Islam memberi ruang selesa kepada ummatnya
berdikari dan mengusahakan hasil bumi. Namun
begitu, kebendaan yang diusahakan dan kekayaan yang dicita, bukan menjadi
prinsip hidup yang mencetus faham kebendaan, segalanya sebagai sarana untuk
menjulang syiar Agama Allah swt. bukan sebaliknya, iaitu menjadi hamba kepada
benda dan kekayaan. Kebendaan
dan kekayaan diperlukan agar ummat Islam tidak
bangsat dan hina di mata dunia, pula dalam masa yang sama, ia tidak sampai
membawa ummat Islam keperingkat ego dan bongkak. Apa yang diajar oleh
Islam ialah: وابتغوا من
فضل الله و
اذكروا الله
كثيرا لعلكم
تفلحون USAHAWAN
YANG TAKUT KEPADA ALLAH SWT. DAN MENANGISI KEMEWAHAN DUNIA Dikeluarkan
oleh Abu Nuaim didalam kitab Al Hilyah daripada Naufal bin Ilyas Al – Hazili
katanya: Abdul Rahman bin Auf rha. sering duduk bersama – sama dengan kami.
Beliau adalah sebaik – baik orang apabila duduk bersama – sama dengan kami,
suatu hari beliau telah meninggalkan kami dan tidak bersua dengan kami lalu
kami pun masuk menemuinya di rumahnya. Beliau
telah kembali ke rumahnya dan mandi, lalu kami menghidangkannya satu dulang
roti dan daging. Apabila makanan tersebut dihidangkan dihadapannya, beliau pun
menangis. Kami
bertanya kepadanya, Wahai bapa Muhammad, apakah yang menyebabkan kamu
menangis ? Beliau
menjawab: Rasulullah saw. telah meninggal dunia dalam keadaan beliau dan
ahli keluarga beliau tidak pernah kenyang dengan makanan yang terdiri dari
roti gandum. Aku
berpendapat, kita ketinggalan kebelakang dari apa yang lebih baik bagi kita. (Dikeluarkan oleh Tarmizi
dan As Siraj daripada Naufal dan seumpama dengannya sebagaimana dalam Isobah.) Kezuhudan Abdul
Rahman bin Auf rha. ini sangat menyerlah, bukan sahaja melalui peribadi dan
aksinya bahkan sikap dan prinsip beliau. Inilah yang menjadikan beliau sebagai
seorang usahawan yang amat disenangi oleh penghuni dibumi dan juga penghuni
dilangit. Beliau dijamin syurga oleh Baginda Rasul saw.[6] Bahan rujukan: صور من
حياة الصحابة
تأليف
الدكتور عبد
الرحمن رأفت
الباشا حياة
الصحابة
للعلامة
الشيخ محمد
يوسف الكندهلوي دور
القيم و
الأخلاق في
الإقتصاد:
تأليف الشيخ
يوسف القرضاوي Disediakan
oleh: Hj. Nasrudin bin Hassan
At Tantawi Muadzam Shah. March 2002 [1] Memulakan perniagaannya dengan keju dan
minyak samin [2] صور
من حياة
الصحابة تأليف الدكتور
عبد الرحمن
رأفت الباشا [3] Nabi pernah
sembahyang belakang Abdul Rahman bin Auf Rha. dan peristiwa ini berlaku semasa perang Tabuk sebagaimana yang
diriwayatkan dari Al Mughirah bin Syu’bah yang tersebut dalah kitab Ar Riyaadhun Nadhirah. [4] أخرج
أحمد عن أنس
رضى الله عنه
قال: بينما
عائشة رضى
الله عنها في
بيتها إذ سمعت
صوتا في
المدينة
فقالت: ما هذا
؟ قالوا: عير
لعبد الرحمن
ابن عوف قدمت
من الشام تحمل
كل شيء. قال: و كانت
سبع مائة
بعير. قال:
فارتجت
المدينة من الصوت.
فقالت عائشة
رضى الله
عنها: سمعت
رسول الله صلى
الله عليه
وسلم يقول: قد رأيت
عبد الرحمن بن
عوف يدخل
الجنة حبوا.
فبلغ ذلك عبد
الرحمن بن عوف
فقال: لئن
استطعت
لأدخلنها
قائما. فجعلها
بأقتابها و أحمالها
في سبيل الله. و أخرجه
أبو نعيم في
الحلية. [5] المستخلص
من تزكية
الأنفس: تأليف
الأستاذ سعيد
حوى [6] أبو بكر
في الجنة و
عمر في الجنة
و عثمان في الجنة
و علي في
الجنة و طلحة
في الجنة و
الزبير في
الجنة و عبد
الرحمن بن عوف
في الجنة و
سعد بن أبي
وقاص في الجنة
و سعيد بن زيد
بن عمرو بن نفيل
في الجنة و
أبو عبيدة بن
الجراح في
الجنة. |